Monday, September 17, 2012

Janji Sedang Ditepati, Tanah tidak Dirampas

"BATU SAPI: Penduduk di Kampung Lupak Meluas Laut dekat sini melahirkan rasa kecewa apabila tidak mendapat pembelaan pihak berwajib setelah rumah mereka diancam roboh oleh pihak yang kononnya mengaku pemilik kepada tanah yang mereka diami tersebut; sedangkan janji kerajaan untuk membina rumah untuk mereka belum ditepati."


Isu yang dibangkitkan oleh PAS Batu Sapi ini, BB andaikan sebagai kegagalan pemimpin-pemimpin PAS melihat situasi sebenar penduduk di Kawasan itu. Maklumlah PAS Batu Sapi hanya aktif bila dekat-dekat pilihanraya. Sebab itu, apa sahaja isu yang berlaku hari ini akan dimanfaatkan sepenuhnya tanpa mengkaji atau melihat apa yang telah berlaku sebelum ini.

Tanah yang diduduki oleh penduduk di Kampung Lupak Meluas itu sememangnya tanah hak milik persendirian. Penduduk terpaksa bersetinggan di tanah milik persendirian itu setelah rumah mereka terbakar sekitar tahun 2007. Oleh itu, wajarkah pemimpin PAS Batu Sapi menghasut penduduk kampung untuk membantah pengusiran itu sedangkan tanah itu adalah hak milik pesendirian, bukannya penduduk kampung?
 
Sepatutnya Hamzah Abdullah membawa penduduk kampung berbincang dengan pemilik tanah, atau membawa terus kes ini ke mahkamah sekiranya benar berlaku rampasan tanah. Tindakan Hamzah menyokong bantahan itu menunjukkan beliau bukan sahaja gagal melihat situasi sebenar, malah gagal menyelesaikan masalah ini secara "menang-menang" melalui perbincangan dengan pemilik tanah, dan gagal membantu penduduk kampung untuk mendapatkan pembelaan melalui saluran mahkamah.

Bagi BB, keikhlasan Hamzah membantu penduduk kampung itu boleh dipertikaikan. Beliau hanya memihak kepada mana-mana pembuat protest jika jumlah mereka lebih dari seorang. Sebaliknya, malang bagi si pemilik tanah kerana haknya terus dinafikan hanya kerana beliau mempunyai satu undi berbanding dengan penduduk kampung.

Bukan niat BB untuk membelakangkan nasib penduduk kampung, sebaliknya mahu penduduk kampung membuka mata bahawa pemimpin(Hamzah) yang mewakili mereka itu hanya mempergunakan masalah mereka untuk kepentingan politik beliau. Masalah ini sebenarnya boleh diselesaikan tanpa perlu membawanya ke media seperti yang telah BB jelaskan di atas.

Lain pula halnya dengan Sabahkini2u  yang cuba mengaitkan isu ini dengan janji ditepati Datuk Musa Aman sedangkan isu perumahan ini adalah dibawah bidang kuasa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin yang sebelum ini pernah merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kampung Lupak Meluas. Kenapa tidak tuntut saja janji ini dari Datuk Lajim? Pemimpin yang telah gagal menunaikan janji ini akhirnya keluar meninggalkan parti dan menyokong Pakatan Rakyat. Yang peliknya, pemimpin-pemimpin Pakatan yang konsisten menentang janji tidak ditepati sebaliknya mengalu-alukan pemimpin yang gagal menunaikan janji.

By: Borneo Bullet

17 comments:

  1. Kerajaan telah berusaha yang terbaik untuk memperjuangkan hak penduduk SAbah. Mengenai isu tanah yang kita tahu kerajaan telah mencadangkan geran tanah komunal bagi mengelak penjualan tanah berlaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, melalui geran komunal, tanah tidak boleh dijual dengan sewenangnya.

      Delete
    2. geran komunal memastikan tanah penduduk terjaga dan dilindungi.

      Delete
  2. Semoga kerajaan akan dapat memberikan yang terbaik kepada rakyat. Buktikan yang mana kerajaan benar-benar serius untun menangani masalah yang dihadapi oleh penduduk Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap sebarang masalah yang berlaku akan ditemui penyalesaiannya.

      Delete
    2. kerajaan pasti berusaha selesaikan masalah penduduk.

      Delete
  3. apa cadangan pas mengenai isu tanah di Sabah???? atau pas hanya tahu mengkritik saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS hnya tau mengkritik, tapi tak tau hujung pangkal isu tersebut.

      Delete
  4. isu tanah yang berlaku harus diselesaikan dengan sebaiknya agar tiada yang terjejas.

    ReplyDelete
  5. bagi saya, langkah seperti memperkenalkan geran komunal antara langkah yang baik untuk selesaikan isu seperti ini.

    ReplyDelete
  6. pemimpin2 pembangkang sepatutnya mengkaji masalah itu terlebih dahulu.. jangan membuat kritikan secara membuta tuli..

    ReplyDelete
  7. pemimpin2 kerajaan Sabah tidaklah sebodoh yang disangkakan oleh pemimpin2 pembangkang.. takkan mereka suka2 meletakkan parti mereka dalam situasi kritikal dengan melakukan tindakan2 yang bertentangan dengan kemahuan rakyat..

    ReplyDelete
  8. berlainan pula dengan kes kampung gum2gum, dimana penduduk kampung enggan berpindah kerumah PPR yang disediakan oleh kerajaan.. kenapa pembangkang terutamanya PAS tidak memujuk penduduk ini supaya berpindah??

    ReplyDelete
  9. bila ada rumah PPR disediakan, pembangkang menghasut penduduk supaya tidak berpindah ke rumah PPR itu dengan alasan kononnya rumah lama mereka akan dirobohkan.. bukankah ini menunjukkan pemimpin2 pembangkang di negeri ini sangat dangkal?

    ReplyDelete
  10. Punya kuyak PAS macam ni. Tidak tahu cerita sebenar dan terus mahu melalak.

    ReplyDelete
  11. Penduduk yang terlibat sepatutnya lebih tahu situasi sebenar dan bukannya ikut sama dalam permainan politil PAS.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.