Naik lagi saham BN Sabah.. Pasti pemimpin dan penyokong-penyokong pembangkang akan kata bahawa bantuan ini hanya untuk menarik sokongan pengundi-pengundi Cina di negeri ini walaupun mereka tahu bahawa bantuan kerajaan sentiasa disalurkan kepada rakyat berdasarkan keperluan, bukannya waktu atau musim tertentu.
Walau apapun kata pemimpin dan penyokong-penyokong pembangkang, yang pasti hasil daripada bantuan yang disalurkan kerajaan ini akan dapat dinikmati atau dimanfaatkan sampai bila-bila, bukan hanya pada waktu pilihanraya. Dalam kata lain, manfaatnya adalah untuk jangka masa panjang..
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah meluluskan peruntukan tambahan RM500,000 bagi pembinaan sebuah sekolah Cina di Kolombong dekat sini.
Ketika mengumumkan perkara itu, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata pembinaan SJK (C) Che Hwa, yang terletak di bawah naungan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Tionghua Kota Kinabalu (KKCCCI), akan dapat memenuhi keperluan mendapatkan pendidikan di sekolah Cina di bandar raya ini.
“Kami (kerajaan negeri) sentiasa memberi sokongan kuat kepada sekolah Cina dan memahami pentingnya nilai pendidikan,” katanya pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina KKCCCI di sini malam kelmarin.
KKCCCI memerlukan dana tambahan untuk melaksanakan projek berharga RM30 juta itu, yang akan disiapkan secara berperingkat.
Sebelum ini, projek itu menerima peruntukan RM1 juta daripada kerajaan negeri dan RM3 juta daripada kerajaan Persekutuan.
Musa juga menyatakan penghargaannya terhadap komitmen KKCCCI membantu Kementerian Pelajaran dalam menyediakan pendidikan di peringkat sekolah rendah, bukan sahaja untuk memenuhi permintaan masyarakat Cina, tetapi juga etnik lain.
Terdahulu, presiden KKCCCI Michael Hui berkata dewan itu berterima kasih kepada kerajaaan negeri kerana memberi perhatian terhadap perkara berkaitan masyarakat Cina di Sabah.
Beliau menyeru rakyat supaya memberi sokongan kepada kerajaan negeri di bawah kepimpinan Musa. - New Sabah Times
wah.. baguslah mcm ini.. supaya semua bangsa tidak terpinggir.
ReplyDeleteBukan itu saja yang BN beri perhatian malah juga beri perhatian kepada pihak lain seperti orang muda serta penduduk di luar bandar.
ReplyDeleteKerajaan BN sentiasa prihatin keperluan penduduk luar bandar
Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Ellron Alfred Angin, berkata Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa prihatin dengan keperluan penduduk di luar bandar.
Katanya, BN akan terus membela nasib rakyat di luar bandar yang masih memerlukan banyak pembangunan.
Kerajaan BN sentiasa prihatin keperluan penduduk luar bandar
ReplyDelete“Ini terbukti dengan pelbagai program pembangunan yang dilaksanakan di setiap kampung seperti kemudahan asa dan kemudahan awam seperti jalan raya, bekalan elektrik, bekalan air bersih, mini dewan, balai raya dan sebagainya,” semasa berucap merasmikan balai raya Kg. Kionsom baru dan Kg. Koposion di Sook baru-baru ini.
Ellron yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Sook berkata, tomahan pihak pembangkang yang mengatakan Kerajaan gagal memberi pembangunan kepada rakyat adalah tidak berasas dan sengaja direka-reka bagi memesongkan pemikiran rakyat.
Katanya, pembinaan dua balai raya di Kg. Kionsom Baru dan Kg. Koposion dalam kawasan DUN Sook juga merupakan keprihatinan Kerajaan kepada rakyat.
Kerajaan BN sentiasa prihatin keperluan penduduk luar bandar
ReplyDeleteKedua-dua balai raya itu boleh menampung seramai 150 hingga 200 orang dalam satu masa memberi keselesaan kepada penduduk.
Sementara itu Pengerusi JKKK Kg. Kionsom Baru, Sintau Puar, berkata penduduk kampung berterima kasih kepada Kerajaan kerana memberikan kemudahan kepada rakyat.
Sebelum ini katanya, penduduk kampung menggunakan bangunan balai raya lama yang daif semasa menjalankan aktiviti.
Pengerusi penaja Kampung Koposion, Agustin Kihing, turut berterima kasih kepada Kerajaan yang sentiasa prihatin kepada rakyat.
Hadir sama Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Sook Charles Ikang dan pemimpin-pemimpin masyarakat di kawasan itu.
Demikianlah antara lain bukti keprihatinan kerjaan BN
Bajet 2013 bukti kerajaan prihatin golongan muda
ReplyDeletePelbagai insentif untuk golongan belia yang diumumkan dalam Belanjawan 2013 jelas membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa prihatin dan mendengar suara dan isi hati golongan muda, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata sebanyak RM51.7 bilion yang diperuntukan dalam belanjawan untuk golongan muda menunjukkan dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan tidak ambil peduli suara orang muda terbukti tidak benar.
Bajet 2013 bukti kerajaan prihatin golongan muda
ReplyDelete"Belanjawan yang dbentangkan memperlihatkan keprihatinan dan suara generasi muda diambil kira oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran program 'BN Pilihan Orang Muda' peringkat negeri Pulau Pinang, di sini hari ini.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan, berkata golongan muda mula menunjukkan dokongan terhadap BN setelah mereka melihat kerajaan berjaya menepati semua yang dijanjikan.
Ini dapat diterjemahkan dengan kehadiran mereka yang menggalakkan pada setiap perhimpunan yang dianjurkan oleh BN, katanya.
Sementara itu, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata peningkatan jumlah kehadiran golongan muda pada pelancaran majlis itu adalah kesan secara langsung daripada belanjawan tersebut.
Bajet 2013 bukti kerajaan prihatin golongan muda
ReplyDeleteBeliau berkata kajian yang dijalankan oleh pergerakan itu 48 jam selepas pembentangan Belanjawan 2013 Jumaat lepas menunjukkan 50 peratus pengundi muda menyokong BN, 20 peratus pembangkang dan 30 peratus pengundi muda berkecuali.
Katanya sebelum ini, kajian yang dilakukan secara konsisten dan berskala itu, mendapati 60 peratus pengundi muda adalah berkecuali dan 40 peratus kepada BN dan pembangkang.
"Kajian terbaru ini menunjukkan lonjakan luar biasa...kita nampak kesan belanjawan ini amat baik sekali," katanya sambil memperjelaskan kajian terbaru itu membabitkan 1,000 responden dari seluruh negara.
Katanya, pergerakan Pemuda dan Puteri Umno akan sentiasa turun padang selepas ini bagi memperjelaskan dasar-dasar kerajaan dan belanjawan itu kepada generasi muda.
WAHAI ORANG-ORANG SEKALIAN, ANDA RASA DAPATKAH PEMBANGKANG BERIKAN PERHATIAN SEPERTI INI? RANUNG-RENUNG DAN FIKIR-FIKIRKANLAH
Yang pasti apa yang kita tahu kerajaan BN ini adalah untuk semua.
ReplyDeleteKerajaan BN bukannya parti yang pentingkan diri sendiri saja.
ReplyDeleteJika kita lihat sendiri pihak yang ada dalam Kerajaan adalah pelbagai bangsa, kaum, dan agama.
ReplyDeleteMaka dari sini sudah kita dapat lihat yang mana kerajaan BN ini kerajaan pelbagai.
ReplyDeleteDengan adanya kerajaan untuk semua ini maka hak rakyat pasti akan terjaga.
ReplyDeletekaum Cina Sabah tidak dipinggirkan.
ReplyDelete