Kalau kawasan itu sudah diklasifikasikan sebagai tidak selamat dan dalam kawalan pihak berkuasa, janganlah jadi bodoh menyelinap masuk kawasan itu. Jika ada apa-apa insiden buruk berlaku, siapa yang akan dipersalahkan? Hormatlah tugas pihak berkuasa..
Jangan salahkan polis jika tiga pemberita dari rangkaian televisyen Arab, Al-Jazeera dan tiga individu daripada Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) ditahan polis berhampiran perairan Tanjung Labian, Lahad Datu. Pihak berkuasa berhak menghalang mana-mana parti politik atau wartawan dari memasuki kawasan yang tidak selamat.
"Beliau berkata, tiga pemberita dan tiga ahli SAPP sebelum itu dikatakan cuba memasuki kawasan terbabit dengan melalui jalan darat namun gagal lalu mereka bertindak mengupah seseorang untuk membawa mereka ke situ menerusi jalan laut." - The Borneo Post
Apa sebenarnya motif SAPP mahu sangat memasuki kawasan tidak selamat ini bersama-sama dengan wartawan asing? Cukuplah pasukan keselamatan kita terbeban dengan kerja-kerja memantau aktiviti atau gerak geri penceroboh, tidak perlulah beban mereka ditambah lagi dengan memantau pula gerak geri ahli-ahli politik dan wartawan.
Kalaupun SAPP dibenarkan membuat liputan di kawasan itu, sudah tentu laporan mereka tetap bersifat berat sebelah, dan tidak mustahil jika barisan pemimpin gila kuasa ini akan menghasut pula wartawan Al-Jazeera supaya melaporkan berita-berita yang memihak kepada pembangkang dan dalam masa yang sama memburuk-burukkan kerajaan untuk tatapan masyarakat seluruh dunia.
Sebagai parti politik yang masih berangan-angan mahu membentuk kerajaan baru selepas PRU13, SAPP sepatutnya mampu bertindak lebih profesional dan mampu memahami dan membezakan mana-mana situasi yang memerlukan khidmat mereka dan mana situasi yang langsung tidak memerlukan penglibatan mereka.
Sudah sampai masanya untuk SAPP berhenti dari sikap suka menyusahkan orang lain...
Hamza menasihatkan kepada orang ramai termasuklah pemberita tempatan dan antarabangsa serta mana-mana parti agar tidak memasuki kawasan itu atas faktor keselamatan.
“Biar kita (polis) yang lakukan kerja. Tumpuan kita adalah memastikan keselamatan orang ramai terus terjamin dan kita tidak mahu sebarang insiden yang tidak diingini berlaku,” katanya.
Seorang senator Filipina menggesa kerajaannya supaya segera
ReplyDeletemenyatakandasar negara itu berhubung tuntutan satu wilayah ke atas
Sabah, serta kebuntuan isu pencerobohan tentera Sulu di Sabah.
Ramon Magsaysay Jr telah mencadangkan
ReplyDeletesemalam bahawa Manila perlu menghalang sultan Sulu Jamalul Kiram daripada menambah ketegangan yang semakin meningkat di Sabah.
(Dia) harus dihalang ... biarlah kerajaan Malaysia membiarkan mereka
ReplyDeletekembali ke sini," kata Magsaysay, yang pernah menjadi pengerusi
jawatankuasa Senat mengenai pertahanan negara.
Yang paling penting adalah penyelesaian secara aman tanpa menggoyang hubungan antara Malaysia dan Filipina."
ReplyDeleteSatu kumpulan bersenjata Filipina yang diketuai oleh adik Kiram,
ReplyDeleteAgbimuddin Kiram, telah berkubu di sebuah kampung di pantai berhampiran
Lahad Datu sejak 9 Februari, dan menuntut supaya dibuka semula rundingan
antara kedua-dua kerajaan berhubung tuntutan ke atas Sabah.
Sultan Sulu bertegas bahawa Sabah adalah kepunyaan kesultanan tersebut
ReplyDeletesebelum wilayah itu diserah oleh penjajah British kepada Malaysia.
Walaupun Malaysia mendakwa ia mempunyai kedaulatan ke atas Sabah, tetapi
ReplyDeleteia membayar sejumlah token kepada kesultanan tersebut setiap tahun
sebagai "sewa" negeri itu, berikutan satu perjanjian antara pihak
berkuasa penjajah British dan sultan.
Philippine Daily Inquirer juga memetik Danny Virtudazo, yang
ReplyDeletemendakwa menjadi pengerusi negeri Palawan, sebahagian kesultanan Sulu,
sebagai berkata, pengikut kesultanan itu mempunyai lebih ramai ahli di
merata tempat di Sabah, berbanding yang ada di Lahad Datu.
Beliau berkata beberapa bot telah mendarat di Sabah dengan seramai
ReplyDeletekira-kira 1,500 lelaki, tetapi pihak berkuasa Malaysia tidak tahu di
mana mereka berada.
Virtudazo berkata mereka adalah daripada "pasukan keselamatan diraja"
ReplyDeletekesultanan tersebut yang diambil daripada anggota Barisan Pembebasan
Kebangsaan Moro (MILF) dan juga kumpulan Abu Sayyaf.
Situasi menang-menang adalah bagi Malaysia bersetuju bersidang dengan
ReplyDeleteRaja Mudah (putera mahkota) dan kesultanan Sulu. Kami menyokong
rundingan terbuka," kata Virtudazo yang mendakwa beliau adalah menantu
Agbimuddin.
Akhbar tersebut melaporkan pasukan keselamatan Malaysia telah mula bergerak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin
ReplyDeleteHussein (memakai topi dalam gambar) berikrar tidak akan berkompromi dengan kedaulatan dan keselamatan Malaysia.
tempoh 24 jam lepas telah menyaksikan peningkatan aktiviti pasukan
ReplyDeletepolis, tentera dan tentera laut dalam radius 24km di sekitar kampung
Tanduao, berhampiran pekan Lahad Datu.
Tetapi pasukan keselamatan berada pada jarak lebih daripada 500 meter
ReplyDeletedari lokasi kumpulan tersebut yang berada berhampiran kuarters pekerja.
Mereka memantau rakyat Filipina itu yang ada pada masanya pergi ke
sebuah telaga yang terletak hanya 300 meter dari lokasi mereka untuk
mendapatkan air.
Dalam satu analisis yang disiarkan semalam, akhbar itu menjelaskan
ReplyDeletebahawa waris sultan tersebut telah memutuskan untuk meningkatkan
tuntutan mereka selepas berasa dikhianati dan dipinggirkan daripada
proses damai antara pentadbiran Aquino dan MILF.
Abraham Idjirani, setiausaha agung dan jurucakap kesultanan tersebut
ReplyDeleteberkata, keputusan untuk menunjukkan bukan hanya kehadiran fizikal
tetapi pendudukan sebenar di Sabah, dibuat akhir tahun lalu, tidak lama
selepas pentadbiran Aquino menandatangani Perjanjian Rangka Kerja
mengenai Bangsamoro dengan MILF pada 15 Oktober.
Idjirani berkata, sebelum menandatangani perjanjian rangka kerja itu,
ReplyDeletePejabat Penasihat Presiden untuk Proses Perdamaian, menjemput waris
sultan (kiri) untuk apa yang sepatutnya satu perundingan mengenai
perjanjian damai dengan MILF.
Bagaimanapun perjanjian rangka kerja itu telah selesai tanpa mengambil kira kepentingan Kesultanan Sulu dan Borneo Utara.
ReplyDeleteSelagi kerajaan tidak memasukkan sama kesultanan tersebut, maka tidak akan ada keamanan yang berkekalan di Mindanao," katanya
ReplyDeleteMenurut Idjirani, ekoran tandatangan perjanjian rangka kerja dengan MILF
ReplyDeleteitu telah menyatukan waris sultan dan keputusan mereka untuk meneruskan
sendiri tuntutan mereka ke atas Sabah.
ReplyDeleteBeliau berkata, mesyuarat para waris berlangsung pada 11 November tahun lepas di rumah seorang saudara mereka.
Dalam mesyuarat itulah Kiram mengeluarkan perintah diraja yang membernarkan "perjalanan" adiknya ke Sabah.
isu sebegini sepatutnya tidak timbul lagi...knpa tak diselesaikan dahulu masalah tuntutan oleh ksultanan sulu ini?(termasuk oleh krjaan filipina)..krjaan Malaysia sharusnya mengambil pendirian tegas dlm isu spt ini...mudahnya sempadan negara dicerobohi?? menunjukkan kpd kita tiada pasukan kselamatan yg btugas di sempadan malaysia...
ReplyDeletesebab tu sabah....bukan malaya......selain hasi bumi,lainya mana da malaya nak jagavsangat.....
ReplyDeletesebab tu sabah....bukan malaya......selain hasi bumi,lainya mana da malaya nak jagavsangat.....
ReplyDeleteini semua perancangan kerajaan,jangan ko org pening2 fikir..ko relex2 saja...macam kamu tengok movie..
ReplyDeleteOrang yang mengatakan insiden pencorobohan Lahad Datu itu satu perancangan kerajaan adalah orang yang paling bodoh dan paling jahil didunia. Kalau orang kata kesan akibat campurtangan kerajaan Malaysia di kepulaun Sulu, itu mungkin logik, kesang luar jangka, maklumlah orang-orang Sulu di selatan Filipina ini semuanya orang bodoh, buktinya sudah beratus tahun berperang tetapi tidak pernah menang disebabklan perjuangan perang mereka tidak berasas, hanya semata-mata menegakkan keegoan dan kesombongan mereka dan akhirnya kesultanan mereka hilang daulat hasil tindakan bodoh mereka. Sekarang mereka mahu pula merampas Sabah, satu lagi bukti kejahilan mereka yang membuktikan orang Sulu di selatan Filipina ini tidak bertamadun. Fikirkan begini, kalau dunia mengiktirif tuntutan Sulu terhadap Sabah bererti duni membenarkan orang Eropah menuntut Turki yang dunia tahu Turki adalah negara yang dirampas Ottoman dari orang Eropah. Yang pasti orang Eropah tidak sejahil atau sebodoh orang Sulu di selatan Filipina yang tidak bertamadun hanya kerana kebodohan dan keegoan mereka. Kan bagus kalau orang Sulu di selatan Filipina mencontohi masyarakat Suluk di Sabah yang mempunyai susila budaya masyarakat bertamadun.
ReplyDelete