ANGKA 13 BAKAL SELAMATKAN SABAHBAHANG pilihanraya kian terasa. Sama ada parti yang mewakili kerajaan atau pembangkang; masing-masing mengatur strategi untuk meraih undi. Pendekatan yang telah dilakukan oleh kerajaan dilihat sudah terlewat oleh pengundi-pengundi atas pagar.BR1M, projek kecil pada saat-saat akhir seperti pemberian tangki dan zink serta ceramah dan ucapan yang menyuruh rakyat untuk terus menyokong kerajaan; dilihat hanya 40% mampu meningkatkan sokongan rakyat Sabah.Menurut analisa secara rambang, adakah angka 13 ini adalah angka keramat kerana; Parti USNO ditumbangkan oleh Parti BERJAYA pada tahun 1976 di mana 7+6 = 13; Parti Berjaya ditumbangkan oleh PBS pada tahun 1985 di mana 8+5 =13; PBS ditumbangkan oleh UMNO pada tahun 1994 di mana 9+4 =13 dan kali tahun 2013 di mana hujungnya 13.Maka pada tahun ini GELOMBANG 13 bakal berlaku di Sabah. - Sabahkini
Bagaimana angka 13 mampu selamatkan Sabah? dan apa yang perlu diselamatkan di Sabah? Adakah Sabah hanya akan selamat dari segala bentuk bencana termasuk bencana alam jika pembangkang memerintah negeri ini? Tidak perlulah pemimpin dan penyokong-penyokong pembangkang terlalu mendabik dada jika pendekatan mereka hanya bergantung kepada ramalan nombor 13 semata-mata.
Bukan angka 13 yang berkempen untuk pembangkang, dan bukan juga angka 13 yang bertungkus-lumus membantu menyelesaikan masalah-masalah rakyat. Daif sangat teori pembangkang semata-mata mahu dilihat kononnya parti mereka bakal merampas kerajaan negeri ini sedangkan segala tindak-tanduk mereka selama ini jarang sekali bersifat ikhlas membantu rakyat.
Walau apapun cubaan pembangkang meremehkan bantuan-bantuan yang disalurkan kerajaan kepada rakyat, yang penting bantuan itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban rakyat. Sekurang-kurangnya nampak juga hasilnya berbanding dengan pembangkang yang gemar kehulu-kehilir menabur fitnah dan pembohongan hanya untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Memandangkan bantuan-bantuan kerajaan ini SUDAH TERLEWAT (kata pemimpin dan penyokong-penyokong pembangkang), kenapa pembangkang masih memburuk-burukkan bantuan itu kononnya sebagai pendekatan bagi menarik sokongan rakyat kepada kerajaan BN?? Bukankah ini bermakna bahawa bantuan itu bukan bermotifkan politik?
Cukuplah pembangkang cuba membudayakan fitnah, pembohongan dan demonstrasi jalanan di negeri ini, tidak perlulah bergantung dengan ramalan nombor bagi menyedapkan hati pemimpin-pemimpin pembangkang yang hari ini semakin bercakaran antara satu-sama lain. Jika mahukan sokongan rakyat, belajarlah untuk lebih ikhlas berjuang untuk rakyat, bukannya untuk jawatan Perdana Menteri, Ketua Menteri atau sebagainya.
Memang betullah bahang pilihanraya semakin terasa hinggakan nombor 13 pun boleh dijadikan bahan politik oleh pembangkang.
Apa-apapun, SYABAS kepada pembangkang kerana terus MENJANA idea-idea kreatif, inovatif, provokatif, sensitif dan konservatif bagi meletakkan pembangkang terus berada dihadapan mengatasi kerajaan BN, sebaliknya MALANG untuk kerajaan BN kerana sehingga hari ini terus membanting tulang MENJANA pendapatan negara supaya hasilnya boleh dinikmati bersama-sama dengan rakyat.
Kerapuhan pakatan pembangkang!
ReplyDeleteApakah sekarang tidak ada kebebasan bersuara maka ini menjadi alasan untuk pembangkang melakukan sekiranya diberi kuasa? Apakah bukan kebebasan bersuara dengan wujudnya beribu blog yang menghentam kerajaan dan pembangkang juga mempunyai buletin untuk memaparkan idealisme parti mereka? Berapa banyak pula pemimpin pembangkang yang ditangkap kerana mencerca pemimpin kerajaan?
Kerapuhan pakatan pembangkang!
ReplyDeletePembangkang yang memperjuangkan kebebasan media sebenarnya yang banyak mengambil tindakan undang- undang kepada media arus perdana. Di mana kebebasan yang diperjuangkan? Ini ternyata bahawa pembangkang tidak melaksanakan banyak perkara yang dijanjikan kepada rakyat bahawa mereka lebih baik daripada kerajaan sekarang.
Kerapuhan pakatan pembangkang!
ReplyDeleteKesimpulannya pakatan pembangkang tidak ada tawaran yang lebih baik daripada kerajaan untuk menyakinkan mereka boleh menjadi kerajaan yang lebih baik. Semua yang ditawarkan kepada rakyat sudah diberikan oleh kerajaan.
Pembangkang memang suka meramal dan membuat andaian untuk menyenangkan hati mereka. Inilah salah satu cara mereka menutup kelemahan mereka.
ReplyDeleteAngka 13 tidak akan bagi apa2 makna apa lagi makna yang baik kalau pembangkang sendiri tidak mampu laksanakan tanggungjawab mereka terhadap rakyat di 4 negeri yang mereka wakili sekarang.
ReplyDeleteUMNO dan Barisan Nasional (BN) di Sabah tetap kukuh dan akan terus
ReplyDeletemelaksanakan langkah perlu bagi memastikan keadaan itu berterusan.
dakwaan kononnya UMNO dan BN Sabah kini lemah hanya permainan politik
ReplyDeletepembangkang khususnya oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
langkah tertentu diambil untuk memastikan kita dapat mengukuhkan UMNO dan BN di Sabah
ReplyDeleteParti komponen BN memainkan peranan yang penting bagi memastikan BN Sabah terus kukuh.
ReplyDeleteBarisan Nasional (BN) menjangkakan untuk memenangi lebih daripada 140
ReplyDeletekerusi parlimen yang mereka perolehi dalam pilihan raya 2008 walaupun
serangan dan ceramah oleh Pakatan Rakyat (PR) seringkali mendakwa mereka
boleh merampas Putrajaya dalam pilihan raya akan datang yang mesti
diadakan pada penghujung April 2013
ahli politik BN mengaku tujuh kerusi parlimen di Sarawak dan enam di
ReplyDeleteSabah terdedah untuk PR menangi tetapi kubu kuat mereka di kawasan luar
bandar kekal kukuh.
Terdapat 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi negeri untuk dimenangi dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.
ReplyDeleteSenario terburuk adalah hanya memenangi lebih 120 kerusi tetapi kami
ReplyDeleteyakin mendapat seberapa banyak seperti yang kita lakukan pada tahun 2008
jika tidak lebih.
PEMBANGKANG TIDAK PERLU BERMIMPI MENANG PILIHANRAYA.. ANGKA 13 TIDAK MEMBAWA APA2 MAKNA KEPADA PEMBANGKANG.. TIDAK PERLU TAKSUB SANGAT!
ReplyDeleteAPABILA melihat kepada senario politik yang berlaku di negeri Sabah sekarang ini, jelas menunjukkan parti pembangkang tidaklah sehebat mana seperti yang diwar-warkan oleh sesetengah pihak dengan kata lain kurang menyengat. Mungkin mereka kini ketandusan idea-idea atau strategi untuk mengenakan kerajaan BN sekarang.
PEMBANGKANG TIDAK PERLU BERMIMPI MENANG PILIHANRAYA.. ANGKA 13 TIDAK MEMBAWA APA2 MAKNA KEPADA PEMBANGKANG.. TIDAK PERLU TAKSUB SANGAT!
ReplyDeleteUsaha murni Perdana Menteri Dato' Seri Najib memperkenalkan beberapa kaedah atau program untuk mengembalikan keyakinan rakyat untuk menyokong kerajaan pempinan beliau kini diterima dengan baik.
PEMBANGKANG TIDAK PERLU BERMIMPI MENANG PILIHANRAYA.. ANGKA 13 TIDAK MEMBAWA APA2 MAKNA KEPADA PEMBANGKANG.. TIDAK PERLU TAKSUB SANGAT!
ReplyDeleteGagasan 1Malaysia, Program Tranformasi sama ada kerajaan dan ekonomi begitu juga model ekonomi baru, telah memperlihatkan satu lagi anjakan minda yang harus disokong oleh rakyat supaya negara kita boleh bersaing di peringkat global.
PEMBANGKANG TIDAK PERLU BERMIMPI MENANG PILIHANRAYA.. ANGKA 13 TIDAK MEMBAWA APA2 MAKNA KEPADA PEMBANGKANG.. TIDAK PERLU TAKSUB SANGAT!
ReplyDeleteImpian pembangkang untuk merampas Sabah dari kerajaan BN dalam pilihanraya umum akan datang semakin pudar. Secara peribadi saya membuat kesimpulan bahawa pakatan parti pembangkang di Sabah terlalu longgar. Ini disebabkan setiap parti pembangkang di Sabah cuba menonjolkan pengaruh mereka masing-masing tanpa mempunyai gabungan yang utuh untuk menumbangkan kerajaan yang sedia ada.
PEMBANGKANG TIDAK PERLU BERMIMPI MENANG PILIHANRAYA.. ANGKA 13 TIDAK MEMBAWA APA2 MAKNA KEPADA PEMBANGKANG.. TIDAK PERLU TAKSUB SANGAT!
ReplyDeleteSebagai contoh pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi yang lepas, telah terbukti PKR dan SAPP tidak sehaluan sehingga kedua-dua calon yang mewakili parti masing-masing bercakaran atau tuduh menuduh di antara satu sama lain. Dan peluang ini telah diambil sebaik mungkin oleh BN untuk melaksanakan agenda mereka tanpa berkerja membanting tulang untuk mempertahankan kerusi tersebut.
PEMBANGKANG TIDAK PERLU BERMIMPI MENANG PILIHANRAYA.. ANGKA 13 TIDAK MEMBAWA APA2 MAKNA KEPADA PEMBANGKANG.. TIDAK PERLU TAKSUB SANGAT!
ReplyDeleteAlasan yang kedua adalah PKR di Sabah seolah-olah tidak mempunyai kapten untuk mengemudi parti tersebut untuk menyakinkan rakyat bahawa mereka mampu membentuk kerajaan negeri akan datang.
PEMBANGKANG TIDAK PERLU BERMIMPI MENANG PILIHANRAYA.. ANGKA 13 TIDAK MEMBAWA APA2 MAKNA KEPADA PEMBANGKANG.. TIDAK PERLU TAKSUB SANGAT!
ReplyDeleteSejak DS Zaid Ibrahim mengumumkan beliau terpaksa meninggalkan PKR, disebabkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti DS Anwar Ibrahim, telah memberi impak kepada Dtk Dr Jeffery Kitingan turut sama keluar dar PKR Sabah.
PEMBANGKANG TIDAK PERLU BERMIMPI MENANG PILIHANRAYA.. ANGKA 13 TIDAK MEMBAWA APA2 MAKNA KEPADA PEMBANGKANG.. TIDAK PERLU TAKSUB SANGAT!
ReplyDeletePada hakikatnya ketika itu, Dr Jeffery masih kurang senang terhadap tingkah laku DS Anwar yang kononnya banyak berjanji tetapi tidak dapat melaksanakan permintaan Dr Jeffery termasuk DS Anwar enggan menandatangani Deklarasi Tambunan. Secara logiknya kalau belum berkuasa DS Anwar enggan memenuhi permintaan rakyat Sabah, apatah lagi beliau menjadi PM dan berkuasa!
PEMBANGKANG TIDAK PERLU BERMIMPI MENANG PILIHANRAYA.. ANGKA 13 TIDAK MEMBAWA APA2 MAKNA KEPADA PEMBANGKANG.. TIDAK PERLU TAKSUB SANGAT!
ReplyDeleteAlasan ketiga, kewujudan parti baru yang berpengkalan di Sarawak iaitu STAR di bawah pimpinan Dr. Jeffry masih lagi terkial-kial mencari penyokongnya tetapi dalam masa yang sama DJK tidak sedar bahawa dia sebenarnya sedang menjolok sarang tebuan (PKR dan SAPP) yang kebetulan dalam masa mencari penyokong masing-masing.
PEMBANGKANG TIDAK PERLU BERMIMPI MENANG PILIHANRAYA.. ANGKA 13 TIDAK MEMBAWA APA2 MAKNA KEPADA PEMBANGKANG.. TIDAK PERLU TAKSUB SANGAT!
ReplyDeleteOleh yang demikian, akan berlaku perebutan untuk mencari penyokong masing-masing. Maka tidak hairanlah unsur sabotaj yang melibatkan parti SAPP, STAR dan PKR akan wujud yang boleh menimbulkan konflik.
PEMBANGKANG TIDAK PERLU BERMIMPI MENANG PILIHANRAYA.. ANGKA 13 TIDAK MEMBAWA APA2 MAKNA KEPADA PEMBANGKANG.. TIDAK PERLU TAKSUB SANGAT!
ReplyDeleteAlasan keempat adalah, rekod buruk pemimpin parti di Sabah iaitu Yong Teck Lee dari SAPP dan Dr. Jeffry Kitingan dari STAR tidak meyakinkan rakyat untuk menyokong mereka. Walaupun pada masa sekarang mereka mengisytiharkan bahawa mereka sudah mempunyai ramai penyokong sehingga ratusan ribu, sebenarnya keupayaan mereka untuk memimpin negeri Sabah belum dipercayai sepenuhnya.
PEMBANGKANG TIDAK PERLU BERMIMPI MENANG PILIHANRAYA.. ANGKA 13 TIDAK MEMBAWA APA2 MAKNA KEPADA PEMBANGKANG.. TIDAK PERLU TAKSUB SANGAT!
ReplyDeleteTengok sahaja la YTL sewaktu menjadi KM Sabah dahulu, tiada sumbangan yang dapat dibanggakan. Tengok lah juga DJK yang suka melompat2 parti yang juga tiada pengalaman mengemudi negeri Sabah. Seolah-olah mereka ini umpama "badut" yang ingin merosakkan pemikiran rakyat untuk menyokong agenda politik peribadi YTL dan DJK ini.
PEMBANGKANG TIDAK PERLU BERMIMPI MENANG PILIHANRAYA.. ANGKA 13 TIDAK MEMBAWA APA2 MAKNA KEPADA PEMBANGKANG.. TIDAK PERLU TAKSUB SANGAT!
ReplyDeleteAlasan kelima, unsur sabotaj dan perebutan kerusi pasti akan berlaku di kalangan parti SAPP, STAR dan PKR.....tolak PAS la. Kesepakatan memang tidak akan berlaku. Pada masa sekarang kita lihat dengan adanya "penubuhan" United Borneo Front (UBF) oleh DJK yang merangkumi STAR, SAPP dan USNO yang dikatakan akan memperjuangkan borneo, pastinya ia akan hancur.
PEMBANGKANG TIDAK PERLU BERMIMPI MENANG PILIHANRAYA.. ANGKA 13 TIDAK MEMBAWA APA2 MAKNA KEPADA PEMBANGKANG.. TIDAK PERLU TAKSUB SANGAT!
ReplyDeleteSAPP ada "kerjasama" palsu dengan PKR untuk bergabung menguasai Sabah, tetapi kenapa PKR tidak dimasukkan terus dalam UBF??? Dalam masa yang sama kita telah lihat bahawa TYL sudah mempunyai "FIKIRAN SENDIRI" untuk memenuhi agenda partinya. DJK pula sanggup berjuang dengan parti STAR dalam memenuhi agenda politiknya sendiri dan dalam masa yang sama akan membelakangi SAPP.
PEMBANGKANG TIDAK PERLU BERMIMPI MENANG PILIHANRAYA.. ANGKA 13 TIDAK MEMBAWA APA2 MAKNA KEPADA PEMBANGKANG.. TIDAK PERLU TAKSUB SANGAT!
ReplyDeleteUSNO pulak??? Parti yang tidak wujud tetapi orang-orang USNO pasti akan memperjuangkan hak-hak mereka yang mewakili keistimewaan dan bangsa mereka juga dan akan "demand" dari SAPP dan STAR kelak. DAP pulak? Pada hakikatnya DAP akan menggunakan senjata rahsia mereka untuk memecah-belahkan perpaduan rakyat di Sabah. Dalam masa yang sama mereka akan menjadi virus kepada parti-parti di Sabah.
PEMBANGKANG TIDAK PERLU BERMIMPI MENANG PILIHANRAYA.. ANGKA 13 TIDAK MEMBAWA APA2 MAKNA KEPADA PEMBANGKANG.. TIDAK PERLU TAKSUB SANGAT!
ReplyDeleteAlasan keenam, PERANG sesama parti pembangkang pasti akan berlaku sebab kesefahaman tidak ada dan mereka akan bercakaran sesama sendiri bagi menjamin kepentingan dan agenda parti.
PEMBANGKANG TIDAK PERLU BERMIMPI MENANG PILIHANRAYA.. ANGKA 13 TIDAK MEMBAWA APA2 MAKNA KEPADA PEMBANGKANG.. TIDAK PERLU TAKSUB SANGAT!
ReplyDeleteAlasan terakhir, pada masa sekarang kerajaan persekutuan telah memberikan banyak peruntukan untuk tujuan pembangunan bagi Sabah dan Sarawak. Banyak projek kerajaan persekutuan yang terdiri daripada projek naik taraf jalan, loji air, bantuan rumah dan sebagainya telah dibuat di Sabah.
PEMBANGKANG TIDAK PERLU BERMIMPI MENANG PILIHANRAYA.. ANGKA 13 TIDAK MEMBAWA APA2 MAKNA KEPADA PEMBANGKANG.. TIDAK PERLU TAKSUB SANGAT!
ReplyDeleteTetapi yang peliknya terdapat seolah-olah "orang buta" di Sabah terutamanya pembangkang menyatakan bahawa tiada projek persekutuan di buat di Sabah dan mereka mahukan permintaan setiap individu mesti ditunaikan....APA PUNYA pikiran "orang buta" ni.
KESIMPULANNYA, SIKAP TERDESAK PEMBANGKANG HARI INI SEHINGGA SANGGUP MEMPERCAYAI PERKARA2 TAHYUL MENUNJUKKAN MEREKA SEBENARNYA SEDAR BAHAWA RAKYAT SEMAKIN MENOLAK KEPIMPINAN MEREKA..
ReplyDelete