Monday, September 24, 2012

Lompat: Bukan Ungkapan Jadi Ukuran

Beberapa pemimpin BN telahpun keluar meninggalkan parti, antaranya ialah Lajim Ukin, Welfred Bumburing, Maijol Mahap, Ibrahim Menudin dan Yahya Lampong. Menurut blogger Suara Rakyat, kelima-lima pemimpin ini mempunyai sebab peribadi kenapa mereka mengambil keputusan itu;

Lajim Ukin: Ditentang oleh penyokong serta beberapa pemimpin akar umbi di bahagiannya sendiri

Welfred Bumburing: Disebabkan wujud perjanjian antara beliau dengan Madius Tangau (mantan MP Tuaran) dimana Bumburing diberikan peluang hanya sepenggal sahaja untuk bertanding di Parlimen Tuaran.

Maijol Mahap: Dalam BN, beliau tidak akan mempunyai peluang untuk bertanding di kampung halamannya kerana kawasan itu milik PBS.

Ibrahim Menudin: Tidak pernah bertanding pilihanraya walaupun beliau pernah menyandang jawatan Bendahari UMNO Sabah.

Yahya Lampong: Memang sudah sifatnya suka melompat setiap kali musim pilihanraya.
 
Analisis ringkas ini adalah amaran kepada semua pemimpin-pemimpin politik Sabah bahawa jangan sekali-kali menganggap rakyat tidak tahu atau tidak mengikuti perkembangan perjalanan politik mereka. Apa jua tindakan yang diambil oleh pemimpin-pemimpin ini akan dinilai oleh rakyat/pengundi sebaik-baiknya sebelum rakyat memutuskan samada menyokong atau mengutuk tindakan mereka.

Berbalik kepada kelima-lima pemimpin diatas, keputusan "last minute" yang diambil oleh pemimpin-pemimpin ini tidak cukup untuk menggambarkan bahawa kerajaan BN Sabah telah melakukan kesilapan besar sebagaimana yang telah di"kempen"kan mereka ketika majlis sambutan Hari Malaysia di Restoran Singgah Singgarung anjuran Pakatan Rakyat baru-baru ini. Cerita disebalik latarbelakang politik mereka yang telah tercemar tetap akan didahulukan rakyat dalam proses penilaian sebelum menerima bulat-bulat ungkapan mereka.

Sepanjang pemimpin-pemimpin ini berjuang dalam BN, apa sumbangan mereka? meletakkan kegagalan kepada kerajaan BN adalah satu tindakan yang sangat tidak bertanggungjawab sedangkan mereka juga sebahagian daripada kerajaan sebelum mereka menyertai Pakatan Rakyat. Tidak mustahil, jika mereka keluar dari Pakatan Rakyat (apabila kemahuan mereka tidak dipenuhi), mereka juga akan menggunakan skrip yang sama bagi menunjukkan tindakan mereka itu kononnya tepat, sebaliknya yang salah itu adalah parti yang ditinggalkan.

Bukankah tindakan pemimpin-pemimpin ini sangat jelas menunjukkan bahawa mereka mempunyai niat yang bukan atas dasar kepentingan rakyat dan negeri Sabah? kenapa bertindak ketika pilihanraya semakin hampir? kenapa bertindak selepas Anwar mengadakan perjumpaan sulit dengan pemimpin-pemimpin ini? dan kenapa keluar bila calon pilihanraya sudah diputuskan oleh pucuk pimpinan BN?

Sebab itu Yong Teck Lee sehingga hari ini masih gagal menumbangkan kerajaan BN Sabah sekalipun beliau membawa keluar parti SAPP dari gabungan itu pada tahun 2008. Malah populariti Yong Teck Lee semakin menurun sehingga tidak mampu menewaskan seorang suri rumah ketika Pilihanraya Kecil Batu Sapi. Kes ini membuktikan bahawa rakyat tidak melihat apa yang mereka ungkapkan terhadap parti yang mereka tinggalkan, sebaliknya rakyat melihat latarbelakang serta menilai niat mereka mengambil keputusan itu.

**Sedangkan sebuah partipun tidak mampu menggegarkan tiang rumah BN, inikah pula lima orang pemimpin yang mempunyai perwatakan, pendirian dan keikhlasan yang meragukan?**

By: Borneo Bullet

25 comments:

  1. Betulkah apa yang BB cerita ini. Rupanya ada sebab juga kenapa perkara ini berlaku.

    ReplyDelete
  2. Rakyat perlu tahu akan perkara ini. Ini Untuk kebaikkan kita semua akan pendedahan yang diberikan ini. Sekarang ini mereka-mereka ini cuba menyalahkan kerajaan tapi hakikatnya sendiri bermasalah/.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka ni bolehlah kita gelarkan sebagai parasit politik...parasit( lima orang ni) hanya mementingkan diri sendiri dan mengorbankan perumah (parti asal)..sudah puas menghisap, menelan, mengunyah sampai perut buncit dalam BN, maka parasit2 ini lompat keluar untuk cari perumah baru...dan begitulah yang akan terjadi pada masa2 akan datang..

      Delete
  3. betul tu...BN sabah masih kuat dan kukuh...lima orang ni keluar, tidak memberikan apa2 kesan kepada BN..

    ReplyDelete
  4. SAPP lagi sekarang mahu tunjuk hero...YTL adalah liabiliti kepada SAPP namun SAPP terlalu takut atau tidak mahu mengakuinya..ini akan menjadi punca kejatuhan SAPP yang mana mungkin akan berlaku selepas pru13..

    ReplyDelete
  5. YTL mana relevan lagi bro...dulu pun kalah sama datin linda yang langsung tidak tiada pengalaman politik..patut tu SAPP pecat saja si YTL..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..pemimpin yang sudah lama macam YTL tu memang patut bagi peluang dengan pemimpin yang lain apalagi kepimpinan dan sumbangan dia tidak seberapa. mana tau pemimpin lain boleh bawa perubahan yang lebih besar.

      Delete
  6. SAPP tu parti nyamuk saja...lajim and the gang tu, tiada apa2...angin pun bukan...mustahillah dapat gugat BN sabah...ramai lagi pengganti mereka yang lebih berkaliber terutama dari kalangan pemimpin2 muda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau SAPP sendiri lawan BN yang terdiri lebih dari 3 parti komponen memang gerenti kalah o..kalau betul2 ada impian besar mau jadi kerajaan bagus pakat2 sama parti pembangkang macam PKR,DAP,PAS dan STAR bergabung dan wujudkan pertandingan 1 lawan 1.

      Delete
  7. BN sabah berpeluang besar untuk menang pada pru13 nanti..

    ReplyDelete
  8. Bagi saya pemimpin yang suka lompat parti adalah pemimpin yang tiada pendirian.

    ReplyDelete
  9. Tiadak tahu betul atau tidak keyataan diatas.. tau lah politik ni macam-macam versi cerita kita dengar.

    ReplyDelete
  10. SAPP tidak akan berjaya menumbangkan UMNO..lebh baik beliau undur diri sahaja.

    ReplyDelete
  11. BN sentiasa akan menjadi pilihan rakyat..biarpun 5 orang pemimpin ini keluar parti, ia tidak akan mengugat juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BN takkan tergugat oleh tindakan mereka.

      Delete
  12. BN pasti akan menang besar lagi, dengan sokongan rakyat yang tidak pernah luntur.

    ReplyDelete
  13. mereka lompat parti kerana ada sebab mereka sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bukan kerana jawatan, mungkin mereka sudah dibeli dengan $$$.. entah apa agaknya yang dibincangkan oleh bekas pemimpin2 BN ini dengan Anwar sebelum mereka bertindak keluar parti..

      Delete
  14. Musa berkata, BN Sabah akan tetap kukuh walaupu pelbagai cabaran ditempuhi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BN Sabah tetap kukuh.. buktinya sebelum ini SAPP juga keluar daripada BN.. bukan setakat pemimpin, malah sebuah parti politik.. namun apa yang berlaku, sehingga kini BN masih kekal memerintah tanpa sedikitpun terjejas..

      Delete
  15. asal lompat mesti memburuk2kan bekas parti lama.. itu saja la kerja para "katak2" yang melompat masuk parti lawan..

    ReplyDelete
  16. untuk mendapatkan sokongkan rakyat, dan untuk survive dalam arena politik.. terpaksa la juga pemimpin2 Katak ini bertindak seperti kacang lupakan kulit..

    ReplyDelete
  17. betullah kata penulis bahawa mereka sebenarnya lupa yang mereka juga sebahagian dari kerajaan yang hari ini mereka katakan telah gagal membela nasib rakyat..

    ReplyDelete
  18. Semua sebab-sebab mereka meninggalkan BN memang lucu, dan adalah suara hati mereka sendiri.

    ReplyDelete
  19. Rakyat tidak akan percaya pemimpin yang tidak setia dan suka kritik, apa2 je mereka cakap sudah susah dapat hati rakyt. Inilah akibatnya.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.