Hishammuddin berkata kerajaan Malaysia bekerja rapat dengan kerajaan Filipina dalam menangani insiden itu. Mengenai permintaan kumpulan penceroboh dari selatan Filipina untuk berjumpa personaliti tertentu, beliau tidak memberi butiran lanjut tetapi berkata rundingan masih dijalankan.
“Saya ingin menegaskan bahawa ianya (insiden) bukan isu suku kaum dan ianya tidak kena mengena dengan pendirian atau kedaulatan dan sebagainya.
“Tetapi dalam konteks kita, ini adalah bumi kita…ini adalah sesuatu yang menjejaskan keselamatan negara dan inilah yang kita tangani dengan bijaksana dengan cara di mana tidak ada mana-mana nyawa terkorban atau tumpah darah di bumi kita,” katanya.
Ketika ditanya perkembangan terkini rundingan dengan kumpulan warga Filipina itu, Hishammuddin berkata rundingan setakat ini menunjukkan betapa profesionalnya pasukan keselamatan negara ini.
“Kalau kita ambil tindakan, dari hari pertama sudah kita ambil tindakan namun keadaan begini kita tidak mahu ada nyawa yang terkorban untuk apa sahaja alasan sekalipun.
“Sama ada insiden itu selesai dalam masa terdekat atau lama lagi, kita bergantung sangat kepada pihak-pihak (tentera, polis) yang lebih mahir dalam operasi ini,” katanya.
Ditanya sama ada terdapat masa tertentu untuk menyelesaikan kes itu, beliau berkata tidak ada pihak yang boleh mengesahkannya buat masa ini.
Mengenai kritikan pihak pembangkang yang mempersoalkan tindakan kerajaan menangani isu pencerobohan itu, Hissamuddin berkata mereka berhak berbuat demikian namun pemimpin pembangkang tidak pernah menghargai apa juga perkara yang baik yang dilakukan oleh kerajaan.
Mengulas penyebaran insiden pencerobohan itu di “Youtube”, beliau berharap rakyat tidak terikut-ikut dengan perkara itu dan menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang menyebarkan khabar angin khususnya yang boleh memudaratkan keselamatan negara.
Berkenaan dengan tahap kawalan keselamatan khususnya di pusat peranginan atau pelancongan terutama di pantai timur Sabah, beliau berkata ia terkawal dan akan dipertingkatkan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
“Elakkan perkara ini dipolemikkan dan dipolitikkan, elakkan daripada menakut- nakutkan orang kerana sebenarnya situasi itu bukan seperti itu,” katanya. - New Sabah Times
Pihak berkuasa Malaysia masih mempunyai pilihan terbuka dalam menyelesaikan konflik dengan pengikut Sultan Sulu yang bersembunyi di Kampung Tanduo, kawasan kampung terpencil di Felda Sahabat 17 dekat sini.
ReplyDeleteMenteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Malaysia melakukan apa juga kemungkinan tanpa pertumpuhan darah bagi menyelesaikan konflik itu yang kini memasuki minggu kedua.
Bagaimanapun, beliau berkata Malaysia tidak akan bertolak ansur dalam soal kedaulatan dan keselamatan negara.
ReplyDeleteSaya harap mereka tidak memaksa kami. Kita perlu bertindak bila tiba masa yang sesuai.
Dan sekiranya kita perlu membuat satu keputusan, kita akan laksanakannya.
ReplyDeleteKumpulan yang dianggotai oleh 100 orang itu diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram, adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III, mendesak bertemu 'personaliti' tertentu apabila rundingan tersebut berlarutan.
Anggota kumpulan itu dipercayai menggunakan senjata seperti M16, M14, 'Baby Armalite' dan bom tangan M203 bagi menyerang kumpulan yang memulakan provokasi.
ReplyDeleteSebelum ini Sultan Jamalul mendakwa kumpulan yang tiba di pantai timur Sabah itu tidak memiliki senjata sebaliknya mereka mahu tinggal di Sabah kerana ia merupakan 'tanah air' mereka.
Kumpulan berkenaan termasuk lima wanita, sebelum ini menuntut pengikirafan sebagai tentera Sulu daripada Kerabat Sultan Sulu, meminta agar komuniti Suluk, yang telah lama berada di Sabah tidak dihantar pulang.
ReplyDeleteNamun rasanya bukan mudah untuk tuntutan dilaksanakan. Mungkin juga tidak akan dilaksanakan.
Kerana apa yang kita tahu negara kita ini mempunyai undang-undang tersendiri. Tidak semudah untuk untuk mendapat pengiktirafan.
ReplyDeleteMalaysia Mahu Tamatkan Konflik Pengikut Sultan Sulu Tanpa Pertumpahan Darah.
Itulah yang kita inginkan sebenarnya. Tapi jika keputusan terdesak mungkin sebaliknya akan berlaku.
ReplyDeleteKumpulan penceroboh dari selatan Filipina yang dikepung di Kampung Tanduo di sini bersetuju dengan proses pengusiran mereka tetapi terlebih dahulu ingin berjumpa personaliti tertentu.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata pihaknya sedang berusaha untuk mereka (kumpulan penceroboh) berjumpa dengan individu berkenaan.
"Pada dasarnya mereka bersetuju dengan proses pengusiran itu tetapi sebelum itu mereka ingin berjumpa dengan personaliti itu. Sebab itu kita tidak dapat tentukan bila mereka akan diusir tetapi mereka sudah bersetuju untuk dihantar pulang," katanya sambil enggan mengulas identiti individu tersebut.
Beliau ditemui pemberita di Pos Kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Felda Sahabat kira-kira 100 kilometer dari sini, Ahad.
ReplyDeletePada Selasa lepas, kumpulan penceroboh yang menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu di Sabah dihantar pulang ke negara asal.
Hamza berkata, buat masa ini keadaan masih sama lagi dan pihaknya masih lagi menguruskan usaha-usaha untuk memastikan mereka dihantar pulang ke Filipina.
Katanya, seperti mana yang beliau katakan pada Sabtu, masih banyak perkara perlu diselaraskan.
"Kadang-kadang kita sebagai manusia ada perkara yang dalam jangkauan kita dan ada yang di luar jangkauan kita.
Kerajaan Filipina menggesa sekumpulan 100 warga negara itu yang bersenjata dan kini dikepung pasukan keselamatan Malaysia di pesisir pantai berhampiran Lahad Datu, Sabah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing di tanah air mereka.
Setiausaha Ketiga dan Naib Konsul Kedutaan Besar Filipina di Kuala Lumpur Johann Veronica M. Andal berkata pasukan tentera dan polis negara itu kini memantau serta bertukar maklumat dengan rakan sejawatan mereka di Malaysia dalam usaha mencari penyelesaian segera insiden itu.
Pada masa sama, rondaan dan langkah keselamatan lebih ketat dipertingkat di perairan Tawi-Tawi dan pulau bersebelahan," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini.
ReplyDeletePada 13 Feb lepas, pasukan keselamatan Malaysia menahan sekumpulan warga asing bersenjata yang berpakaian tentera kerana menceroboh perairan Lahad Datu, Sabah.
Andal berkata aktiviti kumpulan ini tidak dipersetujui kerajaan Filipina.
Tentera dan pihak berkuasa polis Filipina telah memantau dan bertukar maklumat dengan rakan sejawat dari Malaysia berhubung laporan kehadiran individu yang mencurigakan berhampiran Lahad Datu, Sabah.
Setiausaha Ketiga dan Naib Konsul Kedutaan Filipina di Malaysia, Johann Veronica M. Andal berkata, Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur telah mengarahkan Atase Polis Kol Charlo Collado pergi ke Lahad Datu secepat mungkin dan menyelaras dengan pihak berkuasa tempatan, serta mengesahkan identiti individu terlibat.
"Kerajaan Filipina memandang serius pergerakan kumpulan bersenjata yang tidak mendapat kebenaran, menimbulkan gangguan terhadap masyarakat tempatan dan akan bekerjasama dengan negara jiran untuk menangani masalah itu," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan kepada Bernama hari ini.
ReplyDeletepasukan keselamatan menahan sekumpulan warga asing menyamar sebagai anggota tentera cuba menceroboh perairan negara di Lahad Datu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini berkata, polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina itu sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina.
kawasan yang diduduki mereka pada masa ini telah dikepung oleh pasukan polis dan Angkatan Tentera Malaysia yang mencukupi kekuatannya untuk bertempur.
ReplyDeleteMereka mempunyai saudara mara di sini dan kita tidak mahu melakukan apa-apa tindakan yang menyebabkan ada nyawa terkorban. Kita minta mereka balik secara baik ke selatan Filipina.
ReplyDeletemoga keeadaan di LD akan stabil
ReplyDeletementeri kat sana bolehlah...rakyat kat sini
ReplyDeletebanyak dah kejadian berlaku knapa tak ambil iktibar utk pertingkatkan semua klengkapan pasukan kselmtan?? salah satu cth ialah kes penculikan oleh Abu sayyaf dahulu...
ReplyDeletekalau la kami ble msk btmpur,snggp btmpur..
ReplyDeletedmi ngra ku, y dlu nya aman.Tiba-tiba ada pula konflik seperti ini..