Saturday, February 23, 2013

Sekitar Majlis Makan Malam STAR di Donggongon

Jeffrey Kitingan Berucap
Majlis Makan Malam Ini Kali Lah STAR di Donggongon (22 Feb 2013) boleh tahan meriahnya, bukan sebab ramai rakyat yang datang, sebaliknya meriah dengan paluan gendang tarian singa. Sebagai pembuka tirai, MC majlis sempat mengucapkan penghargaan dan terima kasih beliau kepada "beribu-ribu" rakyat yang hadir walaupun Bullet tidak nampak jumlah hadirin mencecah angka seribu. Mabukkah beliau sebelum berucap?? yang beribu-ribu itu adalah penduduk Donggongon, bukannya yang hadir.

Acara yang sepatutnya bermula lebih awal, terpaksa ditangguhkan sehingga jam8 malam atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Kesian bullet tengok para penari singa serta para hadirin yang tidak sabar menjamu selera terpaksa menunggu lama kedatangan hero Borneo Jeffrey Kitingan. Namun rasanya majoriti hadirin tidak merasa hampa kerana rata-rata semuanya terdiri dari pengikut-pengikut Jeffrey, ahli keluarga, saudara mara dan yang seangkatan dengannya. Rakyat biasa yang hadir hanyalah warga penyu yang tidak diketahui asal usulnya sekadar berdiri di "siring-siring" bangunan menyaksikan apa acara menarik pada malam itu.

Warga Penyu di siring-siring bangunan turut sama memeriahkan suasana

Bagi Bullet tidak ada apa-apa yang menarik sepanjang majlis makan malam anjuran STAR ini melainkan sekadar mendengar laungan keramat Ini Kali Lah dan Selamatkan Sabah.

INI KALI LAH! dalam majlis itu pemimpin-pemimpin STAR cuba mengajak rakyat Sabah supaya menolak parti Malaya termasuk Pakatan Rakyat. INI KALI LAH! Yong Teck Lee hancur luluh hatinya kerana tidak dijemput dalam majlis makan malam itu sedangkan pemimpin-pemimpin USNO dan bekas pemuda DAP ada bersama-sama STAR pada malam itu.. Sekali lagi INI KALI LAH! pembangkang Sabah semakin kucar-kacir kerana dikalangan mereka lebih gemar bermusuhan berbanding dengan bekerjasama.

SELAMATKAN SABAH! katanya.. Tapi pemimpin-pemimpin STAR bersenang-lenang menikmati juadah mewah dengan berlatar-belakangkan suasana yang agak sentimental dek kerana hujan renyai-renyai pada malam itu. Diiringi pula dengan persembahan tarian dari warga emas dengan berlatar-belakangkan lagu yang mendayu-dayu menambahkan lagi elemen-elemen sentimental dalam majlis makan malam tersebut. Pergh!!! romantik broo..

SELAMATKAN SABAH! katanya.. Tapi tidak ada pula dikalangan pemimpin-pemimpin STAR berani mengangkat senjata menghadapi ancaman warga Tausug di Lahad Datu. Pasukan keselamatan negara yang hari ini bersengkang mata, tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak lalu kerana 24 jam berkawal di Lahad Datu sepatutnya lebih layak melaungkan SELAMATKAN SABAH! berbanding dengan ahli-ahli politik STAR. Kalau pemimpin-pemimpin STAR benar-benar mahu selamatkan Sabah, cubalah angat apa saja senjata yang ada, bakakuk, pisau penoreh getah, parang panjang, gagamas atau apa saja senjata yang boleh menimbulkan rasa gerun kepada ratusan pahlawan Tausug di Lahad Datu.. Oh lupa! pihak berkuasa tidak akan benarkan orang awam masuk campur dalam tugas mereka..

Anyway, sepanjang majlis itu, para hadirin hanya memberikan tumpuan setiap kali ada persembahan di pentas. Sebaliknya, ketika pemimpin-pemimpin STAR berucap, hadirin hanya memberikan tumpuan apa yang terhidang di meja mereka..

**Maaf! gambar kurang jelas kerana tiada peruntukkan RM3000 macam blogger PR

6 comments:

  1. Kita hanya mampu melihat apa yang akan berlaku kepada Sabah selepas ini.

    ReplyDelete
  2. Love your sarcasm in this article, dude! INI KALI LAH: TOLAK FITNAH!

    ReplyDelete
  3. Pandai la rakyat memilih yang penting Kerajaan sudah melakukan yang terbaik.

    ReplyDelete
  4. pemimpin2 Star ni cakap saja lebih, tindakan tiada.. huhu..

    ReplyDelete
  5. Hey great blog! Does running a blog such as this take
    a large amount of work? I've very little understanding of programming but I was hoping to start my own blog soon. Anyways, if you have any ideas or tips for new blog owners please share. I understand this is off subject nevertheless I just needed to ask. Thank you!

    Stop by my web page best appliance repair Houston

    ReplyDelete
  6. Pretty element of content. I just stumbled upon your web site and in accession capital to claim that I get actually enjoyed account your weblog
    posts. Any way I will be subscribing to your augment and even I fulfillment
    you access consistently fast.

    Here is my blog post :: high interest checking accounts

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.