Jika sebelum ini, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengibaratkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai hampas kelapa dan jerami, tohmahan itu akhirnya memberikan tamparan kepada pakatan pembangkang sendiri apabila mereka turut memperkenalkan imbuhan kewangan dalam manifesto pilihan rayanya.
Manifesto pakatan pembangkang menjanjikan caruman wanita sebanyak RM50 sebulan bagi isteri manakala suami perlu membuat caruman sebanyak antara RM10 hingga RM100 sebulan selain Skim Bonus Warga Emas (60 tahun ke atas) sebanyak RM1,000 setahun. Pakatan turut menjanjikan tambahan RM300 bagi setiap murid setiap tahun 1,854 Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Tamil, persendirian Cina, Tamil, Iban, Kadazan dan sekolah mubaligh. - Utusan
Pembangkang yang cuba menjadikan negara ini serba percuma juga terlupa terhadap usaha menarik pendapatan kerajaan terutama melalui pelabur asing. Manifesto pakatan pembangkang itu banyak memberi berbanding menarik pendapatan. Hal ini, tegas beliau, akan menyebabkan negara hilang arah tuju, sekali gus berdepan masalah bankrap.
Mengenai janji menurunkan harga kenderaan dan melupuskan pegangan kerajaan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC), kedua-dua usaha itu bukannya sesuatu yang menakjubkan sebaliknya sedang dan telah pun dilakukan kerajaan pada waktu ini.- Pensyarah Kanan Ekonomi dan Muamalat (USIM), Mohamad Noorizuddin Nooh
Pakatan pembangkang seolah-olah mempermainkan sistem demokrasi negara apabila menjadikan manifesto itu sebagai dokumen ‘main-main’ dan tidak serius. Manifesto pakatan pembangkang itu juga menimbulkan banyak persoalan kerana tidak dibuat dengan satu kajian yang menyeluruh dan penjelasan mengenai pelaksanaannya. Sebagai contoh pengurangan duti eksais kereta supaya kereta import menjadi murah yang akan mengakibatkan kerajaan akan kehilangan pendapatan sebanyak RM6.4 bilion. “Mereka nak ‘cover’ macam mana, apa yang mereka nak buat untuk ‘cover’ pendapatan kerajaan melalui duti eksais yang akan hilang,”. - Dr Mohd Puad Zarkashi
“Hapus tol, BN pun ada mengurangkan dari masa ke semasa dan akhirnya esok (nanti) tidak ada tol juga...pendidikan percuma, sekarang pun dah percuma,”. Pembangkang gagal mengambil kira keperluan utama rakyat yang kini diperjuangkan kerajaan BN. “Perlu difikirkan ialah kediaman, makan minum, pengangkutan, belanja harian...ini pembangkang tidak sentuh, harap (rakyat) jangan keliru. Nampak manifesto ini lemah dan tidak menarik, ternyata pembangkang tidak ada pakar ekonomi,”. Datuk Seri Mohd Ali Rustam
Janji pembangkang dalam manifesto pilihan raya umum ke-13 adalah tidak masuk akal dan kebudak-budakan. Antara janji seperti memberikan pendidikan percuma, memberi rumah percuma kepada ibu tunggal adalah satu janji palsu kerana mereka tidak melaksanakannya walaupun telah memegang tampuk kerajaan di Pulau Pinang dan beberapa buah negeri lain. “Walaupun mereka berkuasa di Pulau Pinang, kerajaan pakatan pembangkang itu tidak pun memberi pendidikan percuma dan membina rumah untuk golongan miskin di negeri ini,” - Shaik Hussein Mydin (Timbalan Pemuda BN P.Pinang)
Rakyat tidak akan terpedaya untuk kali kedua dengan manifesto itu memandangkan janji-janji pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-12 belum ditunaikan. Manifesto itu sebagai retorik dan kesemua manifesto itu tidak akan dilaksanakan. “Mereka tidak akan laksanakan kerana track record mereka dalam menunaikan semua janji tak ada, dulu punya janji pun tak kotakan. Macam mana rakyat nak percaya mereka. Satu kali ditimpa tangga cukup la, tidak ada kali kedua,” - Tan Cheng Liang
berdasarkan PRU lepas, pembangkang hanya menunaikan 15 peratus sahaja daripada keseluruhan janji yang dilaungkan ketika berkempen mengenai manifesto mereka. "Barisan Nasional (BN) tidak berjanji pun, BN tetap tolong orang. Pembangkang dah berjanji pun, tapi tak bagi, jadi bandingkanlah mana yang baik mana yang tak baik,".
Apa yang lebih malang bagi rakyat apabila ada pemimpin pembangkang yang mendakwa manifesto yang dikemukakan kepada pengundi bagi meraih kemenangan dalam pilihan raya bukan sesuatu janji mengikut undang-undang. "Oleh sebab itu, sebarang janji yang tercatat dalam manifesto pembangkang termasuk mahu memberikan 20 peratus royalti, itu janji palsu...termasuk mahu memberikan penghapusan cukai pintu dan tol, itu janji palsu. - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
"Manifesto pakatan tidak kreatif selain tidak bertanggungjawab. Contohnya menghantar pulang sejuta pekerja asing akan melumpuhkan sektor perladangan kelapa sawit, pembinaan dan industri perkhidmatan serta separuh daripada Keluaran Dalam Negara Kasar negara sekarang,"
Pemansuhan pinjaman pengajian Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menafikan hak sebahagian pelajar dari Sabah dan Sarawak yang kini menuntut di universiti awam dan swasta. "Mereka tidak mampu belajar di universiti dan kolej tanpa PTPTN,". Mengenai penghapusan tol, langkah itu akan mengikis kewangan kerajaan, sekali gus menjejaskan pembinaan jalan berkualiti di Sabah dan Sarawak sedangkan penduduk di Semenanjung menikmati kemudahan lebuh raya. - Datuk Seri Dr Maximus Ongkili
Manifesto pakatan pembangkang yang diumumkan hari ini tidak pun menyatakan mengenai sebarang agenda khusus berhubung perjuangan memartabatkan Islam. Sekurang-kurangnya asas perjuangan Pas iaitu melaksanakan hukum hudud dimuatkan dalam manifesto tersebut. Perjuangan asas Pas itu sepatutnya terkandung dalam manifesto pakatan pembangkang sebagai menghormati pengundi-pengundi atau ahli-ahli Pas yang dari dulu memperjuangkan Islam. - Azli Shukri (Blogger azlishukri.blogspot.com)
Manifesto Pakatan Rakyat (PR) lebih bersifat populis, tidak terperinci serta mustahil untuk dilaksanakan. Selain mencabar pembangkang agar mendedahkan kaedah perlaksanaan manifesto mereka, pengundi juga diingatkan bahawa banyak janji pembangkang pada pilihan raya 2008 gagal dilaksanakan. Tiada makna bagi pembangkang untuk membuat janji baru kerana mereka gagal memenuhi kebanyakkan manifesto yang lalu. - Khairy Jamaluddin
Dasar-dasar tertentu dalam manifesto seperti kenaikan RM200 dalam gaji minimum akan mempunyai kesan negatif ke atas ekonomi. Majikan pada tahap ini turut mempunyai masalah menyesuaikan dasar gaji minimum semasa sebanyak RM900. - Datuk Seri Shabery Cheek
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar menyediakan butir-butir terperinci tentang bagaimana rancangan mereka untuk melaksanakan manifesto tersebut. "Mereka boleh menjanjikan bulan dan bintang tetapi satu perkara yang mereka gagal untuk menjelaskan bagaimana mereka akan mendapatkan wang bagi membiayai janji-janji mereka." - Datuk Abdul Rahman Dahlan
Manifesto pembangkang hanya 'retorik dan gimik pilihan raya', pihak pembangkang tidak mempunyai satu model ekonomi untuk menjana pendapatan berterusan bagi memenuhi janji mereka. - Datuk Dr Wee Ka Siong
Nasib rakyat Selangor adalah bukti bahawa manifesto pembangkang hanya untuk 'memancing undi'. - Datuk Dr Mah Hang Soon
Kerajaan negeri Selangor wajib menunaikan janji pemberian RM100 kepada ibu tunggal dalam manifesto terakhir sebelum bercakap tentang manifesto baru. - Datuk Yu Chok Tow
manifesto pembangkang hanyalah kosong.
ReplyDelete