Thursday, September 27, 2012

Yong Teck Lee pernah guna taktik kotor pilihanraya

Ahli-ahli SAPP kini sedang giat melaksanakan aktiviti "turun padang" untuk mencari bahan yang boleh dipolitikkan untuk bekalan mereka pada PRU13 nanti. Sejauhmana kredibiliti bahan-bahan politik itu pula, tidak dapat dipastikan kerana kadang kala boleh berlaku penyelewengan fakta atau maklumat bilamana niat mereka adalah untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

Sebelum ini Yong Teck Lee pernah membuat kenyataan bahawa bukan mudah untuk parti pembangkang di Sabah menumbangkan BN. Sebab itulah Yong Teck Lee bersungguh-sungguh bekerjasama dengan parti pembangkang yang lain bagi menumbangkan kerajaan BN Sabah walaupun ada beberapa parti pembangkang di negeri ini yang tidak berminat untuk bekerjasama dengan beliau. Jesteru, berdasarkan kenyataan Yong Teck Lee ini, untuk apa pemimpin-pemimpin kerajaan BN Sabah melancarkan taktik kotor pilihanraya jika Yong Teck Lee sendiri mengakui bahawa BN Sabah bukan mudah untuk ditumbangkan?
 
Bercakap mengenai taktik kotor pilihanraya, Yong Teck Lee sendiri pernah berhadapan dengan perbicaraan Mahkamah Pilihanraya apabila beliau didapati terbabit melanggar peraturan semasa kempen pilihanraya umum 1999. Malah, mahkamah telah memutuskan beliau bersalah dan tidak di benarkan bertanding dalam pilihanraya selama 5 tahun sehingga 2007.

Jika bukan kerana sistem penggiliran Ketua Menteri, sudah tentu Yong Teck Lee akan berkuasa sehingga kehari ini kerana rekod lampau beliau telah membuktikan bahawa beliau berpotensi melakukan taktik kotor setiap kali pilihanraya.

Ahli-ahli SAPP yang bertungkus-lumus cuba mengembalikan kerusi Ketua Menteri kepada Yong Teck Lee sepatutnya melihat rekod lampau beliau sebelum membuat tuduhan liar terhadap parti lawan. Apa gunanya mereka berjuang untuk pilihanraya BERSIH dan adil jika ketua mereka sendiri sudah terpalit dengan taktik-taktik kotor pilihanraya?

Antara rekod "cemerlang" Yong Teck Lee;  

1. Tidak layak menjadi pemimpin kerana telah berada dalam banyak parti, selalu lompat parti, cakap berbelit-belit, tidak berpendirian dan suka membuat kenyataan yang berbeza-beza.

2. Pentadbiran lemah semasa menjadi Ketua Menteri Sabah sehingga menyebabkan kerugian kepada negeri Sabah sebanyak RM114 juta.


3. Pernah melaksanakan dasar yang tidak popular seperti memperkenalkan Forest Management Unit (FMU) yang mengasingkan 2 juta hektar kawasan balak negeri Sabah kepada kurang daripada 20 syarikat dalam tempoh 100 tahun.


4. Mengarahkan `share-swap' pemilikan saham Warisan Harta Sabah (WHS) dalam MISC sebuah syarikat yang dianggap memiliki saham `blue chips' dengan saham North Borneo Trading (NBT) dan Sugarbun Corporation Berhad yang dimiliki oleh dua usahawan dari Sarawak yang merupakan saham spekulatif.


5. WHS telah menanggung kerugian RM200 juta kerana kejatuhan harga kedua-dua saham di samping kehilangan keuntungan daripada `right issues' dan kenaikan harga saham selain dividen daripada MISC.


6. Yong Teck Lee juga mengarahkan `Board of Directors' Amanah Saham Sabah (SAS) membeli saham-saham NBT dan Sugarbun sehingga SAS mengalami kerugian teruk dan menyebabkan ramai pelabur rakyat tempatan Sabah mengalami kerugian.


7. Berkrisis dengan pimpinan DAP Sabah khususnya Ketua DAP Sabah, Dr.Hiew Keng Chew (MP Kota Kinabalu) dan Ketua Penerangan DAP Sabah, Dr. Edwin Bosi. Kedua-dua mereka menentang penyertaan SAPP dalam PRK Batu Sapi.


9. Diperintah oleh Mahkamah Tinggi membayar RM1 juta kepada bekas Ketua Menteri Tan Sri Harris Salleh kerana memfitnah beliau berhubung nahas pesawat pada 6 Jun 1976.
 By: Borneo Bullet

36 comments:

  1. Ini semua dalam jangkaan sudah, Yong yang suka main taktik kotor, ahli2 SAPP tidak faham2 keburukkan mengikuti Yong. Tidak sesuai jadi calon wakil rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yong memang suka main taktik kotor..rekod beliau membuktikannya...

      Delete
    2. Yong mmg pemimpin tak boleh dipercayai. suka main kotor.

      Delete
  2. Tidak payah kasitau pun orang pun dah agak yang YTL pernah guna taktik kotor.

    ReplyDelete
  3. Kalau parti YTL menang, confirm sabah akan jadi lebih teruk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasti...YTL memang tidak berkaliber...hanya tahu jaga perut sendiri..

      Delete
    2. Nasib baik Yong bukan lagi KM Sabah, jika tidak pasti Sabah akan muflis.

      Delete
    3. nasib baik Musa seorang yang bijak dan berjaya memulihkan dan meningkatkan semula ekonomi Sabah.

      Delete
  4. Vote wisely people. what you read in the blogs or newspaper may not be true.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi rakyat perlu memilih dengan hati-hati.

      Delete
  5. Bermasalah ini kalau macam ini untuk Sabah kalau terus menyokong SAPP. Tidak mahulah sokong SAPP lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAPP dalam keadaan terdesak...apa2 pun dia mahu pusing...

      Delete
  6. Kita pernah dengar juga mengenai perkara ini mengenai Yong Teck Lee. Jadi memang benarlah Yong Teck Lee mempunyai pengurusan yang sangat lemah dalam Kerajaan Negeri SAbah dahulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa YTL jadi KM lah, zaman gelap bagi sabah..

      Delete
  7. Kepada penduduk Sabah sekalian supaya memikirkan diri demi memastikan masalah seperti kekecewaan tidak berlaku. Mama pilihlah parti yang mampu membantu kita semua.

    ReplyDelete
  8. Siapa tidak kenal dengan Yong Teck Lee ini. Dari dulu lagi orang tahu yang mana Yong ini seorang yang tidak sedar diri sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya semua pun sudah tahu siapa YTL ni..sebab itu dia kalah di Batu Sapi.

      Delete
  9. Suruh orang lain buat itu ini tapi tidak sedar yang mana kepimpinan sendiri sangat lemah dahulu. Pelbagai alasan diberikan. Sekarang ini pula cuba menyalahkan kerajaan dengan SAS tapi apa yang berlaku SAS dahulu.

    ReplyDelete
  10. parti SAPP akan dotolak oleh rakyat sabah...antara faktor penolakkan ialah rakyat sabah tidak mahu dan tidak suka YTL...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yong menjadi faktor utama kekalahan SAPP nnti.

      Delete
  11. nasib baik 2 tahun saja YTK jadi KM sabah...itu pun teruk sabah dibuatnya...kalau lama lagi dia jadi KM tu, silap2 bankrap sabah..

    ReplyDelete
  12. nahkan...sudah terbukti YTL ini...

    ReplyDelete
  13. rakyat bukalah mata sepuas-puasnya...petikan ini sudahpun menyatakan perihal mengenai YTL

    ReplyDelete
  14. siapa tidak kenal YTL...kerana pimpinan beliau sebagai KM pada masa itulah, SAS mengalami kerugian teruk dan menyebabkan ramai pelabur rakyat tempatan Sabah mengalami kerugian

    ReplyDelete
  15. mungkin sebab-sebab diataslah mengapa ada parti pembangkang yang lain tidak mahu berganding bahu dengan parti SAPP...

    ReplyDelete
  16. kerana pandai memutar-belit dan bermain taktik kotor..

    ReplyDelete
  17. Pandai kritik kerajaan, sendiri langsung tiada sumbangan.

    ReplyDelete
  18. Wakil rakyat perlu memberi perkhimatan,tapi bukan asyik complaint sini sana macam SAPP

    ReplyDelete
    Replies
    1. mereka hanyai mengkritik, tapi tidak menyumbang apa-apa pun.

      Delete
  19. Tidak faham mengapa dia mengaku corruption sendiri, mungkin dia ingin sabotaj nama BN tapi, reputasi sendiri yang dihancurkan.

    ReplyDelete
  20. YTL memang ada rekod yang kurang baik selama ini.

    ReplyDelete
  21. rekod lampau menunjukkan YTL ni bukan boleh percaya sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab itu rakyat sabah menolak beliau.. bukti paling nyata ialah ketika PRK Batu Sapi..

      Delete
  22. bukan sahaja menggunakan taktik kotor ketika pilihanraya, malah beliau juga menjadi punca kepada kemunduran negeri sabah..

    ReplyDelete
  23. jika YTL diberikan peluang kedua, pasti beliau akan mengulangi taktik kotor ini untuk mengekalkan kuasa.. lebih2 lagi dengan hasrat beliau mahu mengeluarkan IC khas Sabah sekiranya diberikan mandat selepas pRU13..

    ReplyDelete
  24. pemimpin dan ahli2 SAPP sepatutnya menolak Yong Teck Lee sekiranya benar mereka mahu pilihanraya bersih dan adil..

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.