Wednesday, December 26, 2012

Jangan terpedaya tindakan pihak tertentu yang cuba menghancurkan semangat 1Malaysia di Sabah

 
KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman (gambar), berkata Semangat 1Malaysia yang telah lama sebati dan menjadi budaya dalam kehidupan rakyat Malaysia di Sabah hendaklah terus dimantapkan.

Dalam hubungan ini, katanya semangat itu perlu terus dipupuk dan dihayati bagi membolehkan rakyat terus bersatu padu dan bersama-sama bergerak maju untuk membentuk masyarakat Malaysia yang berjaya.

“Dengan mempunyai lebih daripada 32 suku kaum dan etnik dan kita bertutur dalam bahasa yang berbeza serta mengamalkan tradisi dan adat resam masing-masing namun kita tetap bersatu, saling mempercayai dan saling menghormati antara satu dengan lain,” katanya dalam Perutusan sempena sambutan Perayaan Krismas kelmarin.

Beliau berkata keamanan dan keharmonian yang dinikmati hari ini adalah hasil daripada perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu. Mereka berjuang dengan gigih dan mengenepikan perbezaan demi memastikan keamanan dan kesejahteraan untuk masa depan negara dan generasi akan datang.

Sehubungan dengan itu beliau menyeru kepada seluruh warga Malaysia khasnya di Sabah supaya tidak terpedaya dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak-pihak tertentu yang hanya akan menghancurkan kemajuan, kemakmuran dan keharmonian yang telah dibina.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, semangat perpaduan yang kukuh serta keharmonian di Sabah dan Sarawak adalah bukti perbezaan dalam kalangan rakyat berjaya menyatukan negara ini, sekali gus menjadi inspirasi kepada komitmennya terhadap 1Malaysia.

Sambil menyifatkan kisah Sabah dan Sarawak sebagai ‘kisah 1Malaysia’, Perdana Menteri berkata, kekuatan sebenar Malaysia terserlah apabila rakyat daripada semua bangsa, agama dan keturunan saling hidup dalam keadaan harmoni.

“Sabah dan Sarawak adalah dua negeri terbesar kita, yang terpisah oleh lautan, namun amat penting kepada impian semua rakyat Malaysia bagi sebuah negara yang bersatu dan harmoni.
 
Sumber: New Sabah Times

27 comments:

  1. Semangat 1Malaysia telah lama sebati dan menjadi budaya dalam kehidupan rakyat Malaysia di Sabah.

    ReplyDelete
  2. semangat itu perlu terus dipupuk dan dihayati bagi membolehkan rakyat terus bersatu padu dan bersama-sama bergerak maju untuk membentuk masyarakat Malaysia yang berjaya.

    ReplyDelete
  3. Musa menyeru kepada seluruh warga Malaysia khasnya di Sabah supaya tidak terpedaya dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak-pihak tertentu yang hanya akan menghancurkan kemajuan,kemakmuran dan keharmonian yang telah dibina.

    ReplyDelete
  4. “Dengan mempunyai lebih daripada 32 suku kaum dan etnik dan kita bertutur dalam bahasa yang berbeza serta mengamalkan tradisi dan adat resam masing-masing namun kita tetap bersatu, saling mempercayai dan saling menghormati antara satu dengan lain,” katanya.

    ReplyDelete
  5. Keamanan dan keharmonian yang dinikmati hari ini adalah hasil daripada perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu. Mereka berjuang dengan gigih dan mengenepikan perbezaan demi memastikan keamanan dan kesejahteraan untuk masa depan negara dan generasi akan datang.

    ReplyDelete
  6. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya menjaga dan mengekalkan semangat 1 Malaysia ini sebaiknya.

    ReplyDelete
  7. Betul apa yang dikatakan oleh Datuk Musa Aman, yang mana jiwa 1 Malaysia ini telah lama diterap dalam jiwa penduduk Sabah selama ini.

    ReplyDelete
  8. Itulah yang kita dapat lihat sebenarnya. Sabah terus mengekalkan keharmonian kaum di Negeri ini. Semua kaum bersatu dan berkerjasama untuk masa hadapan Negeri Sabah ini.

    ReplyDelete
  9. Bukan itu saja sebenarnya. Semua usaha ini juga adalah hasil daripada pemimpin kita yang benar-benar memperjuangkan keamanan dan kedamaian.

    ReplyDelete
  10. Kita patut menolak mereka yang cuba untuk menjatuhkan perpaduan dan keamanan yang telah lama kita kecapi. Jika apa masalah yang tidak puas hati rasanya ada cara penyelesaian lain yang dapat dilaksanakan dan bukannya bertindak terburu-buru tanpa memikirkan perpaduan kaum.

    ReplyDelete
  11. jgn biarkan ada pihak nak mengugat keharmonian yang kita kecapi.

    ReplyDelete
  12. pembangkang hari ini sudah tidak kisah lagi betapa pentingnya perpaduan kaum di negeri ini.. mereka sanggup melakukan apa sahaja walaupun mereka tahu tndakan itu boleh mengapi2kan kaum di negeri ini.

    ReplyDelete
  13. selain memecah-belahkan kaum, pembangkang juga gemar menghuru-harakan negara dengan mengajak rakyat turun ke jalan raya melakukan keganasan..

    ReplyDelete
  14. untuk kebaikkan negara dan juga rakyat di negeri ini, jangan sekali2 termakan hasutan pembangkang yang mahu rakyat turun menjadi perisai mereka dalam setiap demonstrasi anjuran pembangkang..

    ReplyDelete
  15. Rakyat wajar bersyukur kerana memiliki pemerintahaan daripada kerajaan yang sentiasa berusaha memastikan mereka hidup dengan harmoni dan menikmati kemakmuran serta kesejahteraan.

    ReplyDelete
  16. Apa yang dilakukan oleh BN adalah hanya untuk rakyat yang pelbagai kaum dan bukannya untuk kepentingan diri atau individu tertentu.

    ReplyDelete
  17. Kerajaan BN juga tidak mengamalkan sikap pilih kasih dan sentiasa memastikan perpaduan serta persefahaman rakyat tidak akan tergugat. Rakyat tidak akan menikmati kesejahteraan, keharmonian dan kemakmuran sekiranya mereka memilih untuk menyokong pembangkang.

    ReplyDelete
  18. Pembangkang hanya berjuang untuk kepentingan diri dan kepentingan individu tertentu yang mahukan kuasa, mereka bukan berjuang untuk rakyat.
    rakyat boleh berfikir sendiri mengapa pembangkang sanggup mempergunakan isu agama dan mengapi-apikannya kepada rakyat.

    ReplyDelete
  19. The Prime Minister emphasised that more 1Malaysia services and products are needed to help ease the current rise in the cost of living.

    ReplyDelete

  20. "There're many who apply to use the brand, I agree to some and reject some. The important thing is that the 1Malaysia services and products must help the people," he said at the launching of the Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) or the 1Malaysia People's Textile Shop.

    ReplyDelete
  21. "When 1Malaysia services and products are introduced, the list has no 'full stop' only 'comas', there's no end. But we cannot allow the 1Malaysia brand to be used indiscriminately.

    ReplyDelete

  22. Also present at the launching of the shop at No 1, Jalan Lagenda Suria, Taman Lagenda Suria, here were Domestic Trade, Cooperative and Consumerism Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob and Agriculture and Agro-based Industry Minister Datuk Noh Omar.

    ReplyDelete
  23. "First, the services and products must be for the people; second, they must be of good quality, as we'll not compromise on services or products which are inferior.

    ReplyDelete

  24. He noted that in the past three years, the BN government had introduced various 1Malaysia services and products to assist the people, such as 1Malaysia People's Aid (BR1M), which was warmly received.

    ReplyDelete

  25. "Third, the services and products must be cheaper than market rates. If all three criteria are fulfilled, then we'll allow (the 1Malaysia name to be used)," he elaborated.

    ReplyDelete
  26. Najib, who is also Finance Minister, remarked that the Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) shops received encouraging response and managed to chart good sales.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.