Sunday, December 23, 2012

PENGUNDI MUDA KINI BERSAMA BN

KUALA TERENGGANU: Sokongan pengundi muda, sebagai tunjang negara untuk mencapai matlamat negara maju menjelang tahun 2020, kini dilihat sudah memihak kepada Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Beliau berkata kesedaran pengundi muda terhadap kemampuan BN untuk kekal menerajui negara ini kini semakin kuat kerana mereka tahu hanya BN yang dapat memberi jaminan masa depan yang lebih baik kepada negara.

“Bila dah dekat-dekat pilihan raya ni, nampaknya gelombang kesedaran itu sudah dapat kita rasakan, saya ucap syabas kepada orang-orang muda… tadi saya nampak poster “Orang Muda sokong BN”... mereka mahu Datuk Seri Najib Tun Razak kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia di Kampung Pulau Bahagia Manir di sini kelmarin. Turut hadir Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Katanya, BN memberi jaminan tidak akan ada kumpulan rakyat sama ada di Semenanjung, Sabah mahupun Sarawak yang tertinggal ataupun tercicir daripada perhatian kerajaan jika BN kekal memerintah menjelang tahun 2020.

Menurutnya, pemerintahan BN hari ini adalah amanah untuk membela dan menjaga kebajikan rakyat supaya dapat menjalani kehidupan dengan baik dan selamat.

Katanya, dalam melaksanakan amanah itu kerajaan sentiasa memastikan ekonomi negara berkembang, peluang kerja bertambah, industri bertambah maju, kemudahan sosisal seperti kemudahan kesihatan dan pendidikan lebih baik.

“Dalam lapan tahun lagi janji kita kepada rakyat adalah untuk menjadi negara maju…setiap peringkat rakyat … tua muda semua kaum…Semenanjung Sabah dan Sarawak akan dapat diberikan perhatian dan pembelaan secukupnya,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata ia bukannya janji kosong kerana BN memberi jaminan bahawa menjelang fajar 2020, Malaysia akan menjadi negara maju yang sebagaimana yang rakyat idamkan.
 
Sumber: New Sabah Times

17 comments:

  1. Pengundi muda merupakan pengundi atas pagar. kalau dapat tambat hati mereka, memang nasib baik la.

    ReplyDelete
  2. Golongan belia penentu masa depan dan pelapis pemimpin yang ada sekarang.

    ReplyDelete
  3. BN tetap akan menjadi pilihan rakyat.

    ReplyDelete
  4. BAJET 2013 BERJAYA TARIK SOKONGAN PENGUNDI MUDA UNTUK TERUS MENYOKONG KERAJAAN BN

    Kajian pergerakan Pemuda Umno 48 selepas pembentangan Bajet 2013 Jumaat lalu lepas menunjukkan 50 peratus pengundi muda menyokong BN, 20 peratus pembangkang dan 30 peratus pengundi muda berkecuali, kata Ketuanya, Khairy Jamaluddin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BAJET 2013 BERJAYA TARIK SOKONGAN PENGUNDI MUDA UNTUK TERUS MENYOKONG KERAJAAN BN

      Katanya sebelum ini, kajian yang dilakukan secara konsisten dan berskala itu, mendapati 60 peratus pengundi muda adalah berkecuali dan 40 peratus kepada BN dan pembangkang.

      Delete
    2. BAJET 2013 BERJAYA TARIK SOKONGAN PENGUNDI MUDA UNTUK TERUS MENYOKONG KERAJAAN BN

      “Kajian terbaru ini menunjukkan lonjakan luar biasa…kita nampak kesan belanjawan ini amat baik sekali,” katanya sambil memperjelaskan kajian terbaru itu membabitkan 1,000 responden dari seluruh negara.

      Delete
    3. BAJET 2013 BERJAYA TARIK SOKONGAN PENGUNDI MUDA UNTUK TERUS MENYOKONG KERAJAAN BN

      katanya, peningkatan jumlah kehadiran golongan muda di majlis pelancaran program ‘BN Pilihan Orang Muda’ peringkat negeri Pulau Pinang semalam adalah kesan secara langsung daripada belanjawan tersebut.

      Delete
  5. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelbagai insentif untuk golongan belia yang diumumkan dalam Belanjawan 2013 jelas membuktikan kerajaan BN sentiasa prihatin dan mendengar suara dan isi hati golongan muda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beliau berkata sebanyak RM51.7 bilion yang diperuntukan dalam belanjawan untuk golongan muda menunjukkan dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan tidak ambil peduli suara orang muda terbukti tidak benar.

      Delete
    2. “Belanjawan yang dbentangkan memperlihatkan keprihatinan dan suara generasi muda diambil kira oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.

      Delete
    3. Ahmad Zahid, yang juga menteri pertahanan, berkata golongan muda mula menunjukkan dokongan terhadap BN setelah mereka melihat kerajaan berjaya menepati semua yang dijanjikan.

      Ini dapat diterjemahkan dengan kehadiran mereka yang menggalakkan pada setiap perhimpunan yang dianjurkan oleh BN, katanya.

      Delete
  6. As Malaysians digest the impact of the 2013 Budget measures and incentives, it has emerged that support for Barisan Nasional among young voters has increased by 30 per cent.

    ReplyDelete

  7. BN Youth chief Khairy Jamaluddin said this was based on a survey by a social media network involving 1,000 respondents within 48 hours of the Budget being tabled by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.

    ReplyDelete

  8. However, 48 hours after our prime minister tabled the Budget, 30 per cent of the non-partisan respondents voiced their support for BN in appreciation of the goodies extended to the youth.

    ReplyDelete

  9. Khairy said following the overwhelming response, the BN Youth and Puteri wings were embarking on a nationwide tour to explain what the Budget had to offer to youth.

    ReplyDelete

  10. The Budget is a manifestation of the prime minister's and the government's wisdom in responding to the needs of young Malaysians. So, it is the duty of the Youth and Puteri movements to go to the ground and spell it out to the target group.

    ReplyDelete
  11. Among others, Najib had announced the Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 of RM250 for unmarried youth earning below RM2,000 a month, a RM200 smartphone rebate, up to 20 per cent discount for National Higher Education Fund Corporation loan repayment, a flexible My First Home Scheme, income tax reduction and a RM250 1Malaysia book voucher for undergraduates.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.