Monday, December 17, 2012

SUHAKAM memperjuangkan kepentingan pembangkang

“It is quite alarming to me to read reports in recent days such as the Suhakam’s rally being forced at the eleventh hour to relocate from Universiti Malaysia Sabah (UMS) to an undesignated place due to a certain letter from the Chief Minister’s Department ordering the change in venue,” - Patrick Sindu

Baca laporan penuh (DISINI)

SUHAKAM bukan lagi sebuah badan bebas setelah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia ini telah banyak kali melibatkan diri dalam arena politik, malah ada angggota mereka berselindung di sebalik nama Hak Asasi sedangkan peranan utama mereka semata-mata untuk memperjuangkan kepentingan pembangkang, bukannya hak asasi rakyat.

Suruhanjaya Hak Asasi ini yang sepatutnya berfungsi sejajar dengan kehendak Perlembagaan Persekutuan, peruntukan undang-undang sedia ada dalam konteks Negara Malaysia iaitu demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan sudah tergelicir dari landasan asas penubuhan mereka kerana suruhanjaya ini lebih mengambil pendekatan hak asasi Negara barat untuk diaplikasikan di Negara ini.

Suhakam menyokong gerakan Bersih untuk menggulingkan kerajaan dengan kekerasan kerana kononnya itu adalah hak asasi rakyat untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka, Suhakam menyokong kempen LGBT kerana kononnya rakyat berhak memilih selera nafsu masing-masing sedangkan Islam adalah agama Persekutuan yang ada halal dan haramnya.

Kita hairan bagaimana Suhakam boleh menyokong pesalah undang-undang? Mereka boleh menyokong penjenayah, mereka boleh mengenepikan undang-undang sedia ada kononnya kerana mahu mempertahankan hak asasi. Kita juga hairan bagaimana Suhakam boleh menyokong rusuhan yang berniat untuk menggulingkan kerajaan.

Suhakam sudah jadi badan yang cukup mengarut apabila empat orang anggota Suhakam sendiri dilihat begitu condong menyokong parti pembangkang, dan sebab itulah apa sahaja yang pembangkang lakukan walaupun tidak mendapat sokongan majoriti rakyat, tetapi akan disokong oleh Suhakam, mereka ini akan meletakkan segala kesalahan kepada kerajaan serta agensi penguatkuasaan lain.

Mereka akan bersungguh-sungguh menyiasat ataupun membuat pendengaran awam dan selepas itu mereka akan buat keputusan mengecam kerajaan ataupun polis atas tindakan-tindakan yang bagi mereka melanggar hak asasi manusia. Sedangkan sejak penubuhan Suhakam, mereka inilah menjadi punca atau penyumbang kepada kemusnahan tamadun bangsa di Negara ini dan menjadikan Negara lebih huru hara.

Setakat ini tidak ada keputusan mereka yang disifatkan menyebelahi rakyat majoriti ataupun kerajaan, mereka lebih menjaga hak asasi pembangkang daripada hak asasi rakyat negara ini. Pembangkang sentiasa diberikan tonik untuk menyegarkan gerakan pengkhianatan mereka terhadap agama, bangsa dan Negara.

Sikap berat sebelah Suhakam cukup ketara. Mereka bukan jadi agen ataupun pelaksan mempertahankan hak asasi manusia tetapi mereka telah bersama-sama menjadi penceroboh menganggu-gugat hak asasi ramai.

Kalau beginilah sikap serta tingkah laku Suhakam, mereka bukan sahaja tidak layak untuk bersuruhanjaya di Malaysia malah mereka juga tidak layak untuk mempertikaikan atau membantah arahan kerajaan bilamana ada aktiviti mereka yang tidak disenangi oleh kerajaan.

By: Borneo Bullet

12 comments:

  1. Kalau NGO lebih condong kepada parti2 tertentu, lebih baik jangan gelarkan diri mereka NGO.

    ReplyDelete
  2. Cukup-cukuplah berselindung di sebalik nama Hak Asasi.

    ReplyDelete
  3. Suhakam perlu lebih adil dan saksama

    ReplyDelete
  4. Jangan double standard, semua harus sama rata

    ReplyDelete
  5. Suhakam tak harus terikat kepada mana2 pihak, bersikap neutral lebih baik.

    ReplyDelete
  6. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) perlu lebih adil dalam menangani isu kemasyarakat agar rakyat mempercayai bahawa Suhakam adalah tempat mereka bergantung. Umpamanya dalam kes perhimpunan haram Bersih Suhakam begitu beriya-iya mempertahankan beberapa pemimpin pembangkang termasuk Anwar Ibrahim tetapi dalam kes Liwat Suhakam seperti 'membisu' apabila pengadu Saiful Bukhari mengadu minta dipercepatkan perbicaraan.

    ReplyDelete
  7. berdasarkan rekod-rekod sebelum ini, SUHAKAM sendiri tidak layak dan gagal untuk memainkan peranan sebagai sebuah badan yang bersifat neutral dalam menghakimi sebarang bentuk isu di negara ini.

    ReplyDelete
  8. Dalam kenyataan Hasmy Agam mengenai Bershit 3.0, kawan baik Ambiga Sreevenasan ini dilihat begitu berat sebelah apabila hanya membicarakan tentang para peserta Bershit 3.0 yang dibelasah anggota polis.

    Bagaimanapula dengan nasib anggota-anggota polis yang cedera parah dibelasah para peserta Bershit itu?

    Tidakkah Hasmi Agam dan Suhakam tahu bahawa ada anggota polis yang terpaksa bertarung nyawa di ICU disebabkan keganasan melampau yang dilakukan oleh para peserta Bershit itu?

    ReplyDelete
  9. Apakah kezaliman peserta Bershit 3.0 itu sengaja dibutakan oleh SUHAKAM? Berapa banyak Ambiga dan Anwar bayar pada SUHAKAM untuk menyebelahi mereka?

    Sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, yang kononnya MENJAGA HAK ASASI MANUSIA, apakah Hasmy Agam tidak menganggap anggota-anggota polis di negara ini sebagai manusia sehingga melupakan kezaliman yang dilakukan terhadap mereka?

    ReplyDelete
  10. Melihat kepada rekod SUHAKAM sebelum ini, NGO ini juga menghentam PDRM dan Kementerian Dalam Negeri yang mengharamkan program Seksualiti Merdeka, yang didalangi oleh Ambiga.

    Sangat bertentangan dengan prinsip kemanusiaan secara fitrah, SUHAKAM yang menjaga hak asasi manusia bertindak menyokong sesuatu yang berlawanan dengan seksualiti hakiki manusia. LGBT pula yang disokonganya? “Hak Asasi Manusia” apa ke jadahnya itu?

    ReplyDelete
  11. Saya tidak pasti tentang siapa yang mengiktiraf SUHAKAM sebagai penjaga hak asasi manusia di negara ini dan apakah makna nama yang dibawa oleh NGO ini.

    Namun pada pandangan saya, biar apapun nama yang digunakan SUHAKAM, nama NGO tersebut lebih sesuai diubah kepada Suruhanjaya Hak Asasi Ambiga Dan Pakatan Haram atau nama singkatannyan, SUKAHARAM.

    ReplyDelete
  12. Sebaiknya, SUHAKAM wajar dibubarkan saja di negara ini dan digantikan dengan sebuah NGO yang bertindak lebih telus, adil, neutral dan berpaksikan Islam. SUHAKAM sudah lama tidak dipercayai dan hilang kreadibilitinya di negara ini.

    Rasanya, SUHAKAM sendiri tidak tahu apa yang dimaksudkan atau takrifan perkataan “manusia” yang ada pada namanya. Bubar sajalah NGO itu dari terus menyalak sebagai alat Pakatan Haram dan Ambiga.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.