KOTA BELUD: Penurunan drastik kadar kemiskinan di Sabah daripada 19.7 peratus pada 2009 kepada 8.1 peratus tahun lalu menunjukkan program kemiskinan yang dilaksanakan kerajaan Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman membuahkan hasil, kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Salleh Said Keruak.
Sambil menyangkal dakwaan pembangkang kononnya kerajaan BN gagal membawa pembangunan di Sabah termasuk dalam konteks pembasmian kemiskinan, beliau berkata, kejayaan itu adalah fakta yang jelas dan benar, sekali gus melenyapkan keraguan tentang kemampuan kerajaan BN membangunkan negeri ini.
Beliau berkata, kredit seharusnya diberi kepada Ketua Menteri dan Kabinetnya atas program kemiskinan yang sasarannya tepat dan membuahkan hasil.
"Saya harap rakyat Sabah tidak terkeliru dengan dakyah pembangkang yang cuba menidakkan apa juga kejayaan program kerajaan BN, semata-mata mahu meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya akan datang," katanya kepada BERNAMA ketika dihubungi hari ini.
Bekas Ketua Menteri itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Datuk Dr Rahamat Bivi Yusoff berhubung perkara itu.
Ketika mengumumkan keputusan awal Kajian Pendapatan Isi Rumah (HIS) 2012 bagi Sabah di sini semalam, Rahamat Bivi dipetik sebagai berkata, kadar kemiskinan di Sabah berkurangan daripada 19.7 peratus pada 2009 kepada 8.1 peratus tahun lalu, penurunan TERTINGGI kadar kemiskinan yang dicatatkan dalam negara.
Beliau berkata, kadar kemiskinan di kawasan luar bandar mencatatkan pengurangan daripada 32.8 peratus pada 2009 kepada 12.9 peratus tahun lalu, manakala di kawasan bandar, angka itu berkurangan daripada 9.8 peratus kepada 5.3 peratus.
Rahamat Bivi juga dipetik sebagai berkata, hasil kajian HIS 2012 itu menunjukkan pendapatan isi rumah purata bagi Sabah pada 2012 meningkat kepada RM4,013 sebulan berbanding RM3,102 pada 2009, peningkatan 29.4 peratus dengan kadar pertumbuhan purata 8.6 peratus setahun.
Salleh yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, berkata kejayaan itu membuktikan program transformasi yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjaya menepati sasaran.
Katanya, jumlah dana yang besar disediakan kerajaan BN ternyata memberi kesan positif dalam mengurangkan kadar kemiskinan di Sabah. - BH
Bagus la jika ini yang berlaku. Saya juga sedar kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Buruh sedang menjalankan Program e-kasih untuk membantu mereka2 yang berada di paras kemiskinan untuk mendapatkan pekerjaan berasaskan kelayakkan yang mereka ada.
ReplyDeleteHarap usaha ini berterusan. Semoga rakyat Sabah dapat mengubah kadar kemiskinan dari masa kesemasa.
ReplyDeleteusaha kerajaan dalam membasmi kemiskinan nampaknya berhasil
ReplyDelete8.1% bermaksud dalam setiap 100 isirumah, 8 orang adalah dlm kategori miskin. Kalah mengikut threshold RM940 di Sabah, hampir keseluruhan isirumah di kampung saya adalah miskin. Untuk membolehkan statistic ini betul, isirumah2 di kampung2 lain mesti lah berpendapatan tinggi, yg kebarangkaliannya adalah rendah.
ReplyDeleteWlubagaimanapun tidak dinafikan usaha2 kerajaan memang ada hasilnya