Monday, February 18, 2013

Undi Pos: Buat pertama kali dalam sejarah pilihan raya negara..

Buat pertama kali dalam sejarah pilihan raya negara, rakyat Malaysia menetap di luar negara dan berdaftar sebagai pemilih berpeluang mengundi dan terlibat dalam menentukan masa depan negara. 

Sebelum ini, hanya pelajar sepenuh masa dan penjawat awam dengan pasangan masing-masing dibenarkan mengundi secara pos. Selain menjadi pemilih berdaftar, mereka mestilah memenuhi syarat pernah berada di Malaysia untuk tempoh tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh lima tahun sebelum Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dibubar. 

Rakyat Malaysia yang tinggal di Selatan Thailand, Singapura, Brunei dan Kalimantan tidak layak memohon mengundi melalui pos dan perlu balik mengundi pada hari pengundian dijalankan. 

Penambahbaikan yang dilakukan SPR ini adalah satu daripada 22 syor Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya sewajarnya digunakan sebaik mungkin oleh mereka yang sayangkan Malaysia, kata beliau. 

“Peluang untuk mengundi melalui pos kepada rakyat Malaysia di luar negara adalah satu transformasi politik pilihan raya dan satu lonjakan pelaksanaan hak mengundi kepada rakyat Malaysia dan amat bermakna dalam sejarah proses demokrasi di negara ini,” kata Wan Ahmad yang berkhidmat dengan SPR sejak 1998 sebagai setiausaha dan mula menjawat Timbalan Pengerusi SPR pada 2005 sehingga sekarang. 

“Dia (rakyat Malaysia di luar negara) kena ada attachment (ikatan yang rapat) kepada negara. Nak pilih wakil rakyat, nak pilih kerajaan, kenalah ada komitmen kepada negara. Bukannya perkara besar sangat (untuk pulang ke Malaysia),” tegasnya. 

Katanya walaupun mengundi merupakan hak yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan, aspek tanggungjawab dan hubungan dengan negara perlu dititikberatkan kerana ia akan menentukan masa depan Malaysia. 

Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan pengundian secara pos rakyat Malaysia di luar negara, SPR bekerjasama dengan pejabat-pejabat perwakilan dan kedutaan Malaysia di luar negara, memberi latihan, buku panduan tatacara kerja dan video cakera padat mengenai proses mengundi secara pos. 

Wan Ahmad menjelaskan, sebuah Unit Pengurusan Undi Pos Luar Negara yang beroperasi 24 jam akan diwujudkan di ibu pejabat SPR di Putrajaya bagi melancarkan proses itu.

INFO

Rakyat Malaysia boleh merujuk panduan mengisi Borang 1B dan senarai soalan berkaitan (FAQ) yang disediakan melalui laman sesawang SPR bagi memastikan mereka mengisi borang permohonan mengundi secara pos dengan betul. 

Borang 1B yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada ibu pejabat SPR sama ada melalui e-mel (upup@spr.gov.my); atau faks (+603-8881 1201/ 1202/ 1187/ 1192); atau pos ke ibu pejabat SPR di Putrajaya. 

Rakyat Malaysia di luar negara dinasihati sentiasa menyemak pengumuman SPR mengenainya melalui laman sesawang www.spr.gov.my dari semasa ke semasa. - New Sabah Times

7 comments:

  1. Undilah demi masa hadapan kita. Jangan terpedaya dengan permainan pihak pembangkang lagi.

    ReplyDelete
  2. BN adalah pilihan yang tepat untuk menjadi kerajaan kita.

    ReplyDelete
  3. Kita dapat lihat akan kejayaan yang telah dikecapi oleh BN.

    ReplyDelete
  4. Ini membuktikan yang mana kerajaan BN tetap mementingkan kepentingan rakyat.

    ReplyDelete
  5. Jangan biarkan kita terus tertipu dengan permainan pembangkang ini. Mereka sengaja memutar belitkan cerita untuk meraih sokongan.

    ReplyDelete
  6. tiada alasan untuk tidak mengundi.

    ReplyDelete
  7. buka mata hati. jangan salahkan mana mana pihak. politik ni pukimak !

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.