Berikut adalah ucapan James Miki di hadapan 400 penyokong Parti Pakatan di Paitan Sugut dan diselangi oleh jawapan Borneo Bullet secara ringkas.
"KENAPA ramai pemimpin Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO yang mempunyai pelbagai kedudukan dalam kerajaan negeri dan persekutuan keluar meninggalkan segala jawatan penting dan keistimewaan yang mereka miliki?"
BB: Kenapa hanya selepas Anwar umumkan akan ada pemimpin-pemimpin BN Sabah keluar menyertai Pakatan Rakyat, barulah selepas itu mereka keluar? adakah pemimpin-pemimpin ini dipengaruhi oleh Anwar sebagaimana Anwar mempengaruhi Yong Teck Lee dengan menjanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada beliau ketika PRU12 yang lalu?
"Contoh yang terdekat seperti Datuk Wilfred Bumburing, Datuk Lajim Hj Okin dan ramai lagi dan termasuk diri saya sendiri kenapa harus keluar daripada BN dan UMNO ini tentu ada sebab-sebabnya kenapa kami keluar."
BB: Sudah tentu mempunyai sebab, lebih-lebih lagi ketika Pilihanraya Umum semakin hampir, selepas senarai calon telah dimuktamadkan, selepas Anwar mengadakan perjumpaan tertutup dengan beberapa pemimpin BN, dan selepas Anwar membuat pengumuman bahawa akan ada pemimpin BN keluar meninggalkan parti.
"Kami dalam Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO, walaupun hidup dalam keadaan serba serbi kemewahan, tetapi tiada kebebasan untuk menyuarakan keperitan kehidupan rakyat di luar bandar, malah terus terhimpit dan tertindas, maka hati kami memang tidak gembira dan tidak rela melihatnya."
BB: James Miki mengakui bahawa beliau hidup dalam kemewahan, mungkin sebab itulah beliau tidak pernah ambil tahu masalah rakyat dan tidak pernah membawa masalah rakyat ke peringkat tertinggi untuk diambil perhatian. Sebaliknya menyalahkan UMNO kononnya menyekat kebebasan suara sedangkan dia sendiri tidak berbuat apa-apa melainkan bergelumang dengan kemewahan. Jika benar suara mereka disekat, bagaimana wujudnya geran komunal, RCI, Jawatankuasa Khas royalti minyak, program-program pembasmian kemiskinan dan sebagainya?
"Bila kami buat teguran kerana tanah-tanah adat (NCR) dirampas oleh saudagar-saudagar Cina dari Semenanjung sehingga beribu-ribu penduduk menjadi pelarian di kampung tempat tumpah darah mereka sendiri; telah menjadi satu kesalahan kepada kepimpinan UMNO. Kononnya kami durhaka, bukan sahaja kepada UMNO, tetapi kepada kerajaan."
BB: Saya yakin 100% bahawa James Miki tidak akan dapat membuktikan atau menunjukkan kenyataan pemimpin mana yang menghalang mereka membuat teguran terhadap tanah NCR di negeri ini. Melihat kepada kesungguhan beliau memburuk-burukkan kerajaan, sepatutnya beliau tidak mempunyai masalah untuk mendedahkan nama pemimpin itu. Kenapa tidak dedahkan saja? Setahu saya, pemimpin BN hanya memberikan label "durhaka" kenapa ahli atau pemimpin lain dalam BN yang cuba mensabotaj parti dari dalam, bukan yang memperjuangkan nasib rakyat.
"Nasib rakyat terutama sekali bangsa Sungai, Kadazan, Dusun, Murut yang tinggal di kawasan terpencil yang sedang menjalani kehidupan agak senang sedikit kerana mempunyai sebidang tanah yang ditanami oleh sawit dan pokok buah-buahan; tetapi dengan tiba-tiba sahaja tanah-tanah mereka dimusnahkan dalam sekelip mata."
BB: Sama seperti perenggan diatas, tuduhan ini hanya berbentuk teori politik versi James Miki. Sebab apa saya katakan teori politik ialah, beliau tidak menjelaskan secara terperinci kawasan terpencil mana yang beliau maksudkan.
"Sementara rumah dibakar. Siapa yang tidak marah kerana tiada siapa yang membela nasib mereka. Bila jumpa wakil rakyatnya, apa jawapan mereka? Itu urusan kerajaan. Dia mahu bunuh sama kamu itu, adalah hak kerajaan."
"Ada sesetengah wakil rakyat berkata, biarlah mereka mampus itu bukan keluarga aku. Yang penting kita sudah kaya raya. Ada rumah mewah, bini muda sampai dua tiga; kereta empat lima buah; kenapa mahu memikirkan kehidupan orang lain? Mampus kamu di sana, apa saya peduli? Sekarang saya sudah jadi YB, jadi menteri, siapa berani menentang saya?"
BB: Jika benar wujud jawapan seperti itu, sudah tentu ianya menjadi satu isu kontroversi. Bila sudah jadi isu kontroversi, pasti pembangkang akan memanfaatkan isu ini hingga ketitisan darah terakhir. Tapi peliknya, kenapa hanya James Miki saja yang tahu? adakah dia wakil rakyat yang dia maksudkan itu? Dalam banyak-banyak tuduhan yang dibuat oleh James Miki, inilah tuduhan yang sangat tidak masuk akal. Siapa-siapa yang baca tuduhan ini juga pasti akan tertanya-tanya sejauhmana tahap kewarasan akal fikiran James Miki. (salah satu contoh jalan selamat untuk buat tuduhan supaya tidak kena saman)
"Malahan diberi amaran jangan sekali-kali menentang dasar-dasar kerajaan UMNO/BN, walaupun sekejam mana mereka menyeksa rakyat kerana akan menjadi satu kesalahan besar boleh dihukum."
BB: Kalau betullah boleh dihukum, sudah tentu ramai orang Sabah hari ini sedang meringkuk dalam penjara. Sebaliknya, apa yang berlaku, rakyat sabah sendiri boleh turun berhimpun bersama-sama pemimpin pembangkang di bandar-bandar, depan mahkamah, padang bandaran, karamunsing dan sebagainya. Bukankah tindakan ini juga disifatkan sebagai menentang dasar-dasar kerajaan secara terang-terangan?
Minta Maaf la James Miki, cubaan saudara bagi menaikkan nama saudara sebagai pejuang tulen Sabah sangat-sangat memualkan. Kegagalan BN sebagaimana yang didakwa oleh James Miki adalah kegagalan James Miki sendiri. BN dan UMNO hanya nama parti, dan yang menggerakkan parti ini pula adalah pemimpin-pemimpin seperti James Miki.
Hari ini James Miki mengagung-agungkan Pakatan Rakyat. Entah apa pula pandangan beliau berkenaan dengan rampasan tanah kampung Melayu di Pulau Pinang, rampasan tanah orang asli di Hulu kelantan, skandal pasir di Selangor, isu air percuma di Selangor, penyelewengan tender lebih dari RM600 juta di Kedah dan yang paling hangat sekarang ialah penghinaan terhadap Tarian Sumazau oleh blogger Pakatan Rakyat.
***Kalau di sukan Olimpik, yang lompat paling tinggi akan dapat ganjaran.. begitu juga dalam sukan Politik, yang lompat tinggi juga akan dapat "ganjaran"***
By: Borneo Bullet

semakin ramailah pejuang2 hipokrit dalam Pakatan.. semua yang keluar dan menyertai pakatan ni pun bukannya boleh dipercayai sangat..
ReplyDeletekalau betullah umno/BN gagal membela nasib rakyat, kenapa hanya ketika dekat2 PRU baru mahu bertindak? kenapa tidak lebih awal dari ini? adakah kegagalan umno/BN ini hanya dapat dilihat ketika dekat2 PRU?
ReplyDeleteBila hajat tidak dapat dicapai dalam BN, mulalah mencari peluang di dalam parti lain. Kan?
ReplyDeleteTidak perlu tunggu dekat PRU13 baru mahu lompat bah. Selama ni buat apa dalam BN?? Sudah keluar baru mahu buat cerita?
ReplyDeleteBro, James Miki lompat sebab mahu jadi wakil rakyat. Tapi tengokla, ada juga yg hilang duit deposit pilihanraya ni...mana juga pengundi mahu undi katak kan?
ReplyDeletekalau pemimpin yang utamakan kepentingan diri daripada kebajikan rakyat, wajarlah pemimpin seperti ini keluar parti. jangan biar terus rosakkan keseluruhan parti.
ReplyDeleteNama James Miki tidaklah popular tapi bila lompat parti semua pun jadi kenal. entah apa sumbangan yang beliau berikan dulu masa dalam BN.
ReplyDeletedia lompat pun tak beri kesan kepada BN.
DeleteMemang ada sebab lain kenapa James meninggalkan BN. Biarkan dia dengan diri dia dan tidak perlulah cuba memburukkan kerajaan.
ReplyDeleteRakyat perlulah bijak menilai apa yang dikatakan oleh pembangkang. Jangan mudah terpadaya dengan apa yang kita dengar.
ReplyDeletemmg mereka keluar kerana dipengaruhi oleh Anwar, entah apa Awar tawarkan?
ReplyDeleteKalau si James Miki bertanding, jangan harap la dia boleh menang.. tidak ada rakyat yang mahu undi katak.. silap2 kepercayaan mereka kepada katak2 ini akan dibawa melompat ke parti lain pula..
ReplyDeletemacam mana jijikpun ungkapan dia terhadap parti lama, dia lebih jijik kerana menunjukkan contoh seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan tidak profesional..
ReplyDelete