Saturday, September 29, 2012

Bajet 2013: Sabah tidak dipinggirkan

Bajet 2013 yang bertemakan "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat, Sebuah Janji Ditepati" telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada jam 4 petang kelmarin. Keseluruhan intipati bajet 2013 ini memberi tumpuan kepada segenap lapisan masyarakat di seluruh negara dengan memberi penekanan terhadap meningkatkan taraf hidup rakyat, memastikan pertumbuhan ekonomi mapan, perbelanjaan berhemah dan mengurangkan defisit fiskal negara dengan matlamat keseluruhan mengutamakan kesejahteraan rakyat.

Sebagaimana yang telah dibentangkan, bajet 2013 akan menyediakan peruntukan sejumlah 251.6 bilion ringgit bagi melaksanakan semua langkah, program dan projek pembangunan, menumpukan kepada kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara. Daripada jumlah tersebut, 201.9 bilion ringgit adalah bagi perbelanjaan mengurus dan 49.7 bilion ringgit bagi peruntukan pembangunan.

Berikut adalah tumpuan yang diberikan oleh kerajaan BN melalui Bajet 2013 terhadap negeri Sabah yang BB telah ringkaskan daripada teks asal pembentangan Bajet oleh Datuk Seri Najib Razak;


Bagi mendokong penglibatan pengusaha swasta dalam pembangunan industri minyak dan gas, pelbagai insentif cukai dan insentif bukan cukai istimewa telah dirangka. Hasil insentif, pelbagai projek pelaburan minyak dan gas bernilai 20 bilion dolar US telah dimulakan termasuk projek Petronas Refinery and Petrochemical Integrated Development atau Rapid, Terminal Simpanan Minyak dan Gas di Johor, Loji Regasifikasi di Melaka dan terminal minyak serta gas di Sipitang, Sabah.

Bagi sektor perladangan pula, Sabah tentunya akan menerima impak dari peruntukkan sebanyak 432 juta ringgit yang disediakan untuk program penanaman semula pokok kelapa sawit memandangkan Sabah mempunyai kawasan penanaman kelapa sawit terbesar berbanding negeri lain iaitu seluas 1.36 juta hektar daripada 4.69 juta hektar keluasan tanaman di seluruh negara.

Berkaitan kelestarian jaminan bekalan makanan pada masa akan datang, kawasan jelapang padi sedia ada akan ditambahbaik dengan sistem pengurusan tanamannya secara sistematik. Sebagai tambahan, 4 kawasan jelapang padi baru akan dibuka dan diperluas iaitu di Kota Belud, Batang Lupar, Rompin dan Pekan.

Di bawah misi "Mewujud Kejiranan Yang Selamat dan Harmoni", Kerajaan akan menambah pemasangan Sistem Kamera Litar Tertutup atau CCTV sebanyak 496 unit di 25 buah Pihak Berkuasa Tempatan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Di bawah Program Transformasi Bandar atau UTP, Kerajaan telah melancarkan 2 Pusat Transformasi Bandar atau UTC iaitu di Melaka dan Kuala Lumpur. Terkini, UTC KL telah menerima purata seramai 4,000 orang sehari. Pelaksanaan UTC akan diperhebatkan dan dilaksanakan secara berperingkat di 6 bandar utama, iaitu Alor Setar, Kuantan, Ipoh, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching.

Di luar bandar, Kerajaan telah membuka Pusat Transformasi Luar Bandar atau RTC di Gopeng, Perak dan Wakaf Che Yeh, Kelantan bagi menyediakan sebuah pusat integrasi perkhidmatan meliputi pengumpulan, pemprosesan dan pengedaran hasil pengeluaran pertanian, perbankan dan insurans, khidmat nasihat perniagaan, latihan dan kemahiran, klinik serta ruang niaga. Berdasarkan manfaat yang diterima, Kerajaan akan terus memperluaskan RTC ke Melaka, Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak.

Dibawah "Pembangunan Luar Bandar dan Masyarakat Orang Asli", Sebanyak Rm100 juta ringgit akan diperuntukkan bagi membekal 40 ribu tangki air menggunakan kaedah tadahan air hujan khususnya di kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak.

Lanjutan daripada kejayaan pengenalan RapidKL dan RapidPenang, Kerajaan akan melancarkan RapidKuantan mulai 1 Disember 2012 bagi menyediakan perkhidmatan pengangkutan bas berkualiti di Kuantan. Syarikat Prasarana juga dalam proses untuk memperluaskan perkhidmatan ini di bandar lain seperti Ipoh, Seremban, Kuching dan Kota Kinabalu.

Dan yang paling penting sekali, kerajaan akan memperuntukkan sebanyak 386 juta ringgit bagi memastikan harga barangan keperluan di Sabah dan Sarawak serta Labuan dijual pada harga yang lebih rendah dan lebih seragam dengan membuka sebanyak 57 buah KR1M dan menanggung kos penghantaran produk dari Semenanjung Malaysia ke Sabah, Sarawak serta Labuan termasuk penghantaran ke kawasan pedalaman. Sebagai contoh di Ba’kalalan, Sarawak, harga gas memasak 14 kg setong dijual pada harga RM70. Dengan program penyeragaman harga, gas memasak tersebut boleh dibeli hanya dengan RM26.60 setong.

Sebagai tambahan, bagi meringankan beban rakyat yang berulang alik menggunakan perkhidmatan feri dari Labuan ke Sabah dan Sarawak, Kerajaan akan memberi diskaun tambang kepada semua penumpang sebanyak 50 peratus. Di samping itu, diskaun sebanyak 50 peratus turut diberi ke atas tambang feri untuk kenderaan komersial yang mengangkut barang keperluan asas dan binaan ke Labuan.


Kesimpulannya, ringkasan intipati Bajet di atas sudah cukup menggambarkan bahawa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib sangat mengambil berat keperluan dan tuntutan rakyat di Sabah. Belum termasuk peruntukan-peruntukan lain yang tentunya akan turut dinikmati oleh rakyat di negeri ini, cuma tidak dijelaskan secara terperinci dalam teks ucapan beliau; seperti peruntukkan kepada pendidikan, jalanraya, pembasmian kemiskinan dan sebagainya.


**Seperti bajet negara yang dibentangkan sebelum ini, Bajet 2013 juga padat dengan pelbagai hadiah istimewa kepada rakyat di SELURUH negara.**

Teks Asal (DISINI)

By: Borneo Bullet

37 comments:

  1. bajet 2013 BN sememangnya satu bajet yang menyeluruh untuk membangunkan negara dan mempertingkatkan kesejahteraan rakyat..

    ReplyDelete
  2. sabah dan sarawak tidak dipinggirkan dalam bajet 2013...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tidak dipinggirkan...sesetengah pihak saja yang mengatakan sedemikian atas kepentingan politik..

      Delete
    2. tidak ada dipinggirkan dalam bajet ini.

      Delete
  3. PM najib razak sedar akan kemahuan dan keperluan rakyat...dan kesedaran ini diterjemahkan dalam bajet 2013..

    ReplyDelete
  4. rakyat juga akan mendapat BR1M 2.0 dan belia berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan kurang rm2000 sebulan juga dapat rm250.

    ReplyDelete
  5. bermacam2 hadiah diberikan kepada rakyat dalam bajet 2013 ini..rakyat sudah tentunya berterima kasih kepada kerajaan...

    ReplyDelete
  6. Pembentangan Bajet 2013 membuktikan Kerajaan Pusat terus memberikan perhatian kepada Sabah dari segi peruntukan dan inisiatif pembangunan untuk rakyat.

    ReplyDelete
  7. Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman (gambar) berkata, antaranya dapat dilihat melalui peruntukan sebanyak RM386 juta bagi menyeragamkan harga barangan di Sabah.

    ReplyDelete
  8. "Kita selalu nyatakan harga barangan kita tinggi dibandingkan dengan harga di Semenanjung. Jadi dengan adanya penyeragaman harga ini sudah tentunya ia amat dinantikan rakyat Sabah," katanya.

    ReplyDelete
  9. Menurut Musa, bajet yang dibentangkan itu merupakan bajet menyeluruh yang mengambil kira kepentingan dan kehendak semua lapisan masyarakat.

    ReplyDelete
  10. keprihatinan kerajaan meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 dengan memperluaskan kepada golongan muda membuktikan kerajaan sentiasa memberi perhatian kepada golongan muda.

    ReplyDelete
  11. Tambah beliau, bajet itu berupaya melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara selaras dengan program transformasi ke arah menjadikan Malaysia negara maju.

    ReplyDelete
  12. "Sesuai dengan tema Memakmurkan Negara, Mensejahterakan Rakyat, Sebuah Janji Ditepati, yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam ternyata bajet 2013 itu adalah satu bajet yang sangat prihatin, ikhlas, inklusif dan realistik.

    ReplyDelete
  13. "Saya menyeru semua pihak sama ada pemimpin, penjawat awam, sektor swasta dan rakyat keseluruhannya untuk terus meningkatkan iltizam dan komitmen bagi menjayakan agenda bajet ini."-Musa Aman

    ReplyDelete
  14. Itu sudah pasti. Kalau kita lihat sendiri memang Sabah pun mendapat manfaat daripada bajet yang dibentangkan itu.

    ReplyDelete
  15. Kalau kita lihat sekarang ini pun pembangunan di Sabah semakin pesat membangun. Apa lagi mendapat peruntukan bajet 2013 ini. Harap tumpuan akan diberikan juga dikawasan luar bandar.

    ReplyDelete
  16. "Sebagai contoh di Ba’kalalan, Sarawak, harga gas memasak 14 kg setong dijual pada harga RM70. Dengan program penyeragaman harga, gas memasak tersebut boleh dibeli hanya dengan RM26.60 setong"

    Bagus,seregamkan harga pembeli barang harian.

    ReplyDelete
  17. Banyak news yang ketepikan kebenaran tentang bajet 2013, ada yang mengadu Sabah tidak termasuk dalam bajet,harap2 mereka baca artikel ni.

    ReplyDelete
  18. Percayalah Sabah akan terus menjadi negeri yang maju dan kaya.

    ReplyDelete
  19. Bagus, bajet 2013 merangkumi pembangunan Sabah dari pelbagai segi, sila teruskan.

    ReplyDelete
  20. bajet 2013 mmg amat baik untuk rakyat.

    ReplyDelete
  21. byk bantuan kepada rakyat diberikan dalam bajet kali ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bantuan rakyat perlu berterusan untuk membela nasib rakyat

      Delete
  22. Borneo_Bullet_Proof_VestOctober 3, 2012 at 1:25 PM

    Sabah and Sarawak, has never been sidelined in terms of development as seen by the big chunk of allocation given under National Key Result Areas (NKRA). BN leaders here in refuting opposition’s allegation that the state had been neglected in terms of development, cited the frequent visits to the state by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak to personally feel and monitor the progress of development in both states.

    This spoke volumes about Najib giving priority to development of the state, adding that the opposition front was hard pressed by their lack of issues to harp on.Taking a swipe at the opposition, they said their unkind remarks were merely sweeping statements made to confuse the people.

    In my view and I blieve that that is exactly why Malaysia is called a developing country. The fact is Sabah and Sarawak has gone far in the improvement of its infrastructure, and is still continuously improving. That is why Sabah and Sarawak’s rural development cannot afford to be politicised.

    ReplyDelete
  23. Borneo_Bullet_Proof_VestOctober 3, 2012 at 1:27 PM

    From my observation, I find that Najib’s frequent visits to Sabah and Sarawak reflected his care and concern for both Borneon states. Sabahan and Sarawakians should reciprocate by supporting him in his endeavour to bring progress to Malaysia.

    On the other hand, the opposition definitely find him a threat in their attempts to take over the government and will always try to show that the federal government has neglected the state’s development.

    Having said this, begs to ask this question: what good things have the opposition ever said about Malaysia and the present government? They are an ungrateful and unappreciative lot who only know how to criticise, criticise, and criticise!

    Even if there are things that are done good, they will find ways and means to find fault to make it look that the programmes are failures.

    Najib had lived up to his slogan of ‘people first, performance now’. The opposition’s action glaringly reflected that they were desperate, feeling the pinch of running out of issues to harp on for their political mileage.This was because BN had done a good job in bringing about development to Sabah and Sarawak and its people.

    ReplyDelete
  24. Bagus la kalau Sabah tidak dipinggirkan. diharap kerajaan terus membangunkan Sabah

    ReplyDelete
  25. Pandangan Pemimpin/Menteri

    Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata belanjawan itu adalah yang terbaik sejak berdekad.

    "Setiap rakyat harus memberi sokongan dan penerimaan bahawa kerajaan pimpinan Barisan Nasional sentiasa membela seluruh rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan umur," katanya.

    ReplyDelete
  26. Pandangan Pemimpin/Menteri

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon pula kagum dengan belanjawan itu, yang dilihat mengutamakan pendidikan, program pembangunan sumber manusia, latihan kemahiran untuk belia serta mempertingkat kualiti kehidupan.

    "Ini semua berjalan lancar dengan masa depan negara selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Negara 2013-2025, dan apa yang paling penting ialah Perdana Menteri memberi keutamaan pada rukun tetangga," kata Presiden Gerakan itu.

    ReplyDelete
  27. Pandangan Pemimpin/Menteri

    Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula berpendapat belanjawan kali ini adalah yang dinanti-nantikan rakyat kerana ia prihatin terhadap pelbagai golongan, termasuk mereka yang ingin memiliki rumah pertama dan orang bujang.

    "Perdana Menteri mengambil peduli semua masyarakat dengan memberikan pelbagai insentif termasuk kepada golongan orang kelainan upaya," kata Naib Presiden Umno itu.

    ReplyDelete
  28. Pandangan Pemimpin/Menteri

    Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal pula melihat belanjawan itu sebagai menyeluruh dengan mengambil kira keperluan masyarakat luar bandar dan bandar serta golongan dewasa dan kanak-kanak.

    Beliau berkata peruntukan yang diberi bukan hanya tertumpu kepada pembangunan fizikal masyarakat luar bandar malah menyentuh insaniah, pendidikan, kesihatan dan keselamatan.

    "Saya yakin peruntukan yang disediakan untuk Kementerian Pelajaran akan dapat dinikmati masyarakat luar bandar, khususnya yang amat memerlukan bantuan di Sabah dan Sarawak," katanya.

    ReplyDelete
  29. Pandangan Pemimpin/Menteri

    Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar pula menyambut baik skim insurans kepada petani dan tanaman, yang sering berdepan serangan penyakit atau rosak.

    ReplyDelete
  30. Pandangan Pemimpin/Menteri

    Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri G.Palanivel, yang menyambut baik peruntukan kepada masyarakat India, berkata dana sebanyak RM50 juta untuk melatih pelajar India dapat menjamin masa depan lebih baik kepada golongan itu.

    Palanivel, yang juga Presiden MIC, berkata belanjawan kali ini bukan gula-gula pilihan raya tetapi menunjukkan keprihatinan kerajaan untuk terus memastikan masyarakat India berpeluang mendapat pekerjaan baik sekali gus mempertingkat taraf hidup.

    "Sejak beberapa tahun lepas, kerajaan sentiasa mengambil berat mengenai tuntutan masyarakat India dengan bukan hanya memberi bantuan sekali gus tetapi berpanjangan," katanya.

    ReplyDelete
  31. Pandangan Pemimpin/Menteri

    Datuk Seri Dr Ng Yen Yen pula amat berpuas hati dengan peruntukan kepada industri pelancongan bagi menarik lebih ramai pelancong ke Malaysia.

    "Kementerian gembira kerajaan memenuhi permintaan kami, dan yakin dengan insentif yang disediakan, akan menarik kedatangan 26 juta pelancong ke Malaysia," katanya.

    ReplyDelete
  32. Pandangan Pemimpin/Menteri

    Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menganggap belanjawan itu menarik perhatian golongan muda yang mendapat banyak insentif, terutama dalam pendidikan, diskaun pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), baucer buku serta skim rumah pertama.

    "Ya, pengundi muda boleh menyimpan hasrat untuk memiliki rumah sendiri di bandar kerana ia merupakan langkah bijak bagi generasi muda Malaysia," katanya.

    ReplyDelete
  33. Pandangan Pemimpin/Menteri

    Presiden PPP Datuk M.Kayveas berkata Belanjawan 2013 adalah sesuatu yang memberangsangkan kepada komuniti perniagaan serta usahawan kerana mengandungi insentif ekonomi menarik selain bantuan kewangan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

    "Ini merupakan belanjawan yang seimbang serta progresif dan bercanggah dengan pendapat pembangkang bahawa ia adalah belanjawan pilihan raya," katanya.

    ReplyDelete
  34. Pandangan Pemimpin/Menteri

    Datuk Seri Liow Tiong Lai pula berkata peruntukan RM19 bilion kepada Kementerian Kesihatan membolehkan langkah pencegahan penyakit dilaksanakan dengan lebih menyeluruh.

    Beliau berkata langkah ini boleh memberi kesedaran kepada rakyat untuk menjalani pemeriksaan serta menjaga kesihatan dengan lebih efektif.

    Katanya, pembinaan 70 klinik 1Malaysia tahun depan, yang perkhidmatannya bermula dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari, akan memberi keselesaan serta menjamin kesejahteraan kesihatan rakyat.

    Mengulas penurunan subsidi harga gula sebanyak 20 sen, Liow berkata langkah itu amat baik dalam usaha menggalakkan rakyat mengurangkan kadar pengambilan bahan tersebut bagi menurunkan statistik penyakit di kalangan rakyat.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.