Sudah jatuh ditimpa tangga.. itulah perumpamaan yang paling tepat menggambarkan keadaan PKR di Sabah. Kehadiran Lajim dan Bumburing yang mabuk dituba oleh Anwar, bukan sahaja gagal menaikkan populariti parti itu malah kini semakin menjadi beban ekoran perang mulut dengan SAPP berkenaan dengan pembahagian kerusi.
Belumpun selesai isu perang mulut ini, pemimpin dan penyokong-penyokong PKR terus dikejutkan dengan satu lagi perkembangan politik PKR di Sabah yang tentunya membuatkan Anwar gundah gulana.
Sebanyak 24 anggota Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Penampang dekat sini hari ini mengisytiharkan keluar parti.
Sungguhpun tidak mengumumkan sebarang alasan berhubung tindakan itu, Ketua Wanita PKR Penampang, Winnie Juani yang mengetuai sebahagian wanita itu berkata beliau mempunyai alasan tersendiri dan meletak kesemua jawatan dalam parti berkuat kuasa 27 Januari lepas.
"Saya memutuskan untuk keluar parti atas keputusan peribadi. Tiada parti, tiada alasan dan tiada komen buat masa ini. Saya belum buat keputusan untuk sertai mana-mana parti. Kami akan umum apabila pilihan raya nanti," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Winnie yang pernah dilantik Pengarah Pilihan Raya Negeri Sabah berkata, beliau komited kepada perjuangan parti selama berkhidmat sejak 2007 tetapi menolak untuk disenaraikan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.
Winnie berkata beliau mengambil keputusan itu juga bagi menumpukan perhatian kepada keluarga.
Parlimen Penampang kini disandang Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu, Tan Sri Bernard Dompok. - BERNAMA
PKR kini makin lemah.
ReplyDeleteANWAR KECEWAKAN PKR SABAH
ReplyDeleteRamai kawan-kawan, pimpinan Cabang dan Ranting PKR di Sabah rasa sangat kecewa di atas keputusan Anwar untuk melepaskan beberapa kerusi Parlimen untuk ditandingi oleh SAPP.
ANWAR KECEWAKAN PKR SABAH
DeleteMereka kecewa, kerana walaupun Anwar sendiri mengetuai sendiri sesi rundingan; namun kemelut dalam PKR Sabah tidak dapat diselesaikan seperti yang mereka mahukan sebelum ini.
ANWAR KECEWAKAN PKR SABAH
DeleteKetua-ketua Cabang berasa sangat kecewa kerana Anwar mengambil keputusan memberi muka kepada SAPP dan tidak membenarkan calon PKR untuk bertanding.
ANWAR KECEWAKAN PKR SABAH
DeleteApa punca kepada kemelut? Punca utamanya adalah sikap Ketua Cabang yang tidak mahu menerima calon luar. Ketua Cabang yang tidak mempunyai kekuatan politik pun mahu bertanding kerana yakin mampu mendapat lebih banyak wang dalam musim pilihanraya nanti.
ANWAR KECEWAKAN PKR SABAH
DeleteMereka sudah mencongak, pindah parti dan ideologi politik sahaja sudah mampu mendapatkan mereka jutaan ringgit. Ada nama dan masuk bertanding, memberikan lesen besar untuk mereka mendapatkan lebih banyak wang.
ANWAR KECEWAKAN PKR SABAH
DeleteIni yang Anwar kena uruskan dengan hati-hati. Ketua Cabang PKR di Sabah memang kaki kelentong dan cepat mahu membuat untung. Ini yang Anwar tidak gemar.
ANWAR KECEWAKAN PKR SABAH
DeleteSabah Progressive Party (SAPP) welcomes the offer by PKR de facto leader, Dato Seri Anwar Ibrahim, to Sabah-based opposition parties to contest some of the seats that were contested by PKR in previous general elections with a view to achieve a one to one fight against the BN in the coming 13th general elections. “On the part of SAPP, we will reciprocate such good will and understanding with adjustments to SAPP’s preparations for the elections, which is widely expected to be in June,” said its president, Datuk Yong Teck Lee.
ANWAR KECEWAKAN PKR SABAH
DeleteDeal Anwar dan Yong Teck Lee ini bukan murah. Makluman seorang rakan di Sabah, deal ini berjumlah hampir RM10 juta. Ini termasuk janji untuk berkongsi resources antara PKR dan SAPP.
ANWAR KECEWAKAN PKR SABAH
DeleteSide deal, Anwar dan Yong Teck Lee ini juga berkait dengan common interest – untuk tidak membenarkan DAP terlalu kuat dan berkuasa. Perlu ada balance of power di antara PKR dan DAP; dan SAPP bersedia untuk menjadi tonggak.
ANWAR KECEWAKAN PKR SABAH
DeleteSoalnya, komitmen Anwar untuk memberi muka kepada Yong Teck Lee yang terkenal sebagai pemain politik yang tidak jujur mengecewakan ramai rakan-rakan PKR di Sabah.
ANWAR KECEWAKAN PKR SABAH
DeleteMereka menganggap Anwar sudah menjual maruah PKR kepada Yong Teck Lee. Mereka kecewa kerana Anwar tidak tegas seperti Azmin yang kerapkali mengatakan PKR tidak akan menyerahkan kerusi kepada mana-mana pihak.
ANWAR KECEWAKAN PKR SABAH
DeleteApa sebenarnya yang berlaku sekarang? Anwar sudah kurang percaya dengan jalan politik Azmin? Atau Anwar sudah semakin muak dengan sikap pemimpin PKR Sabah yang tidak puas meminta bantuan kewangan?
ANWAR KECEWAKAN PKR SABAH
DeleteDi Sabah – PAS akan bertanding bagi 5 kerusi Parlimen dan 13 kerusi Dun pada PRU13 ini. Ini satu peningkatan ketara bagi PAS berbanding pada PRU12 yang lalu, PAS hanya bertanding satu kerusi sahaja di Sabah iaitu di salah satu Dun di Tawau.
ANWAR KECEWAKAN PKR SABAH
DeletePAS dijangka menang di Kota Belud, Sepanggar dan Tawau, manakala bagi peringkat Dun pula antaranya termasuklah di Tanjung Aru dan Merotai. Berapa kerusi DAP? Berapa kerusi PKR? Berapa kerusi SAPP? Deal baru ini dikatakan membuat DAP sangat curiga dengan kesungguhan Anwar.
SEBELUM INI, JEFFREY KITINGAN JUGA BERTINDAK KELUAR DARI PKR KERANA KECEWA DENGAN ANWAR
ReplyDeletePKR Sabah terus bergolak dan semalam menghadapi satu lagi tamparan, dengan ketua bahagian Kota Kinabalu Christina Liew mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota majlis tertinggi parti semalam mengikut jejak naib presiden PKR Datuk Dr Jeffrey Kitingan.
SEBELUM INI, JEFFREY KITINGAN JUGA BERTINDAK KELUAR DARI PKR KERANA KECEWA DENGAN ANWAR
DeleteLiew, yang telah digantikan bagi jawatan timbalan pengerusi PKR Sabah, berkata bagaimanapun beliau kekal sebagai anggota parti dan mengekalkan jawatan ketua bahagian Kota Kinabalu.
SEBELUM INI, JEFFREY KITINGAN JUGA BERTINDAK KELUAR DARI PKR KERANA KECEWA DENGAN ANWAR
DeleteLiew berkata selama ini beliau percaya yang parti itu adalah adil dan telus sehingga pelantikan Datuk Kong Hong Ming sebagai timbalan pengerusi PKR Sabah dan Ahmad Thamrin Jaini sebagai ketua parti yang baru di Sabah.
SEBELUM INI, JEFFREY KITINGAN JUGA BERTINDAK KELUAR DARI PKR KERANA KECEWA DENGAN ANWAR
Delete"Ibu saya terpaksa berdepan dengan pandangan serong orang ramai kerana saya telah digantikan (sebagai timbalan pengerusi) atas alasan yang tidak diketahui.
SEBELUM INI, JEFFREY KITINGAN JUGA BERTINDAK KELUAR DARI PKR KERANA KECEWA DENGAN ANWAR
Delete"Saya telah bekerja keras selama sembilan tahun untuk mempromosikan PKR Sabah. Oleh kerana parti tidak menghargai sumbangan saya, saya berundur dengan bermaruah sekarang," katanya.
SEBELUM INI, JEFFREY KITINGAN JUGA BERTINDAK KELUAR DARI PKR KERANA KECEWA DENGAN ANWAR
DeleteDr Jeffrey telah meletakkan jawatan sebagai naib presiden PKR, anggota majlis tertinggi dan anggota biro politik, memberikan tamparan hebat kepada cubaan PKR untuk memperkukuhkan parti itu di Sabah.
SEBELUM INI, JEFFREY KITINGAN JUGA BERTINDAK KELUAR DARI PKR KERANA KECEWA DENGAN ANWAR
DeleteDr Jeffrey, yang dijangka menghantar surat peletakan jawatan ke ibu pejabat parti semalam, akan kekal sebagai anggota biasa parti, menurut bekas pembantu kanannya Kanul Gindol.
SEBELUM INI, JEFFREY KITINGAN JUGA BERTINDAK KELUAR DARI PKR KERANA KECEWA DENGAN ANWAR
DeleteDipercayai majoriti ketua bahagian termasuk Dr Jeffrey sendiri, kecewa dengan keputusan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Ahmad Thamrin sebagai ketua parti yang baru di Sabah.
SEBELUM INI, JEFFREY KITINGAN JUGA BERTINDAK KELUAR DARI PKR KERANA KECEWA DENGAN ANWAR
DeleteAhmad Thamrin, anak kelahiran Sabah dinamakan sebagai ketua PKR negeri yang baru pada hujung minggu lalu selepas ketua-ketua bahagian menyatakan tidak yakin dengan naib presiden PKR Azmin Ali untuk menerajui PKR negeri.
SEBELUM INI, JEFFREY KITINGAN JUGA BERTINDAK KELUAR DARI PKR KERANA KECEWA DENGAN ANWAR
DeleteDi TAWAU, Kong berkata beliau terkejut dengan keputusan Dr Jeffrey untuk meletak jawatan sebagai naib presiden parti, menyatakan Dr Jeffrey telah bersetuju dengan keputusan berhubung pelantikan Ahmad Thamrin sebagai pengerusi perhubungan PKR Sabah yang baru.
SEBELUM INI, JEFFREY KITINGAN JUGA BERTINDAK KELUAR DARI PKR KERANA KECEWA DENGAN ANWAR
Delete"Saya menghormati keputusan (Dr) Jeffrey meletakan jawatannya sebagai naib presiden PKR, namun tidak bersetuju dengan andaian bahawa pelantikan pengerusi perhubungan PKR Sabah yang baru sebagai tidak mengikut kehendak ketua-ketua cabang (bahagian)," katanya.