Sunday, February 3, 2013

PKR Tenom bergolak lagi

Ada yang buta huruf dalam PKR Tenom? Ada yang tidak puas hati dengan jawatan yang diberikan kepada mana-mana ahli PKR Tenom? Halik Zaman sebelum ini begitu yakin bahawa Tenom akan menjadi milik PKR. Kekerapan beliau turun padang dan kekerapan muka beliau terpampang besar di portal Sabahkini, hampir-hampir meyakinkan rakyat Sabah bahawa PKR begitu kuat di Tenom. Namun, siapa sangka parti yang dikatakan kuat itu rupanya masih berhadapan dengan masalah kepimpinan yang kronik. 

Patutlah dalam setahun lebih ini, tidak ada aktiviti turun padang diketuai oleh Halik Zaman yang disiarkan oleh Sabahkini. Adakah pergolakan dalaman ini menjadi punca PKR Tenom semakin kurang aktif? Jika masalah dalaman parti tidak mampu diselesaikan sehingga menjejaskan gerak kerja parti, baik bubarkan saja PKR Tenom.

Jom layan pemimpin-pemimpin PKR Tenom bertelagah sesama sendiri yang disiarkan Sabahkini seperti dibawah;
KEMELUT isu kepimpinan PKR Tenom yang semakin panas seharusnya pihak pihak lain Pro Halik Zaman tidak mengaitkan orang lain di dalam pergolakan ini khususnya wartawan kerana beliau hanya bertindak atas arahan saya (Jamain Kalasang) untuk menulis bahan cerita mengenai hasrat ahli-ahli PKR yang mahukan perubahan kepimpinan PKR Tenom. 
Saya amat terkilan apabila pihak penulis laman sosial Facebook, William Angkai (milik Halik dan Isterinya) mengatakan bahawa saya seorang 'buta huruf' malah jawatan saya selaku Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) telah dipecat oleh pucuk pimpinan AMK Pusat adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali. 
Mereka ini (pro Halik) terutamanya Ambalau, perlu membuka minda dan mata dengan seluas luasnya bahawa dizaman era serba moden abad ke-21 ini apakah masih terdapat golongan masyarakat 'buta huruf' seperti yang didakwa pemegang akaun Facebook tersebut atau niatnya sekadar 'memfitnah' kepada saya untuk mengalihkan perhatian umum berhubung isu kepimpinan PKR Tenom yang dalam keadaan kucar kacir. 
Persoalannya sekarang bahawa mereka mengatakan saya 'buta huruf' langsung tidak wajar kerana sebagai pemimpin sayap kanan dalam AMK yang dipilih perwakilan; apakah wajar perwakilan memilih saya dalam keadaan 'buta huruf'. 
Apatah lagi beban tugas dan tanggung jawab sebagai pemimpin AMK yang bukan sahaja menghadiri setiap kali mesyuarat diperingkat negeri namun seseorang pemimpin itu kena menyediakan beberapa kertas kerja pelan pembangunan dan gerak kerja untuk AMK diperingkat Cabang. 
Jadi, Ambalau kena rasional ketika membuat tuduhan bahawa tugas seberat ini ada keperluan untuk seseorang pemimpin 'buta huruf' atau nama Ambalau sekadar digunakan Halik atau isterinya untuk melawan balik tuduhan kami selaku ahli-ahli akar umbi PKR Tenom. 
Apa pun, kami tetap dengan pendirian untuk mendesak pihak MPN PKR Sabah supaya Halik Zaman direhatkan dahulu bersama Isterinya dan memberi laluan kepada pemimpin muda dan berwibawa menggalas tugas mempastikan PKR Tenom bersama PR dapat menumbangkan UMNO-BN pada PRU-13 kelak. 
Sekian, LAWAN TETAP LAWAN! 
Salam Hormat, 
JAMAIN KALASANG 
Ketua AMK PKR Cabang Tenom
Sumber: Sabahkini

34 comments:

  1. Luar nampak ok tapi rupa2nya mereka hadapi masalah serius.

    ReplyDelete
  2. Beri laluan pada pemimpin muda dan berkelayakan.

    ReplyDelete
  3. PKR tenom dah makin lemah, peluang makin tipis.

    ReplyDelete
  4. ini memberi kelebihan kepada BN.

    ReplyDelete
  5. PEMBANGKANG SABAH AMSIH DALAM ILUSI

    Sejak beberapa bulan lepas, parti pembangkang di Sabah sibuk berbincang untuk merungkai ketidaksefahaman dalam isu pembahagian kerusi pembangkang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 di negeri itu.

    ReplyDelete
  6. PEMBANGKANG SABAH AMSIH DALAM ILUSI

    Setelah selesai beberapa pusingan rundingan untuk memastikan Barisan Nasional (BN) akan berdepan dengan pertandingan satu lawan satu, nampaknya Parti Maju Sabah (SAPP), DAP, PKR dan Parti Pembaharuan Negeri (STAR) tidak mencapai banyak kemajuan tentang perkara itu. Sabah mempunyai 60 kerusi negeri dan 25 kerusi parlimen.

    ReplyDelete
  7. PEMBANGKANG SABAH AMSIH DALAM ILUSI

    SAPP, yang dipimpin bekas Ketua Menteri Datuk Yong Teck Lee, dikatakan tidak membantah sekiranya parti pembangkang kebangsaan meletakkan calon di dua pertiga daripada jumlah kerusi parlimen tetapi mahu dua pertiga daripada jumlah kerusi negeri diperuntukkan kepada parti politik tempatan.

    ReplyDelete
  8. PEMBANGKANG SABAH AMSIH DALAM ILUSI

    Bagaimanapun, pengerusi STAR Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan tidak mahu parti pembangkang kebangsaan meletakkan sebarang calon di negeri itu.

    ReplyDelete
  9. PEMBANGKANG SABAH AMSIH DALAM ILUSI

    Dalam temu bual dengan Bernama baru-baru ini, Jeffrey berkata memang berlaku pertindihan (mengenai calon) kerana setiap parti menyediakan senarai calon sendiri tetapi beliau yakin perkara itu dapat dikurangkan melalui semangat tolak ansur dalam kalangan parti pembangkang tempatan.

    ReplyDelete
  10. PEMBANGKANG SABAH AMSIH DALAM ILUSI

    "Ini mungkin berlaku bagi sesetengah kawasan, tapi bukan di semua kawasan. Kalau kami boleh capai satu pertiga atau malah, 50 peratus, sudah cukup baik," katanya sambil menjelaskan bahawa pertandingan satu lawan satu hanya sesuatu yang ideal tetapi sukar menjadi kenyataan di sesetengah kawasan atas alasan strategik.

    ReplyDelete
  11. PEMBANGKANG SABAH AMSIH DALAM ILUSI

    Oleh itu, kata beliau, pengundi perlu mendapat maklumat secukupnya dan memahami bahawa pertandingan satu lawan satu hanya suatu strategi, bukan untuk melemahkan semangat pengundi untuk keluar mengundi bagi calon pilihan mereka.

    ReplyDelete
  12. PEMBANGKANG SABAH AMSIH DALAM ILUSI

    Namun demikian, beberapa pemerhati politik percaya STAR Sabah sedang bekerjasama dengan BN untuk menyukarkan parti pembangkang di negeri itu berkempen secara satu barisan.

    ReplyDelete
  13. PEMBANGKANG SABAH AMSIH DALAM ILUSI

    Jeffrey bagaimanapun menafikan pandangan itu. Beliau berkata parti berkenaan sedang berbincang dengan parti pembangkang lain untuk memastikan wujudnya sebanyak mungkin pertandingan satu lawan satu dan idea untuk membentuk satu barisan pembangkang yang padu di Sabah, masih boleh dicapai.

    ReplyDelete
  14. PEMBANGKANG SABAH AMSIH DALAM ILUSI

    Pada pilihan raya umum akan datang, STAR Sabah sedia berkompromi kerana parti itu lebih berminat untuk bertanding di kawasan majoriti masyarakat Kadazan Dusun Murut (KDM) dan kawasan bercampur, bukan di semua 60 kawasan seperti yang ditegaskan sebelum ini. Bagi kerusi parlimen, mereka berhasrat bertanding di 10 hingga 12 kerusi di Sabah.

    ReplyDelete
  15. PEMBANGKANG SABAH AMSIH DALAM ILUSI

    SAPP dan pakatan pembangkang PKR-DAP-PAS di Sabah nampaknya masih belum mempunyai kesepakatan mengenai pembahagian kerusi dan perbincangan masih diteruskan antara mereka dan STAR Sabah.

    ReplyDelete
  16. PEMBANGKANG SABAH AMSIH DALAM ILUSI

    Presiden SAPP, Yong memberitahu Bernama bahawa walaupun parti itu ingin bertanding di kebanyakan kerusi negeri tetapi ia bersedia mengurangkan jumlah itu supaya keadaan menjadi lebih fleksibel atau seperti yang dinyatakannya, untuk bekerjasama "dengan semangat sedia berkongsi bebanan".

    ReplyDelete
  17. PEMBANGKANG SABAH AMSIH DALAM ILUSI

    Penganalisis politik dan pensyarah di UiTM Sabah, Dr Arnold Puyok, ragu-ragu sama ada parti politik di negeri itu mampu mengelak daripada berlaku pertandingan banyak penjuru pada PRU ke-13.

    ReplyDelete
  18. PEMBANGKANG SABAH AMSIH DALAM ILUSI

    Beliau berkata sukar bagi parti pembangkang di negeri itu untuk bersatu, walaupun mereka cuba mewujudkan pertandingan satu lawan satu dan sesetengah mereka kelihatan sedia untuk berkompromi.

    ReplyDelete
  19. PEMBANGKANG SABAH AMSIH DALAM ILUSI

    "Setiap orang ada agenda sendiri. Masalah di Sabah ialah kita tidak tahu siapa yang mengetuai barisan pembangkang, sekiranya ada. Tiada siapa yang ingin membentuk pakatan yang padu, setiap orang mempunyai matlamat sendiri.

    ReplyDelete
  20. PEMBANGKANG SABAH AMSIH DALAM ILUSI

    "Memanglah mereka kata mereka sedia berkompromi, tapi ini sesuatu yang masih sukar dicapai. Sekiranya mereka tidak bersatu, BN akan mempunyai kelebihan apabila berlaku pertandingan banyak penjuru," katanya.

    ReplyDelete
  21. PEMBANGKANG SABAH AMSIH DALAM ILUSI

    Bagaimanapun, BN Sabah tidak mengambil kisah tentang perkara itu kerana ia lebih memberi perhatian terhadap usaha memantapkan lagi persiapan untuk terus berkuasa di negeri itu melalui undi majoriti yang lebih besar.

    ReplyDelete
  22. PEMBANGKANG SABAH AMSIH DALAM ILUSI

    "BN berusaha gigih untuk memenangi hati mereka. Secara keseluruhan, BN Sabah masih mampu menang dengan majoriti selesa. Ini tidak boleh diragukan," kata Timbalan Pengerusi Umno Sabah Datuk Salleh Tun Said Keruak.

    ReplyDelete
  23. PEMBANGKANG SABAH AMSIH DALAM ILUSI

    Sesungguhnya, PRU ke-13 akan mendedahkan sama ada hasrat parti pembangkang di Sabah untuk membentuk satu pakatan kukuh, menjadi kenyataan.

    ReplyDelete
  24. Chief Minister Datuk Seri Musa Aman has described Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin as a leader who cares for the people of Sabah.

    ReplyDelete
  25. He said both of them are real, sincere and true leaders of the country who care for the future and well-being of the people in the state.

    ReplyDelete

  26. “Under the leadership of the Prime Minister, the BN government has proved that the people and the state have enjoyed progress by leaps and bounds today,” he said when speaking at a gathering in conjunction with Muhyiddin’s visit at Datuk Seri Panglima Antanom Hall.





    ReplyDelete

  27. Musa said the BN government wants to ensure that every state in the country would be developed and become the pride of the people.

    ReplyDelete
  28. He also slammed opposition leader who only appears when the election is around the corner with empty promises.

    ReplyDelete
  29. “The opposition only know about holding Bersih 1.0 and Bersih 2.0, which do not benefit the people and the country but the BN government has BR1M 1.0 and BR1M 2.0, which benefit the people,” Musa said, accusing the opposition of deliberately turning a blind eye to the development provided by the BN government.

    ReplyDelete

  30. “The opposition’s claim of no development in Sabah is not true,” he said, adding that the Ulu Tomani road project had already been approved and it would be implemented early this year.

    ReplyDelete
  31. Musa said only BN could determine the fate and direction of the people because BN was on the right track and it needed the full support of the rakyat in the upcoming general election.

    ReplyDelete
  32. Earlier, Assistant Minister in the Chief Minister’s Department Datuk Radin Malleh described the intention of the opposition to seize Putrajaya and the state government as just a dream.

    ReplyDelete

  33. Radin, who is also Melalap assemblyman, urged the people in Tenom to continue their support to the BN candidates in the upcoming general election.

    ReplyDelete
  34. “Do not listen to the empty talks of the opposition.” Radin also urged the Ministry of Education to approve an application for a secondary school in Kuala Tomani and in Melalap as well as application for maintenance for several schools hit by floods in the district.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.