Friday, December 21, 2012

[EKSKLUSIF] PEMBONGKARAN PENIPUAN DAN FITNAH RAFIZI RAMLI


Antara penipuan Rafizi dalam isu NFC yang kini dibongkar adalah seperti berikut:


  • Tidak ada juga sasaran pengeluaran sebanyak 330,000 kepala lembu dalam pelaksanaan projek daging lembu ini.
  • Tidak ada juga mana – mana transaksi pembelian secara tunai sebuah kereta Mercedes Benz.
  • Tidak ada juga mana-mana pinjaman yang diambil dari bank – bank untuk membeli lapan lot pejabat di KL Eco City untuk digunakan oleh NFCorp
TETAPI yang pasti adalah pembohongan yang cukup dasyat, fitnah, tohmahan dan penipuan untuk member gambaran yang salah terhadap Datuk Seri Shahrizat Jalil oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli. Ini dilakukan semata - mata untuk mewujudkan kemarahan orang ramai dan menghasut kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap pengerusi NFCorp.

Rafizi perlu bertaubat atas segala pembohongan, fitnah, tohmahan dan penipuan yang telah dilakukan selama 12 bulan ini. Dalam hampir sedozen penipuan yang dilakukan oleh Rafizi, kami di KL Chronicle bersama sahabat journo Fabian Azmi akan merungkai satu persatu isu ini untuk membuktikan kepada rakyat bahawa pihak pembangkang hanya pandai memfitnah dan menipu sahaja.

Bagi mencapai cita cita politik beliau, Rafizi Ramli telah membunuh rancangan kerajaan selama 10 tahun iaitu dengan membunuh projek keselamatan makanan dalam memenuhi objektif kerajaan iaitu Dasar Daging Nasional (Sektor Ruminan) 2006.

Dasar ini akan memastikan Malaysia boleh berdikari dalam peneluaran daging lembu dan bahawa rakyat Malaysia tidak akan mempunyai kekurangan makanan dalam masa kesusahan, bencana, sekatan atau peperangan. Ia telah dijangkakan bahawa menjelang 2015, Malaysia akan mempunyaii 40 peratus daging keluaran tempatan. Projek NFC telah dicadangkan oleh kerajaan dan menjelang tahun 2010, kemajuan ke arah matlamat ini telah menjadi realiti apabila 8.897 ekor lembu telah diimport, 11 peratus di atas nombor sasaran.

Tetapi, akibat iri hati, dan penuh sifat benci terhadap kerajaan, Rafizi telah ditugaskan untuk menjatuhkan project NFCorp dan pemerhati politik percaya ia adalah cara/jalan untuk menjatuhkan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, ketua Wanita UMNO yang menguasai hampir 1.3 juta ahli wanita UMNO - yang kesemuanya adalah penghalang kepada misi pembangkang ke Putrajaya. DS Shahrizat ialah isteri kepada pengerusi NFCorp.

Rafizi berbohong kepada rakyat Malaysia apabila beliau berkata nombor pengeluaran bagi projek NFC telah gagal. Menurut Rafizi, beliau berbohong bahawa sasaran pengeluaran NFC tahunan adalah 330,000 ekor lembu. Jika nombor ini dinilai sebetulnya, ia terbukti Rafizi tidak pernah membaca dan melihat Dokumen Pelaksanaan Perjanjian yang ditandatangani antara NFCorp dan Kerajaan Malaysia. Dalam keghairahan untuk dilihat sebagai a “political juggernaut” beliau dengan sengaja telah menipu rakyat dimana “on record” beliau telah memberitahu rakyat Malaysia bahawa NFCorp dikehendaki mengeluarkan 330.000 lembu. Walau bagaimanapun, mengikut Perjanjian Pelaksanaan yang kami telah lihat, sasaran yang dirancang untuk NFCorp hanya 8,000 ekor lembu bagi tahun 2010 yang beransur-ansur meningkat kepada 60,000 ekor lembu menjelang 2013 (lihat gambar). Dan jika petani kontrak di bawah Program Pembangunan Usahawan diberi peluang untuk mengambil bahagian, secara kumulatif 246,000 ekor lembu dapat dikeluarkan menjelang tahun 2015.



Kenyataan Rafizi yang mengatakan NFCorp harus mengeluarkan 300 000 ekor lembu terbukti hanya merupakan satu penipuan! Beliau hanya ingin memburukkan DS Shahrizat Jalil, Kerajaan Barisan Nasional dan UMNO khususnya untuk memastikan Anwar Ibrahim dapat menjadi Perdana Menteri Malaysia. Kenyataan beliau, yang boleh diklasifikasikan sebagain manipulasi politik ini sebenarnya sangat dangkal. Dalam mana – mana perjanjian, tempoh konsesi adalah 30 tahun dimana kadar pengeluaran maksimum akan dicapai. Rafizi sebagai seorang akauntan, nampak sangat kebodohanya apabila kadar optimum itu diberitahu harus dicapai pada tahun 2012.

Selain fitnah berkaitan production NFCorp, Rafizi Ramli juga telah menipu dalam kes pembelian sebuah kereta Mercedez Benz yang berharga RM 534,000. Rafizi telah menyebut bahawa kereta Merz ini dibeli secara TUNAI daripada dana NFCorp. Ini sebenarnya TIDAK PERNAH berlaku. Kereta Mercedez itu telah diberi dengan downpayment 10% seperti kebiasaan dan perjanjian sewa beli dengan pihak bank telah ditandatangani. Dan pembayaran pendahuluan ini telah dibayar daripada keuntungan yang dijana daripada penjualan daging lembu dan tidak langsung daripada pinjaman NFC. Pendapatan RFC untuk 2010 adalah dalam angka berganda.

Terus terang, hari ini kira-kira semua orang mempunyai Mercedes. Jika anda melihat ke kiri atau ke kanan di lebuh raya, anda akan melihat banyak Mercedez Benz dan ia tidak pernah menjadi isu.

Yang menariknya dan dilihat hipokrasi Rafizi apabila beliau sungguh berminat berkaitan hidup Datuk Seri Shahrizat tetapi buat – buat tidak tahu mengenai kemewahan YB-YB dari Pakatan Rakyat terutamanya MP PKR Ampang Zuraida Kamaruddin yang hanya empat tahun yang lalu telah memandu MyVi, kini mempunyai koleksi kereta termasuk Mercedes Benz. Jika dilihat Zuraida hanya seorang Ahli Parlimen pembangkang yang mendapat gaji terkumpul dan elaun sebanyak RM12, 000 sebulan. Apakah sumber-sumber lain yang beliau ada sehingga membolehkan beliau mempunyai empat kereta termasuk Volvo dan Mercedes Benz?? Rafizi Ramli kenapa tidak mahu ambil tindakan terhadap perkara ini?

Sumber: KL Chronicle

Jika fakta dalam bentuk dokumen boleh diputar-belit oleh Rafizi untuk menumbangkan Datuk Seri Shahrizat Jalil, inikan pula Datuk Musa Aman yang mana pembebasan beliau tidak disokong dalam bentuk dokumen melainkan surat ICAC yang tidak boleh didedahkan kepada umum. Macam-macam perisa pembohongan boleh disumbat masuk oleh Rafizi bagi menyedapkan lagi siri terbaru fitnah beliau.

Jika Rafizi boleh gunakan istilah "kemungkinan besar" sebaik selesai berjumpa dengan pihak ICAC, saya juga boleh gunakan istilah itu bagi menyangkal fitnah Rafizi sebaik membaca pendedahan KL Chronicle seperti di atas. 

 
  • Kemungkinan Besar, dokumen transaksi yang diserahkan oleh Rafizi kepada ICAC adalah palsu.
  • Kemungkinan Besar, akuan bersumpah Lajim Ukin sudah dirancang sebelum lawatan pertama Rafizi ke Hong Kong.
  • Kemungkinan Besar, kenderaan yang kononnya digunakan oleh anak Nazri, tidak wujud.
  • Kemungkinan Besar, penangkapan Micheal Chia di lapangan terbang Hong Kong, hanya rekaan semata-mata.
  • Kemungkinan Besar, dana politik RM40 juta itu bukan dari satu penyumbang.
  • Kemungkinan Besar, dana politik RM40 juta itu dipindahkan secara elektronik.
  • Kemungkinan Besar, Rafizi hanya ditugaskan Anwar untuk mengulangi pembohongan di Perancis.
  • Kemungkinan Besar, Rafizi sedang membohong ketika beliau menggunakan istilah "Kemungkinan Besar".

18 comments:

  1. Rafizi saja ingin menjadi hero supaya beliau mendapat apa yang telah dijanjikan Anwar.

    ReplyDelete
  2. Penipuan dan fitnah sudah menjadi 'darah daging' pembangkang.

    ReplyDelete
  3. Rafizi dah jadi penipu mcm guru dia Anwar.

    ReplyDelete
  4. JOM LAYAN EDISI TERBARU KEKANTOIAN RAFIZI RAMLI AKA LEMBU PELIHARAAN ANWAR IBRAHIM

    Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila mendesak Datin Seri Rosmah Mansor menjawab dakwaan bahawa Deepak Jaishikin telah membayar sejumlah RM13 juta untuk membeli 19 jenis barang kemas khas untuk beliau, dari dua firma di Hong Kong kononnya untuk melicinkan satu urusniaga hartanah.

    ReplyDelete
  5. JOM LAYAN EDISI TERBARU KEKANTOIAN RAFIZI RAMLI AKA LEMBU PELIHARAAN ANWAR IBRAHIM

    Dakwaan Rafizi ini disokong oleh dokumen pembelian seperti invois dan email dan disebar secara meluas di laman-laman web pembangkang.

    Bagaimanapun, isu yang baru sahaja mula dijerang dan belum sempat hangat, menjadi sejuk tiba-tiba apabila Deepak muncul dalam youtube yang membuatkan Rafizi dan bosnya, Anwar Ibrahim pula yang kepanasan.

    ReplyDelete
  6. JOM LAYAN EDISI TERBARU KEKANTOIAN RAFIZI RAMLI AKA LEMBU PELIHARAAN ANWAR IBRAHIM

    Rakaman percakapan Deepak tersebut dilihat bagaikan satu lagi bom atom yang menimpa kepala Anwar Ibrahim kerana ia mengingatkan kita kepada skrip lama, iaitu scorpene.

    ReplyDelete
  7. JOM LAYAN EDISI TERBARU KEKANTOIAN RAFIZI RAMLI AKA LEMBU PELIHARAAN ANWAR IBRAHIM

    Sebelum ini, Raja Petra Kamaruddin, blogger upahan pembangkang yang separa gila perasan diri sebagai seorang yang berintegriti, telah pun mendedahkan bagaimana beliau diarahkan oleh pihak tertentu untuk memburukkan Dato’ Seri Najib dengan mereka cerita penglibatan beliau dalam rasuah dan pembunuhan yang berkait dengan urusniaga kapal selam scorpene.

    ReplyDelete
  8. JOM LAYAN EDISI TERBARU KEKANTOIAN RAFIZI RAMLI AKA LEMBU PELIHARAAN ANWAR IBRAHIM

    Pendedahan ini konsisten dengan kronologi akuan bersumpah oleh Bala yang mengambil U-turn sebelum lari mengikut jejak blogger tersebut.

    Fitnah scorpene ini kemudiannya diambil alih oleh SUARAM, sebelum mereka semuanya kantoi terduduk dan terbarai secara besar-besaran apabila pihak Perancis sendiri tampil memberi kenyataan yang menyangkal semua dakwaan mereka.

    ReplyDelete
  9. JOM LAYAN EDISI TERBARU KEKANTOIAN RAFIZI RAMLI AKA LEMBU PELIHARAAN ANWAR IBRAHIM

    Oleh itu, kita melihat pendedahan Deepak ini sebagai tepat dengan jangkaan awal kita iaitu beliau hanyalah satu lagi usaha terdesak pembangkang untuk menyambung apa yang telah gagal dilakukan oleh SUARAM.

    ReplyDelete
  10. JOM LAYAN EDISI TERBARU KEKANTOIAN RAFIZI RAMLI AKA LEMBU PELIHARAAN ANWAR IBRAHIM

    Apa yang diperkatakan Deepak mengenai hubungannya dengan Anwar Ibrahim adalah konsisten dengan modus operandi pembangkang dalam isu scorpene iaitu, diarahkan membalas budi dengan cara memburukkan kerajaan bagi pihak pembangkang.

    Sekali gus, pendedahan Deepak telah membantu kita melengkapkan gambaran mengenai strategi Anwar Ibrahim untuk berkuasa.

    ReplyDelete
  11. JOM LAYAN EDISI TERBARU KEKANTOIAN RAFIZI RAMLI AKA LEMBU PELIHARAAN ANWAR IBRAHIM

    Namun timbul juga persoalan mengenai kredibiliti Deepak dalam kisah barang kemas yang dibangkitkan oleh Rafizi.

    Setakat ini, isu barang kemas ini begitu mudah ia dipatahkan oleh blog-blog pro-kerajaan kerana ia langsung tidak membuktikan penglibatan Datin Seri Rosmah di mana-mana.

    Malah, invois tersebut pula begitu mudah ditiru manakala email boleh direka pada bila-bila masa.

    ReplyDelete
  12. JOM LAYAN EDISI TERBARU KEKANTOIAN RAFIZI RAMLI AKA LEMBU PELIHARAAN ANWAR IBRAHIM

    Jika ada apa-apa yang boleh dibuktikan dari dokumen yang dicanangkan Rafizi hanyalah bahawa Syarikat Carpet Plus telah membuat bayaran kepada syarikat Dehres dan Firestone atas pembelian barang kemas, itu saja.

    Pemilik syarikat dan kepada siapa barang kemas tersebut diberikan tidak dapat dibuktikan.

    Ia mungkin untuk dijual kembali, mungkin untuk hadiah perkahwinan seorang taikun besar, mungkin juga untuk Rafizi sendiri, siapa tahu ?

    ReplyDelete
  13. JOM LAYAN EDISI TERBARU KEKANTOIAN RAFIZI RAMLI AKA LEMBU PELIHARAAN ANWAR IBRAHIM

    Dengan ‘serangan’ yang begitu lemah, sepatutnya Anwar Ibrahim pecat sahaja si Rafizi.

    Ini kerana sudah amat jelas sekali bahawa jawatan Pengarah Strategi yang dipegang oleh Rafizi, adalah tidak layak baginya.

    ReplyDelete
  14. JOM LAYAN EDISI TERBARU KEKANTOIAN RAFIZI RAMLI AKA LEMBU PELIHARAAN ANWAR IBRAHIM

    Ini bukan kali pertama Rafizi kantoi, sebelum ini beliau telah kantoi dalam percubaan menipu seolah-olah ICAC Hong Kong akan menyiasat Musa Aman, atas kerjasama pihak pembangkang.

    Modus Operandinya adalah lebih kurang sama dengan kes pembelian kapal selam scorpene di mana SUARAM menipu kononnya mahkamah Perancis sedang menyiasat sedangkan kes tersebut langsung tidak wujud.

    ReplyDelete
  15. JOM LAYAN EDISI TERBARU KEKANTOIAN RAFIZI RAMLI AKA LEMBU PELIHARAAN ANWAR IBRAHIM

    Rafizi juga pernah kantoi dalam isu NFC setelah melanggar 21 undang-undang BAFIA apabila mendapat akses kepada dokumen-dokumen sulit bank dengan cara mengelirukan pegawai bank.

    Tidak cukup dengan itu, Rafizi juga terkantoi menipu mempunyai bukti mengenai kononnya LRT Ampang tidak selamat dan diberi kepada syarikat yang tidak berwibawa.

    ReplyDelete
  16. JOM LAYAN EDISI TERBARU KEKANTOIAN RAFIZI RAMLI AKA LEMBU PELIHARAAN ANWAR IBRAHIM

    Begitu juga apabila Rafizi bergandingan dengan Nurul Izzah membawa isu kononnya projek KLIA2 Air Traffic Control (ATC) sistem kepada syarikat yang tidak berwibawa sedangkan syarikat tersebut telah 17 tahun berkhidmat di KLIA tanpa sebarang masalah.

    ReplyDelete
  17. JOM LAYAN EDISI TERBARU KEKANTOIAN RAFIZI RAMLI AKA LEMBU PELIHARAAN ANWAR IBRAHIM

    Memandangkan rekod Rafizi yang begitu banyak sekali menipu dan terkantoi, manakala Deepak pula merupakan ahli perniagaan yang berjaya, maka persoalan mengenai siapa yang menipu atau siapa yang cuba menipu siapa, rasanya tidak sukar untuk dijawab.

    ReplyDelete
  18. JOM LAYAN EDISI TERBARU KEKANTOIAN RAFIZI RAMLI AKA LEMBU PELIHARAAN ANWAR IBRAHIM

    Apa yang pasti, pendedahan Deepak kelihatannya ‘masuk akal’ atau ‘muat elok’ jika kita menjejak kembali jalan yang ‘dilalui’ oleh isu scorpene, terus kepada SUARAM, Bala dan Raja Petra Kamaruddin di mana akhirnya ia tetap membawa kita kepada satu nama, iaitu Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.