Tuesday, February 12, 2013

SAPP dan STAR hanya bermain di celah-celah dan akan hilang di tengah-tengah kata Bumburing???

- Pakatan Rakyat (PR) sangat yakin mereka tidak memerlukan Parti Maju Sabah (SAPP) untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN) di Sabah.

- Barisan pembangkang di Sabah amat sesak, dengan tiga parti PR DAP, PKR dan PAS, sekutu baru APS dan PPPS, dan dua parti pembangkang lain SAPP dan STAR.

- Semua tujuh pergerakan politik sebelum ini mahu bersatu menentang BN tetapi kegagalan pengagihan kerusi menyebabkan pilihan raya akan datang mungkin akan menyaksikan pertandingan tiga atau empat penjuru melawan BN. 

- Ketua APS Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing berkata, keengganan SAPP untuk mengalah dari permintaan yang “tamak” untuk bertanding sekurang-kurangnya lebih separuh darpada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menyebabkan rundingan kerusi mereka dengan PR mengalami kebuntuan. 

- Beliau memanggil ketua SAPP sebagai “anggur masam” kerana memulakan peperangan mulut terhadap dirinya dan seorang lagi sekutu baru PR Sabah, Ketua PPPS Datuk Seri Lajim Ukin, selepas menyedari permintaan kerusi parti mereka akan ditolak. 

- Datuk Yong Teck Lee menyamakan kedua-dua lelaki itu sebagai kerbau yang dicucuk hidung, mengatakan kedua-duanya terpaksa tunduk kepada pemimpin-pemimpin PR di Semenanjung untuk melobi kerusi dalam pilihan raya umum akan datang. 

- Bumburing dalam perbualan telefon bersama The Malaysian Insider berkata, “Beliau (YTL) hanyalah anggur masam. Mengetahui peluangnya dengan PR hampir gagal, beliau cuba untuk mengeluarkan kata-kata mengarut untuk merendahkan kami.” 

- “Beliau (YTL) hanya mahu menyertai perjuangan dengan cara ini kerana mahu menjadi ketua menteri sekali lagi ... ia hanya kepentingan peribadi beliau. Jadi beliau begitu terdesak untuk mempunyai cara beliau ... ini adalah peluang terakhir untuk beliau menjadi ketua menteri,” tegas Bumburing. 

- “SAPP dan STAR hanya bermain politik di celah-celah ... mereka akan kekal hilang di tengah-tengah,” kata Bumburing. 

- “Kami sentiasa berminat dalam berkongsi kerusi dengan SAPP tetapi malangnya, mereka tidak dapat menyertai kami. Jadi sekarang, kita tidak mempunyai pilihan tetapi untuk bergerak ke hadapan antara PR, APS dan PPPS,” 

- Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali mengatakan SAPP telah secara rasmi dikeluarkan dari rundingan kerusi bersama PR, oleh kerana parti berasaskan Sabah itu enggan mengalah dari menuntut sekurang-kurangnya separuh daripada 60 kerusi DUN Sabah. 

- Hujah Yong adalah kuasa pentadbiran Sabah untuk kekal di tangan rakyat Sabah, hanya parti berasaskan negeri perlu bertanding sejumlah besar daripada 60 kerusi.

17 comments:

  1. Parti-parti pembangkang tidak mempunyai harapan untuk menguasai Sabah, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam mana mahu ada harapan kalau asyik bercakaran sesama sendiri... nampaknya pembangkang tidak pernah belajar dari kesilapan ketika PRK Batu Sapi..

      Delete
  2. Katanya, Sabah sudah melalui banyak pengalaman diperintah parti pembangkang dan pengalaman itu boleh dijadikan panduan kepada negeri-negeri lain, terutama negeri yang dikuasai pembangkang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanya selepas negeri ini diperintah BN dibawah pimpinan Datuk Musa Aman, barulah pembangkangunan di negeri ini semakin rancak.. malah prestasi sabah dalam banyak perkara juga semakin baik..

      Delete
  3. Sabah ada pengalaman lama. Pengalaman di Sabah amat baik untuk negeri-negeri di Semenanjung yang dapat melihat kerenah, sepak terajang, kuku besi pembangkang yang tak mengutamakan rakyat dalam pembangunan negeri, bahkan banyak menimbulkan ketegangan yang tak tentu pasal, katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pembangkang hari ini sebenarnya sudah keluar dari objektif perjuangan mereka.. niat utama mereka hanya mahu berkuasa supaya segala harta di negeri ini boleh dirompak oleh mereka sebagaimana yang berlaku di negeri2 PR hari ini..

      Delete
  4. Mohd Ali juga berkata Sabah semakin maju sejak ditadbir semula oleh Barisan Nasional (BN), terutamanya di bawah pimpinan Musa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. antaranya dari segi pengurusan kewangan, pembangunan infrastruktur, tarikan pelabur, tarikan pelancong dan pembasmian kemiskinan..

      Delete
  5. Saya nampak Sabah dah semakin maju dan akan terus maju… Saya rasa ini (kemajuan) tanda larangan kepada pembangkang, tambahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya juga akui Sabah hari ini berada dilandasan tepat untuk mencapai negeri maju.. malah kerajaan persekutuan juga semakin mengambil berat dengan keadaan di negeri ini..

      Delete
  6. Sementara itu, Mohd Ali, yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata Umno semakin kuat di Sabah, terutama dalam menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan agama.Saya berharap pemimpin-pemimpin Umno kedua-dua negeri dapat bertukar-tukar lawatan dan berkongsi pengalaman bagi meningkatkan kerjasama untuk bersama-sama berjuang membela rakyat secara berterusan, katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupun pelbagai cara dilakukan pembangkang bagi memecahbelahkan rakyat di negeri ini, namun semua cubaan itu sia-sia belaka kerana rakyat Sabah bukan mudah dipecah belahkan oleh pemimpin2 politik yang tamak..

      Delete
  7. SAPP dan Star akan tenggelam tak lama lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitu juga dengan PR termasuk APS dan PPPS..

      Delete
  8. Bumburing pun jangan perasan la PKR boleh menang.. terlalu banyak kesilapan PKR Sabah yang sudahpun mengundang rasa meluat rakyat di negeri ini..

    ReplyDelete
  9. Bumburing juga terpalit dengan kesilapan-kesilapan PKR yang sewenang2nya menyerahkan gelaran huguan siou kepada Anwar..

    ReplyDelete
  10. sebelum Bumburing mengkritik parti pembangkang tempatan lain, lebih baik beliau jelaskan dulu kenapa perlu beliau bersokongkol dengan PKR yang hari ini jelas cuba merampas hak rakyat negeri ini?

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.