Monday, February 25, 2013

Pencerobohan Lahad Datu: Filipina Hantar Kapal Bawa Pulang Kumpulan Penceroboh

Kapal tentera laut Filipina di lihat meronda sekitar Laut Sulu dan kawasan pelabuhan wilayah Sulu di selatan Filipina. Foto Oleh: EPA
Kalau betullah berita ini, bermakna pendekatan rundingan oleh pasukan keselamatan Malaysia telah membuahkan hasil. Bayangkan jika pasukan keselamatan kita menggunakan kekerasan sejak dari awal.. Sudah tentu yang dihantar ke Sabah bukan kapal untuk mengangkut penceroboh ini balik ke negara asal, sebalik membawa beribu lagi tentera serta kelengkapan perang untuk membuat serangan balas.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Filipina telah menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu. 

Kapal yang bernombor AT296 itu belayar dari Bongao, Tawi-Tawi ke perkampungan Tanduo di Lahad Datu dan berlabuh di tepi pantai sementara rundingan dengan kumpulan itu berlangsung malam tadi. 

Jabatan Hal Ehwal Luar Filipina dalam satu kenyataan berkata, pemberitahuan mengenai penghantaran kapal itu telah disampaikan kepada Kedutaan Malaysia di Manila semalam. 

Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina, Albert F. del Rosario dalam satu kenyataan menggesa seluruh kumpulan itu agar pulang ke rumah serta keluarga mereka dan pada masa yang sama pihaknya sedang berusaha untuk menyelesaikan isu-isu utama yang mereka timbulkan. 

"Sila lakukan ini demi keselamatan anda sendiri," katanya. 

Mengenai kapal berkenaan, Rosario berkata: "Kami amat mengambil berat tentang kehadiran lima wanita dan beberapa orang awam dalam kumpulan itu dan kami menggesa mereka segera menaiki kapal dan pulang ke tanah air." 

Menurut kenyataan itu, di atas kapal berkenaan ialah pemimpin Islam-Filipino serta sukarelawan dan petugas perubatan. 

Pada 12 Februari lalu, bot yang mengangkut lebih 100 lelaki bersenjata yang memakai pakaian celoreng tentera mendarat di pantai Lahad Datu. 

Kumpulan itu menuntut supaya mereka diiktiraf sebagai Askar Diraja Sulu dan tidak mahu warga asal Sulu di Sabah dihantar pulang ke Filipina. 

Askar itu telah bertahan di kampung itu sejak dua minggu lepas dan kerajaan Malaysia memberikan mereka masa hingga Jumaat lepas untuk meninggalkan negara ini. 

Bagaimanapun, tarikh penamat itu dilanjutkan selama 48 jam selepas kerajaan Filipina memohon lanjutan empat hari hingga Selasa atas alasan Manila sedang berusaha memujuk kumpulan itu supaya membatalkan pendirian mereka. - Bernama

9 comments:

  1. Presiden Filipina Benigno Aquino memberi amaran kepada kepada seorang sultan negara itu bahawa pembesar berkenaan berdepan dengan tindakan keras sekiranya tidak menghentikan pertentangan dengan pihak berkuasa Malaysia di Sabah.

    ReplyDelete
  2. Laporan AFP menyebut, Aquino mengarahkan Sultan Jamalul Kiram III mengundurkan 180 orang pengikutnya – termasuk kira-kira 30 orang yang bersenjata – yang kini sudah dua minggu menduduki kawasan perkampungan nelayan di Lahad Datu.

    ReplyDelete
  3. “Jika anda memilih untuk tidak bekerjasama, tindakan paling keras mengikut undang-undang negara ini akan digunakan untuk mencapai keadilan bagi kesemua yang diletakkan dalam bahaya," kata Aquino dalam satu siaran televisyen.

    ReplyDelete
  4. Katanya, Jamalul Kiram selaku pemimpin seharusnya bersama kerajaan untuk mengarahkan pengikut mereka kembali ke kampung halaman dengan aman.

    ReplyDelete
  5. Aquino memberi amanran bahawa beliau tekah mengarahakn siasatan ke atas kesemua pelanggaran undang-undang oleh Jamalul Kiram, pengikut dan pihak yang bersubahat dalam kegiatan tersebut.

    ReplyDelete
  6. Katanya, peruntukan negara itu menetapkan bahawa undang-undang yang menghalang rakyat menghasut untuk berperang boleh dihukum sehingga 12 tahun penjara.

    ReplyDelete
  7. Tanya Jadi Respon Mau Pulang Lah Diorang Tu Ikut Itu Kapal Tentera Filipina, Iya Bah kalu Diorang Balik DiFilipina Baguslah Kalau Berdegil Mcm Mana Lah Tu????

    ReplyDelete
  8. Tanya Jadi Respon Mau Pulang Lah Diorang Tu Ikut Itu Kapal Tentera Filipina, Iya Bah kalu Diorang Balik DiFilipina Baguslah Kalau Berdegil Mcm Mana Lah Tu????

    ReplyDelete
    Replies
    1. KALAU BERDEGIL, TUNGGU SAJALAH MATI KELAPARAN ATAU DIBAWA KE MAHKAMAH ATAU DITIMBAK MATI..

      Delete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.