PENAMPANG: Sabah Democratic Action Party (DAP) Youth has called for Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein and Defence Minister Datuk Zahid Hamidi to resign over the Lahad Datu intrusion by an armed group.
Its secretary, Junz Wong, said the failure to prevent the armed group from entering Sabah and now the inability to act against them was a “shameful failure” to defend the country’s honour and sovereignty as well as the security and safety of the people of Sabah.
“The decision to opt for negotiation instead of upholding the country’s law against the armed intruders is an indication that the two ministers are unfit for their post. - The Borneo Post
Ramai pihak kini hairan dengan sikap berlembut Kerajaan Malaysia terhadap pencerobohan rakyat asing ke negara ini. Semalam (Isnin) masuk hari ke tujuh rundingan antara pihak berkuasa Malaysia dengan penceroboh yang dikepung di Kampung Tanduo yang terletak kira-kira 150 kilometer dari Lahad Datu masih belum ada penyelesaiannya. Persoalan yang timbul kenapa kerajaan perlu "memberi muka" kepada penceroboh? - Pahang Daily Online
Untuk pengetahuan pemimpin-pemimpin serta media pro pembangkang, kerajaan Malaysia sejak dulu lagi telah menggunakan konsep kesederhanaan dalam menyelesaikan konflik dan krisis yang melibatkan masyarakat antarabangsa. Jika pembangkang tidak suka dengan cara ini, bermakna memang benarlah bahawa pembangkang terutamanya Pakatan Rakyat lebih gemar menggunakan pendekatan kekerasan, kekejaman dan huru-hara untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Maka, tidak heranlah perjuangan Pakatan Rakyat hari ini lebih banyak berkisar mengenai demonstrasi jalanan berbanding dengan aktiviti turun padang membantu rakyat yang sangat memerlukan bantuan.
Kesederhanaan sememangnya telah menjadi teras dasar Malaysia dalam menghadapi konflik yang melibatkan kepentingan dua atau lebih buah negara, dan ia telah terbukti menjadi elemen penting dan berjaya mengekalkan hubungan baik antara negara-negara. Dalam mengendalikan hubungan antarabangsa, Malaysia telah memastikan supaya negara menggunakan pendekatan mengikut peraturan, mengadakan perbincangan konstruktif, rundingan, dialog dan perbincangan lanjut sebelum kata putus dapat dicapai untuk kebaikan kedua belah pihak. Dan inilah pendekatan yang diambil oleh pihak berkuasa Malaysia bagi menyelesaikan kes pencerobohan tentera Filipina di Lahad Datu.
Konsep kesederhanaan ini terbukti berkesan dalam menyelesaikan konflik di selatan Filipina apabila Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan kerajaan Filipina bersetuju berdamai setelah kedua-dua pihak mengambil pendekatan kesederhanaan yang disarankan oleh Malaysia. Malaysia juga mengambil pendekatan serupa dalam isu keganasan etnik dan agama di negeri Rakhine, barat Myanmar dengan menekankan soal kemanusiaan dengan memberi bantuan kepada mangsa keganasan di Rakhine tanpa mengira latar belakang dan agama mereka. Begitu juga dengan peranan yang dimainkan oleh kerajaan Malaysia dalam membantu menyelesaikan konflik di Syria.
Jika konsep ini telah terbukti berkesan diperingkat antarabangsa, kenapa perlu kerajaan Malaysia mengetepikan konsep ini untuk menyelesaikan konflik yang dihadapi di negara sendiri? Sebagai sebuah negara berbilang kaum, Malaysia mempunyai asas kukuh dalam mengamalkan toleransi. Kita tidak boleh harapkan orang lain untuk bersikap bertolak ansur sekiranya kita tidak bersikap sedemikian kepada orang lain. Jika perkara asas seperti ini tidak pernah terlintas difikiran pemimpin-pemimpin pembangkang, baik jangan berpolitik dan jangan cuba-cuba memerintah negara ini.
Rakyat Malaysia, khususnya di Sabah, tidak perlu risau dengan kes pencerobohan di Lahad Datu. Setakat ini tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini kerana pihak berkuasa keselamatan Malaysia berjaya mengawal keadaan dengan baik. Yakinlah bahawa kekuatan polis, tentera dan polis marin yang sudahpun mengepung kawasan itu mampu menyelesaikan konflik ini sekalipun proses rundingan gagal mencapai matlamat. Segala maklumat yang disebarkan di laman-laman sosial atau media alternatif juga tidak perlu di ambil sebagai sumber rujukan untuk memburuk-burukkan kerajaan atau meremehkan kemampuan pasukan keselamatan negara ini. Ingatlah bahawa pihak yang bertungkus lumus menyelesaikan masalah ini adalah manusia, dan pihak yang menimbulkan masalah ini juga adalah manusia. Jesteru, penyelesaian yang berbentuk kemanusian adalah perlu selagi ada ruang dan peluang untuk berbuat demikian.
Pihak yang beriya-iaya mahu penyelesaian yang berbentuk keganasan patut berada di lokasi pencerobohan itu dan sama-sama berjuang dengan pihak berkuasa tempatan. Jangan sekadar cakap dimedia seolah-olah mereka lebih berani menghadapi situasi ini berbanding dengan anggota tentera. try dulu baru tau!!
Ketua menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman ada tegaskan bahawa, "keadaan tidak bertindak tegas ini bukan bererti kita lemah tetapi kita berusaha menyelesaikannya dengan cara baik". Malah Datuk Seri Hishammuddin sendiri turun padang memantau lokasi pencerobohan.
Kali ini Bullet amat tertarik dengan kenyataan Yong Teck Lee dimana kenyataan beliau amat bertentangan dengan kenyataan pemimpin DAP;
Malaysian armed forces and police have the capability to repel the 100-odd armed intruders at Tungku, Lahad Datu, said former chief minister Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee.
He said this is because the Malaysian armed forces have long prepared for this and other similar possible sea borne invasions by foreign forces against Sabah.
“I had witnessed, as the then Chief Minister, a full scale military exercise conducted in 1997 by paratroopers and ground forces in the same locality at Tungku with the specific strategic objective to repel a foreign armed invasion. That is why a few days ago, I said that the people should have every confidence in the security forces of Malaysia to eventually repel this intrusion. - The Borneo Post
**walaupun pihak berkuasa mempunyai kelebihan dari segi kelengkapan dan ketenteraan, namun pendekatan kesederhanaan tetap didahulukan**
moga ia dpt diselesaikan dgn baik.
ReplyDeletemalaysia penakut..ckp je lebih..klu US tu belom masuk lgi dah tembak pakai jet dowg
ReplyDeleteIni lah Melayu tak sedar diri .
DeleteCina batu api nak Melayu perang sama Melayu kau pun sokong.
Barua punya Melayu, Azrul Joe nie..
Malaysia bukan Usa la bodoh !!
Deletetu lah....ingat melayu jer.....org risaukan sabah,ko dua ingat melayu jer....dua dua macam melayu...bodoh!!!!!!!!!.......
Deletelepas tu salahkan cina.....dia yg tak bleh nak maju,bersaka sesama melayu,cina gak jadi msngsa.....melayu memang tak keje lain,asyik letak kesalahan dri pada bangsa lain..ll
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteNanti malaysia bertindak tanpa berbincang, terus ada pula pihak yang cakap dan kutuk. Jadi memang bagus juga Malaysia bagi tempoh, sekurang-kurangnya ada alasan perang dibuat. Kerana mereka berdegil.
ReplyDelete