Friday, February 8, 2013

Pembangkang Sabah diambang perpecahan

KUALA LUMPUR : Pembangkang di Sabah kelihatan berada diambang perpecahan terbesar dengan Parti Maju Sabah (SAPP) dan dua sekutu baru Pakatan Rakyat (PR) dalam peperangan mulut yang boleh menggagalkan impian mereka merampas negeri itu pada Pilihan Raya 2013. 

Dengan Datuk Yong Teck Lee dari SAPP di satu pihak, dan bekas orang kuat Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing dan Datuk Seri Lajim Ukin di pihak yang lain, kedua-dua puak secara terbuka berperang mulut dan salah menyalahkan, dengan setiap pihak menuduh yang lain tamak politik dan enggan bersatu menentang BN. 

Bumburing dan Lajim, kedua-dua ahli parlimen, kini masing-masing memimpin Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS), dua pergerakan politik mesra PR- dibentuk tahun lalu selepas meninggalkan jawatan dalam BN. 

Yong (gambar) telah menyamakan Bumburing dan Lajim seperti kerbau yang dicucuk hidung, mendakwa kedua-duanya melobi kawan baru PR mereka di Semenanjung untuk bertanding dalam pilihan raya. 

“Mereka tidak mempunyai pilihan selain dari ‘kowtow’ kepada Kuala Lumpur. Mereka terpaksa ke Kuala Lumpur untuk melobi menjadi calon,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider semalam. 

Bekas ketua menteri Sabah itu juga menuduh kedua-dua lelaki tersebut memberikan hadiah mahal seperti udang galah, udang harimau dan sarang burung kepada pemimpin PR di ibu kota “semata-mata untuk terpilih sebagai calon”. 

Yong juga menambah mereka tidak berupaya untuk mempertahankan Perjanjian Malaysia 1963 dan memperjuangkan autonomi Sabah — kunci perjuangan bagi kempen politik SAPP. 

Pengarah Informasi dan Komunikasi APS Lesaya Lopog Sorudim tidak menyerah kalah dengan mengatakan Yong dan SAPP “rabun politik” dan “melucutkan” isu. 

“Bolehkah sesiapa yang berfikiran waras cuba membayangkan Bumburing dan Lajim turun dari kapal terbang di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa KL) dengan berbaldi-baldi udang harimau atau udang galah atau ikatan sarang burung di bawah ketiak mereka yang kononnya diberikan kepada beberapa pemimpin di Kuala Lumpur dalam usaha untuk dipilih sebagai calon?” katanya dalam satu kenyataan melalui emel. 

Sorudim juga mengadu kenyataan Yong adalah sama seperti menuduh Bumburing dan Lakim memberi rasuah, memberi satu peringatan bahawa kedua-dua lelaki itu telah meninggalkan kedudukan enak mereka dalam BN untuk menyokong perjuangan pembangkang di Sabah. 

Ahli Parlimen Tuaran Bumburing merupakan bekas timbalan presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) manakala ahli parlimen Beaufort Lajim dahulunya ketua bahagian Umno dan anggota majlis tertinggi. 

“Biar saya ingatkan Yong Teck Lee sudah beberapa kali dalam ucapan Bumburing yang didengari oleh ribuan orang mengatakan jika beliau dapat membantu penubuhan kerajaan baru menggantikan BN tanpa perlu menjadi calon, beliau akan menjadi lelaki paling gembira di dunia,” tulis Sorudim dalam emelnya. 

Beliau mengatakan Yong bukan sahaja menghina kedua-dua Bumburing dan Lajim, tetapi Sabah secara umum, dan sebahagian besarnya orang-orang Kadazandusun dan Murut (KDM), dan masyarakat Melayu, yang beliau melihat kedua-duanya sebagai “pembawa bendera”. 

The Malaysian Insider difahamkan, Bumburing telah ditugaskan untuk menguruskan kerusi KDM di Sabah untuk memastikan sokong komuniti tersebut beralih kepada pembangkang, walaupun parti PR berasakan Semenanjung yang menggepalai pertempuran. Lajim pula ditugaskan untuk mendapatkan sokongan Melayu. 

Terdapat ramai pembangkang di Sabah, dan menjelang pilihan raya umum ke-13 ini , mereka berebut jumlah kerusi dari 60 kerusi dewan undangan negeri yang dipertandingkan. 

PR, pakatan pembangkang yang ditubuhkan di Semenanjung selepas kekalahan teruk BN dalam Pilihan Raya 2008, melihat ini adalah peluang untuk menjatuhkan gabungan pemerintah itu dari kubu mereka di Sabah. 

Tetapi penduduk Sabah mula bersifat kenegerian apabila pembangkang di negeri itu mula menggunakan slogan “Sabah untuk Sabah”, yang menyebabkan rasa benci ke atas Malaya oleh penduduk tempatan. 

Seperti SAPP, Parti Pembaharuan Negeri (STAR), yang diketuai Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata pentadbiran negeri harus dikuasai parti Sabah. 

Kedua-dua PR dan SAPP masih belum berbincang dengan Jeffrey yang mahu meletakkan calon di majoriti kerusi atau semua 60 kerusi negeri. 

Tetapi dengan SAPP yang masih mahu bertanding di sebahagian besar kerusi, dan PR masih tidak mahu berganjak, ia dilihat bakal menjadi pembangkang yang rapuh dalam menghadapi gergasi BN untuk merebut Sabah pada pilihan raya akan datang. 

The Malaysian Insider melaporkan Selasa lepas perbincangan kerusi antara PR dan SAPP dihentikan buat sementara waktu, menurut Bumburing. 

Yong tidak menolak bahawa partinya menunggu PR membuat keputusan bagi menentukan formula kerusinya untuk tiga parti, Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang diketuai Bumburing dan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) yang diketuai Lajim. 

Tetapi, dengan SAPP sudah bertembung dengan PR dalam rundingan kerusi untuk pilihan raya, peperangan mulut terbaru parti itu dengan Bumburing dan Lajim boleh membawa kepada kebuntuan dan boleh menyebabkan pertandingan tiga atau empat penjuru semasa pilihan raya. 

Memberi respon tentang ini, Sorudim merasa terkejut Yong dilihat menghalakan serangannya kepada rakan pembangkang di Sabah berbanding BN. 

“Sepatutnya mereka menyerang BN dan Umno, menghairankan SAPP memilih untuk menyerang rakan-rakan pemimpin pembangkang Sabah. 

“Ini hanya membuktikan bahawa matlamat utama SAPP dan objektif adalah untuk mendapatkan kuasa politik untuk diri mereka sendiri. 

“Ini juga menunjukkan mereka tidak lagi berminat dalam apa-apa bentuk persefahaman pilihanraya dan pakatan dengan kumpulan pembangkang lain di Sabah pada PRU 13 akan datang,” katanya. 

Terdapat 60 kerusi dewan undangan negeri dan 25 kerusi parlimen di negeri Sabah, yang sering dikatakan sebagai deposit tetap BN bersama jirannya Sarawak. - The Malaysian Insider

37 comments:

  1. SUATU KETIKA dahulu semasa Pilihanraya Kecil Batu Sapi pada tahun
    2010, kelibat Yong Teck Lee (YTL) telah menonjol apabila menjadi calon
    pembangkang mewakili parti SAPP menentang calon BN dan PKR.

    ReplyDelete
  2. Apa yang menariknya di sini ialah YTL yang pada masa itu "bersahabat"
    dengan PKR telah berubah fikiran dan menentang "perjanjian" yang dibuat
    sesama mereka. Sesetengah pemimpin parti pembangkang melabelkan tindakan
    YTL adalah sebagai 'budak hingusan' yang tidak pandai berpolitik dan
    suka buat kacau.

    ReplyDelete
  3. jika kita teliti berkaitan dengan perkembangan Parti
    Maju Sabah (SAPP) yang dipimpin oleh YTL, SAPP adalah seperti parti
    'pengacau' yang tidak mempunyai kawan dalam perjuangan pembangkang.

    ReplyDelete
  4. SAPP diisytiharkan sebagai salah satu parti yang menganggotai United
    Borneo Front (UBF) tetapi apa yang ada pada UBF? Persoalan yang timbul
    juga adalah macam mana pula kerjasamanya dengan parti STAR? Ngam ka
    mereka itu?

    ReplyDelete
  5. Apa yang paling malang sekali bagi YTL dan SAPP ini ialah parti tersebut
    diperkecil-kecilkan dan dihina oleh Pengerusi DAP Sabah, Dr Hiew King
    Cheu yang juga merupakan Ahli Parlimen Kota Kinabalu.

    ReplyDelete
  6. Bagi DAP, SAPP adalah sebuah 'parti nyamuk', parti yang kerdil dan 'nonsense' termasuk presidennya sekali YTL. Menurut Hiew King Cheu lagi, Pakatan Rakyat dan DAP adalah
    parti Nasional yang handal berbanding SAPP.

    ReplyDelete
  7. Wahhh....tajam sindiran itu dan amat memalukan YTL dan seluruh penyokong
    kuat SAPP di Sabah ini.....manala YTL mahu letak muka kalau begini.
    Buat "plastic surgery" ka? Hahaha....

    ReplyDelete
  8. Dalam mengharungi PRU-13 akan datang ini, ramai yang melihat YTL sebagai
    'budak hingusan' darjah 1 kerana masih dalam dilema meraba-raba bagi
    mengukuhkan kekuatan parti SAPP.

    ReplyDelete
  9. Walaupun YTL sudah lama berkecimpung dalam bidang politik dan pernah
    menjadi Ketua Menteri Sabah, perjuangannya tidak menentu dan
    terumbang-ambing.

    ReplyDelete
  10. Apa yang paling menarik sekali ialah YTL dan SAPP "DITINDAS" dan
    diperlekehkan oleh PKR dan DAP.....mungkin juga oleh STAR, Lajim dan
    Bumburing.

    ReplyDelete
  11. Melihat kepada keadaan ini, peluang YTL adalah amat tipis sekali dalam PRU-13 akan datang ini

    ReplyDelete
  12. Ada yang menjangkakan, kekalahan teruk YTL dalam PRU-13 akan datang ini
    akan menyebabkan SAPP akan terus terkubur dan mungkin akan dibubarkan.

    ReplyDelete
  13. PEMBANGKANG SABAH MASIH BELUM BERSATU MALAH SEMAKIN KRITIKAL SEJAK KEBELAKANGAN INI

    KUALA LUMPUR : Barisan pembangkang di Sabah bergerak ke arah perpaduan, akan tetapi gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN) kelihatan masih berada di hadapan dalam pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang perlu diadakan selewat-lewatnya April depan walaupun terdapat pembelotan ahlinya menyokong Pakatan Rakyat (PR) baru-baru ini.

    ReplyDelete
  14. PEMBANGKANG SABAH MASIH BELUM BERSATU MALAH SEMAKIN KRITIKAL SEJAK KEBELAKANGAN INI

    Walaupun momentum dapat diperolehi dari beberapa pembelotan kebelakangan ini, pembangkang di Sabah masih perlu bekerja keras dan mengelakkan pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya akan datang.

    ReplyDelete
  15. PEMBANGKANG SABAH MASIH BELUM BERSATU MALAH SEMAKIN KRITIKAL SEJAK KEBELAKANGAN INI

    Terdapat pelbagai parti pembangkang di Sabah termasuk Parti Pembaharuan Negeri (STAR), Parti Progressif Sabah (SAPP), Pakatan Rakyat (PR) baru-baru ini menambah sekutu — Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang baru ditubuhkan.

    ReplyDelete
  16. PEMBANGKANG SABAH MASIH BELUM BERSATU MALAH SEMAKIN KRITIKAL SEJAK KEBELAKANGAN INI

    Ahli parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin (gambar) dan ahli parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing keluar BN pada bulan lepas, dan masing-masing menubuhkan PPS dan APS yang mempunyai matlamat yang selari dengan PR. Minggu lalu mereka disertai oleh Senator Datuk Maijol Mahap.

    ReplyDelete
  17. PEMBANGKANG SABAH MASIH BELUM BERSATU MALAH SEMAKIN KRITIKAL SEJAK KEBELAKANGAN INI

    Presiden STAR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan memberitahu The Malaysian Insider bahawa partinya sedang mengintai diantara 20 hingga 30 kerusi negeri dan tujuh hingga 12 kerusi parlimen.

    ReplyDelete
  18. PEMBANGKANG SABAH MASIH BELUM BERSATU MALAH SEMAKIN KRITIKAL SEJAK KEBELAKANGAN INI

    Beliau tidak menolak kemungkinan bagi parti pembangkang untuk bertembung di beberapa kerusi dengan berkata, “Kita sudah membuat perkiraan tentang pertembungan tiga penjuru — dua dari pembangkang dan satu dari BN — tidak ada masalah bagi kami.”

    ReplyDelete
  19. PEMBANGKANG SABAH MASIH BELUM BERSATU MALAH SEMAKIN KRITIKAL SEJAK KEBELAKANGAN INI

    Tetapi apabila ditekan mengenai kerusi yang dijangka akan berlaku persaingan hebat, beliau berkata bahawa “kawasan-kawasan ini, kita perlu bekerja lebih keras dan juga perlu untuk mengurangkan pertindihan.”

    ReplyDelete
  20. PEMBANGKANG SABAH MASIH BELUM BERSATU MALAH SEMAKIN KRITIKAL SEJAK KEBELAKANGAN INI

    Apabila ditanya mengenai Bumburing dan APS, beliau berkata “kita tidak bimbang dengan dia kerana kita telah bekerja keras di kawasan ini.” Beliau yakin bahawa pembelotan baru-baru ini tidak akan “menjejaskan” penyokong STAR serta mengatakan bahawa Bumburing dan Lajim akan “membawa sokongan dari pihak BN. Pemergian mereka hanya akan menjejaskan BN.”

    ReplyDelete
  21. PEMBANGKANG SABAH MASIH BELUM BERSATU MALAH SEMAKIN KRITIKAL SEJAK KEBELAKANGAN INI

    Kitingan berkata bahawa parti-parti pembangkang di Sabah “cuba untuk menjalinkan pakatan longgar” tetapi mendakwa wakil PKR tidak hadir semasa perbincangan Isnin lepas. “Jadi, kita akan melihat sama ada mereka ikhlas.”

    ReplyDelete
  22. PEMBANGKANG SABAH MASIH BELUM BERSATU MALAH SEMAKIN KRITIKAL SEJAK KEBELAKANGAN INI

    Apabila ditanya siapa yang layak untuk memimpin pembangkang Sabah, beliau berkata, “United Borneo Alliance (UBA) sudah beroperasi sebagai satu kumpulan Jadi saya fikir ia adalah lebih baik ia diketuai oleh pemimpin-pemimpin tempatan dan bukannya parti dari Kuala Lumpur.”

    ReplyDelete
  23. PEMBANGKANG SABAH MASIH BELUM BERSATU MALAH SEMAKIN KRITIKAL SEJAK KEBELAKANGAN INI

    Walau bagaimanapun Darell Leiking dari PKR Sabah berkata, “Matlamatnya adalah lebih penting daripada dari mana asal anda,” sambil menambah bahawa menjadi pemimpin PKR tidak bermakna bahawa dia “kurang Sabah” berbanding dengan pemimpin STAR dan SAPP.

    ReplyDelete
  24. PEMBANGKANG SABAH MASIH BELUM BERSATU MALAH SEMAKIN KRITIKAL SEJAK KEBELAKANGAN INI

    Apabila ditanya sama ada parti berasaskan Sabah atau pembangkang persekutuan PR akan memimpin, ketua cabang PKR Penampang berkata bahawa pembangkang harus bergerak dari polemik itu untuk memberi tumpuan kepada isu-isu yang lebih penting.

    ReplyDelete
  25. PEMBANGKANG SABAH MASIH BELUM BERSATU MALAH SEMAKIN KRITIKAL SEJAK KEBELAKANGAN INI

    “Saya fikir idea keseluruhannya adalah untuk mempunyai pembangkang yang bersatu dengan kukuh untuk menghadapi musuh politik bersama,” katanya, sambil menambah bahawa mereka akan memberi tumpuan kepada menggantikan “rejim BN.”

    ReplyDelete
  26. PEMBANGKANG SABAH MASIH BELUM BERSATU MALAH SEMAKIN KRITIKAL SEJAK KEBELAKANGAN INI

    Darell berkata SAPP “sangat mesra dengan PR”, mengatakan bahawa presiden parti itu Datuk Yong Teck Lee “sangat jelas bahawa beliau menyokong PR untuk membentuk kerajaan (dan) PR pasti akan memberi sokongan yang sama.”

    ReplyDelete
  27. PEMBANGKANG SABAH MASIH BELUM BERSATU MALAH SEMAKIN KRITIKAL SEJAK KEBELAKANGAN INI

    Naib Presiden PKR Chua Tian Chang berkata isu utama adalah peruntukan kerusi, mengatakan bahawa: “Jika kami dapat menyelesaikan sehingga satu lawan satu sudah satu pencapaian yang besar”. Tetapi dia berkata “jika dua pihak bekerja di kerusi yang sama, kekuatan (pembangkang) adalah lebih kuat”, sambil menambah “tiada sebab mengapa kita tidak boleh bekerjasama.”

    ReplyDelete
  28. PEMBANGKANG SABAH MASIH BELUM BERSATU MALAH SEMAKIN KRITIKAL SEJAK KEBELAKANGAN INI

    “Hanya BN mahu mewujudkan tanggapan bahawa terdapat perpecahan (undi), di mana perpecahan?” soal Chua, yang dilihat sebagai kunci kepada pembelotan di Sabah. Chua berkata bahawa lompat parti hanya akan memerlukan PKR menyerahkan kerusi, sambil menambah “ia tidak akan menjejaskan SAPP dan STAR.”

    ReplyDelete
  29. PEMBANGKANG SABAH MASIH BELUM BERSATU MALAH SEMAKIN KRITIKAL SEJAK KEBELAKANGAN INI

    Beliau yakin tentang sokongan pengundi, dan mengatakan bahawa orang-orang di akar umbi “sangat bersemangat... bekerja bersama-sama untuk melawan BN.” Ketua Penerangan APS, Lesaya Lopog Sorudim berkata “fokus utama adalah memastikan satu lawan satu supaya undi pembangkang tidak akan berpecah dan BN mendapat manfaat.”

    ReplyDelete
  30. PEMBANGKANG SABAH MASIH BELUM BERSATU MALAH SEMAKIN KRITIKAL SEJAK KEBELAKANGAN INI

    Lesaya berkata Anwar telah berikan kerusi APS di kawasan Kadazandusun Murut, sambil menambah bahawa pemimpin APS Bumburing telah diberi “mandat” untuk “berbincang dengan STAR dan SAPP untuk memastikan situasi menang-menang bagi semua pihak”.

    ReplyDelete
  31. PEMBANGKANG SABAH MASIH BELUM BERSATU MALAH SEMAKIN KRITIKAL SEJAK KEBELAKANGAN INI

    Setiausaha publisiti DAP Sabah, Chan Foong Hin memberitahu The Malaysian Insider bahawa parti itu masih bercadang bertanding 20 kerusi negeri dan 10 kerusi parlimen, tetapi berkata “masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan berapa banyak kerusi akhirnya kita akan bertanding” oleh kerana rundingan masih lagi berjalan.

    ReplyDelete
  32. PEMBANGKANG SABAH MASIH BELUM BERSATU MALAH SEMAKIN KRITIKAL SEJAK KEBELAKANGAN INI

    Chan berkata bahawa PR di Sabah kini mempunyai “rakan-rakan tambahan” dengan Lajim dan Bumburing belot daripada BN, dan berkata perkembangan ini dilihat “positif”.

    ReplyDelete
  33. PEMBANGKANG SABAH MASIH BELUM BERSATU MALAH SEMAKIN KRITIKAL SEJAK KEBELAKANGAN INI

    “Sudah tentu rundingan kerusi akan diatur semula atau diubah lagi lagi untuk menampung dengan tiap-tiap komponen di bawah Pakatan Rakyat. Kami terbuka untuk berbincang dengan mana-mana pihak selagi mereka menyokong PR dan menghormati Jingga Buku kami,” katanya.

    ReplyDelete
  34. PEMBANGKANG SABAH MASIH BELUM BERSATU MALAH SEMAKIN KRITIKAL SEJAK KEBELAKANGAN INI

    Kerusi Persekutuan di Malaysia Timur, Sabah dan Sarawak dijangka menjadi tumpuan utama BN dalam PRU akan datang kerana kedua-dua negeri, termasuk wilayah persekutuan Labuan, menyumbang 57 kerusi, atau 25 peratus daripada 222 kerusi Parlimen.

    ReplyDelete
  35. PEMBANGKANG SABAH MASIH BELUM BERSATU MALAH SEMAKIN KRITIKAL SEJAK KEBELAKANGAN INI

    Dalam Pilihan Raya 2008, BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen yang sebahagian besarnya disebabkan oleh kekalahan yang banyak di Semenanjung, di mana BN memenangi hanya 85 kerusi manakala pembangkang merampas 80 kerusi.

    ReplyDelete
  36. PEMBANGKANG SABAH MASIH BELUM BERSATU MALAH SEMAKIN KRITIKAL SEJAK KEBELAKANGAN INI

    Penyelamat kepada BN adalah Sabah, Sarawak dan Labuan di mana gabungan itu menumpaskanpembangkang dan hampir menyapu bersih apabila memenangi 55 kerusi parlimen berbanding pembangkang yang hanya mendapat dua kerusi.

    ReplyDelete
  37. PEMBANGKANG SABAH MASIH BELUM BERSATU MALAH SEMAKIN KRITIKAL SEJAK KEBELAKANGAN INI

    Perkembangan terkini apabila berkakunya pembelotan dari BN, gabungan itu hanya memegang 53 kerusi parlimen di Malaysia Timur berbanding pembangkang yang kini mempunyai empat kerusi.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.