"Commenting Musa statement in conjunction of the Malaysia Day, Sept 16 "Contribute to nation building", before talking about nation building, perhaps Musa should review what is his proven track since the past 9 years in office as a CM on what is the consequences of nation building that impacting Sabah for the past 49 years with Malaysia? Musa, is completely know nothing about what is nation building by all means. Musa should stop telling lies and start repenting himself."
Sumber: Musa's ignorance of what nation building means

Datuk Musa Aman |
Apa maksud "nation building" bagi Joseph Lakai dengan mengambilkira pentadbiran Datuk Yong Teck Lee atau SAPP ketika parti ini masih bersama-sama berjuang dalam kerajaan BN?. Sebelum Joseph Lakai mengkritik kenyataan yang dibuat oleh Datuk Musa Aman yang banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri ini, eloklah beliau kaji latarbelakang Yong Teck Lee terlebih dahulu sejak mula pemimpin opportunist ini berkecimpung dalam politik.
Jika Joseph Lakai boleh membuat permintaan supaya Datuk Musa Aman mengkaji pentadbiran beliau selama 9 tahun, BB juga boleh meminta Joseph supaya mengkaji semula rekod pentadbiran Datuk Yong Teck Lee selama 2 tahun. Ketika zaman Datuk Yong Teck Lee sebagai ketua menteri Sabah, banyak agensi kerajaan mengalami kerugian sehingga tidak mampu membayar gaji penjawat awam pada waktu itu. Bukan sahaja Datuk Yong Teck Lee telah gagal mengurus tadbir negeri ini malah terpaksa mewariskan masalah-masalah negeri kepada Datuk Musa Aman. Sebaliknya, sepanjang 9 tahun datuk Musa Aman memegang jawatan Ketua Menteri Sabah, masalah-masalah yang disebabakan oleh Datuk Yong Teck bukan sahaja berjaya diatasi dengan cemerlang malah pendapatan kerajaan Sabah telah bertambah berlipat kali ganda dan kini mempunyai RM 4 bilion untuk membangunkan ekonomi Sabah.
Tindakan Joseph Lakai membandingkan Sabah dengan Singapura yang hanya seluas empangan Bakun sangat-sangat tidak adil. Jika Sabah hanya seluas Singapura, BB percaya bahawa kemajuan yang dicapai oleh negeri ini pasti berlipat kali ganda dari negeri paling maju di Semenanjung Malaysia. Malah kesemua 10 masalah-masalah yang Jospeh senaraikan juga tidak akan berlaku di negeri/negara ini jika keluasan Sabah/Malaysia hanya sebesar empangan Bakun.
Sepanjang 49 tahun Sabah merdeka dan menyertai pembentukan Persekutuan Malaysia, Datuk Yong Teck Lee pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, pembantu Menteri Kewangan negeri, Timbalan Ketua Menteri kepada Pairin dan Menteri Pembangunan Industri sehinggalah PBS tumbang pada tahun 1994 akibat tikam belakang oleh Datuk Yong Teck Lee. Selepas PBS tumbang, Datuk Yong Teck Lee terus kekal memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, kemudian bertukar portfolio sebagai Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Sabah, Pemangku Ketua Menteri Sabah dan akhir sekali sebagai Ketua Menteri mengikut sistem penggiliran pada tahun 1996 hingga 1998.
Berdasarkan jawatan-jawatan yang telah disandang oleh presiden SAPP ini, bukankah tindakan Joseph Lakai melabelkan Sabah sebagai negeri termiskin adalah ibarat meludah ke muka ketuanya sendiri? sepanjang 49 tahun Sabah merdeka, parti yang diwakili oleh Joseph Lakai iaitu SAPP juga terlibat secara langsung dalam urus tadbir kerajaan negeri Sabah. Malah SAPP juga menjadi punca kepada 55 ribu pelabur Sabahan mengalami kerugian.
Bukan setakat itu, malah Semasa menjadi Ketua Menteri terlalu banyak hak-hak rakyat telah dinafikan oleh Datuk Yong Teck Lee dan antaranya adalah; geran-geran tanah untuk kampung-kampung tradisional Melayu seperti kawasan Inanam, Gudon, Tebobon, Karambunai dan Menggatal tidak diluluskan bagi tujuan pemilikan kerajaan negeri (untuk keuntungan peribadi), tiada kontrak untuk kontraktor bumiputra, tiada peluang pekerjaan untuk anak-anak Bumiputra, mengasingkan 1 juta ekar konsesi balak untuk tempoh 100 tahun bernilai lebih RM20 Billion, tanah persisiran laut di Teluk Likas bernilai lebih RM500 juta, tanah persisiran laut di Tanjung Aru bernilai lebih RM500 juta, tanah-tanah Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB) bernilai lebih RM2 billion yang diambil melalui Sawit Kinabalu Sdn Bhd.
Inikah contoh kepimpinan yang dimaksudkan Joseph Lakai yang disifatkan beliau mampu membina negara bangsa, memperjuangkan slogan "Sabah untuk Sabahan" serta mengembalikan dan menuntut perjanjian Malaysia 1963?
By: Borneo Bullet

Joseph Lakai patut tumpukan perhatian kepada kerjanya sebagai juruterbang, kerana semakin hari beliau semakin bingung...mungkin kerana terlalu kerap terbang sampai otaknya tertekan dengan tekanan di dalam kapal terbang...
ReplyDeleteJoseph Lakai perlu kaji dahulu sebelum kuat kenyataa.
DeleteMemang patut siasat dulu bos sendiri sebelum mencari kesalahan orang lain.
ReplyDeleteSAPP ini hanya parti tahu cakap saja sekarang ini. Pengurusan tidak sehebat mana pun dahulu semasa Yong Teck Lee jadi Ketua menteri Sabah.
ReplyDeleteYa, tiada pn yang membanggakan masa YTL jadi CM.
DeleteYTL masa jadi KM buat Sabah rugi teruk saja.
DeleteBiarkan saja SAPP dengan diri mereka. Yang terbaru SAPP memperjuangkan IC khas untuk Sabah. Ini pun tidak pasti apa yang manfaat penduduk Sabah perolehi jika semua ini dilaksanakan. Tidak tahu apa yang SAPP fikirkan sebenarnya.
ReplyDeletecadangan sapp mengenai ic khas tu tidak praktikal.
DeleteSAPP suka beri cadangan mengarut, mmg ngam dgn YTL yang tidak tau mentadbir.
Deleteapa pencapaian YTL sebagai CM dulu ya????
ReplyDeletepencapaian dia yang paling rakyat sabah ingat ialah membuatkan 55 ribu rakyat sabah hampir bankrap..
Deletekekalahan YTL di Bt Sapi sudah menunjukkan yang sapp adalah lemah.
ReplyDeletedan ia memperlihatkan Yong ditolak rakyat.
Deletesilaplah YTL membawa SAPP keluar dari BN.. mungkin dia ingat dia ada peluang bentuk kerajaan untuk kali kedua..
Deletesemua pun sudah kenal dengan sapp..diorang ni hanya tahu mengkritik saja.
ReplyDeleteyup.. kritik saja dia tau tapi dia pura2 lupa yang YTL buat dengan negeri ini masa beliau masih berkuasa..
Deletesebelum Joseph Lakai mengkritik kepimpinan ketua parti lain, eloklah beliau lihat dulu ketuanya sendiri.. jangan jadi kuman diseberang laut nampak, tapi gajah didepan mata tidak nampak..
ReplyDeletemacam mana sekalipun usaha Joseph Lakai untuk menjatuhkan parti lawan atau untuk menaikkan parti beliau, semua tindakan itu hanya sia2.. cukup la YTL diberi peluang sekali..
ReplyDeleteMana simpan Musa punya 40 juta ringgit...sekarang? 9 tahun sudah penuh makan duit...semua pun Musa punya...apa lagi ada pada kami?
ReplyDeleteya di mana? sila jawap admin :)
ReplyDelete