Wednesday, September 12, 2012

Datuk Musa Aman terus memimpin negeri Sabah

Sepanjang tempoh lima dekad sejak 1963, hanya ada tiga orang pemimpin di Sabah yang berjaya memegang jawatan Ketua Menteri Sabah bagi tempoh yang lama. Antara pemimpin-pemimpin itu ialah Tan Sri Harris Salleh, Tan Sri Pairin Kitingan dan Datuk Seri Musa Haji Aman. Secara kebetulan, ketiga-tiga pemimpin ini telah dan sedang memegang jawatan tersebut bagi tempoh 9 tahun. Bermakna sepanjang tempoh lima dekad ini belum ada Ketua Menteri Sabah yang berjaya melepasi tempoh 10 tahun. Ramai pihak yang menjangkakan bahawa Datuk Musa Aman akan memecahkan rekod pemerintahan paling lama atau melepasi tempoh 10 tahun bagi kerajaan negeri Sabah.
 
Bagi BB, tidak mustahil Datuk Musa mampu terus memimpin negeri ini untuk beberapa penggal lagi berdasarkan reputasi cemerlang pemerintahan beliau sejak mengambil-alih tapuk pemerintahan negeri Sabah. Walaupun ada segelintir rakyat di negeri ini yang kurang berpuas hati dengan hasil pimpinan beliau, namun situasi itu bukan ditahap yang kritikal melainkan sekadar "disensasikan" oleh pihak tertentu yang berkepentingan. Walaupun pembangunan di negeri ini masih tidak setanding dengan negeri-negeri lain di Semenanjung, malah masih wujud masalah-masalah seperti kemiskinan dan kedaifan infrastruktur, namun itu bukanlah alasan kukuh untuk mempertikaikan kemampuan pimpinan Datuk Musa Aman kerana penduduk di setiap kawasan mempunyai Wakil Rakyat mereka sendiri yang lebih tepat untuk dpersalahkan. Dan yang paling penting sekali ialah pembangunan atau transformasi yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan adalah satu proses yang berterusan, bukannya mengikut penggal lima tahun.

Mengurus pulau Borneo, yang mana saiznya seluas Scotland yang hampir tiga suku adalah kawasan luar bandar dan kaya dengan sumber semulajadi, merupakan satu tugas yang sukar. Sabah dibahagikan kepada 33 daerah dengan saiz geografinya berbeza untuk memudahkan pentadbirannya. Daerah terbesar Sabah seluas 10,000 kilometer persegi ialah Tongod di timur Sabah, lebih besar dari negeri terkaya iaitu Selangor. Fakta ini sepatutnya cukup untuk memberikan gambaran bahawa Datuk Musa Aman sedang memikul tangungjawab berlipat kali ganda dari Ketua Menteri bagi negeri-negeri di Semenanjung. Dalam kata lain, Datuk Musa Aman sedang mengurus tadbir sebuah kawasan yang sepatutnya layak diurus tadbir oleh lima atau lebih Ketua Menteri.

Walau bagaimanapun, keluasan negeri Sabah bukan menjadi penghalang kepada Datuk Musa Aman untuk membuktikan kemampuan beliau dalam memajukan negeri ini. Buktinya, rezab kewangan Kerajaan Sabah telah berjaya dilonjakkan kepada lebih RM4 bilion sehingga mendorong Ketua Audit Negara untuk mengiktiraf pengurusan kewangan Sabah sebagai antara yang terbaik di Malaysia. Selain itu, kerajaan negeri pimpinan Datuk Musa Aman juga berjaya menarik ramai pelancong dan pelabur yang akhirnya mendorong kepada pelaksanaan pelbagai projek-projek pembangunan di negeri ini.

Mungkin disebabkan reputasi cemerlang Datuk Musa Aman, ramai pihak terutamanya pemimpin-pemimpin pembangkang cuba untuk menjatuhkan beliau dengan apa jua cara, sekalipun terpaksa bersekongkol dengan orang luar yang berpotensi menjahanamkan ekonomi negeri Sabah. Berlainan pula dengan pandangan BB, reputasi cemerlang Datuk Musa Aman ini akan membantu beliau memecahkan rekod pemerintahan paling lama di negeri ini.

By: Borneo Bullet

15 comments:

  1. Teruskan usaha menyokong pemimpin yang berkebolehan Seperti Datuk Musa Aman ini.

    bayausbh.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga Musa akan terus memimpin Sabah.

      Delete
    2. jika pretasi baik diteruskan, kepimpinan sekarang akan terus disokong.

      Delete
  2. Sabah akan terus maju kehadapan jika Datuk Musa masih menjadi Pemimpin Sabah. Kerana kita dapat lihat sekarang ini usaha beliau untuk membangunakan Sabah yang berterusan.

    bayausbh.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga Sabah akan terus membangun dan pelbagai peluang semakin bertambah.

      Delete
  3. Sudah pasti Musa Aman akan memecahkan rekod KM yang paling lama berkhidmat kerana sokongan rakyat masih begitu kuat.

    ReplyDelete
  4. Musa memimpin Sabah dgn baik sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ini Musa berjaya menjalankan tugasnya dengan baik dan ramai yang memuji.

      Delete
  5. byk pembangunan Musa bawa kepada sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabah kini makin membangun di bawah Musa.

      Delete
    2. masih banyak perlu dilaksanakan, semoga ianya berterusan.

      Delete
  6. selagi seseorang pemimpin dapat majukan Sabah, dia pasti akan terus disokong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab itulah Datuk Musa mampu mengekalkan kedudukan beliau sebagai KM Sabah, malah dijangka akan memecahkan rekod sebagai KM paling lama memegang jawatan di negeri ini..

      Delete
  7. berdasarkan artikel ini, saya simpulkan bahawa, Datuk Musa Aman adalah ketua menteri terbaik di Malaysia..

    ReplyDelete
  8. pembangkang mungkin boleh menimbulkan pelbagai spekulasi bagi menjejaskan reputasi Datuk Musa Aman, namun rakyat Sabah tidak semestinya akan terpengaruh dengan hasutan pembangkang kerana rakyat sendiri melihat apa sumbangan2 Datuk Musa kepada negeri ini..

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.