Sunday, December 16, 2012

Pemimpin Dinilai Bukan Kerana Jawatan

KOTA BELUD, 14 Dis – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said berkata seseorang pemimpin dinilai bukan kerana jawatan, sebaliknya kerana keikhlasannya dalam memimpin.

Oleh itu, katanya, soal relevan atau tidak seseorang pemimpin dalam mengetengahkan sesuatu perkara bukanlah perkara pokok sebenarnya.

“Yang penting adalah keikhlasan pemimpin itu dalam perjuangannya tanpa memikirkan soal jawatan,” katanya selepas merasmikan sambutan Maal Hijrah peringkat daerah Kota Belud di Dewan Masyarakat Kota Belud.

Salleh diminta mengulas kritikan Anggota Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin berhubung kenyataannya mengenai politik ‘touch and go’ pakatan pembangkang baru-baru ini.

Terdahulu dalam ucapannya, Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah mengajak setiap umat Islam supaya meletakkan keimanan dan ketaqwaan sebagai keutamaan.

“Hal ini perlu menunjangi aspek pembangunan dan pemantapan ukhuwah dengan berusaha meningkatkan keupayaan dan penguasaan dalam semua bidang ilmu,” katanya.

Beliau juga menyeru agar masyarakat Islam terus bersatu padu dan bekerjasama dengan masyarakat bukan Islam untuk menentukan keamanan dan pembangunan negara.
 
Sumber: SSK

20 comments:

  1. Rakyat di bawah kepimpinan seorang pemimpin akan tahu lebih dekat samada pemimpin tu ikhlas atau sebaliknya.

    ReplyDelete
  2. Yang sering lompat parti seperti JK memang sukar untuk lihat keikhlasan beliau dalam perjuangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jeffrey sendiri pernah mahu menyertai semula BN tapi kena reject..

      Delete
  3. Keikhlasan pemimpin tu yang penting

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak nampak keikhlasan perjuangan dikalangan pemimpin2 pembangkang.. semuanya hanya mengidam jawatan dan kuasa..

      Delete
  4. Kesanggupan pemimpin untuk memikul tanggungjawab dan tugas tu akan memberi kesen dalam hati rakyat

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesanggupan pemimpin menderhakai kepercayaan rakyat yang mengundi beliau juga akan memberikan kesan yang amat dalam di hati rakyat..

      Delete
  5. pemimpin akan dinilai berdasarkan bagaimana mereka melaksanakan tanggungjawab mreka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemimpin dinilai bukan berdasarkan akuan bersumpah yang baru2 ini dibuat oleh Lajim Ukin..

      Delete
  6. Lajim sudah sampai ke Puterajaya semata-mata mahu minta jawatan ketua menteri.. ingatkan dia minta peruntukkan untuk penduduk beaufort..

    ReplyDelete
  7. penduduk beaufort sudah kenal sangat dengan sikap si Lajim.. sebab itu dia bukan lagi winnable candidate yang perlu dicalonkan untuk mempertahankan kerusi beaufort..

    ReplyDelete
  8. jika Lajim diberikan peluang menduduki kerusi ketua menteri sabah, alamat hancurlah sabah.. sedangkan beaufort pun gagal dimajukan, inikan pula negeri sabah..

    ReplyDelete
  9. Hi...kupi en pes cniJanuary 16, 2013 at 9:33 AM

    Leaders at all levels of society must exhibit the right values for their constituents to follow in order to prevent corruption according to Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.

    ReplyDelete
  10. Hi...kupi en pes cniJanuary 16, 2013 at 9:33 AM

    Najib said that social norms and values play a critical role in dealing with the corruption problem and have to be cultivated.

    ReplyDelete
  11. Hi...kupi en pes cniJanuary 16, 2013 at 9:34 AM

    “It is critical, therefore, for people in positions of power and authority to exemplify the values they wish their constituents to follow,” said Najib at the opening of the International Association of Anti-Corruption Authorities Conference.

    ReplyDelete
  12. Hi...kupi en pes cniJanuary 16, 2013 at 9:34 AM


    “This makes the behaviour of those in positions of leadership, be it in politics, government, business, civil society, education and the home especially important in instiling the right values and basics of ethical conduct,” he said.

    ReplyDelete
  13. Hi...kupi en pes cniJanuary 16, 2013 at 9:34 AM


    Najib said that countries needed to instill a “natural abhorrence” to corruption into the conscience of society.

    ReplyDelete
  14. Hi...kupi en pes cniJanuary 16, 2013 at 9:34 AM

    The prime minister also said that corruption did not only involve the government but also the private sector and called the “unbridled” and “ruthless” pursuit of “extraordinary” profits a form of corruption.

    ReplyDelete
  15. Hi...kupi en pes cniJanuary 16, 2013 at 9:34 AM

    “We rightly demand greater scrupulousness from those in public office yet we live in a world where the public culture endorses the pursuit of greed and unmitigated material success, at least until someone is caught breaking the law.”

    ReplyDelete
  16. Hi...kupi en pes cniJanuary 16, 2013 at 9:34 AM

    Najib later gave RM1 million to the International Anti-Corruption Academy based in Vienna on behalf of the Malaysian government.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.