Tuesday, December 11, 2012

SAPP Bukan Ambil Kesempatan?


"Rahsia di sebalik pergerakan "In Remembrance And Justice For Adik Norikoh" di Pekan Kota Marudu pada Ahad lalu, adalah satu anjuran simbolik daripada SAPP CLC N.5 Tandek, khusus untuk memperingati pemergian Norikoh yang ke 14 hari. Kami tiada niat langsung untuk membuat "Demonstrasi atau Tunjuk Perasaan." Tujuan kami adalah ikhlas.

Mesej yang sebenar kami ingin sampaikan adalah soal kesedaran dan keselamatan khusus buat seluruh rakyat Kota Marudu dan khasnya rakyat di Sabah, di mana setiap ibu/bapa terutama sekali kepada mereka yang mempunyai anak 'sumandak' supaya jangan sesekali ikut orang yang tidak dikenali.

Nah, akibatnya, inilah yang telah berlaku terhadap adik Norikoh sehingga kematiannya tiada seorang pun yang sanggup bertanggungjawab." - Sabahkini
Murni sungguh hati ahli-ahli SAPP sehingga sanggup menganjurkan kempen kesedaran dan keselamatan khas untuk rakyat Sabah sebaik berlaku kes pembunuhan yang melibatkan anak jati Sabah. Mana lagi kita mahu cari parti politik yang memiliki sikap ambil berat terhadap keselamatan rakyat Sabah seperti SAPP? 

Tidak ada parti politik di Malaysia setakat ini yang sanggup mendahului siasatan pihak polis semata-mata mahu menunjukkan kemurnian hati pemimpin-pemimpinnya.  Tidak ada parti politik di Malaysia setakat ini yang berkobar-kobar semangatnya mahu memperjuangkan isu-isu keselamatan sebaik tragedi itu berlaku.

Saya memuji, menghormati dan menghargai "keikhlasan" SAPP dalam memperjuangkan isu-isu keselamatan rakyat di negeri ini. Tapi untuk bersetuju bahawa SAPP BUKAN mengambil kesempatan, amat jauh terlintas di fikiran saya. Bagaimana dengan kes-kes pembunuhan di Sabah yang lain? kenapa tidak ada seorangpun dari pemimpin-pemimpin SAPP yang sudi mengibarkan banner atau menganjurkan perarakan bagi memperingati atau untuk mendapatkan keadilan kepada mangsa? Ikhlas sangatkah perjuangan mereka apabila kes "tertentu" sahaja yang mereka bangkitkan untuk tatapan rakyat Sabah?

Sikap SAPP mengkontroversikan tragedi yang menyayat hati ini menunjukkan seolah-olah hanya satu kes pembunuhan sahaja yang berlaku di Sabah sepanjang tahun ini. 

Sepatutnya Yong Teck Lee yang sebelum ini pernah disaman oleh Harris kerana mempolitikkan tragedi "Double Six" tampil menasihatkan ahli-ahlinya supaya tidak mengikut jejak langkah beliau serta belajar untuk menghormati keluarga mangsa yang masih dalam "kejutan" agar tidak mengganggu ketenteraman keluarga berkenaan.

Ketika pihak polis sibuk menjalankan siasatan, disitu jugalah ahli-ahli SAPP sibuk menaikkan banner dan berarak konon untuk memperjuangkan keadilan kepada mangsa pembunuhan. Seolah-olah tidak wujud polis di negeri ini, atau seolah-olah pihak polis tidak menjalankan tanggungjawab mereka.

Kalaupun ahli-ahli SAPP tidak mampu menyembunyikan sikap "tanggungjawab" mereka ekoran Pilihanraya Umum semakin hampir, mereka masih boleh memainkan peranan mereka tanpa perlu menjadikan kes ini sebagai modal untuk mendapatkan sokongan politik. Cukuplah SAPP bekerjasama dengan pihak polis supaya si pembunuh dapat diberkas secepat mungkin atau mungkin membantu keluarga mangsa samada dalam bentuk kewangan atau sokongan moral.

By: Borneo Bullet

10 comments:

  1. Ahli politik memang akan lebih cenderung untuk politikkan sesuatu isu.

    ReplyDelete
  2. Manifesto SAPP bagi menghadapi PRU-13 akan datang ini yang diperjuangkan oleh Yong Teck Lee dan penyokong-penyokongnya diumpamakan sebagai "kulat yang sudah lapuk".

    ReplyDelete
  3. Bagi YTL melalui manifesto tersebut, beliau akan melaksanakan kesemua perancangan untuk rakyat Sabah tanpa beliau mengetahui bahawa apa yang dirancang beliau sebenarnya sudah ada di depan matanya pada masa sekarang ini.

    ReplyDelete
  4. SAPP lebih bersifat parti perkauman dan semakin kurang sokongan.

    ReplyDelete
  5. SAPP mahu menang publisiti saja tu

    ReplyDelete
  6. SAPP sebenarnya tengah memancing undi

    ReplyDelete
  7. tambirang saja SAPP ni.. padahal mmg ambil kesempatan.

    ReplyDelete
  8. KALAU SAPP TIDAK AMBIL KESEMPATAN, KENAPA HANYA SATU KES PEMBUNUHAN SAJA YANG DISENSASIKAN?? KENAPA TIDAK SEMUA ISU PEMBUNUHAN DI SABAH? KENAPA TIDAK BELA KELUARGA MANGSA YANG LAIN?

    ReplyDelete
  9. MAKIN SAPP MENUNJUK-NUNJUK KEBAIKKAN MEREKA, MAKIN MENYAMPAH SAYA TENGOK.. MASA YONG TECK LEE BERKUASA DULU, ADA JUGA KES BUNUH, ADA JUGA KES ROGOL, ADA JUGA KES PECAH RUMAH DAN SEBAGAINYA..

    ReplyDelete
  10. JIKA SAPP BENAR2 IKHLAS BERJUANG UNTUK RAKYAT, MEREKA TIDAK PERLU MELEBIH2 HINGGA SANGGUP MENDAHULUI SIASATAN PIHAK POLIS..

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.