Professor Dr Jayum Jawan, penganalisis politik daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata beliau tidak terkejut jika BR1M akan berupaya menarik undi rakyat menyokong BN, namun mengkritik tindakan itu kerana apa yang utama adalah polisi ekonomi untuk jangka panjang.
“Jika BN mahu menawan hati pengundi, mereka perlu mengemukakan pelan jangka panjang ekonomi yang komprehensif dan merangkumi keseluruhan masyarakat,” kata Jayum.
Apa yang Bullet faham dengan ulasan Dr Jayum ini, seolah-olah beliau beranggapan bahawa sepanjang tahun ini kerajaan persekutuan hanya memperuntukkan 3 bilion ringgit kepada rakyat. Jika Dr Jayum berminat untuk mengulas pelan jangka panjang ekonomi Malaysia, bukankah lebih baik beliau mengkritik atau mengemukakan pendapat berkenaan dengan keseluruhan intipati bajet 2013 yang diumumkan Datuk Najib pada bulan September tahun lepas?
Untuk pengetahuan PROFESSOR DR. Jayum, jumlah keseluruhan bajet 2013 ialah 251.6 bilion ringgit, dan daripada jumlah ini hanya 1.2 peratus sahaja digunakan untuk pelaksanaan BR1M 2.0.
Mungkin Bullet boleh bersetuju dengan Dr Jayum jika peruntukkan 251.6 bilion ringgit itu hanya digunakan untuk melaksanakan BR1M. Namun sebaliknya apa yang diumumkan Datuk Najib pada bulan September lepas ialah, 201.9 bilion ringgit adalah bagi perbelanjaan mengurus dan 49.7 bilion ringgit bagi peruntukan pembangunan.
Di bawah peruntukan mengurus, sejumlah 58.6 bilion ringgit adalah bagi
Emolumen dan 33.7 bilion ringgit disediakan bagi Perkhidmatan dan
Bekalan. Manakala, 107.3 bilion ringgit diperuntukkan kepada Pemberian
dan Kenaan Bayaran Tetap. Sejumlah 1.1 bilion ringgit disediakan untuk
Pembelian Aset dan baki 1.2 bilion ringgit untuk perbelanjaan lain.
Bagi peruntukan pembangunan pula, sejumlah 30 bilion ringgit disediakan
bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur,
perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar. Sejumlah 11.1
bilion ringgit diperuntukkan bagi sektor sosial, termasuk pendidikan
dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan
masyarakat. Seterusnya, 4.6 bilion ringgit diperuntukkan bagi
pembangunan sektor keselamatan, 2 bilion ringgit bagi pentadbiran am dan
2 bilion ringgit untuk simpanan luar jangka.
Berdasarkan pengumuman bajet 2013 ini, kerajaan bukan sahaja mahu memastikan pertumbuhan ekonomi mapan, perbelanjaan berhemah dan mengurangkan defisit fiskal negara, malah turut memfokuskan kepada meningkatkan taraf hidup rakyat untuk kesejahteraan rakyat.
Jesteru, jika Dr Jayum masih tertanya-tanya berkenaan dengan "pelan jangka panjang ekonomi yang komprehensif dan merangkumi keseluruhan masyarakat", Bullet cadangkan supaya beliau membaca semula dan mengkaji intipati bajet 2013 yang diumumkan Datuk Seri Najib. Bukannya membuat ulasan secara membuta-tuli.
By: Borneo Bullet
BR1M adalah bantuan untuk meringankan beban rakyat.
ReplyDeletemenarik undi rakyat menyokong BN..
ReplyDeleteIni sebab kerajaan BN sememangnya kerajaan yang prihatin dan cuba untuk membantu rakyat.
Jangan takut berjuang untuk kepentingan rakyat. Kerana ini adalah satu usaha yang akan membawa hasil yang baik kepada Kerajaan BN.
ReplyDeletesemua rakyat yang layak tanpa mengira fahaman politik, asal memenuhi syarat2 yang dinyatakan adalah layak untuk memohon BR1M.
ReplyDeletesekarang masih boleh apply lagi ni. sepatutnya deadline 31 Dec tapi sudah dilanjutkan pada tarikh yang 'deadline'nya belum ditentukan.
ReplyDeleteBantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) buat kali kedua atau BR1M 2.0 yang diumumkan Perdana Menteri adalah sebagai satu sindiran sinis kepada penganjur BERSIH 2.0 yang turut disertai oleh pembangkang untuk menuntut pilihan raya yang bebas dan adil.
ReplyDeleteDatuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan perhimpunan BERSIH itu langsung tidak memberi manfaat kepada rakyat sebaliknya merosakkan pemikiran mereka, tidak seperti apa yang telah dilakukan oleh Barisan Nasional (BN).
Delete"Kerajaan BN kalau janji, kita tak akan janji perkara yang tidak boleh kita tunaikan. Kita janji berpijak di atas bumi yang nyata. Bila kita janji BR1M kita bagi dan kita janji BR1M 2.0, saya pilih 2.0 sebagai sindiran kepada mereka. Sebab mereka buat Bersih 2.0 yang tak bersih itu. (Tapi) kita pilih BR1M 2.0 untuk mensejahtera rakyat," katanya
DeleteNajib turut yakin rakyat tidak akan tergugat dan terpengaruh dengan dakyah pembangkang dalam memburukkan parti itu termasuk janji-janji manis yang ditaburkan dalam melaksanakan impian mereka menawan Putrajaya kelak.
Delete"Hubungan antara rakyat dan kerajaan tidak mudah diputuskan dengan fitnah yang dilemparkan kerana rakyat sudah yakin bahawa satu-satu kerajaan yang boleh menepati janji ialah kerajaan BN.
Delete"Tak payahlah saya cakap (banyak) kerana buktinya telah dapat kita lihat. Hari ini kita sediakan pelbagai gerai dengan pameran-pamerannya yang cukup jelas memaparkan apa dia janji yang telah kita tunaikan dan apakah bakal ditunaikan oleh kerajaan," katanya.
Malah beliau percaya rakyat akan terus setia dengan kerajaan BN apatah lagi selepas bajet diumumkan, rata-rata mereka memberikan rekasi yang positif dan senang hati ketika ditemui semasa siri jelajah kali ini.
DeleteSememangnya setiap kali pembentangan bajet dilakukan, soalan yang biasa ditanyakan orang ialah “apa yang aku dapat?”. Memang banyak tahun sebelum Datuk Seri Najib mengambil alih teraju pentadbiran negara, banyak manfaat diberikan kerajaan kepada rakyat, tapi tidak secara langsung.
ReplyDeleteDatang Datuk Seri Najib, buka penbedaharaan negara dan serah wang terus kepada rakyat yang layak, begitulah diumpamakan. Jadi menjawablah soalah “apa aku dapat?” yang biasa ditanyakan orang.
DeleteSelain itu, pemberian ini juga menunjukkan kerajaan punya wang, tak seperti yang dicanang dan digebangkan pembangkang, kononnya kerajaan ini tidak ada wang untuk menampung semua pemberian tunai ini.
DeleteDalam masa yang sama, tidak pula ada mana-mana bahagian dalam negara ini yang dijual kepada pihak asing, menunjukkan semua wang itu diperolehi dengan cara yang sah, halal dan hasil dari pengurusan kewangan yang baik oleh kerajaan BN dan Datuk Seri Najib sendiri.
DeleteDibanding dengan bajet bayangan Pakatan Rakyat yang penulis huraikan semalam, bajet kali ini akan benar-benar dilaksanakan dan bukan sekadar angan-angan. Ini bajet dimana segala yang disebut, akan dilaksanakan.
DeleteSemua untuk rakyat, rakyat perlu terus menyokong kerajaan
ReplyDeleteMandat rakyat amat penting untuk kerajaan terus memerintah untuk mencapai segala Rancangan Malaysia
ReplyDeletesite ni owner dia orang kuat BN nie!!!!
ReplyDelete