Sunday, December 16, 2012

Lajim gila jawatan

RAMAI yang tidak lupa, bagaimana Lajim mengamok kerana tidak dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri sebaliknya, Datuk Baharom AB Titingan, meskipun mantan ADUN Balung itu, tewas pada PRN Sabah semasa Sabah diperintah Parti Bersatu Sabah.
 
Di kalangan Umno sendiri, ramai yang tahu bagaimana Lajim turun naik ke Putrajaya pada tahun 2003 kerana melobi jawatan Ketua Menteri untuk menggantikan Tan Sri Chong Kah Kiat yang akan tamat tempoh.
 
Lajim berkecimpung dalam politik semata-mata untuk mengejar jawatan; atas sebab itu, apabila Anwar "menawarkan" jawatan Ketua Menteri jika Pakatan Rakyat menang di Sabah, menjadikan dia mabuk dan lupa diri.
 
Lajim tidak mampu menilai dirinya sendiri apakah mempunyai kemampuan untuk mengurus atau mentadbir. Lajim mendapat jawatan dalam politik, bukan disebabkan kemampuannya, akan tetapi berasaskan peras ugut.
 
Apabila Najib dilantik sebagai Perdana Menteri, Lajim dilantik sebagai Timbalan Menteri, kerana pada masa dan ketika itu keadaan poiltik bagi BN cukup rentan dan gawat, ekoran kasak kusuk yang berlaku. Tambahan pula ada ura-ura Lajim akan keluar Umno/BN jika tidak diberi jawatan.
 
Apabila keadaan politik tenang, Najib sukar sudah untuk digertak, atas sebab itu, Najib sanggup kehilangan Lajim, apabila MP Beaufort itu mendesak Najib, agar Musa Aman diganti sebagi Ketua Menteri Sabah. Bukan sahaja Najib menolak mentah desakan Lajim itu, malah menegaskan, Musa akan tetap menjadi Ketua Menteri Sabah selepas PRU-13.
 
Pengertian Lajim terhadap pemimpin apabila pemimpin itu mendapat jawatan; akan tetapi dia lupa, ukuran sebenar pemimpin itu adalah daripada aspek kemampuan, keikhlasan dan perjuangannya. Pemimpin seperti ini akan terus berada dalam persada kepimpinan negara, sebaliknya individu yang merasa menjadi pemimpin kerana tindakan peras ugut, sampai satu ketika akan hanyut dan tidak mendapat tempat lagi. Perkara ini, disadari oleh Lajim, atas sebab itu dia keluar daripada Umno/BN, kerana dia tahu, bahawa masanya telah tiba untuk direhatkan selama-lamanya.
 
Baca selanjutnya di sini (Suara Rakyat)

16 comments:

  1. Inilah pemimpin yang ikut jejak Jeffrey Kitingan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemimpin katak macam Lajim hanya layak menjaga katak-katak di belukar.. bukannya rakyat sabah..

      Delete
  2. Tau tidak tercalon, baru nak keluar parti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu tandanya dia pentingkan perut.. dulu masa ada ura2 yang dia akan meninggalkan parti, sibuk pula dia nafikan.. rupanya pada waktu itu dia hanya tunggu keputusan pucuk pimpinan samada beliau masih dicalonkan atau sebaliknya..

      Delete
  3. Biarkan Lajim..tengok saja nasib beliau lepas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan pula lepas PRU13, dia lompat masuk balik UMNO..

      Delete
  4. Lajim gila kuasa dan jawatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tinggi sangat angan-angannya.. sampai ke jawatan ketua menteri.. tapi cakap BI pun fail.. malah kelulusan sampai SRP saja.. haha

      Delete
  5. Lebih baik Lajim bersara saja, sebab PRU13 confrim kalah.

    ReplyDelete
  6. Lajim sanggup buat apa saja asalkan matlamatnya tercapai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu masa diberikan peluang, tidak pula dia buat yang terbaik untuk rakyat.. bila sudah jadi pembangkang, barulah dia tunjukkan yang dirinya baik setaraf macam Anugerah Tuhan..

      Delete
  7. Musa yakin, pembangkang bukannya kuat kerana mereka hanya pandai berkata-kata seperti burung kakak tua dengan menabur pelbagai pembohongan seolah-olah kerajaan tidak bekerja.

    Menurutnya, cara pembangkang berpolitik masih ditakuk lama apabila mereka memainkan isu pembangunan yang kerajaan BN laksanakan demi kepentingan rakyat.

    ReplyDelete
  8. “Contohnya seperti Lajim Hj Okin dan Dr Jeffry Kitingan. Mereka ini tiada orang yang mempercayai mereka berdua kerana tukang lompat macam kodok. Kalau Jeffry Kitingan entah beberapa kali lompat parti. Mungkin ada kalau 10 kali. Inikah sifat-sifat seorang mahu jadi pemimpin yang tidak punya pendirian tetap dan mereka berdua ini pemimpin yang tidak bermaruah dan tidak bernilai langsung di sisi masyarakat."

    ReplyDelete
  9. Lajim, kata Musa lagi, terlalu berangan-angan tinggi mahu menjadi Ketua Menteri Sabah jika partinya menang. Persoalannya, macam mana boleh jadi Ketua Menteri jika cakap Inggeris pun pelegak-pelegok.

    ReplyDelete
  10. "Yang dia tahu, hanya menyebut perkataan "actually ...actually". Itu sahaja yang dia fasih bertutur Inggeris. Bikin malu saja sama orang Sabah. Kelulusan baru SRP, angan-angan macam Mat Jenin. Temberang sana sini dan cakap tidak serupa bikin."

    ReplyDelete
  11. Tambah Musa lagi, pembangkang cakap itu dan ini, seolah-olah mereka pula yang lebih pandai. Semua pembangunan sedang dan telah kita laksanakan termasuk dari segi bantuan seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau BR1M, semua mendapat manfaatnya.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.