Monday, September 17, 2012

Sabahkini2u Gelabah: Sam Mannan Tolong Jawab?

"Datuk Sam Mannan, Pengarah Perhutanan Negeri Sabah melalui artikelnya Utusan Malaysia nampaknya telah berusaha menjawab isu pembalakan haram di Negeri Sabah yang berleluasa. Katanya itu tuduhan!. Sama ada beliau menjawab dengan betul atau tidak itu terpulanglah kepada pentafsiran masing-masing. Mungkin selepas ini ada pihak lain pula akan menjawab atau menafikan."

 Sumber: MUSA AMAN GELABAH! SAM MANNAN TOLONG JAWAB?

Agaknya blogger pro pembangkang sudah ketandusan idea untuk menyerang kepimpinan Ketua Menteri Sabah selepas penjelasan yang dibuat oleh Datuk Sam Mannan sarat dengan fakta-fakta yang meyakinkan bagi menepis tuduhan berkenaan dengan skandal pembalakan di Sabah. Salahkah Datuk Sam Mannan menjawab tuduhan itu sedangkan beliau adalah Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah yang tentunya tahu banyak perkara berkenaan dengan hutan di Sabah?
 
Untuk pengetahuan blogger Sabahterkini2u, sebelum ini Datuk Musa Aman juga telah menafikan tuduhan yang dicetuskan oleh Sarawak Report melalui artikel "Musa Aman nafi dakwaan Sarawak Report". Secara ringkasnya, dipihak Datuk Musa Aman, beliau telah melakukan tugasnya iaitu menafikan tuduhan tersebut. Beliau tidaklah berdiam diri sehingga memaksa Datuk Sam Mannan menjawab bagi pihak beliau. Sebaliknya Datuk Sam Mannan tampil menyangkal dakwaan Sarawak Report atas kapasiti beliau sebagai Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah, bukannya sebagai "orang suruhan" kepada Datuk Musa Aman sebagaimana yang dibayangkan oleh blogger Sabahterkini2u.

Jika Datuk Musa Aman gelabah hanya kerana Datuk Sam Mannan menjawab bagi pihak beliau, bermakna Datuk Yong Teck Lee juga gelabah berkenaan dengan isu SAS kerana Melanie Chia sering tampil menjawab tuduhan itu bagi pihak beliau. Lebih teruk lagi ketua umum Pakatan, Anwar Ibrahim, yang bukan sahaja banyak bergantung dengan orang bawahanya untuk menjawab tuduhan, malah gemar menengking wartawan bila diajukan soalan berkenaan dengan tuduhan yang dilemparkan kepada beliau.

Kesimpulannya, soal siapa yang menjawab tuduhan itu, tidak perlulah dijadikan isu. Semua ahli-ahli politik juga tidak terlepas dari menjawab tuduhan bagi pihak ketua atau parti mereka.

Bukankah lebih molek jika blogger Sabahterkini2u menyangkal satu-persatu fakta-fakta yang dikemukakan oleh Datuk Sam Mannan daripada mengambil jalan singkat demi mempertahankan tuduhan Sarawak Report dengan mempertikaikan tindakkan Datuk Sam Mannan kononnya menjawab bagi pihak Datuk Musa Aman?. Nampak sangat blogger pro pembangkang cuba meremehkan kredibiliti penjelasan yang dibuat oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Sabah dengan bermodalkan teori "Tolong Jawab" setelah mereka sendiri "mati akal" untuk mempertikaikan butir-butir penjelasan tersebut.

By: Borneo Bullet

15 comments:

  1. Itulah pasal sudah pastilah Datuk Sam Mannan tahu akan perkembangan hutan kerapa dia adalah Pengarah Perhutanan Negeri Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, sebagai pengarah Sam Manan memang tahu perkembangan hutan di Sabah.

      Delete
    2. Pengarah perhutanan Sabah pasti tau dan arif akan keadaan huran2 di Sabah.

      Delete
  2. Kita tidah hairanlah kalau itu yang dibuat oleh media pembangkang yang mana buta hati dan mata untuk membuat pelbagai khabar angin tanpa meneliti dengan baik mengenai isu ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. khabar angin bukan boleh percaya sangat sebab kadang2 ianya dimainkan.

      Delete
    2. pembangkang mmg suka buat cerita nak burukkan kepimpinan kerajaan Sabah.

      Delete
    3. bila sudah terdesak menegakkan benang yang basah, begitu la jadinya..

      Delete
  3. apa yang Dtk Sam Manan jawab adalah pekara benar dan tidak perlu dijadikan isu lagi.

    ReplyDelete
  4. harap isu ini tidak sengaja dipolitikkan untuk kepentingan pihak tertentu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu nak mainkan isu ini lagi.

      Delete
  5. isu yang tidak berasas dimainkan untuk jejaskan imej pemimpin. jadi nilailah dengan bijak.

    ReplyDelete
  6. Sam Mannan dah perjelaskan, dakwaan itu mmg tidak berasas.

    ReplyDelete
  7. blogger pro pembangkang hari ini semakin ketandusan idea untuk membantu idola mereka merampas kerajaan.. perkara2 remeh seperti ini pun boleh dijadikan isu.. apa la!!

    ReplyDelete
  8. apa salahnya Datuk Sam Mannam membuat kenyataan itu sedangkan beliau adalah pengarah jabatan perhutanan Sabah?? tidak masuk akal la ulasan blogger pro pembangkang ni..

    ReplyDelete
  9. baru2 ini ada lagi blogger pembangkang buat hal.. adakah patut tarian sumazau pun boleh dijadikan mangsa hanya untuk memburuk2 Najib dan BN??

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.