Friday, December 21, 2012

WASPADA PELAKON POLITIK LAMA

KOTA BELUD: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said mengingatkan rakyat supaya sentiasa berwaspada dengan pelakon politik lama yang berubah nada setelah menyertai pembangkang.

Sambil menyifatkan golongan itu sebagai lidah bercabang, beliau berkata mereka yang bersikap sedemikian tidak harus diberi tempat kerana agendanya jelas hanya untuk kepentingan diri dan survival politik semata-mata.

"Dalam suasana politik mutakhir ini, tidak dinafikan adanya pelakon atau aktor politik yang berubah nada setelah menyertai pembangkang. Tujuannya untuk menonjolkan diri, berlagak seperti hero supaya mendapat perhatian. Kita kena hati-hati dengan golongan seperti ini," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Kemas di Kampung Piasau, di sini hari ini.

Baca selanjutnya (DISINI)

Salah seorang golongan lidah bercabang yang akhir-akhir ini cuba menonjolkan dirinya sebagai hero rakyat ialah Lajim Ukin. Tidak salah beliau lantang bersuara mengkritik parti yang banyak berjasa kepada beliau, cuma biarlah kritikan itu bukan berdasarkan pembohongan, fitnah dan putar-belit.

Rakyat hari ini tidak perlu diajar bagaimana caranya untuk membuat pilihan. Mereka sendiri lebih arif dalam membuat pilihan berbanding dengan golongan lidah bercabang seperti Lajim Ukin. Ingatlah bahawa populariti tidak semestinya diperolehi melalui kelantangan bersuara mahupun akuan bersumpah, sebaliknya melalui kesungguhan dari segi tindakan dalam menyelesaikan masalah-masalah rakyat. 

Bullet mendefinisikan golongan lidah bercabang ini sebagai golongan yang telah gagal mencapai objektif perjuangannya. Bagi menutup kelemahan mereka, 10 jari disusun bukan untuk memohon maaf, sebaliknya bersedia untuk menuding mana-mana pihak yang difikirkan sesuai untuk menanggung kesilapan yang dilakukan oleh golongan ini.

18 comments:

  1. Lepas keluar parti, memang tidak sah kalau mereka tidak keluarkan kenyataan2 yang memburukkan parti lama mereka.

    ReplyDelete
  2. Pembangkang sendiri pun meragui Lajim Ukin sebenarnya.

    ReplyDelete
  3. pemimpin katak tak patut disokong.

    ReplyDelete
  4. LAJIM CONTOH TERBAIK SPESIS PEMIMPIN LIDAH BERCABANG

    Nampaknya cubaan Lajim untuk menonjolkan dirinya sebagai "winnable candidate" sekali lagi menemui jalan mati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. LAJIM CONTOH TERBAIK SPESIS PEMIMPIN LIDAH BERCABANG

      Lebih malang lagi apabila Lajim terpaksa "angkat bakul" sendiri selepas popularitinya sudah dibakul-sampahkan oleh rakyat Sabah yang muak dengan perjuangan palsu beliau.

      Delete
    2. LAJIM CONTOH TERBAIK SPESIS PEMIMPIN LIDAH BERCABANG

      Walau macam mana cara sekalipun Lajim cuba mengangkat dirinya sebagai pejuang tulin Sabah dengan harapan agar diberikan peluang sekali lagi oleh rakyat, saya tidak yakin bahawa usaha Lajim itu akan membuahkan hasil selepas pengabaian demi pengabaian dilakukan beliau terhadap penduduk kurang bernasib baik di Beaufort.

      Delete
    3. LAJIM CONTOH TERBAIK SPESIS PEMIMPIN LIDAH BERCABANG

      Sebelum ini (sebaik Lajim meninggalkan UMNO), berbelit-belit lidah beliau menafikan bahawa kerajaan BN berjaya membawa pembangunan di negeri ini, berbelit-belit juga lidah Lajim Ukin menuduh kerajaan tidak menyalurkan peruntukkan kepada kawasannya (Beaufort) sehingga banyak kemudahan prasarananya gagal dinaik-taraf.

      Delete
  5. LAJIM CONTOH TERBAIK SPESIS PEMIMPIN LIDAH BERCABANG

    Namun, ketika Lajim Ukin cuba menonjolkan dirinya benar-benar memberikan sumbangan kepada penduduk Beaufort, agaknya beliau telah terlebih belit sehingga tanpa sedar beliau terbelit leher sendiri. Ikuti pendedahan seterusnya dari blogger Suara Rakyat seperti dibawah;

    ReplyDelete
    Replies
    1. LAJIM CONTOH TERBAIK SPESIS PEMIMPIN LIDAH BERCABANG

      PADA Jumaat Datuk Lajim Ukin mengadakan sidang medianya di Pejabat PPS Putatan kononya untuk menangkis kenyataan MP Kota Belud yang mempersoalkan pencapaian beliau selama 26 tahun sebagai wakil rakyat dan anggota kabinet baik negeri mahupun persekutuan.

      Delete
    2. LAJIM CONTOH TERBAIK SPESIS PEMIMPIN LIDAH BERCABANG

      Dalam sidang media itu, Lajim menguraikan pencapaiannya sepanjang menjadi menteri di Peringkat negeri termasuk Timbalan Ketua Menteri Sabah dan pencapaiannya sebagai Timbalan Menteri di Peringkat Persekutuan.

      Delete
    3. LAJIM CONTOH TERBAIK SPESIS PEMIMPIN LIDAH BERCABANG

      Melalui uraian itu, Lajim tidak sedar bahawa semua kenyataannya terkini sejak keluar daripada Bn pada 29 Julai 2012 menunjukkan bahawa kerajaan Bn benar-benar peka terhadap keperluan rakyat.

      Delete
    4. LAJIM CONTOH TERBAIK SPESIS PEMIMPIN LIDAH BERCABANG

      Lajim dengan bangga menyatakan bahawa pembangunan infrastrutur di kawasan yang diwakilinya Beaufort dan Klias lebih 80 peratus telah diupgrade, ertinya jalan-jalan di kawasan itu telah diaspal.

      Delete
    5. LAJIM CONTOH TERBAIK SPESIS PEMIMPIN LIDAH BERCABANG

      Lajim juga dengan bangganya memberi tahu, bahawa Yayasan Usaha Maju adalah ideanya, dan melalui agensi itu, ramailah penduduk luar bandar menikmati perkidmatan agensi itu.

      Delete
    6. LAJIM CONTOH TERBAIK SPESIS PEMIMPIN LIDAH BERCABANG

      MP Beaufort itu juga bangga memberitahu bahawa pembinaan Wisma Pertanian di mana semua agensi kementerian Pertanian dan Kementerian itu beribu pejabat dapat dibangun semasa beliau menjadi Menteri Pertanian negeri.

      Delete
    7. LAJIM CONTOH TERBAIK SPESIS PEMIMPIN LIDAH BERCABANG

      Selain itu, Lajim juga mengakui bahawa beliau pernah membantu MP Kota Belud untuk mendapatkan dana projek pembinaan sebatang jalan di kampung Bobot Kota Belud dengan nilai RM300,000.00.

      Delete
    8. LAJIM CONTOH TERBAIK SPESIS PEMIMPIN LIDAH BERCABANG

      Juga, Lajim dengan bangganya mengakui bahawa Program Jelapang Padi di Kota Belud adalah ideanya, sedangkan program itu telah lama dicadangkan sebelumpun Lajim menjadi wakil rakyat.

      Delete
    9. LAJIM CONTOH TERBAIK SPESIS PEMIMPIN LIDAH BERCABANG

      Melalui kenyataan Lajim pada sidang akhbar itu, telah menemplak dirinya yang menghambur berbagai dakwaan kononnya kerajaan Bn tidak membawa pembangunan kepada rakyat Sabah.

      Delete
    10. LAJIM CONTOH TERBAIK SPESIS PEMIMPIN LIDAH BERCABANG

      Lajim kini dalam keadaan bercelaru, sehingga tidak tahu apa yang diperjuangkannya. Namun, yang jelas, beliau mabuk pangkat dan jawatan. Kerana beliau mengimpikan jawatan Ketua Menteri sama dengan Anwar ibrahim mengimpikan jawatan Perdana Menteri. Malangnya, impian mereka berdua ini tinggal impian."

      Delete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.