Friday, December 14, 2012

Sumbangan Politik: Lajim juga ada penaja

Datuk Lajim Ukin yang mana popularitinya semakin menurun sejak keluar daripada umno, hari ini cuba menggunakan sebaik-baiknya akuan bersumpah beliau untuk menghentam kepimpinan kerajaan negeri Sabah sekaligus untuk mempromosikan diri beliau sebagai pemimpin yang bersih, telus dan berintegriti.

Namun berdasarkan pendedahan Raja Petra Kamarudin melalui artikel Tales From the East, Lajim Ukin sebenarnya sudah lama menjadi beban kepada umno Sabah ekoran skandal rasuah beliau sejak memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan negeri dan parti. Malah, menurut RPK Lajim keluar meninggalkan umno juga didorong oleh sikap tamak beliau yang menuntut balasan berbentuk wang ringgit bagi membayar hutang-hutangnya serta menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri atau sekurang-kurangnya jawatan Ketua Menteri Sabah.

Namun Lajim tidak boleh dijadikan Ketua Menteri atau Timbalan Perdana Menteri kerana terlalu banyak skandal rasuah beliau yang menurut RPK akan didedahkan pada bila-bila masa sebaik penamaan calon dibuat.

Bukan sahaja RPK, malah Datuk Musa Aman juga tahu skandal rasuah Lajim Ukin. Atas sebab itu Lajim Ukin tidak disenaraikan sebagai "winnable candidate" oleh Datuk Musa Aman bagi membolehkan beliau dicalonkan pada PRU13 nanti. Menyedari masa depannya semakin gelap, maka terpaksalah Lajim keluar meninggalkan umno dan menyokong pembangkang bagi melepaskan dendam kesumat beliau terhadap kepimpinan Datuk Musa Aman, sekaligus untuk mencapai hasrat beliau untuk menduduki jawatan yang lebih tinggi dari Timbalan Ketua Menteri.

Amat pelik apabila politikus seperti Lajim Ukin yang tidak lagi mendapat tempat dalam kerajaan mahupun parti tiba-tiba timbul kesedaran untuk melakukan perubahan bagi menumbangkan kerajaan yang selama ini banyak menyumbang kepada kemewahan beliau. Kenapa kesedaran itu tidak timbul ketika 5 atau 10 tahun lepas? Kenapa kesedaran itu tidak timbul ketika Lajim Ukin dengan rakus membolot projek-projek kerajaan?

Beikut adalah ringkasan pendedahan RPK  berkenaan dengan skandal rasuah Lajim Ukin;
  • Penaja Kewangan Lajim, seorang rakyat Brunei yang berhijrah ke Sabah dikenali sebagai Mr. W, Lajim sendiri dikenali sebagai Mr. J. “J” bermaksud “jackpot”.
  • Pada tahun 2007, sebelum PRU 2008, Lajim telah menjanjikan kontrak bernilai RM50 juta untuk membina Kolej Islam di Beaufort tetapi dia meminta Mr. W supaya membayar komisyen pendahuluan untuk disalurkan ke Tabung Pilihanraya PRU 12.
  • Mr. W telah membayar RM8 juta kepada Lajim.
  • Walaubagaimanapun, Mr. W tidak mendapat apa-apa projek melainkan 55 keping cek yang tidak bertarikh berjumlah RM3 juta. Namun semua cek itu tidak bernilai.
  • Pernah satu masa, Lajim berhutang kepada Ah Long sejumlah RM800,000 dan dia terpaksa menggadaikan dua jam Rolex emasnya untuk membayar hutang tersebut.
  • Projek RM50 juta untuk membina Kolej Islam itu sebenarnya tidak wujud. Dan Mr. W tidak lagi mahu membantu Lajim. (Sebab itu Lajim terpaksa mencari seorang penaja baru)
Sebenarnya, Mr. W mahu wangnya dikembalikan dan sekiranya tidak, dia akan mendedahkan perkara ini. Dan oleh sebab itu, Umno tidak mahu lagi mencalonkan Lajim dalam PRU akan datang. Dan sebab itu juga secara tiba-tiba, Lajim “tersedar” dan kemudiannya menyertai pembangkang untuk membuat perubahan yang kononnya berpaksikan keadilan, ketelusan, kebertanggungjawaban, memerangi rasuah, penyelewengan kuasa…dan macam-macam lagi. Sedangkan dialah yang rasuah!

Sekiranya dakwaan ini tidak benar, alangkah baiknya jika Lajim Ukin dapat membuat satu lagi akuan bersumpah bagi menafikan tuduhan ini. Berbanding dengan akuan bersumpah beliau berkenaan dengan skandal RM40 juta, pendedahan RPK ini lebih sarat dengan fakta dan nilai rasuah, cuma nama sebenar penaja Lajim Ukin tidak disebutkan. Jesteru, jika benar Lajim ikhlas berjuang untuk membanteras rasuah, beliau wajar tampil menafikan tuduhan ini, atau ambil tindakan undang-undang sekiranya perlu.










By: Borneo Bullet

30 comments:

  1. Di kalangan Umno sendiri, ramai yang tahu bagaimana Lajim turun naik ke Putrajaya pada tahun 2003 kerana melobi jawatan Ketua Menteri untuk menggantikan Tan Sri Chong Kah Kiat yang akan tamat tempoh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia ni suka sangat angkat bakul sendiri.. puji diri sendiri dan mengaku kononnya dirinya adalah winnable candidate.. peh!!

      Delete
  2. Lajim berkecimpung dalam politik semata-mata untuk mengejar jawatan; atas sebab itu, apabila Anwar "menawarkan" jawatan Ketua Menteri jika Pakatan Rakyat menang di Sabah, menjadikan dia mabuk dan lupa diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan haraplah si Lajim boleh rampas kerusi ketua menteri sabah.. bagus dia bersara la dari politik.. kalau Lajim jadi KM sabah, habis wang rakyat dia bawa berjudi di luar negara..

      Delete
  3. Lajim tidak mampu menilai dirinya sendiri apakah mempunyai kemampuan untuk mengurus atau mentadbir. Lajim mendapat jawatan dalam politik, bukan disebabkan kemampuannya, akan tetapi berasaskan peras ugut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni pun dia cuba melakukan peras ugut untuk mendapatkan jawatan KM Sabah.. beliau sanggup melakukan apa saja asalkan nafsunya dapat dipuaskan..

      Delete
  4. Apabila Najib dilantik sebagai Perdana Menteri, Lajim dilantik sebagai Timbalan Menteri, kerana pada masa dan ketika itu keadaan poiltik bagi BN cukup rentan dan gawat, ekoran kasak kusuk yang berlaku. Tambahan pula ada ura-ura Lajim akan keluar Umno/BN jika tidak diberi jawatan.

    ReplyDelete
  5. Apabila keadaan politik tenang, Najib sukar sudah untuk digertak, atas sebab itu, Najib sanggup kehilangan Lajim, apabila MP Beaufort itu mendesak Najib, agar Musa Aman diganti sebagi Ketua Menteri Sabah. Bukan sahaja Najib menolak mentah desakan Lajim itu, malah menegaskan, Musa akan tetap menjadi Ketua Menteri Sabah selepas PRU-13.

    ReplyDelete
  6. Pengertian Lajim terhadap pemimpin apabila pemimpin itu mendapat jawatan; akan tetapi dia lupa, ukuran sebenar pemimpin itu adalah daripada aspek kemampuan, keikhlasan dan perjuangannya. Pemimpin seperti ini akan terus berada dalam persada kepimpinan negara, sebaliknya individu yang merasa menjadi pemimpin kerana tindakan peras ugut, sampai satu ketika akan hanyut dan tidak mendapat tempat lagi. Perkara ini, disadari oleh Lajim, atas sebab itu dia keluar daripada Umno/BN, kerana dia tahu, bahawa masanya telah tiba untuk direhatkan selama-lamanya.

    ReplyDelete
  7. Rupa-rupanya Lajim ini pun ada penaja juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. si rafizi pun tau tu tapi sengaja diam2.. maklumlah tugas beliau hanya membohong dan memfitnah untuk kepentingan Pakatan Rasuah..

      Delete
  8. Nampaknya kalau begini bagus disiasat juga akan sumbangan kepada Lajim ini. Siapakah yang memberikan Lajim sumbangan ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lajim pun tidak berani jawab bila skandal rasuah dan sumbangan politik beliau terbongkar...

      Delete
  9. Lajim sebelum ini bercerita mengenai Sumbangan RM40juta ini. Tapi dia tidak sedar diri sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sumbangan politik si Lajim mungkin lebih tinggi dari rm40 juta.. sebab itu dia boleh ke luar negara semata2 untuk berjudi..

      Delete
    2. jauh disudut hati si Lajim, dia sebenarnya cemburu kerana dana rm40 juta itu tidak dimasukkan ke akaun beliau.. maklumlah hutang beliau akibat kalah berjudi sudah keliling pinggang..

      Delete
  10. Terima kasih dengan pendedahan ini. Jika kita kita tidak tahu akan perkara ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. harapkan pembangkang, jangan harap mereka akan dedahkan..

      Delete
  11. Teruskan mendedahkan akan kegiatan Lajim sebelum ini. Jangan biar rakyat terus dipermainkan dengan pelbagai tipu muslihat mereka ini.

    ReplyDelete
  12. Kamu hentamlah Datuk Lajim puas2....tengok nanti siapa yang menang besar di Parlimen Beaufort nanti....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau sokonglah si Lajim puas2.. jangan harap dia akan duduk kerusi Ketua Menteri Sabah.. sudahlah kuat berjudi, tidak pandai cakap english pula tu.. Beaufort pun sampai sekarang mundur gara2 dia..

      Delete
  13. hahaha marah c kawan...ni mesti saudara-mara lajim ni...kalau dia menang pun mesti pasal saudara-mara dia yg undi dia...kan ramai saudara-maranya di beaufort tu...besala tu,apa mau di heran...tapi memang pun dia banyak makan duit...ladang ternakan lembu di new zealand dia jual,tanah kayu balak yg musa aman bagi utk persatuan bisaya pun dia jual...apa mau jadi ni,cakap org lain tapi diri sendri pun sama juga

    ReplyDelete
  14. Lajim lompat parti bukan perkara yang mengejutkan. Hubungan Lajim dengan Anwar pun bukan perkara yang baru.

    ReplyDelete
  15. Lajim tu ada agenda tersendiri, selama bersama dalam kerajaan dan sekarang bersama pembangkang. Banyak muslihat Lajim.

    ReplyDelete
  16. Lajim pun bukan bersih sangat.

    ReplyDelete
  17. boleh lajim nafikan yang dia tidak ada penaja politik? boleh lajim nafikan yang dia tidak pernah berjudi menggunakan wang rakyat dan sumbangan politik beliau?

    ReplyDelete
  18. Former Umno Supreme Council member Datuk Seri Lajim Ukin's decision to quit all party posts is influenced primarily by Pakatan's psychological warfare that they will form the next government after the coming general election. Describing Pakatan's confidence to achieve the desired goal as a mere political propaganda, Sabah Umno liaison deputy chief Datuk Seri Salleh Said Keruak said Lajim's resignation had nothing to do with Umno's internal problems in the state. Salleh believes that Lajim does not want to miss "the boat", therefore he tried to find an excuse for "his mission". Salleh believes that what Pakatan is promising is just a hope or dream.

    ReplyDelete
  19. Umno secretary-general Tengku Adnan Tengku Mansor was quoted as saying that "what has happened is an internal issue of a personal nature involving Lajim and certain people in the domestic political arena. It should not be linked with a party that has rendered exceptional service to the nation and people. Umno information chief Datuk Ahmad Maslan was also quoted as describing the departure of Lajim from BN as more of a personal problem.

    ReplyDelete
  20. Salleh, who is also Sabah Legislative Assembly Speaker, said the state leadership was always open to discussions on how to strengthen the party and everyone had a role to play. "The Sabah Umno liaison chairman (Datuk Seri Musa Aman) is very open and accommodative. However, the party must reject leaders who put it at ransom.

    ReplyDelete
  21. Lajim's political calculation is wrong. All studies conducted by professionals indicate Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak's popularity is at a comfortable level. Musa said that Lajim's departure would not affect BN's strength in the state. The former Chief Minister believes that Najib's popularity will be able to lead BN to a two-thirds majority in the coming general election.Salleh said Umno and BN were ready for the general election, which is due to be held soon.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.