Monday, December 3, 2012

Pengakuan Nurul Izzah dan Konflik PR Sabah

Menurut blogger DKMSabah, Nurul Izzah telah datang ke Sabah pada 02/12/2012  bagi menyampaikan ceramah beliau kepada pengundi-pengundi sekitar Ranau yang bertempat di Cottage Hotel Kundasang.

Namun yang menariknya lawatan Nurul Izzah ke Sabah menurut penulis blog berkenaan adalah bukan pada program Nurul Izzah di Ranau, sebaliknya berkenaan dengan perjumpaan tertutup yang disifatkan penulis sebagai perjumpaan sulit antara Nurul Izzah dan ahli-ahli Pakatan Rakyat bertempat di Yaho Hotel Sembulan Baru. Dua perkara penting yang berjaya didedahkan oleh blog DKMSabah ialah seperti berikut;  

  1. Nurul Izzah mengakui bahawa kenyataan kontroversi beliau berkenaan dengan isu kebebasan beragama adalah "tidak sengaja". 
  2. Kepincangan PR Sabah berhubung dengan isu calon PRU13. Malah turut didedahkan bahawa ada kalangan ahli yang akan keluar meninggalkan parti jika tidak dicalonkan.
Dengan pengakuan "tidak sengaja" oleh Nurul Izzah berkenaan dengan kenyataan kontroversi beliau, masih terujakah rakyat Sabah mendengar setiap tutur katanya dalam setiap ceramah yang dikendalikan oleh beliau? Pendedahan ini adalah gambaran jelas bahawa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sememangnya memiliki kelebihan tersendiri iaitu mulut mereka lebih laju dari otak mereka berfikir. Bila kena pada batang hidung sendiri, mulalah mereka menuduh pihak itu ini memutar-belitkan kenyataan mereka atau sengaja mensensasikan isu itu sedangkan mereka sendiri yang mengundang kontroversi itu berlaku.

Sikap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat kadang-kala membuatkan rakyat meluat bilamana mereka cuba menonjolkan diri mereka lebih arif dalam segala hal. Kononnya mereka arif dalam agama, arif dalam bidang sains, arif dalam bidang sejarah, arif dalam bidang akaun, arif dalam bidang siasat-menyiasat dan sebagainya. Sedangkan semua kenyataan, bantahan atau kritikan yang mereka buat itu hanya terdorong ekoran microphone dan wartawan sudah tersedia di hadapan mereka. Maklumlah mulut tu lebih laju dari otak berfikir!

Lagi Bullet rasa geli hati bila pemimpin dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat melaung-laungkan kononnya akan berlaku Tsunami politik di Sabah ketika ahli-ahlinya sibuk bersaing sesama sendiri untuk menjadi calon pada PRU13 nanti. Agaknya memang betullah jangkaan pemimpin-pemimpin BN Sabah bahawa bekas ahli mereka yang melompat menyertai Pakatan Rakyat bukan disebabkan wujud masalah dalam BN, sebaliknya disebabkan oleh sikap tamak ahli itu sendiri yang terlalu mendabik dada kononnya merekalah winnable candidate yang selayak-layaknya dicalonkan pada PRU13 nanti.

Pemimpin tertinggi PR di Semenanjung sepatutnya turun ke Sabah untuk menyelesaikan isu calon PRU mereka, bukannya sekadar memburu "katak" atau melaksanakan rutin harian mereka seperti membohong, memfitnah dan memutar-belitkan fakta. Inilah akibatnya kerana terlalu mengharapkan "katak" untuk mendapatkan sokongan rakyat Sabah. Akhirnya sikap "katak-katak" ini juga yang akan menjadi beban kepada Pakatan Rakyat atau lebih tepat lagi menjadi penghalang kepada Pakatan Rakyat untuk merampas Puterajaya.

Baca artikel asal di DKMSabah

30 comments:

  1. pemimpin PR semua tak boleh pakai.

    ReplyDelete
  2. memang betul pembohonglah pemimpin2 Pakatan Rakyat ni.. agaknya itulah yang diajar oleh Anwar kepada orang bawahannya termasuk anak sendiri..

    ReplyDelete
  3. Nurul Izzah sepatutnya memohon maaf kepada rakyat Malaysia, bukannya menuduh pihak itu ini memutarbelitkan kenyataan beliau..

    ReplyDelete
  4. PR di Sabah, jangan haraplah boleh membentuk kerajaan baru lepas PRU nanti..

    ReplyDelete
  5. pemimpin2 tertinggi PR di semenanjung sibuk membohong, memfitnah dan merompak hak2 rakyat.. ahli2 mereka di sabah terus terabai..

    ReplyDelete
  6. Malaysia Today menyiarkan satu laporan kontroversi yang pasti memeningkan kepimpinan tertinggi Keadilan.

    Artikel itu mendakwa satu surat layang (a poison pen letter) yang disasarkan kepada Nurul Izzah Anwar sedang diedarkan.

    ReplyDelete
  7. Azmin Ali di dakwa dalang kepada surat layang tersebut untuk menjatuhkan Nurul Izzah!

    ReplyDelete
  8. Nurul Izzah benar-benar menurun sebelah bapanya, tidak sahaja pandai berdebat dan bercakap, tetapi juga hebat temberang dan tipu perdayanya

    ReplyDelete
  9. Dia dah cabar pemimpin-pemimpin UMNO-BN berdebat tentang isu rakyat yang bersangkutan dengan Lembah Pantai. Konon-kononnya dia tahu semua benda la. Dan konon-kononnya juga, dialah pembela golongan miskin di Lembah Pantai biarpun muka dan batang tubuhnya terlalulah sukar untuk dilihat di Lembah Pantai, bahkan dalam banyak isu yang dia kemudian tunjuk muka, Nurul Izzah seperti tenggelam punca dan tidak ketahuan hala, sepertimana yang berlaku di Jalan Kubur, Pantai Dalam tidak lama dahulu.

    ReplyDelete
  10. Nurul Izzah mahu bercakap tentang Kompleks Niaga Bangsar Utama. Rasa-rasanya, Nurul Izzah tidak pernah pun jengok dan tengok apa yang ada di dalam Kompleks Niaga berkenaan yang asalnya menempatkan para peniaga dari Taman Razali di Jalan Bangsar yang sekarang ini sudah bertukar menjadi landasan keretapi dan komuter.

    ReplyDelete
  11. adik si kupi en pesJanuary 3, 2013 at 9:49 AM

    In line with its growing support across the country, Barisan Nasional (BN) is planning to go all out to retain Sabah in the coming general election, Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said on Tuesday.

    ReplyDelete
    Replies
    1. adik si kupi en pesJanuary 3, 2013 at 9:49 AM

      The Opposition has called Sabah the ‘fixed deposit’ of BN, but Muhyiddin pointed out that for BN the state is just as important as any other in the country.

      Delete
    2. adik si kupi en pesJanuary 3, 2013 at 9:50 AM


      “The BN has been serving the people for over 50 years and the people have developed their trust in us. We cannot fail them now,” he said.

      Delete
    3. adik si kupi en pesJanuary 3, 2013 at 9:51 AM

      BN has stepped up its efforts in the state, with Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak making it clear recently that he wants to be responsive to the concerns of all Sabahans.

      Delete
    4. adik si kupi en pesJanuary 3, 2013 at 9:51 AM

      In August he announced the terms of a Royal Commission of Inquiry (RCI) on illegal immigration, saying it would be given six months to complete its investigation on the influx of illegal immigrants in Sabah.

      Delete
    5. adik si kupi en pesJanuary 3, 2013 at 9:51 AM


      The RCI will investigate the number of immigrants in Sabah who were issued blue identity cards or citizenship, and whether this was issued to immigrants based on the law.

      Delete
    6. adik si kupi en pesJanuary 3, 2013 at 9:51 AM


      In political terms, Najib has stolen the Opposition’s thunder yet again. By showing that he is listening to Sabahans, and by giving them what they have been asking for so many years, he has taken away the Opposition’s biggest request and granted it to the people of Sabah.

      Delete
    7. adik si kupi en pesJanuary 3, 2013 at 9:51 AM


      Pakatan, meanwhile, predictably attacked the commission, claiming that the RCI was “toothless” and “too late”. The Opposition is naturally upset that the RCI would rob Pakatan of one of its key demands in the lead up to GE 13.

      Delete
    8. adik si kupi en pesJanuary 3, 2013 at 9:52 AM


      Yet Sabahans have Najib to thank for listening to their views and for making the RCI a reality.

      Delete
    9. adik si kupi en pesJanuary 3, 2013 at 9:52 AM

      The Prime Minister’s strong political will to deal with this contentious issue is expected to gain the confidence and trust of the people, and the federal Government’s seriousness in tackling the matter will help BN in maintaining its stronghold Sabah in GE 13.

      Delete
    10. adik si kupi en pesJanuary 3, 2013 at 9:52 AM

      Pakatan, on the other hand, is relying on empty promises and its failed defection strategy to get a toehold in the state.

      Delete
    11. adik si kupi en pesJanuary 3, 2013 at 9:52 AM

      Datuk Seri Anwar Ibrahim boasted that he would engineer a wave of defections from BN in Sabah – but unfortunately for Anwar and for Pakatan, the promised flood of defections turned out to be a minor trickle instead.

      Delete
    12. adik si kupi en pesJanuary 3, 2013 at 9:52 AM

      Only a couple of BN leaders of any note have signed up to Anwar’s camp in the past few months. Perhaps he should realise that courting opportunistic defectors in Sabah is a negative approach to winning the people’s support. Pakatan cannot ‘buy’ all the votes in Sabah, let alone Malaysia.

      Delete
    13. adik si kupi en pesJanuary 3, 2013 at 9:53 AM


      In July, Anwar was beside himself with glee over the defections to Pakatan of Wilfred Mojilip Bumburing and Datuk Lajim Ukin. This, Anwar cried, would be the key to Pakatan taking Sabah.

      Delete
    14. adik si kupi en pesJanuary 3, 2013 at 9:53 AM

      Sadly, the voters were less excited because they sensed that the two men had defected not because they were in tune with the aspirations of the nation, but because they sensed an opportunity for more power.

      Delete
    15. adik si kupi en pesJanuary 3, 2013 at 9:53 AM


      And the duo confirmed this within days when they revealed that rather than pledged their unqualified support to Pakatan they would both set up their own parties that will demand a big slice of the pie in return for their ‘loyalty’.

      Delete
    16. adik si kupi en pesJanuary 3, 2013 at 9:53 AM


      With its defection strategy in shambles Pakatan Rakyat has turned desperate in its bid to find some support in Sabah and Sarawak. In September, it resorted to an ill-thought pledge, promising the moon to voters in these states that the coalition has no hopes of fulfilling.

      Delete
    17. adik si kupi en pesJanuary 3, 2013 at 9:53 AM


      Labelled as the important-sounding ‘Kuching Declaration’, the seven-point pledge appealed to voters’ desire for autonomy without actually offering anything concrete.

      Delete
    18. adik si kupi en pesJanuary 3, 2013 at 9:54 AM


      Pakatan’s attempt at getting some toehold in BN’s bastions of Sabah and Sarawak will fail as voters prefer to choose on the basis of real policies and track record, not empty promises.

      Delete
    19. adik si kupi en pesJanuary 3, 2013 at 9:54 AM


      After all, Pakatan’s abysmal track record in the states it rules is there for all to see. The coalition’s desperate strategy will therefore have little or no impact on the growing wave of support for BN.

      Delete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.