Sunday, September 9, 2012

"dakwaan tidak berasas tersebut dibuat bermotifkan politik": Datuk Sam Manan

"Kami mempercayai dakwaan tidak berasas tersebut dibuat bermotifkan politik dan tidak didorong oleh cinta ke atas alam sekitar," kata Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan

  1. Isu itu 'diperbesarkan' dengan alasan dakwaan AS$90 juta bersamaan dengan 20,000 hektar hutan ditebang.
  2. Pihak negeri mengamalkan amalan pengurusan hutan yang mapan malahan 'bertambah baik' sepanjang di bawah kepimpinan Musa. 
  3. Lesen jangka pendek yang menyebabkan kerosakan besar kepada alam sekitar kredibiliti pengurusan hutan di Sabah berada di peringkat tertinggi. 
  4. Dasar terbuka diamalkan oleh kerajaan dan semua bidang pengurusan hutan adalah terbuka kepada pihak ketiga dan juga penelitian pihak NGO. 
  5. Lesen pembalakan jangka panjang “tertakluk kepada pengauditan pihak ketiga (audit bebas) sejak 2010(juruaudit bebas pasti akan dapat mengesan pembalakan haram besar-besaran jika ia berlaku). 
  6. Jumlah rizab hutan di bawah kategori Kawasan Keseluruhan Terlindung (TPAS) telah meningkat kini “mencecah 1.3 juta hektar atau kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan tanah di Sabah (melebihi piawaian antarabangsa sebanyak 10 peratus). 
  7. Kawasan rizab hutan TPAS memiliki peningkatan terbesar di bawah pemerintahan Musa. Sekurang-kurangnya 800,000 hektar hutan Sabah adalah sebahagian atau sepenuhnya diperakui di bawah pelbagai sistem yang diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti Forest Stewardship Council (FSC), Skim Pensijilan Balak Malaysia (MTCS) atau Pan European Forest Scheme (PEFC).
"Ketua Jabatan Perhutanan tersebut turut mendakwa tuduhan tersebut bakal akan menyebabkan penurunan dalam jualan balak dan menyebabkan hutan Sabah kehilangan nilai ekonomi."

Dua artikel BB sebelum ini turut menyentuh soal "motif politik" dan "ekonomi" kesan dari tuduhan liar yang dibuat oleh BMF dan Sarawak Report terhadap pemimpin negeri Sabah. Walaupun ada perbezaan sedikit dari sudut ekonomi dimana BB lebih fokus kepada kesannya tehadap industri pelancongan, namun yang pasti pejuang yang berselindung di sebalik nama alam sekitar ini berpotensi mensabotaj ekonomi negeri Sabah.

BB sangat bersetuju dengan kenyataan Datuk Sam Mannan bahawa negeri ini mengamalkan pengurusan hutan secara mapan, dan bertambah baik dibawah pimpinan Datuk Musa Aman. Ini kerana, jika dakwaan BMF dan SR itu benar, bagaimana kajian environmentalist antarabangsa boleh meletakkan Taman Kinabalu di ranking ke-6 dunia sebagai "The Biggest and Popular Rainforest in the World" bagi tahun 2011? Malah kerajaan negeri Sabah bersungguh-sungguh mempertaruhkan tiga lagi kawasan hutan (iaitu Lembah Danum, Maliau Basin dan Imbak Canyon) untuk memperolehi pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia sama seperti Taman Kinabalu.

Berkenaan dengan AS$90 Juta bagi 20,000 hektar hutan yang kononnya ditebang diera pentadbiran Datuk Musa Aman, bagi BB tuduhan ini agak pelik sedikit. Kerana bekas Ketua Menteri sebelum ini (Datuk Yong Teck Lee) telah meluluskan 265 lesen pembalakan meliputi 300,000 hektar hutan di Sabah. Jika environmentalist luar negara boleh mengesan pembalakkan bagi keluasan 20,000 hektar, kenapa tidak untuk 300,000 hektar? Kalau ikut kiraan AS$90 juta bagi 20,000 hektar, bermakna era pentadbiran Yong Teck Lee telah berjaya mengaut keuntungan lebih dari AS$1.3 Bilion untuk 300,000 hektar hanya dalam tempoh dua tahun. Mana semua hasil keuntungan itu?

Fakta-fakta yang dikemukakan oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah ini cukup untuk membuktikan bahawa era pentadbiran Datuk Musa Aman banyak memfokuskan kepada usaha-usaha konservasi hutan, sangat bertentangan dengan tuduhan yang dibuat oleh pejuang yang betopengkan alam sekitar.

By: Borneo Bullet

10 comments:

  1. cara pengurusan kewangan kerajaan Sabah dan dasar perhutanan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dianggap sebagai yang terbaik di Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan sahaja di Malaysia, malah di dunia.. Sabah telahpun memiliki pengiktirafaan AAA oleh badan rating dunia untuk bidang ekonomi dan pelbagai pengiktirafan lain bagi konservasi hutan juga di peringkat dunia..

      Delete
  2. dakwaan tuduhan pembalakan haram dan pengubahan wang haram ke atas bank UBS yang didakwa mempunyai hubungan dengan ketua menteri, Datuk Seri Musa Aman adalah liar dan tidak berasas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab itu siasatan ICAC sebelum ini menemui jalan buntu.. sekarang, kerajaan Swiss pula mahu ambil alih siasatan..

      Delete
  3. Memang pembangkang sekarang ini tengah mencari salah orang lain dan ada yang sanggup membuat fitnah hanya semata-mata untuk menjatukan orang lain. Memang keterlaluan cara pembangkang sekarang ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pembangkang hari ini agak bijak kerana menggunakan orang luar untuk menyebarkan fitnah.. cara ini adalah yang paling selamat untuk mengelakkan mereka dikenakan tindakan undang2..

      Delete
  4. Jangan mudah terpedaya dengan permainan pembangkang yang ada sekarang ini. Semua ini cuma rekaan semata-mata. Sedangkan pihak luar negara tidak ada cerita mengenai perkara ini. Siasatan pun tidak pernah dilakukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju.. semua ini adalah permainan pemimpin2 politik pembangkang yang cuba menjatuhkan kerajaan Sabah dengan menggunakan pejuang2 alam sekitar dari luar..

      Delete
  5. memang sangat liar tuduhan yang dibuat oleh penjuang2 alam sekitar antarabangsa.. entah bagaimana mereka boleh timbulkan isu pemusnahan hutan di Sabah ketika hutan di Sabah berada pada kedudukan 10 yang terbaik di dunia..

    ReplyDelete
  6. jika benarlah pemimpin2 kerajaan Sabah terlibat dengan korupsi pembalakan, bagaimana Sabah masih mampu mengekalkan pokok2 yang bernilai tinggi di negeri ini?

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.