Thursday, September 6, 2012

Kenali siapa Bruno Manser Fund (BMF)

"The case has been opened in response to complaints by the rainforest advocacy group Bruno Manser Fund (BMF), which accuses UBS of having breached its due diligence duties in managing its relationship with Sabah’s chief minister, Musa Aman, who controls logging in the region."



Bruno Manser Foundation (BMF) 

1. Diambil sempena nama Bruno Manser iaitu seorang akitivis alam sekitar dari Switzerland.

2. Beliau hilang pada May 2000 dan dianggap sebagai mati di sebuah perkampungan di Sarawak berdekatan sempadan Kalimantan. (sebenarnya menyembunyikan diri kerana pas lawatan beliau telah tamat tempoh)


3. BMF adalah satu agensi bukan kerajaan yang berpangkalan di Switzerland yang memperjuangkan penyimpanan hutan simpan dan orang asli. (kini beralih kepada Orang Utan)


4. Agensi ini banyak memperjuangkan nasib pribumi Sarawak terutamanya Kaun Penan yang ditindas oleh Taib Mahmud.


5. Agensi ini bekerjasama dengan FINMA (Swiss Financial Market Supervisory Authority), sebuah organisasi yang mengawal aktiviti pembersihan wang haram di Switzerland untuk siasatan terhadap Taib Mahmud. (BMF gagal membuktikan kewujudan akaun sulit Taib di Switzerland)

 
Bruno Manser berusaha mendapatkan sokongan dan simpati di serata dunia kononnya untuk kaum Penan di Sarawak, khususnya di Baram. Dengan berselindung disebalik nama "Bruno Manser Foundation/Fund", beliau mengumpul dana di serata dunia kononnya untuk membantu kaum Penan yang digembar-gemburkan oleh beliau sebagai kaum miskin yang ditindas oleh kerajaan negeri Sarawak. Namun sehingga hari ini, tidak ada sesenpun yang digunakan hasil dari dana terkumpul itu untuk disalurkan kepada kaum Penan. Mana hilangnya dana itu (yang mungkin jumlahnya mencecah jutaan ringgit)?

Sepanjang beliau memperjuangkan nasib kaum Penan, sehingga kini tidak ada langsung bantuan disalurkan oleh beliau seperti klinik, sekolah, tandas dan lain-lain kemudahan sebagaimana yang dijanjikan oleh beliau kepada masyarakat asli ini.

Jelas sekali bahawa Bruno Manser (Fund) sekadar menjadikan masyarakat Penan sebagai objek atau bahan dagangan untuk di"jual" di serata dunia bagi mendapatkan dana untuk diri beliau sendiri.

Akhirnya, kerajaan BN jualah yang bertanggungjawab membawa pembangunan dan membantu meringankan beban kaum Penan.  Bahkan anak-anak kaum Penan juga diberi kemudahan asrama untuk belajar dan beberapa buah sekolah berasrama penuh sudah didirikan bagi membantu kaum Penan untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka. 

Bila kehidupan kaum Penan bertambah baik, agaknya Bruno Manser telah kehilangan "modal" sehingga memaksa beliau beralih kepada kerajaan negeri Sabah pula. Cuma bezanya, Bruno Manser tidak menggunakan masyarakat asli di negeri ini sebaliknya memfokuskan kepada Orang Utan, Gajah Pygmy dan Badak Sumatera yang didakwanya mengalami kepupusan yang teruk ekoran pemusnahan hutan bagi membolehkan beliau sekali lagi mengumpul dana di seluruh dunia.

Agaknya Bruno Manser lupa atau tidak tahu langsung sebagaimana rakan sekutunya Sarawak Report yang tidak pernah melawat Sabah tentang kewujudan Orang Utan Rehabilitation Center Sepilok, WWF-Malaysia, Kinabatangan Orang-utan Conservation Programme (Hutan), Land Empowerment Animals People(LEAP), Borneo Rhino Alliance dan Jabatan Hidupan Liar Sabah yang bertungkus-lumus melakukan kerja-kerja pemuliharaan dan pemeliharaan hidupan liar di negeri ini.

Menurut Pakar Genetik Tumbuhan dan Penyelidik Bioteknologi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Wickneswari Ratnam, Malaysia yang berada ditempat kukuh dalam pemuliharaan hutan tropikanya boleh menjadi negara contoh khususnya kepada Barat yang telah pun kehilangan warisan hutan mereka. Malah, Malaysia telah pun mengatasi syarat minima mengekalkan 50 peratus dari keluasannya dipenuhi hutan belantara sebagaimana dipersetujui dalam beberapa persidangan antarabangsa.

Dalam 50% keluasan hutan belantara itu pula, Sabah adalah negeri yang memiliki spesis pokok dipterokarpa berkayu keras seperti Meranti, Balau, Kapur, Chengal dan Keruing yang paling tinggi di Malaysia iaitu 90%, diikuti Sarawak 75% dan Semenanjung Malaysia 57%. Malah, Sabah juga mempunyai antara pohon dipterokarpa tertinggi yang pernah dijumpai sehingga kini di dunia.

Jika benarlah Datuk Musa Aman terlibat dengan rasuah pembalakan, dan jika benar hutan di negeri ini berada dalam keadaan kritikal, bagaimana Sabah masih memiliki begitu banyak spesis pokok yang bernilai tinggi?

By: Borneo Bullet

8 comments:

  1. BMF harus diharamkan, sekiranya betul agensi itu cuma mempergunakan sumber2 yang ada untuk kepentingan sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin perlu ada pihak yang membuat laporan terhadap BMF pula.. bawa persatuan ini kemahkamah antarabangsa..

      Delete
  2. Organisasi tu akan memberi tanggapan buruk rakyat terhadap kerajaan.

    ReplyDelete
  3. jika BMF bersungguh2 memperjuangkan alam sekitar,ada banyak negara yang perlu mereka ambil perhatian.. kenapa hanya kepulauan Borneo?? malah keluasan hutan di kepulauan Borneo telah pun melebihi standard antarabangsa..

    ReplyDelete
  4. mungkinkah sebab Sabah adalah pengeluar minyak sawit terbesar di Malaysia dan dunia?

    ReplyDelete
  5. jika benar BMF adalah pejuang alam sekitar, mereka sepatutnya melakukan perkara2 seperti yang dilakukan oleh NGO alam sekitar dan hidpan liar di Sabah, atau menyalurkan dana mereka kepada Orang Utan Rehabilitation Center Sepilok, WWF-Malaysia, Kinabatangan Orang-utan Conservation Programme (Hutan), Land Empowerment Animals People(LEAP) dan Borneo Rhino Alliance..

    ReplyDelete
    Replies
    1. BMF dilihat seeprti bukan pejuang alam sekitar.

      Delete
  6. Borneo Bullet yang di byar ooleh Musa Aman Khan hidung panjang

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.