INI KALI LAH! pemimpin-pemimpin BN tidak perlu membidas tindakan pemimpin-pemimpin PKR yang suka sangat menganjurkan demonstrasi di negeri ini. Rakyat sendiri tampil mengutuk tindakan yang bukan sahaja tidak menguntungkan rakyat, malah menyusahkan rakyat kerana mengganggu proses pembangunan di negeri ini.
Pakatan Rakyat perlu sedar bahawa rakyat Sabah tidak sama dengan penyokong-penyokong pembangkang di Semenanjung yang mudah rasa terhibur bila ada demonstrasi dianjurkan pembangkang. Rakyat Sabah juga tidak sama dengan penyokong-penyokong pembangkang di Semenanjung yang suka mengambil kesempatan disebalik demonstrasi ini untuk melepaskan geram sehingga mendatangkan bahaya kepada orang awam dan juga negara.
KENINGAU: Pemimpin masyarakat di lapan buah kampung di Pensiangan kesal dengan tindakan pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Pensiangan yang menganjur demontrasi membantah Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) menerokai kawasan yang membabitkan kampung-kampung berkenaan.
Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) Mukim Pensiangan Kinon Limpas berkata, tindakan pemimpin-pemimpin PKR yang menganjurkan demonstrasi itu adalah menghasut beberapa penduduk termasuk golongan muda sehingga mengikuti rancangan mereka.
Katanya, perbuatan mereka itu bukan sahaja bertentangan dengan budaya masyarakat di kawasan ini tetapi menghalang pembangunan yang berfaedah kepada rakyat khususnya bagi penduduk kampung yang terlibat.
“Yang amat mengecewakan kami, pemimpin-pemimpin PKR di kawasan ini membawa orang-orang dari luar yang tidak kena mengena di Mukim Pensiangan untuk menyertai demontrasi yang mereka anjurkan,” kata Kinon kepada media di sini pada Rabu.
Kinon memberitahu, pemimpin-pemimpin kampung yang terlibat iaitu Kg. Sikalabaan, Kg. Lirung, Kg. Sipuok, Kg. Sumabi, Kg. Siwalor, Kg. Mambu, Kg. Pilanas dan Kg. Bollah sudah sebulat suara menyokong LKTNS menerokai dan membangun tanah di kawasan itu dengan sawit untuk masa depan anak-anak penduduk di kampung-kampung berkenaan.
Katanya, selain pemimpin masyarakat, semua penduduk kampung-kampung yang terlibat juga telah menyatakan persetujuan kepada LKTNS dan mana-mana agensi kerajaan yang mampu membangun kawasan itu.
“Kami mahu kawasan kami dimajukan dengan tanaman sawit untuk meningkatkan taraf hidup dan merubah masa depan anak-anak muda di kawasan ini, disamping mengurangkan penghijrahan mereka ke Semenanjung untuk mencari pekerjaan. Apabila kawasan berkenaan ditanam dengan sawit secara komersial ia sekali gus membawa kepada penaikantaraf jalan raya ke Mukim Pensiangan,” katanya.
Katanya, pada masa ini ramai anak-anak muda meninggalkan kampung halaman kerana mencari pekerjaan dan kebanyakannya berhijrah ke beberapa negeri di Semenanjung dan akhirnya terdapat anak-anak muda yang terjebak dengan gejala sosial yang tidak sihat yang merosakkan akhlak mereka.
Kinon berkata, perkara ini dapat dielakkan jika kawasan di sekitar kampung-kampung terbabit dibangunkan dengan tanaman sawit kerana ia akan membuka peluang pekerjaan kepada anak-anak muda dan sekali gus mengurangkan penghijrahan mereka untuk mencari pekerjaan di Semenanjung.
Dalam masa yang sama Kinon berkata, pemimpin-pemimpin masyarakat kampung yang terdiri ketua-ketua kampung dan pengerusi JKKK juga telah membuat bantahan balas dengan bantahan beberapa individu yang membantah LKTNS menerokai kawasan yang telah dipersetujui oleh penduduk kampung-kampung yang terlibat.
Katanya, surat batahan yang telah ditandatangani oleh pemimpin-pemimpin masyarakat dan penduduk kampung itu telah diserahkan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dengan tangan semasa Persidangan Ketua-Ketua Adat Anak Negeri Sabah di Sandakan baru-baru ini.
“Surat bantahan balas itu turut ditujukan kepada Penolong Pemungut Hasil Tanah, Pejabat Tanah dan Ukur Nabawan, Pengerusi LKTNS, Datuk Sapawi Hj. Ahmad; Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Setiausaha Hasil Bumi, Jabatan Ketua Menteri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan, Datuk Bobbey Suan; Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup, Juru Ukur Jabatan Tanah dan Ukur Keningau dan Jabatan Perhutanan Daerah Nabawan.
Sementara itu, Ketua Kampung Sumabi KK Mantoi Paling berkata, adalah tidak wajar bagi pemimpin-pemimpin PKR mengheret rakyat di kawasan ini menyertai rancangan mereka mengadakan demontrasi membantah LKTNS.
Katanya, mereka yang menyertai demonstrasi itu bukanlah penduduk di kampung-kampung yang terlibat tetapi ada yang datang dari luar daerah seperti Sook dan sebagainya.
“Perbuatan mereka itu akan menimbulkan kemarahan penduduk kampung yang sudah menyatakan persetujuan kepada LKTNS untuk menerokai tanah mereka dengan tanaman sawit,” kata Mantoi.
Menurut Matoi, rata-rata mereka yang menyertai demonstrasi itu adalah masyarakat dari luar kampung yang dipercayai DIUPAH oleh pihak penganjur.
Dalam pada itu Mantoi meminta supaya orang-orang yang tidak berkenaan atau bukan penduduk kampung-kampung yang terlibat jangan mengganggu usaha penduduk untuk menarik LKTNS menerokai kawasan mereka. - New Sabah Times
Rakyat Sabah daripada semua etnik, agama, kaum dan latar belakang amat bernasib baik kerana dapat hidup bersama dengan aman dan harmoni, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Yee Moh Chai.
ReplyDeleteOleh itu, beliau menyeru mereka supaya menghargai dan memelihara keharmonian serta perpaduan yang dinikmati itu dengan apa jua cara sekali pun untuk memastikan kemakmuran sedia ada akan berkekalan.
ReplyDelete"Tahun Baharu Cina di sini disambut rakyat daripada pelbagai etnik, agama, latar belakang dan budaya. Datuk Bandar sendiri tidak menyambut tahun baharu Cina, tapi beliau datang ke sini untuk merayakannya dengan kita.
ReplyDelete"Ini menunjukkan betapa keharmonian kaum sentiasa dihayati dan diamalkan masyarakat di Sabah," katanya
ReplyDeletekerja PKR hnya nak buat demontrasi saja.
ReplyDeleteTIDAK PERLU KESAL KERANA RAKYAT MASIH BERPELUANG MENOLAK PAKATAN RAKYAT.. DAN RAKYAT JUGA PERLU BERSATU HATI MENOLAK DEMONSTRASI BESAR2AN YANG AKAN DIANJURKAN ANWAR JIKA BELIAU GAGAL MERAMPAS PUTERAJAYA
ReplyDeleteMantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dilaporkan mengingatkan kita tentang ancaman Anwar Ibrahim untuk mencetuskan pemberontakan seperti negara-negara timur tengah atau ‘Arab Spring’ dalam usahanya untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional. Sudah tentu peringatan dari seorang yang berpengalaman dan mempunyai sumber maklumat yang luas seperti Tun Mahathir, tidak wajar dipandang ringan.
TIDAK PERLU KESAL KERANA RAKYAT MASIH BERPELUANG MENOLAK PAKATAN RAKYAT.. DAN RAKYAT JUGA PERLU BERSATU HATI MENOLAK DEMONSTRASI BESAR2AN YANG AKAN DIANJURKAN ANWAR JIKA BELIAU GAGAL MERAMPAS PUTERAJAYA
ReplyDeleteApatah lagi setelah kita sedia maklum bahawa pemberontakan bukanlah sesuatu yang asing bagi Anwar, malah telah menjadi ‘hobi’nya sejak muda iaitu sejak di bangku Universiti tahun 1974. Apabila dipecat dari kerajaan, Anwar tidak berlengah-lengah untuk memulakan kembali hobi waktu mudanya, dan pantas menggerakkan kekacauan, memberontak menentang kerajaan yang sebelum itu turut diterajuinya.
TIDAK PERLU KESAL KERANA RAKYAT MASIH BERPELUANG MENOLAK PAKATAN RAKYAT.. DAN RAKYAT JUGA PERLU BERSATU HATI MENOLAK DEMONSTRASI BESAR2AN YANG AKAN DIANJURKAN ANWAR JIKA BELIAU GAGAL MERAMPAS PUTERAJAYA
ReplyDeleteSehingga kini, hobi tersebut tidak pernah padam. Apabila melihat dunia Arab bergolak, beliau pantas menyerapkan semangat Dataran Tahrir yang menyaksikan peristiwa berdarah pemberontakan rakyat terhadap kerajaan Mesir, terhadap penyokong-penyokongnya. Begitu juga dengan pemberontakan atau revolusi di Syria, Libya, Tunisia dan lain-lain, semuanya dijadikan ‘contoh teladan’ yang harus diikuti oleh Malaysia, menurut Anwar Ibrahim.
TIDAK PERLU KESAL KERANA RAKYAT MASIH BERPELUANG MENOLAK PAKATAN RAKYAT.. DAN RAKYAT JUGA PERLU BERSATU HATI MENOLAK DEMONSTRASI BESAR2AN YANG AKAN DIANJURKAN ANWAR JIKA BELIAU GAGAL MERAMPAS PUTERAJAYA
ReplyDeleteJusteru, pada Februari 24, 2012 wawancara Anwar dengan Inter Press Service http://www.ipsnews.net/2012/02/malaysians-must-vote-out-corruption-racism/, sekali gus mengesahkan peringatan Tun Mahathir di mana Anwar berkali-kali menegaskan akan keperluan kepada satu pemberontakan ala ‘Arab Spring’ di Malaysia.
TIDAK PERLU KESAL KERANA RAKYAT MASIH BERPELUANG MENOLAK PAKATAN RAKYAT.. DAN RAKYAT JUGA PERLU BERSATU HATI MENOLAK DEMONSTRASI BESAR2AN YANG AKAN DIANJURKAN ANWAR JIKA BELIAU GAGAL MERAMPAS PUTERAJAYA
ReplyDeleteAntara kata-katanya ialah “Malaysia tidak boleh dipisahkan dari apa yang berlaku di seluruh dunia, terutamanya di negara-negara Islam,” dan “…polisi kami (PR) adalah untuk Malaysia menjadi negara demokrasi yang matang. Apa yang mereka di ‘Arab Spring’ dan ‘Occupy Wall Street Movement’ katakan ialah mengenai keadilan dan tekanan yang dihadapi dalam dunia kapitalis yang tidak terkawal yang hanya memberi kelebihan kepada segolongan kecil yang telah sedia mewah sahaja.”
TIDAK PERLU KESAL KERANA RAKYAT MASIH BERPELUANG MENOLAK PAKATAN RAKYAT.. DAN RAKYAT JUGA PERLU BERSATU HATI MENOLAK DEMONSTRASI BESAR2AN YANG AKAN DIANJURKAN ANWAR JIKA BELIAU GAGAL MERAMPAS PUTERAJAYA
ReplyDeleteBeliau juga berkata, “…bagi menghormati institusi demokrasi, hak untuk menentang dan hak kebebasan, ‘Arab Spring’ adalah amat perlu bagi dunia Islam kerana ia mempunyai impak dalam pengertian demokrasi.”
TIDAK PERLU KESAL KERANA RAKYAT MASIH BERPELUANG MENOLAK PAKATAN RAKYAT.. DAN RAKYAT JUGA PERLU BERSATU HATI MENOLAK DEMONSTRASI BESAR2AN YANG AKAN DIANJURKAN ANWAR JIKA BELIAU GAGAL MERAMPAS PUTERAJAYA
ReplyDeleteMaka tidak hairanlah, setiap kali puak pembangkang berdemonstrasi, tidak kira apa jua bentuk penyamaran yang mereka gunakan, seperti BERSIH, Himpunan Demokrasi, Reformasi, Kumpulan Hijau, dan sebagainya, laungan untuk menjatuhkan kerajaan sering kedengaran. Malah, pemimpin-pemimpin pembangkang juga telah beberapa kali dirakamkan menyuarakan secara langsung dan tidak langsung, berkenaan usaha mereka untuk mencetus ‘Dataran Tahrir’ di Malaysia.
TIDAK PERLU KESAL KERANA RAKYAT MASIH BERPELUANG MENOLAK PAKATAN RAKYAT.. DAN RAKYAT JUGA PERLU BERSATU HATI MENOLAK DEMONSTRASI BESAR2AN YANG AKAN DIANJURKAN ANWAR JIKA BELIAU GAGAL MERAMPAS PUTERAJAYA
ReplyDeleteAdalah penting bagi setiap seorang dari rakyat Malaysia untuk benar-benar memahami apa itu ‘Arab Spring’ atau ‘Dataran Tahrir’ atau ‘Occupy Wall Street’ yang menjadi obsesi Anwar ini. Ini bukan masanya untuk kita sekadar mendengar cakap-cakap rakan mengenainya atau percaya bulat-bulat atas apa yang disampaikan oleh ahli-ahli politik mahupun media massa.
TIDAK PERLU KESAL KERANA RAKYAT MASIH BERPELUANG MENOLAK PAKATAN RAKYAT.. DAN RAKYAT JUGA PERLU BERSATU HATI MENOLAK DEMONSTRASI BESAR2AN YANG AKAN DIANJURKAN ANWAR JIKA BELIAU GAGAL MERAMPAS PUTERAJAYA
ReplyDeleteJika benar kita inginkan demokrasi yang matang maka, kita, iaitu rakyat Malaysia harus mematangkan diri terlebih dahulu. Kita tidak layak untuk menganggap diri kita matang selagi kita tidak benar-benar mengkaji mengenai apa yang kita sokong.
TIDAK PERLU KESAL KERANA RAKYAT MASIH BERPELUANG MENOLAK PAKATAN RAKYAT.. DAN RAKYAT JUGA PERLU BERSATU HATI MENOLAK DEMONSTRASI BESAR2AN YANG AKAN DIANJURKAN ANWAR JIKA BELIAU GAGAL MERAMPAS PUTERAJAYA
ReplyDeleteSesungguhnya, keadaan negara-negara pasca ‘Arab Spring’ adalah jauh lebih buruk dari sebelumnya. Jika sebelum ini rakyat Mesir menggulingkan kerajaan Hosni Mubarak yang dianggap sebagai korup, zalim dan tidak memberi kebebasan bersuara tetapi hari ini, kerajaan Morsi Mohamed adalah lebih teruk di mana sesiapa sahaja yang mengkritiknya akan ditangkap.
TIDAK PERLU KESAL KERANA RAKYAT MASIH BERPELUANG MENOLAK PAKATAN RAKYAT.. DAN RAKYAT JUGA PERLU BERSATU HATI MENOLAK DEMONSTRASI BESAR2AN YANG AKAN DIANJURKAN ANWAR JIKA BELIAU GAGAL MERAMPAS PUTERAJAYA
ReplyDeleteMenjatuhkan sesebuah kerajaan melalui pemberontakan bermakna menjatuhkan atau memusnahkan negara dan diri sendiri. Ertinya, ekonomi menjadi lumpuh apabila pejabat, kedai, bank, sekolah dan segala-galanya musnah atau tidak mampu beroperasi kerana kekacauan.
TIDAK PERLU KESAL KERANA RAKYAT MASIH BERPELUANG MENOLAK PAKATAN RAKYAT.. DAN RAKYAT JUGA PERLU BERSATU HATI MENOLAK DEMONSTRASI BESAR2AN YANG AKAN DIANJURKAN ANWAR JIKA BELIAU GAGAL MERAMPAS PUTERAJAYA
ReplyDeleteIni kerana, dalam keadaan kekacauan, bukan hanya kerajaan yang ditentang yang akan terjejas, tetapi yang jauh lebih teruk terjejas adalah rakyat sendiri. Apabila sistem pentadbiran lumpuh, maka jenayah secara automatik berleluasa dan ini menambah lagi penderitaan rakyat.
TIDAK PERLU KESAL KERANA RAKYAT MASIH BERPELUANG MENOLAK PAKATAN RAKYAT.. DAN RAKYAT JUGA PERLU BERSATU HATI MENOLAK DEMONSTRASI BESAR2AN YANG AKAN DIANJURKAN ANWAR JIKA BELIAU GAGAL MERAMPAS PUTERAJAYA
ReplyDeletePertabalan kerajaan baru bukan bermakna keadaan pulih secara automatik. Pejabat, kedai, kilang, bank, sekolah yang musnah perlu diperbaiki tetapi ia pastinya memerlukan dana yang banyak. Tetapi dana tidak ada kerana pelabur, pelancong telah melarikan diri, manakala pasaran saham pula menjunam dan bank-bank juga kerugian.
TIDAK PERLU KESAL KERANA RAKYAT MASIH BERPELUANG MENOLAK PAKATAN RAKYAT.. DAN RAKYAT JUGA PERLU BERSATU HATI MENOLAK DEMONSTRASI BESAR2AN YANG AKAN DIANJURKAN ANWAR JIKA BELIAU GAGAL MERAMPAS PUTERAJAYA
ReplyDeleteMaka, penganggur yang memberontak kerana marahkan kerajaan sebelum ini atas alasan tidak menyediakan peluang pekerjaan untuknya, kini mendapati bahawa semakin mustahil bagi dirinya untuk mendapat pekerjaan.
TIDAK PERLU KESAL KERANA RAKYAT MASIH BERPELUANG MENOLAK PAKATAN RAKYAT.. DAN RAKYAT JUGA PERLU BERSATU HATI MENOLAK DEMONSTRASI BESAR2AN YANG AKAN DIANJURKAN ANWAR JIKA BELIAU GAGAL MERAMPAS PUTERAJAYA
ReplyDeleteKalau dulu memberontak konon kerana kerajaan tidak mampu memberi kesenangan, kini hidup semakin tidak senang apabila harga barangan asas menjulang tinggi akibat pemberontakan.
TIDAK PERLU KESAL KERANA RAKYAT MASIH BERPELUANG MENOLAK PAKATAN RAKYAT.. DAN RAKYAT JUGA PERLU BERSATU HATI MENOLAK DEMONSTRASI BESAR2AN YANG AKAN DIANJURKAN ANWAR JIKA BELIAU GAGAL MERAMPAS PUTERAJAYA
ReplyDeleteSetahun selepas pemberontakan, peniaga-peniaga Mesir melaporkan perniagaan mereka terus merosot sehingga 40% berbanding sebelum pemberontakan. Pelancongan juga masih belum pulih iaitu merosot 75% dari sebelumnya. Lalu Mesir terpaksa membuat pinjaman asing yang berkali ganda, yang mana tidak perlu dibuat oleh kerajaan lalu.
TIDAK PERLU KESAL KERANA RAKYAT MASIH BERPELUANG MENOLAK PAKATAN RAKYAT.. DAN RAKYAT JUGA PERLU BERSATU HATI MENOLAK DEMONSTRASI BESAR2AN YANG AKAN DIANJURKAN ANWAR JIKA BELIAU GAGAL MERAMPAS PUTERAJAYA
ReplyDeleteRakyat yang tidak mampu memahami apa yang telah mereka lakukan terhadap diri sendiri, mula menyalahkan kerajaan baru pula dan memberontak sekali lagi. Dan sehingga kini, kekacauan dan ancaman pemberontakan masih berterusan di Mesir. Hari ini, ramai rakyat mereka meluahkan kekesalan kerana telah melakukan pemberontakan.
TIDAK PERLU KESAL KERANA RAKYAT MASIH BERPELUANG MENOLAK PAKATAN RAKYAT.. DAN RAKYAT JUGA PERLU BERSATU HATI MENOLAK DEMONSTRASI BESAR2AN YANG AKAN DIANJURKAN ANWAR JIKA BELIAU GAGAL MERAMPAS PUTERAJAYA
ReplyDeleteSelain Mesir, rasamnya, kita tidak perlu berbincang mengenai Syria pasca pemberontakan kerana apa yang berlaku pada rakyatnya dapat dilihat sendiri melalui laman-laman sosial yang dikongsi oleh mereka-mereka yang prihatin.
TIDAK PERLU KESAL KERANA RAKYAT MASIH BERPELUANG MENOLAK PAKATAN RAKYAT.. DAN RAKYAT JUGA PERLU BERSATU HATI MENOLAK DEMONSTRASI BESAR2AN YANG AKAN DIANJURKAN ANWAR JIKA BELIAU GAGAL MERAMPAS PUTERAJAYA
ReplyDeleteApa yang pasti, kesemua negara-negara ‘Arab Spring’ ini berada dalam keadaan ‘gelap-gulita’, sehinggakan bukan sahaja tiada cahaya di hujung terowong, tetapi terowong itu sendiri tidak tahu di mana letaknya.
TIDAK PERLU KESAL KERANA RAKYAT MASIH BERPELUANG MENOLAK PAKATAN RAKYAT.. DAN RAKYAT JUGA PERLU BERSATU HATI MENOLAK DEMONSTRASI BESAR2AN YANG AKAN DIANJURKAN ANWAR JIKA BELIAU GAGAL MERAMPAS PUTERAJAYA
ReplyDeleteSekiranya, ‘Arab Spring’ perlu dijadikan contoh teladan seperti kata Anwar, maka satu-satunya yang boleh diteladani ialah agar tidak mengikut jejak langkah mereka dengan menjatuhkan kerajaan melalui pemberontakan.
TIDAK PERLU KESAL KERANA RAKYAT MASIH BERPELUANG MENOLAK PAKATAN RAKYAT.. DAN RAKYAT JUGA PERLU BERSATU HATI MENOLAK DEMONSTRASI BESAR2AN YANG AKAN DIANJURKAN ANWAR JIKA BELIAU GAGAL MERAMPAS PUTERAJAYA
ReplyDeleteJika Anwar ingin sangat menjadi Perdana Menteri, beliau perlu melalui cara demokrasi sebenar, iaitu pilihanraya. Tidak ada seorang pun dari rakyat Malaysia yang wajar kehilangan pekerjaan, kerugian perniagaan, menderita, atau bergadai nyawa untuk memastikan Anwar mencapai cita-citanya. Kita tidak perlu menggadaikan nikmat yang sedia ada dan mereka yang terlibat dalam Arab Spring pasti memberitahu kita bahawa apa yang kita nikmati hari ini adalah tidak ternilai harganya.