Saturday, September 1, 2012

Penggubahan wang haram dan pemusnahan hutan bermotifkan politik

Ada banyak kemusykilan berhubung dengan skandal pembalakan yang kononnya melibatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman dan juga adiknya Datuk Anifah Aman selaku Menteri Luar Malaysia.

kenapa agaknya isu ini dibangkitkan oleh orang luar menggunakan platform(website) dari luar? kenapa bukan ahli-ahli politik tempatan saja yang membangkitkan isu ini? apa kepentingan Sarawak Report mencampuri urusan pentadbiran negeri Sabah sedangkan fokus utama mereka adalah untuk membela nasib masyarakat asli di Sarawak dan juga keberlangsungan hidupan liar seperti Orang Utan di negeri itu?

Ramai yang mengetahui bahawa dalang utama Sarawak Report ialah seorang wanita British kelahiran Sarawak, Clare Rewcastle Brown yang juga anak kepada bekas penjajah empayar Brooke satu ketika dulu. Pernahkah beliau datang melawat seluruh pelusuk negeri Sabah untuk mendapatkan gambaran sebenar sebelum memuatkan cerita-cerita berkenaan dengan Sabah (yang bagi BB lebih kepada fitnah) untuk dimuatkan ke lamanweb beliau? atau sekadar bergantung dengan maklumat-maklumat songsang dari pemimpin-pemimpin politik di negara ini yang berkemungkinan besar bertanggungjawab membiayai lamanweb beliau?
 
Tanpa membuang masa, BB ingin mengajak sekalian pelawat-pelawat blog ini untuk menilai kenyataan bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Yong Teck Lee sebelum ini. Ketika menjawab soalan berkenaan dengan rampasan tanah yang berlaku di era beliau sebagai Ketua Menteri Sabah, beliau dengan jelas menyatakan bahawa Dewan Undangan Negeri Sabah telah memindahkan kuasa Ketua Menteri kepada Kabinet dengan menggubal Ordinan Tanah Sabah, Enakmen Hutan dan Ordinan Galian sebagai jaminan bahawa tiada mana-mana Ketua Menteri yang boleh menandatangani untuk meluluskan mana-mana kawasan tanah yang luas, hutan dan lombong demi kepentingan peribadi mereka.

Berdasarkan kenyataan Datuk Yong Teck Lee ini, bukankah ianya menunjukkan bahawa Ketua Menteri Sabah selepas beliau sudah tidak mempunyai apa-apa kuasa eksekutif berkenaan dengan hutan dan juga tanah? Jadi, bagaimana Sarawak Report boleh menuduh Datuk Musa Aman mendalangi penggondolan hutan di negeri ini sedangkan beliau tidak mempunyai kuasa keatas tanah, hutan dan juga lombong?

Berkenaan dengan tuduhan kononnya Datuk Musa Aman mempunyai simpanan di luar negara atau lebih tepat lagi penggubahan wang haram, bolehkah tuduhan ini dipercayai selepas ICAC sendiri gagal membuktikan bahawa Datuk Musa Aman terlibat dengan skandal yang dicetuskan oleh Micheal Chia sebelum ini? ICAC adalah sebuah badan paling telus di Asia Tenggara dan tidak akan bertolak ansur jika Musa Aman terlibat dalam skandal berkenaan. Namun agak pelik, kenapa mereka sanggup datang ke Malaysia hanya untuk memburu Michael Chia dan Richard Barnes; tetapi tidak pernah menemui Datuk Musa Aman?

Sebenarnya aktiviti pembalakan di negeri ini cukup terkawal di bawah pentadbiran Datuk Musa Aman. Beliau bukan sahaja lantang dalam soal perlindungan hutan malah beliau sentiasa meggalakkan aktiviti konservasi di negeri ini. Malah Datuk Musa Aman satu-satunya ketua menteri Sabah yang berjaya menghentikan pembalakan di Ulu Segama Malua dan Maliau basin yang mana hasil daripada tindakan itu telah mewujudkan buffer hutan seluas tiga kali ganda keluasan Singapura.

Jika pemusnahan hutan ini turut dikaitkan dengan penanaman kelapa sawit, bagi BB ianya hanya usaha Sarawak Report dan juga pihak-pihak dari luar Malaysia yang cuba menghidupkan kembali rangkaian Zoo Victoria di Australia yang sebelum ini pernah melancarkan kempen anti minyak sawit dengan melemparkan tuduhan mengaitkan pengeluaran minyak sawit dengan kemusnahan hutan dan kepupusan habitat orang utan. 

Suka untuk BB berkongsi maklumat bahawa Australia yang mempunyai bilangan penduduk lebih kecil berbanding Malaysia memusnahkan hutannya 5 kali ganda lebih tinggi berbanding Malaysia (lebih setengah juta hektar setiap tahun di antara tahun 2000 dan 2010).

Jika conservationists atau lain-lain NGO pro alam sekitar berhasrat menghalang kemusnahan hutan, Australia adalah negara yang lebih sesuai untuk diberi perhatian. Ketika ini terdapat banyak haiwan di Australia yang sudah pupus atau terancam. 

Mungkin Sarawak Report bolehlah membuat liputan berkenaan dengan kemusnahan hutan di Australia pula.

Sekali lagi BB ingin tekankan bahawa Sabah selamat berada ditangan pihak yang bersungguh-sungguh melaksanakan Sustainable Forest Management. Segala tuduhan yang dilemparkan terhadap Datuk Musa Aman hanya bermotifkan politik. Malah di Switzerland juga, isu ini dimain-mainkan oleh ahli politik pembangkang di negara itu. Sebab itu timbul pelbagai dakwaan kononnya fail siasatan telah dibuka sedangkan semua itu hanya digerakkan atas motif politik semata-mata baik di Switzerland mahupun di negara ini..

By: Borneo Bullet

7 comments:

  1. berita dari Sarawak report tak boleh dipercayai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. nama saja sarawak report, tapi beroperasi di luar negara..

      Delete
    2. siapa dalang di sebalik penyebaran semula isu kitar semula ni??

      Delete
  2. senang saja mahu membezakan motif politik dengan kebenaran.. motif politik lebih kepada mengajak rakyat untuk menghukum seseorang yang menjadi musuh kepada pihak lain, sebaliknya kebenaran pula akan menggunakan saluran perundangan untuk menentukan seseorang itu bersalah atau tidak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mainan politik pembangkang untuk menjatuhkan Musa Aman

      Delete
  3. berkenaan dengan tuduhan yang dilemparkan terhadap Datuk Musa Aman, saya memilih untuk memihak kepada pandangan penulis BB dalam artikel ini..

    ReplyDelete
  4. Semua tu hanya kabar angin saja

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.