Thursday, February 14, 2013

Kejutan untuk Wilfred Bumburing sempena lawatan Najib ke Tuaran

25,000 PENDUDUK SAMBUT NAJIB DI TUARAN

TUARAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di pekan ini kira-kira jam 3.30 petang tadi untuk melancarkan Program Nadi Kasih peringkat negeri Sabah di Padang Pekan Tuaran, di sini. 

Majlis berkenaan dihadiri kira-kira 25,000 orang. 

Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan isteri, Datin Seri Faridah Tusin; Ketua UMNO Tuaran, Datuk Hajiji Noor; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim dan ADUN Kiulu, Datuk Louis Rampas. 

Sempena majlis itu, Najib dijadual mengagihkan pelbagai sumbangan Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada golongan kurang bernasib baik dari sekitar Tuaran. - BH

BUMBURING BENGANG, KECUT DAN HILANG ENTAH KEMANA..

ALKISAH CHERITERA CERITA yang menceritakan gelagat Datuk Wilfred Bumburing Bos Kepada Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang berpusatkan di Tuaran tu. Menurut sumber, Wilfred Bumburing "kecut" apabila mendengar dan melihat kehadiran ribuan orang ramai bagi menyambut kehadiran PM ke Tuaran hari ini (14.2.2013).

Wilfred Bumburing dikatakan pada sebelah awalnya telah meninjau sendiri kehadiran orang ramai yang menunggu kehadiran PM tetapi tidak keluar dari kenderaannya kerana takut dikenali orang ramai. Menurut sumber juga, Wilfred Bumburing telah mengerahkan pengikut-pengikutnya untuk berada di lokasi program bagi memantau kehadiran orang ramai dan seterusnya memberi laporan terus kepadanya.

Kebocoran maklumat daripada pengikut Wilfred Bumburing sendiri menyatakan bahawa Wilfred Bumburing bengang dengan masyarakat Tuaran kerana mereka sanggup turun untuk menghadiri program tersebut. Menurut pengikutnya lagi, kehadiran orang ramai ke program tersebut telah menyebabkan Wilfred Bumburing takut dan "kecut" dalam meneruskan gerak-gerinya selepas ini.

Apa yang menyebabkan Wilfred Bumburing bertambah bengang lagi ialah apabila ramai penyokongnya turut hadir ke program berkenaan dengan memakai baju BN yang berwarna biru dan melaungkan "Sokong BN". Penyokongnya itu dikatakan adalah mereka yang pernah hadir ke program politik anjuran APS.

Hahaha....apa yang paling lucunya ialah, menurut sumber tersebut lagi, Wilfred Bumburing telah hilang entah ke mana kerana bengang dan buntu dengan sambutan rakyat terhadap PM di Tuaran.....Takut rasanya tu!!! Ke Kota Kinabalu pun bukan? Ke Inanam pun bukan? Wilfred Bumburing menyembunyikan lokasi.

Hehehe...jangan-jangan Wilfred Bumburing pergi ke tempat massage kot??? Hihihi....jangan marah Datuk....gurau jak ye. Itu baru perang psikologi....takkan itupun dh bengang ye? Perang belum bermula tetapi Datuk Wilfred Bumburing sudah "kecut". Aiyaaaa.....kesian. - SDP

3 comments:

  1. dpt lihat rakyat masih menyokong BN.

    ReplyDelete
  2. hahaha baru ko taw!!!ko tukar laa saturang!!!!wahahahaha.....apa ko rasa oren????

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.