Monday, February 4, 2013

STAR tolak kerjasama PR, SAPP bakal bubar dan Lajim masih ahli UMNO?

Berita yang baru kami terima dari Kota Kinabalu - Parti STAR mendesak Pakatan Rakyat Keluar dari Bumi Sabah! Presiden STAR Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan yang juga adik kepada DSP Pairin Kitingan dalam desakannya semasa Kongres STAR di Kota Kinabalu, berkata rundingan STAR dengan Pakatan Rakyat yang diketuai Anwar Ibrahim sudah tutup. Tiada lagi kerjasama.

Di Tawau pula, beberapa Cawangan SAPP telah dibubarkan. Ketua Bahagian SAPP Tanjung Batu, Ardi Arsah, mengisytiharkan keluar dari SAPP bersama-sama dengan lebih 20 Cawangan SAPP di seluruh Tawau.

Apa sudah jadi dengan Pakatan Rakyat di Sabah???

Khabarnya, Lajim Ukin sudah bersedia kembali semula ke pangkuan UMNO. Sehingga ke saat ini, Lajim masih ahli UMNO! Lajim Ukin sudah mengetahui rahsia mengapa surat-suratnya tidak sampai kepada DS Najib Tun Razak. Rupa-rupanya semua surat-surat Lajim Ukin kepada DS Najib tempohari disekat dan tidak disampaikan oleh salahseorang SETPOL PM!

Seorang orang paling kanan Lajim memberitahu kepada kami, Lajim sedih kerana surat-suratnya tidak sampai ke tangan PM! Seorang kenalan Lajim yang juga mantan Menteri Kabinet Negeri Sabah memberitahu kepada kami "Lajim akan menyertai semula BN sama ada menjelang PRU13 atau selepas PRU13". - Mymassa

23 comments:

  1. Betulkah Lajim akan kembali kepada BN?kalau benar nampaknya Lajim semakin sedar akan kelemahan diri beliau bila berada di luar BN.

    ReplyDelete
  2. pembangkang di Sabah tak pernah ada sefahaman.

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya Lajim tidak akan ke mana pun PRU-13 nanti.tidak ada kejayaan yang beliau akan perolehi.

    ReplyDelete
  4. SEMAKIN DEKAT PILIHANRAYA, SEMAKIN HANCUR PEMBANGKANG DI SABAH.. NAMPAK GAYANYA, BERPUTIH MATA LAGILAH PEMBANGKANG SABAH SELEPAS PRU13

    APABILA melihat kepada senario politik yang berlaku di negeri Sabah sekarang ini, jelas menunjukkan parti pembangkang tidaklah sehebat mana seperti yang diwar-warkan oleh sesetengah pihak dengan kata lain kurang menyengat. Mungkin mereka kini ketandusan idea-idea atau strategi untuk mengenakan kerajaan BN sekarang.

    ReplyDelete
  5. SEMAKIN DEKAT PILIHANRAYA, SEMAKIN HANCUR PEMBANGKANG DI SABAH.. NAMPAK GAYANYA, BERPUTIH MATA LAGILAH PEMBANGKANG SABAH SELEPAS PRU13

    Usaha murni Perdana Menteri Dato' Seri Najib memperkenalkan beberapa kaedah atau program untuk mengembalikan keyakinan rakyat untuk menyokong kerajaan pimpinan beliau kini diterima dengan baik.

    ReplyDelete
  6. SEMAKIN DEKAT PILIHANRAYA, SEMAKIN HANCUR PEMBANGKANG DI SABAH.. NAMPAK GAYANYA, BERPUTIH MATA LAGILAH PEMBANGKANG SABAH SELEPAS PRU13

    Gagasan 1Malaysia, Program Tranformasi sama ada kerajaan dan ekonomi begitu juga model ekonomi baru, telah memperlihatkan satu lagi anjakan minda yang harus disokong oleh rakyat supaya negara kita boleh bersaing di peringkat global.

    ReplyDelete
  7. SEMAKIN DEKAT PILIHANRAYA, SEMAKIN HANCUR PEMBANGKANG DI SABAH.. NAMPAK GAYANYA, BERPUTIH MATA LAGILAH PEMBANGKANG SABAH SELEPAS PRU13

    Impian pembangkang untuk merampas Sabah dari kerajaan BN dalam pilihanraya umum akan datang semakin pudar. Secara peribadi saya membuat kesimpulan bahawa pakatan parti pembangkang di Sabah terlalu longgar. Ini disebabkan setiap parti pembangkang di Sabah cuba menonjolkan pengaruh mereka masing-masing tanpa mempunyai gabungan yang utuh untuk menumbangkan kerajaan yang sedia ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEMAKIN DEKAT PILIHANRAYA, SEMAKIN HANCUR PEMBANGKANG DI SABAH.. NAMPAK GAYANYA, BERPUTIH MATA LAGILAH PEMBANGKANG SABAH SELEPAS PRU13

      Sebagai contoh pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi yang lepas, telah terbukti PKR dan SAPP tidak sehaluan sehingga kedua-dua calon yang mewakili parti masing-masing bercakaran atau tuduh menuduh di antara satu sama lain. Dan peluang ini telah diambil sebaik mungkin oleh BN untuk melaksanakan agenda mereka tanpa berkerja membanting tulang untuk mempertahankan kerusi tersebut.

      Delete
  8. SEMAKIN DEKAT PILIHANRAYA, SEMAKIN HANCUR PEMBANGKANG DI SABAH.. NAMPAK GAYANYA, BERPUTIH MATA LAGILAH PEMBANGKANG SABAH SELEPAS PRU13

    Alasan yang kedua adalah PKR di Sabah seolah-olah tidak mempunyai kapten untuk mengemudi parti tersebut untuk menyakinkan rakyat bahawa mereka mampu membentuk kerajaan negeri akan datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEMAKIN DEKAT PILIHANRAYA, SEMAKIN HANCUR PEMBANGKANG DI SABAH.. NAMPAK GAYANYA, BERPUTIH MATA LAGILAH PEMBANGKANG SABAH SELEPAS PRU13

      Sejak DS Zaid Ibrahim mengumumkan beliau terpaksa meninggalkan PKR, disebabkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti DS Anwar Ibrahim, telah memberi impak kepada Dtk Dr Jeffery Kitingan turut sama keluar dar PKR Sabah.

      Delete
    2. SEMAKIN DEKAT PILIHANRAYA, SEMAKIN HANCUR PEMBANGKANG DI SABAH.. NAMPAK GAYANYA, BERPUTIH MATA LAGILAH PEMBANGKANG SABAH SELEPAS PRU13

      Pada hakikatnya ketika itu, Dr Jeffery masih kurang senang terhadap tingkah laku DS Anwar yang kononnya banyak berjanji tetapi tidak dapat melaksanakan permintaan Dr Jeffery termasuk DS Anwar enggan menandatangani Deklarasi Tambunan. Secara logiknya kalau belum berkuasa DS Anwar enggan memenuhi permintaan rakyat Sabah, apatah lagi beliau menjadi PM dan berkuasa!

      Delete
  9. SEMAKIN DEKAT PILIHANRAYA, SEMAKIN HANCUR PEMBANGKANG DI SABAH.. NAMPAK GAYANYA, BERPUTIH MATA LAGILAH PEMBANGKANG SABAH SELEPAS PRU13

    Alasan ketiga, kewujudan parti baru yang berpengkalan di Sarawak iaitu STAR di bawah pimpinan Dr. Jeffry masih lagi terkial-kial mencari penyokongnya tetapi dalam masa yang sama DJK tidak sedar bahawa dia sebenarnya sedang menjolok sarang tebuan (PKR dan SAPP) yang kebetulan dalam masa mencari penyokong masing-masing. Oleh yang demikian, akan berlaku perebutan untuk mencari penyokong masing-masing. Maka tidak hairanlah unsur sabotaj yang melibatkan parti SAPP, STAR dan PKR akan wujud yang boleh menimbulkan konflik.

    ReplyDelete
  10. SEMAKIN DEKAT PILIHANRAYA, SEMAKIN HANCUR PEMBANGKANG DI SABAH.. NAMPAK GAYANYA, BERPUTIH MATA LAGILAH PEMBANGKANG SABAH SELEPAS PRU13

    Alasan keempat adalah, rekod buruk pemimpin parti di Sabah iaitu Yong Teck Lee dari SAPP dan Dr. Jeffry Kitingan dari STAR tidak meyakinkan rakyat untuk menyokong mereka. Walaupun pada masa sekarang mereka mengisytiharkan bahawa mereka sudah mempunyai ramai penyokong sehingga ratusan ribu, sebenarnya keupayaan mereka untuk memimpin negeri Sabah belum dipercayai sepenuhnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEMAKIN DEKAT PILIHANRAYA, SEMAKIN HANCUR PEMBANGKANG DI SABAH.. NAMPAK GAYANYA, BERPUTIH MATA LAGILAH PEMBANGKANG SABAH SELEPAS PRU13

      Tengok sahaja la YTL sewaktu menjadi KM Sabah dahulu, tiada sumbangan yang dapat dibanggakan. Tengok lah juga DJK yang suka melompat2 parti yang juga tiada pengalaman mengemudi negeri Sabah. Seolah-olah mereka ini umpama "badut" yang ingin merosakkan pemikiran rakyat untuk menyokong agenda politik peribadi YTL dan DJK ini.

      Delete
  11. SEMAKIN DEKAT PILIHANRAYA, SEMAKIN HANCUR PEMBANGKANG DI SABAH.. NAMPAK GAYANYA, BERPUTIH MATA LAGILAH PEMBANGKANG SABAH SELEPAS PRU13

    Alasan kelima, unsur sabotaj dan perebutan kerusi pasti akan berlaku di kalangan parti SAPP, STAR dan PKR.....tolak PAS la. Kesepakatan memang tidak akan berlaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEMAKIN DEKAT PILIHANRAYA, SEMAKIN HANCUR PEMBANGKANG DI SABAH.. NAMPAK GAYANYA, BERPUTIH MATA LAGILAH PEMBANGKANG SABAH SELEPAS PRU13

      Pada masa sekarang kita lihat dengan adanya "penubuhan" United Borneo Front (UBF) oleh DJK yang merangkumi STAR, SAPP dan USNO yang dikatakan akan memperjuangkan borneo, pastinya ia akan hancur.

      Delete
    2. SEMAKIN DEKAT PILIHANRAYA, SEMAKIN HANCUR PEMBANGKANG DI SABAH.. NAMPAK GAYANYA, BERPUTIH MATA LAGILAH PEMBANGKANG SABAH SELEPAS PRU13

      SAPP ada "kerjasama" palsu dengan PKR untuk bergabung menguasai Sabah, tetapi kenapa PKR tidak dimasukkan terus dalam UBF??? Dalam masa yang sama kita telah lihat bahawa TYL sudah mempunyai "FIKIRAN SENDIRI" untuk memenuhi agenda partinya.

      Delete
    3. SEMAKIN DEKAT PILIHANRAYA, SEMAKIN HANCUR PEMBANGKANG DI SABAH.. NAMPAK GAYANYA, BERPUTIH MATA LAGILAH PEMBANGKANG SABAH SELEPAS PRU13

      DJK pula sanggup berjuang dengan parti STAR dalam memenuhi agenda politiknya sendiri dan dalam masa yang sama akan membelakangi SAPP. USNO pulak??? Parti yang tidak wujud tetapi orang-orang USNO pasti akan memperjuangkan hak-hak mereka yang mewakili keistimewaan dan bangsa mereka juga dan akan "demand" dari SAPP dan STAR kelak.

      Delete
    4. SEMAKIN DEKAT PILIHANRAYA, SEMAKIN HANCUR PEMBANGKANG DI SABAH.. NAMPAK GAYANYA, BERPUTIH MATA LAGILAH PEMBANGKANG SABAH SELEPAS PRU13

      DAP pulak? Pada hakikatnya DAP akan menggunakan senjata rahsia mereka untuk memecah-belahkan perpaduan rakyat di Sabah. Dalam masa yang sama mereka akan menjadi virus kepada parti-parti di Sabah.

      Delete
  12. SEMAKIN DEKAT PILIHANRAYA, SEMAKIN HANCUR PEMBANGKANG DI SABAH.. NAMPAK GAYANYA, BERPUTIH MATA LAGILAH PEMBANGKANG SABAH SELEPAS PRU13

    Alasan keenam, PERANG sesama parti pembangkang pasti akan berlaku sebab kesefahaman tidak ada dan mereka akan bercakaran sesama sendiri bagi menjamin kepentingan dan agenda parti.

    ReplyDelete
  13. SEMAKIN DEKAT PILIHANRAYA, SEMAKIN HANCUR PEMBANGKANG DI SABAH.. NAMPAK GAYANYA, BERPUTIH MATA LAGILAH PEMBANGKANG SABAH SELEPAS PRU13

    Alasan terakhir, pada masa sekarang kerajaan persekutuan telah memberikan banyak peruntukan untuk tujuan pembangunan bagi Sabah dan Sarawak. Banyak projek kerajaan persekutuan yang terdiri daripada projek naik taraf jalan, loji air, bantuan rumah dan sebagainya telah dibuat di Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEMAKIN DEKAT PILIHANRAYA, SEMAKIN HANCUR PEMBANGKANG DI SABAH.. NAMPAK GAYANYA, BERPUTIH MATA LAGILAH PEMBANGKANG SABAH SELEPAS PRU13

      Tetapi yang peliknya terdapat seolah-olah "orang buta" di Sabah terutamanya pembangkang menyatakan bahawa tiada projek persekutuan di buat di Sabah dan mereka mahukan permintaan setiap individu mesti ditunaikan....APA PUNYA pikiran "orang buta" ni.

      Delete
  14. Biasalah bah tu politik

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.