Sunday, September 30, 2012

Bajet 2013: Ulasan Lajim terburu-buru

"KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin melahirkan rasa kekecewaan apabila kerajaan Umno BN terus meminggirkan rakyat Sabah dan Sarawak pada Bajet 2013 yang dibentangkan kelmarin."

Sebelum BB ulas lebih lanjut berkenaan dengan kenyataan Datuk Seri Lajim Ukin ini, eloklah kita imbas kembali kenyataan beliau ketika beliau masih memegang jawatan dalam kerajaan Barisan Nasional.
Dulu dia cakap Sabah telah menerima kesan pembangunan infrastruktur melalui Bajet 2011, hari ini dia cakap Sabah TERUS dipinggirkan pula. Jika benar Sabah TERUS dipinggirkan, bagaimana dia boleh cakap Sabah telah menerima kesan pembangunan sebelum ini? Seolah-olah dia nafikan sendiri pengakuan yang telah dia buat.
 
Selain menafikan pengakuan sendiri, ulasan Datuk Lajim melalui artikel di atas juga terlalu lemah dimana beliau hanya melihat "jelapang padi" dan "bantuan RM250 kepada belia" daripada keseluruhan teks ucapan Datuk Seri Najib. 

Sepanjang pembentangan bajet ini, apa yang Datuk Lajim buat hinggakan dua perkara itu sahaja yang mampu dia ingat? Bagaimana dengan insentif cukai dan bukan cukai untuk minyak dan gas di Sipitang, pemasangan CCTV untuk PBT di Sabah, pelaksanaan Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Luar Bandar (RTC), 40 ribu tangki air, pengangkutan bas berkualiti, program penyeragaman harga dan sebagainya? Semua ini ada dibentangkan oleh Datuk Najib, bukan hanya jelapang padi.

Berkenaan dengan bantuan RM250 kepada belia bujang pula, Datuk Lajim cuba mempertikaikan bantuan itu dengan alasan ianya bukan bersifat jangka panjang yang boleh manjamin masa depan belia muda. 

Memang betullah bantuan itu bukan bersifat jangka masa panjang, namun perlu diingat, dalam pembentangan bajet 2013 ini juga turut memberi penekanan kepada masa depan belia muda melalui Graduate Employability Blueprint, Program Skim Latihan 1Malaysia, peruntukan RM738 juta ringgit bagi pembangunan belia dan sukan, program Y-Creative, penubuhan New Entrepreneur Foundation, Lautan Biru 1Malaysia For Youth atau 1M4U dan Pakej Komunikasi Belia. Bukankah semua ini untuk masa depan belia muda?

Agak menghairankan bila Datuk Lajim membangkitkan persoalan-persoalan itu selepas jawapannya telah dibentangkan. BB rasa eloklah Datuk Lajim baca balik intipati bajet 2013 kerajaan BN sebelum membuat ulasan-ulasan yang bersifat dangkal dan memesongkan fakta sebenar.

**Dalam 7 teras Belanjawan Pakatan Rakyat 2013, tidak ada tumpuan diberikan kepada masa depan belia muda. Yang ada cuma "mengangkat martabat wanita". Belia??**

By: Borneo Bullet

27 comments:

  1. lajim tidur barangkali semasa pembentangan bajet 2013 oleh najib..

    ReplyDelete
  2. lajim memang bersikap macam tu...dulu masa dia dalam PBS pun sama juga dia punya cakap...masuk UMNO pun itu juga...sekarang sudah keluar dari UMNO pun, itu juga..lajim ni jaga perut dia sendiri saja bah...

    ReplyDelete
  3. bajet 2013 padat dan mantap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bajet kali ini byk manfat untuk rakyat.

      Delete
  4. rakyat akan mendapat manfaat daripada bajet 2013..

    ReplyDelete
  5. lajim ni parasit politik...

    ReplyDelete
  6. kalau sudah bukan berpihak pada kerajaan, memang cakap pun sudah tidak menyokong kerajaan.

    ReplyDelete
  7. Musa Aman sebelum bajet 2013 dibentangkan mengatakan keyakinan beliau bahawa Belanjawan 2013 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Sept akan mengambil kira kebajikan dan kepentingan rakyat di Sabah memandangkan kedudukannya sebagai negeri kedua terbesar di negara ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selepas pembentangan Bajet 2013, Pembentangan Bajet 2013 membuktikan Kerajaan Pusat terus memberikan perhatian kepada Sabah dari segi peruntukan dan inisiatif pembangunan untuk rakyat. Antaranya dapat dilihat melalui peruntukan sebanyak RM386 juta bagi menyeragamkan harga barangan di Sabah.

      Delete
    2. Selepas pembentangan Bajet 2013, *menurut Musa Pembentangan Bajet 2013 membuktikan Kerajaan Pusat terus memberikan perhatian kepada Sabah dari segi peruntukan dan inisiatif pembangunan untuk rakyat. Antaranya dapat dilihat melalui peruntukan sebanyak RM386 juta bagi menyeragamkan harga barangan di Sabah.

      Delete
  8. Musa berkata peruntukan yang besar sudah tentu dapat merancakkan lagi usaha-usaha pembangunan yang sedang dilaksanakan yang menjurus ke arah menyenangkan rakyat di seluruh negeri ini.

    ReplyDelete
  9. Menurut Musa, bajet yang dibentangkan itu merupakan bajet menyeluruh yang mengambil kira kepentingan dan kehendak semua lapisan masyarakat. Maksudnya semua kaum di Sabah ni juga akan mendapat manfaat darinya dan tidak akan dipinggirkan.

    ReplyDelete
  10. Setiap party adanya kebudayaan sendiri, sekarang lompat pigi jauh suara dia semakin jauh juga...sampai tak didengar.

    ReplyDelete
  11. Lain pula sekarang dia cakap, mana satu baru boleh percaya...susah nak percaya ahli politik ni..

    ReplyDelete
  12. Memang Lajim ini tidak sedar diri sendiri. Memang patut pun ditolak pemimpin sebegini.

    ReplyDelete
  13. Rakyat tahu apa yang terbaik untuk mereka. Tambahan lagi bajet 2013 ini memberikan senyuman kepada rakyat.

    ReplyDelete
  14. semasa dalam BN puji betul bajet kerajaan, bila dah keluar, dikutuk pula.. inilah Lajim, pandai bermuka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lajim sengaja butakan mata untuk melihat pembangunan kerajaan telah buat di Sabah

      Delete
  15. Borneo_Bullet_Proof_VestOctober 3, 2012 at 1:33 PM

    I find that Lajim's political calculation is wrong. All studies conducted by professionals indicate Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak's popularity is at a comfortable level. Musa said that Lajim's departure would not affect BN's strength in the state.

    Having said that, I don't believe a word that came out of this man's mouth. The State government pledges to continue championing the rights of the people with the assurance that it will honour all its promises. Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman said with sincerity, political commitment and full support of the people, the government will be able to fulfil its promise to bring greater development.

    ReplyDelete
  16. Borneo_Bullet_Proof_VestOctober 3, 2012 at 1:36 PM

    In my opinion, In Sabah had enjoyed various development programmes since achieving independence through the formation of Malaysia on September 16, 1963.It is the State government’s objective to carry out holistic and continuous development to enable people from all corners to gain benefit.

    The State Government are committed to these efforts under the Halatuju Master Plan on the Progress & Development of Sabah, Sabah Development Corridor and transformation programmes inspired by the Prime Minister.However, in order to make this happen, there is a requirement for a strong teamwork between the State and Federal governments.

    According to Musa: as a result of that healthy relationship, Sabah had gained and continued to benefit from large allocations for development given by the Federal government under the leadership of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak. Among many others, these included Gagasan 1Malaysia, the 1Malaysia Clinic, 1Malaysia People’s Assistance and Kedai Rakyat 1Malaysia.

    ReplyDelete
  17. Lajim risau Sabahans akan terlupa kewujudannya dalam dunia politik.

    ReplyDelete
  18. ulasan Lajim langsung tidak ada point yang meyakinkan.. betullah kata penulis.. seolah2 beliau tidur ketika sesi pembentangan bajet..

    ReplyDelete
  19. selepas PRU12, bukan main lagi Lajim menyokong apa sahaja yang diumumkan oleh kerajaan.. macam2 pujian dilemparkan kepada kerajaan.. sekarang, bila sudah masuk pembangkang, dia bedal saja semua isu ikut suka hati dia..

    ReplyDelete
  20. baik Lajim berhati2 dengan kenyataan dia.. kenyataan lampau dia masih ada dalam internet yang bila2 masa boleh dicari dan digunakan untuk menyerang kenyataan tidak bertanggungjawab beliau hari ini..

    ReplyDelete
  21. sehingga hari ini saya masih tertanya2 mana hilangnya peruntukkan ratusan juta ringgit di Beaufort.. kenapa semua masalah seperti air, elektrik dan banjir masih belum diselesaikan oleh beliau???

    ReplyDelete
  22. jangan ingat dia keluar UMNO, maka rakyat agung2kan dia.. lihat la apa jadi sekarang.. dijadikan bahan untuk ketawa ada la..

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.