Wednesday, October 3, 2012

Musa Aman: "bersedia memberikan kerjasama penuh dengan pihak berkuasa jika perlu"

"Saya nafikan semua dakwaan ini. Saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa saya tiada sebarang urusan perniagaan apa pun dengan individu bernama Michael Chia,"

"Malangnya terdapat pihak di luar sana yang akan terus mengitar semula tuduhan-tuduhan seperti ini apabila pilihan raya semakin dekat"

 “Rakyat Sabah boleh buat keputusan berdasarkan rekod prestasi saya. Bukan mereka yang tidak dikenali dan tidak bernama yang menggunakan blog untuk berkhidmat demi kepentingan politik mereka,”

"Bagaimanapun Musa menambah bersedia memberikan kerjasama penuh dengan pihak berkuasa jika perlu namun menegaskan pada masa sama mahu memberikan fokus kepada negeri pimpinannya."
 
Masih ingat dengan kenyataan-kenyataan di atas? kenyataan diatas ialah jawapan ringkas Datuk Musa Aman kepada media-media tajaan pembangkang yang cuba menuduh Ketua Menteri Sabah ini kononnya terlibat dalam skandal pembalakan dan skandal penggubahan wang haram di Hong Kong dan Switzerland.

Walaupun agak ringkas, namun perkembangan semasa tuduhan ini seolah-olah memihak kepada penafian yang telah dibuat oleh Datuk Musa Aman. Buktinya, sehingga hari ini tidak ada tindakan dikenakan terhadap Datuk Musa Aman, baik dipihak SPRM mahupun ICAC. Malah tidak ada laporan terkini dipihak pendakwa raya Switzerland yang sebelum ini dikatakan telah membuka fail siasatan berkenaan dengan jenayah pengubahan wang haram ke dalam UBS.

Walau seribu kalipun tuduhan ini dikitar semula, jika tuduhan itu hanya fitnah dan bermotifkan politik, hasilnya tetap sama. Tidak akan ada tindakan dipihak mahkamah, melainkan dipihak rakyat (pengundi) yang mungkin akan melaksanakan "hukuman" di peti undi akibat terpengaruh dengan tuduhan tidak bertanggungjawab oleh media tajaan pembangkang ini. Jelas sekali tujuan mereka bukan untuk menegakkan kebenaran, sebaliknya sekadar untuk "menegakkan" kerajaan pembangkang yang selama ini mengidam jawatan-jawatan kabinet.

Sebelum ini Datuk Musa Aman pernah menyuarakan kesediaan untuk memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa untuk menyiasat semua tuduhan-tuduhan yang dikaitkan dengan beliau. Bukankah kesediaan beliau ini menunjukkan beliau tidak sedikitpun gentar dengan tuduhan-tuduhan ini (dan kerana beliau tidak bersalah)? Malah beliau terus memberikan komitmen penuh terhadap tugas utama beliau untuk memacu pembangunan negeri ini ketika media-media tajaan pembangkang terus-menerus memainkan isu-isu kitar semula.

Cukuplah badan-badan seperti SPRM, ICAC dan pendakwa raya Switzerland sahaja yang menyiasat kes ini. Media-media pro pembangkang hanya perlu melaporkan hasil siasatan atau perkembangan siasatan, bukannya mendahului siasatan dengan melaporkan perkara-perkara yang tercetus dari imaginasi jijik politik pembangkang.

"Dengan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 semakin dekat, banyak isu kini dikitar semula dan disegarkan untuk survival politik pakatan pembangkang"

By: Borneo Bullet 

32 comments:

  1. Media2 alternatif seakan2 bersekongkol untuk memburukkan nama Musa Aman, dengan memaparkan kembali berita2 lapuk yg tiada bukti...

    ternyata pembangkang sudah habis idea...

    ReplyDelete
    Replies
    1. isu2 kitar semula ni semuanya tidak boleh dipercayai...kenapa? sebab ianya dimain berulang kali dengan pendekatan yang sama sedangkan realitinya semua itu hanyalah tuduhan tidak berasas dan bermotifkan politik.

      Delete
    2. lagipun musa sudah memberikan penjelasan dan pendirian beliau...musa tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah oleh mahkamah.

      Delete
    3. biar pihak berkuasa menjalankan tugas mereka. yang kita ni tak perlu menimbulkan pelbagai spekulasi.

      Delete
    4. yang peliknya lagi, bila ada tuduhan rasuah yang mengaitkan pemimpin2 pembangkang, tidak pula disebarkan oleh mereka.. malah dipertahankan dan dijulang sebagai pemimpin Anugerah Tuhan..

      Delete
  2. berani kerana benar, takut kerana salah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musa Aman berani sebab memang benar beliau tidak terlibat.. semua tuduhan2 itu hanya rekaan pemimpin2 pembangkang semata2 bagi menjatuhkan kerajaan Sabah..

      Delete
  3. media pro pembangkang memang kerap kali mengeluarkan artikel2 yang berbaur fitnah dan bermotifkan politik ke atas musa aman dengan niat memburukkan dan menjatuhkan imej musa aman selaku KM sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pasti rakyat sekarang semakin matang untuk menilai semua ni..

      Delete
    2. hasil siasatan ICAC dan SPRM berjaya membuktikan bukan sahaja Musa Aman tidak bersalah, malah membuktikan bahawa pembangkang negara ini gemar mereka2 cerita (fitnah) untuk merampas kerajaan..

      Delete
  4. pembangkang ingat mereka ni sudah terlalu bijak dan pandai sehingga mereka memandai-mandai membuat keputusan bahawa datuk musa aman bersalah sedangkan mahkamah tidak pernah mendengar perdakwaan ke atas musa berhubung dengan isu ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terbukti strategi politik pembangkang bukan turun padang menyelesaikan masalah rakyat, sebaliknya mereka2 cerita dan menyebarkan fitnah..

      Delete
  5. amat ketara pembangkang semakin terdesak untuk mencapai2 cita2 politik mereka berikutan pru13 yang makin hampir...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas PRU semua isu ni akan terkubur semula. lihat adakah pembangkang berjaya mencapai objektif mereka menghangatkan isu kitar semula ni.

      Delete
    2. kalau cara mencapai cita2 politik tu tidak betul, jangan risaulah.. pembangkang tetap akan membangkang selepas PRU13 nanti..

      Delete
  6. Inilah dia KM yang berani kerana benar.

    ReplyDelete
  7. Memang Datuk Musa adalah pemimpin yang patut dicontohi. Akan memberikan kerjasama kepada mana pihak yang memerlukan kerjasama daripada beliau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejak awal tuduhan itu berkumandang di dunia cyber, Musa Aman tetap tenang tanpa sedikitpun terganggu oleh cubaan pembangkang menjatuhkan beliau.. malah Musa Aman berjaya melonjakkan ekonomi sabah dan berjaya mengekalkan prestasi pengurusan kewangan negeri sabah..

      Delete
  8. Kita tidak patut menukar Datuk Musa, Kerana jika tidak kita akan rugi besar kehilangan pemimpin seperti Datuk Musa ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepimpinan Datuk Musa Aman perlu kita hargai dan teruskan sokongan.

      Delete
    2. dalam masa 9 tahun pentadbiran Datuk Musa Aman, banyak perubahan positif yang dapat kita lihat terutama sekali berkenaan dengan ekonomi Sabah.. jika benar beliau rasuah, kedudukan ekonomi Sabah tidak akan sebaik hari ini..

      Delete
  9. Tunggu saja Peguam negara baru dilantik. kalau masih lagi yang sekarang ni. kau campak apa bukti pun tak akan mampu mnheret musa ni. Kalau dah ada kaitan family tu lambatlah sikit. pergi sprm bukti banyak melambak tapi tak guna....mcm sewa bangunan milik keluarga kepada kerajaan negeri itu tak jelas lagi ke?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ICAC pun pernah datang ke sabah bro.. kenapa Richard Barnes dengan Micheal chia saja yang dia siasat?? takkan Musa Aman ada kaitan dengan pegawai2 ICAC juga..

      Delete
    2. bukti sudah sampai ke ICAC.. tapi kenapa hasil siasatan ICAC juga mendapati tidak ada elemen rasuah??

      Delete
  10. Kes Datuk Musa Aman tu hanya strategik pembangkang saja untuk menjatuhkan beliau

    ReplyDelete
  11. Ini cuma mainan pembangkang yang ingin menjatuhkan Datuk Musa.

    ReplyDelete
  12. Beliau memberi kerjasama dalam kes ini.. maknanya beliau berada di pihak yang benar.

    ReplyDelete
  13. Berani kerana benar..Datuk Musa tidak bersalah.

    ReplyDelete
  14. Tiada bukti yang kukuh mengatakan beliau bersalah. lepas PRU cerita ini akan hilang begitu sahaja.

    ReplyDelete
  15. Serahkan sahaja kepada pihak berkuasa.. rakyat jangan mudah terpedaya dengan kata-kata pembangkang.

    ReplyDelete
  16. kes yang sudah selesai, tidak perlulah disensasikan.. serahkan saja kes2 rasuah ini kepada badan pencegahan rasuah.. biar mereka sahaja yang jalankan siasatan, bukannya ahli2 politik..

    ReplyDelete
  17. jika pemimpin2 BN boleh memberikan kerjasama kepada badan pencegahan rasuah, pemimpin2 pembangkang juga perlu memberikan kerjasama kepada badan yang sama.. ada banyak tuduhan rasuah yang dikaitkan dengan pembangkang..

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.