"A story about topless sunbathing has dominated international coverage of the William and Kate Sabah trip.It means the destruction of the jungle of Borneo, caused by
corruption in Malaysia’s highest political circles, has been ignored in
favour of a lot of fuss about a ‘Peeping Tom’ photographer."
Sumber: Sabah Trip Goes Tits Up!
Agak lucu bila Sarawak Report cuba menggambarkan lawatan Putera William dan isterinya Kate Middleton di Lembah Danum (Sabah) seakan-akan gagal dan merimaskan pasangan di-raja ini. Sejak awal-awal lagi, Sarawak Report telah memberikan amaran kepada pihak istana England supaya membatalkan misi pengembaraan itu dengan alasan kononnya Lembah Danum adalah sebuah kawasan oasis yang terletak pada zon darurat alam sekitar paling buruk di dunia.
Disebabkan amaran Sarawak Report ini tidak diendahkan oleh pihak istana, maka terpaksalah mereka menggunakan apa sahaja alasan untuk menggambarkan bahawa amaran mereka itu kononnya tepat. Walaupun terpaksa menggunakan alasan-alasan remeh yang hanya layak untuk menghiburkan kanak-kanak bawah 6 tahun.
Keengganan pihak istana mendengar amaran Sarawak Report membuktikan bahawa laporan Sarawak Report sememangnya tidak berasas, tidak mempunyai kredibiliti dan bukan atas dasar perjuangan terhadap alam sekitar. Inilah yang menjadi tamparan hebat yang disasarkan tepat ke muka penulis upahan Sarawak Report sehingga memaksa penulis ini menulis cerita berdasarkan imaginasi bebal beliau setelah dibebalkan dengan "penampar" dari pihak istana.
Untuk apa rombongan Diraja ini mendengar amaran Sarawak Report jika Putera William dan isterinya boleh mendapatkan penjelasan terus dari para pengkaji atau penyelidik hutan hujan tropika yang sedang menjalankan tugas di Lembah Danum? daripada mempercayai dakwaan Sarawak Report yang lebih layak digelar PJJ (Penulis/Pemerhati/Pengkaji Jarak Jauh), lebih baik rombongan diraja ini mempercayai hasil-hasil kajian para penyelidik di Lembah Danum.
Sepanjang lawatan the Duke and Duchess of Cambridge di Lembah Danum, mereka tidak sedikitpun rasa rimas dengan cuaca panas di negeri ini. Sebaliknya mereka lebih rela berjalan kaki walaupun telah ditawarkan kenderaan untuk kemudahan mereka. Mungkin disebabkan kejayaan kerja-kerja konservasi hutan di Lembah Danum, membuatkan pasangan Diraja ini tidak merasai langsung kesan pembalakan sebagaimana yang didakwa oleh Sarawak Report.
kesimpulannya, lawatan ini sangat berjaya dimana pasangan Diraja ini berpuashati dengan kerja-kerja konservasi yang dilaksanakan melalui usahasama antara Yayasan Sabah dengan the Royal Society. Malah pasangan Diraja ini juga kagum dengan pandangan panorama Lembah Danum setelah dinaikkan ke pokok setinggi 130 kaki.
Agak malang bagi Sarawak Report apabila siri tuduhan mereka semakin lama semakin tidak berkualiti sehingga memaksa mereka mengkitar semula tuduhan-tuduhan sebelum ini untuk dimuatkan kedalam artikel terbaru mereka (siap ada isu skandal Scorpena pula tu).
By: Borneo Bullet
Nampaknya kita dapat rasakan juga SR ini disuruh untuk memburukan Sabah supaya Prince William dan Isterinya tidak datang ke Sabah. Namun semua itu tidak berjaya. Semua fitnah itu tidak diterima pakai.
ReplyDeletetuduhan yang tidak berasas memang tidak berjaya.
Deletekesian SR, rancangan mereka tidak berjaya.
DeleteSR semenangnya diupah oleh parti politik di negara ini untuk melakukan kerja2 pembohongan..
DeleteMemang dari awal lagi rancangan Sarawak Report ini telah dihidu untuk menjatuhkan Sabah dimata dunia. Nampaknya semua itu sia-sia. Benar kata penulis ini yang mana lebih baik melihat sendiri daripada mendengar kata orang lain.
ReplyDeletesebaliknya nama Sabah makin naik dgn lawatan pasangan diraja tersebut.
DeleteSR sudah terdesak sekarang ni. tuduhan dan hasutan mereka tidak menjadi tapi sebaliknya Sabah dapat pengiktirafan.
ReplyDeleteya, Sabah banyak mendapat pujian kerana penjagaan hutannya.
DeleteEntah apa lagi isu yang akan ditimbulkan oleh SR lepas ni.
ReplyDeletepasti SR akan mainkan isu lain untuk burukkan kerajaan.
DeleteSR seperti sengaja mencari isu untuk jejaskan Sabah.
ReplyDeletelawatan pasangan diraja tersebut membuktikan Sabah memang dikenali oleh masyrakat luar.
ReplyDeletekita harus berbangga dgn lawatan mereka.
DeleteSabah harus terus fokus untuk maju kehadapan agar lebih banyak pencapaian akan diperoleh.
ReplyDeleteSetakat ni tiada komen negatif daripada pasangan diraja tentang Sabah. Ternyata provokasi yang disebarkan sebelum ini telah gagal.
ReplyDeleteYayasan Sabah Conservation and Environmental Management Division Group Manager Waidi Sinun said the Imbak Canyon Wildlife Conservation will have its own research centre such as the ones in Danum Valley and Maliau Basin next year.
ReplyDeletebermakna, dalam masa beberapa tahun dari sekarang, giliran Imbak Canyon pula bakal menjadi destinasi lawatan diraja..
Deletememang betullah Sarawak Report semakin diancam kepupusan idea.. tuduhan mereka sekarang banyak yang berdasarkan kitar semula..
ReplyDeleteentah apa agaknya perasaan penulis SR bila pihak istana England enggan mendengar amaran mereka.. nampak sangat, laporan2 SR ini tidak bernilai langsung bagi pihak istana..
ReplyDelete5- The real truth about whenever and approaches to use each of
ReplyDeletethose dumbbells and equipments to put on excellent
muscle quickly. When you've got added your details to the program, it is going to give you 3 diets to check out. It will never feature large degrees of filler information, or even lengthy explanations.
Take a look at my web site muscle maximizer results
For those already together it would be a great way to show their togetherness.
ReplyDeletePlainly not much of your Spandau Ballroom guy, is what I'm stating. This romantic comedy is filmed in New York , Tuscany (Italy) and Veneto (Italy), but mostly the movie is filmed in Tuscany.
Feel free to surf to my webpage: vampire weekend modern vampires of the city zip
I'm very into 80s new wave and italo and came across this sample. OMGPOP was founded in 2006, creating 35 other social games first on its own social network and then on Facebook and mobile platforms. Kanye West – “Heartless” Mixed With Lady Gaga – “Lovegame”.
ReplyDeleteMy website daft punk random access memories free download