Saturday, December 29, 2012

Rakyat Perlu Nilai Setiap Kempen Pembangkang

SANDAKAN: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman, menyifatkan kepimpinan dari parti kumpulan pembangkang sebagai ‘Cakap Tidak Serupa Bikin’ kerana terlalu beriya-iya sangat sehingga sanggup menjanjikan bermacam-macam yang mereka sendiri pun tidak tahu apakah mampu menunaikannya.

Menurut beliau, cara kepimpinan pembangkang ini adalah petanda kepada rakyat terutamanya di negeri ini agar mengambil langkah berhati-hati jangan sampai tertipu memandangkan kesannya terhadap anak cucu cicit serta masa depan negara.

Beliau berkata, rakyat perlu menilai setiap kempen-kempen pembangkang kerana ia hanya membawa persepsi tidak baik berikutan hanya tahu menyalahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sahaja seolah-olah tidak bekerja.

Katanya, pembangkang sedar dengan cara sedemikian untuk mereka meraih sokongan politik kerana tiada lagi pendekatan terbaik melainkan menyalahkan BN dengan melemparkan pelbagai tohmahan dan dakyah termasuk mengeksploitasi sesuatu fakta mahu pun isu.

“Ini tidak baik kerana sanggup melemparkan macam-macam tohmahan. Kita serahkan sama rakyat … rakyat kini sudah matang berpolitik, mereka tahu mana yang baik dan mana yang buruk.

“Ini juga petanda bahawasanya pembangkang sudah tiada kerja lain melainkan asyik menyalahkan kerajaan sahaja. Mereka tidak nampakkah pembangunan pesat yang sedang berlaku di negeri ini.

“Justeru, rakyat jangan mudah terpengaruh bukan sahaja mengambil kira cara mereka masuk kampung dan keluar kampung dengan melontar pelbagai tuduhan tetapi rakyat kena ingat juga kepimpinannya ini tidak menentu.

“Sanggup rakyat mempertaruhkan masa depan kepada pemimpin yang suka lompat? Macam ‘Lompat Katak Lompat’ ... itu saja kerjanya dari dulu asyik melompat saja,” ujarnya berseloroh sambil diberikan tepukan gemuruh di hadapan kira-kira 500 orang hadirin yang menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Program Shap BN di Dewan Serbaguna Kg Padas, Batu 12, Jalan Labuk, dekat sini, petang kelmarin.

Hadir sama Ahli Parlimen Libaran, Datuk Juslie Ajirol; Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Gum-Gum, Datuk Zakariah Mohd Edris dan Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Haji Mohd Hamsan Awang Supain serta pemimpin masyarakat setempat.

Musa yang juga Adun Sungai Sibuga dan Ketua Umno Bahagian Libaran menegaskan pembohongan pembangkang ini tidak akan dibiarkan kepimpinan BN khususnya Umno sebaliknya parti sudah mengarahkan jenteranya agar menangkis segala tohmahan.

Katanya, ia penting bagi mempastikan rakyat tidak terpengaruh dengan dakyah-dakyah pembangkang yang tidak berasas sama sekali.

Dalam konteks itu, rakyat perlu mengembalikan sokongan padu kepada kerajaan sedia ada demi kesinambungan pembangunan di negeri ini.

Menurutnya, jika inginkan pembangunan yang berterusan maka pangka lambang dacing menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 dan menolak parti-parti pembangkang.

“Hanya BN yang berlambangkan dacing ini mampu menentukan masa depan kita ke arah lebih gemilang. Buktinya, semenjak pemerintahan BN terutamanya di Sabah … banyak perubahan berlaku.

“Seperti di Libaran umpamanya, perubahan mendadak dari segi pendidikan. Kita wujudkan Hub Pendidikan di Sungai Batang adalah bagi memastikan anak-anak dari seluruh Sandakan tidak perlu lagi pergi jauh untuk menimba ilmu.

“Anak-anak anda boleh menuntut di sini yang menyediakan pelbagai institusi tinggi. Hari ini, kita bangga apabila penuntutnya bukan hanya kalangan warga Sandakan tetapi dari tempat-tempat.

“Inilah janji kerajaan BN melalui usaha dan inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak,” kata Musa.

37 comments:

  1. Memang teruk la pembangkang ni.

    ReplyDelete
  2. Nilai la dari sgla aspek.

    ReplyDelete
  3. Rakyat ada mata telinga

    ReplyDelete
  4. And we are not here to listen to their words.

    ReplyDelete
  5. Pembangkang mmg pembangkang.

    ReplyDelete
  6. Dan suka menunujuk2

    ReplyDelete
  7. The people know what the best for them.

    ReplyDelete
  8. Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata pakatan pembangkang kini semakin ketandusan modal untuk menyerang Barisan Nasional (BN) dan hanya bersandarkan "fitnah dan pembohongan" bagi meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang.

    ReplyDelete
  9. Bagaimanapun, beliau yakin rakyat terutama di Sabah tidak mudah terpedaya dengan taktik kotor pembangkang.

    ReplyDelete
  10. sebaliknya menyokong kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang terbukti kemampuannya untuk membangunkan negara ini.

    ReplyDelete
  11. Rakyat Sabah tahu menilai kerajaan yang boleh membawa pembangunan untuk rakyat.

    ReplyDelete
  12. Ada di kalangan pemimpin pembangkang yang pernah memegang jawatan timbalan perdana menteri, timbalan ketua menteri atau menteri...apa yang mereka buat untuk rakyat?

    ReplyDelete
  13. Pemimpin pembangkang kata tiada apa-apa pembangunan di Sabah di bawah kerajaan BN.

    ReplyDelete
  14. Ini satu pembohongan untuk mengelirukan pemikiran rakyat. Apakah mereka tidak sedar jalan raya yang digunakan oleh pemimpin pembangkang pun adalah hasil usaha kerajaan BN.

    ReplyDelete
  15. Rakyat sendiri boleh melihat pembangunan termasuk kemudahan sekolah, hospital dan jalan raya...hanya orang buta sahaja yang tidak boleh melihatnya.

    ReplyDelete
  16. peranan yang dimainkan oleh rukun tetangga amat penting terutama dalam memantapkan lagi perpaduan rakyat pelbagai kaum, sekali gus memastikan rakyat sentiasa hidup aman, damai dan tenteram.

    ReplyDelete
  17. Musa menyeru anggota rukun tetangga supaya terus memperhebatkan program kejiranan yang menurutnya akan menyemarakkan lagi semangat kekitaan dan kecintaan kepada negara.

    ReplyDelete
  18. Salam perjuangan. Blog tuan telah dipautkan.mohon pautan semula.
    apple-biru.blogspot.com
    tkiu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dan teruskan perjuangan,

      Blog tuan sudah dipautkan.. TQ!

      Delete
  19. jgnlah percaya pada pembangkang.

    ReplyDelete
  20. pembangkang suka putar belit.

    ReplyDelete
  21. RASUAH, PENYELEWENGAN DAN SALAHGUNA-KUASA TERBARU PAKATAN RAKYAT.. RAKYAT NILAILAH SENDIRI!

    Sehingga saat ini rakyat Kelantan masih bingung dan tercari-cari apa rasionalnya sehingga mendorong Kerajaan PAS Kelantan meluluskan pemilikan tanah pajakan seluas 10,526 ekar di Gua Musang kepada pemimpin Cina DAP dari Perak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. RASUAH, PENYELEWENGAN DAN SALAHGUNA-KUASA TERBARU PAKATAN RAKYAT.. RAKYAT NILAILAH SENDIRI!

      Rakyat pribumi sendiri masih dibelenggu masalah hak milik tanah sekalipun sudah berpuluh tahun membanting tulang meneroka kawasan berkenaan demi sesuap nasi, alih-alih Cina DAP dari luar pula yang sakan meraih laba keuntungan sehingga tahun 2092.

      Delete
    2. RASUAH, PENYELEWENGAN DAN SALAHGUNA-KUASA TERBARU PAKATAN RAKYAT.. RAKYAT NILAILAH SENDIRI!

      Untuk baki selama 79 tahun lagi dari sekarang hak milik pajakan tanah tersebut terus menjadi milik Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koh Ham dan sepupunya Nga Kor Min melalui syarikat swasta Upaya Padu sdn Bhd yang baru mereka ambil alih baru-baru ini.

      Delete
    3. RASUAH, PENYELEWENGAN DAN SALAHGUNA-KUASA TERBARU PAKATAN RAKYAT.. RAKYAT NILAILAH SENDIRI!

      Soalnya kenapa dan apa jasa pemimpin DAP Perak itu kepada negeri ini sehinggakan keutamaan pajakan tanah yang luas mata memandang itu hanya dinikmati oleh mereka? Sedangkan sekelumit manfaat daripada mereka untuk menambah baik taraf kehidupan rakyat marhaen negeri ini langsung tak kelihatan.

      Delete
    4. RASUAH, PENYELEWENGAN DAN SALAHGUNA-KUASA TERBARU PAKATAN RAKYAT.. RAKYAT NILAILAH SENDIRI!

      Padahal bukannya tidak ada syarikat berwibawa dan individu usahawan berkaliber yang terdiri daripada anak Melayu Kelantan yang jika diberi peluang seperti itu tentu sahaja akan memanfaatkannya demi kebaikan negeri dan anak watan sendiri.

      Kedua-dua pemimpin DAP Perak itu pula bukannya memiliki latar belakang sebagai usahawan genuine yang berjaya, sebaliknya sekadar pemimpin politik.

      Delete
    5. RASUAH, PENYELEWENGAN DAN SALAHGUNA-KUASA TERBARU PAKATAN RAKYAT.. RAKYAT NILAILAH SENDIRI!

      Kalau pun PAS begitu terhutang budi mahu membalas jasa dek kerana sokongan DAP kepada perlantikan pemimpin PAS Perak, Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak tidak berapa lama dulu, bukan begini caranya.

      Cukup-cukuplah beribu ekar tanah di Perak diluluskan hak milik tanah 999 tanah di sana kepada Cina-Cina DAP, buat apa lagi di beri habuan tanah pajakan berpuluh tahun di Kelantan untuk memuaskan nafsu serakah pemimpin DAP pula.

      Delete
    6. RASUAH, PENYELEWENGAN DAN SALAHGUNA-KUASA TERBARU PAKATAN RAKYAT.. RAKYAT NILAILAH SENDIRI!

      Dengan keluasan 10,526 ekar tanah di Kelantan itu yang hampir menyamai luas Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat di Putrajaya, sekiranya Kerajaan PAS Kelantan mengikut kaedah penganugerahan hak milik tanah mengikut acuan FELDA bermakna sekitar 1,000 buah keluarga bakal beroleh manfaat berupa tanah seluas 10 ekar tiap-tiap keluarga.

      Delete
    7. RASUAH, PENYELEWENGAN DAN SALAHGUNA-KUASA TERBARU PAKATAN RAKYAT.. RAKYAT NILAILAH SENDIRI!

      Tapi disebabkan kepentingan politik dan dikaburi puncak kuasa yang tidak pasti, akhirnya tanah yang merupakan amanah rakyat itu hanya memberi manfaat kepada beberapa kerat politikus dan kroni pemimpin DAP dalam syarikat itu sahaja.

      Delete
    8. RASUAH, PENYELEWENGAN DAN SALAHGUNA-KUASA TERBARU PAKATAN RAKYAT.. RAKYAT NILAILAH SENDIRI!

      Lebih menyakitkan hati rakyat bila mana hasil bumi Kelantan berupa kayu kayan balak yang nilainya berjuta-juta ringgit terus mengalir ke tangan orang lain. Bagaikan mengulangi sejarah air mata rakyat di awal dekad 1960-an dan 1970-an dulu di mana hasil bumi negeri di lebih 300,000 ekar tanah menjadi habuan sebuah syarikat milik Cina Singapura juga melalui kaedah pajakan tanah.

      Delete
    9. RASUAH, PENYELEWENGAN DAN SALAHGUNA-KUASA TERBARU PAKATAN RAKYAT.. RAKYAT NILAILAH SENDIRI!

      Patutlah lebih 90% para peneroka FELDA di serata tanah rancangan seluruh negara begitu alergik dengan PAS, tentunya berkait rapat dengan kebimbangan yang hak milik tanah mereka bakal tergadai atau dipajak kepada Cina DAP atau Cina SIngapura seandainya PAS diberi muka memijak sesuka hati wilayah yang mereka pertahankan.

      Delete
    10. RASUAH, PENYELEWENGAN DAN SALAHGUNA-KUASA TERBARU PAKATAN RAKYAT.. RAKYAT NILAILAH SENDIRI!

      Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh sahaja mengugut rakyat dengan ancaman tindakan undang-undang dan saman misalnya dalam usaha untuk menutup kebenaran, namun rakyat tidaklah bodoh untuk terus berdiam diri membiarkan saja harta benda negeri dan hasil buminya terus mengalir ke tangan DAP.

      Delete
    11. RASUAH, PENYELEWENGAN DAN SALAHGUNA-KUASA TERBARU PAKATAN RAKYAT.. RAKYAT NILAILAH SENDIRI!

      Dari Timur ke Barat, dari Utara ke Selatan Kelantan di setiap jajahan negeri ini ada sahaja suara-suara anak Kelantan yang bangkit menuntut jawapan konkrit. Kenapa, mengapa dan untuk apa tanah Kelantan dibiarkan menjadi milik DAP?

      Rakyat Kelantan menanti jawapan hari demi hari, namun yang ada cuma jawapan bersimpang siur daripada Kerajaan Negeri yang terus berbelit sambil menegakkan benang yang basah.

      Delete
    12. RASUAH, PENYELEWENGAN DAN SALAHGUNA-KUASA TERBARU PAKATAN RAKYAT.. RAKYAT NILAILAH SENDIRI!

      Jika beginilah gaya PAS memerintah negeri, sikit-sikit pajak tanah, sikit-sikit tebang balak yang sebahagian besar hasilnya hanya menguntungkan segelintir manusia haprak sahaja, usahlah menangis tak berlagu bila PRU 13 tiba kelak rakyat bangkit membuang PAS jauh terperosok ke dalam longkang.

      Delete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.