
SANDAKAN: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman, menyifatkan kepimpinan dari parti kumpulan pembangkang sebagai ‘Cakap Tidak Serupa Bikin’ kerana terlalu beriya-iya sangat sehingga sanggup menjanjikan bermacam-macam yang mereka sendiri pun tidak tahu apakah mampu menunaikannya. Menurut beliau, cara kepimpinan pembangkang ini adalah petanda kepada rakyat terutamanya di negeri ini agar mengambil langkah berhati-hati jangan sampai tertipu...