Tuesday, February 26, 2013

Beaufort: 70 anggota SAPP dan 15 AJK PKR sertai UMNO

SYABAS kepada ahli-ahli pembangkang Sabah yang sudah kembali ke landasan yang tepat untuk meneruskan perjuangan politik mereka. SYABAS juga kerana berjaya memujuk hati untuk kembali ke pangkal jalan sebelum kapal pembangkang yang masih tercari-cari arah-tuju, karam dipukul Tsunami ciptaan Anwar Ibrahim. Sesungguhnya, perkembangan baik mengenai isu politik di Sabah terutamanya bagi daerah Beaufort membawa satu petanda bahawa BN Sabah akan kekal memerintah negeri ini dan pembangkang pula akan terus membangkang dan menuding jari sesama sendiri selepas PRU13.
Seramai 70 anggota Parti Maju Sabah (SAPP) telah keluar parti untuk menyertai Umno selepas kecewa dan hilang kepercayaan terhadap parti tersebut. Anggota Jawatankuasa SAPP Beaufort, Saidi Kasni yang mengetuai kumpulan itu menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Wanita Umno Bahagian Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun pada majlis silaturahim bersama pemimpin di Kg Binunuk di sini Ahad. Azizah yang mengalu-alukan penyertaan mereka berkata keputusan anggota SAPP meninggalkan parti itu dibuat kerana mereka kecewa dengan pucuk pimpinan parti berkenaan yang tidak menepati janji.
Entah apa janji yang dibuat oleh Yong Teck Lee untuk ahli-ahlinya sehingga kegagalan menunaikan janji itu bakal membawa kepada kehancuran parti. Jika janji dikalangan ahli gagal ditunaikan, bagaimana pula dengan janji-janji Yong Teck Lee kepada rakyat?? Jika ahli sendiri tidak mempercayai kepimpinan Yong Teck Lee, apatah lagi rakyat Sabah yang sebelum ini pernah menderita dibawah pentadbiran Yong Teck Lee selama 2 tahun??

Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah keadaan SAPP hari ini apabila PR memutuskan untuk mengeluarkan SAPP dari rundingan kerusi. Malah STAR juga nampaknya tidak berminat untuk bersekutu dengan SAPP walaupun mereka berkongsi agenda yang sama. Dalam keadaan terumbang-ambing menanti mana-mana kapal besar untuk berpaut, kini 70 ahlinya pula keluar meninggalkan parti ketika SAPP amat memerlukan sokongan bukan sahaja dari luar malah dikalangan ahlinya sendiri.

Juga malang bagi Anwar dan Lajim Ukin apabila perancangan mereka selama ini; sehingga Lajim sendiri sanggup menggadai maruah menjadi kuda tungganggan Anwar terpaksa berputih mata walaupun pilihanraya umum ke-13 belumpun bermula.
Sengketa antara 'PKR ori (AJK Cabang) dan PKR palsu (PPS)' merupakan rahsia terbuka yang dibicarakan di mana-mana. Ada lawatan Anwar, kumpulan PPS dihadapan. Ada majlis ceramah, PPS yang disambut sehingga mengundang rasa tidak puas hati ahli jawatankuasa cabang parti dan menimbulkan sengketa dalam diam sejak tahun lepas. Sebagai kemuncak dari ketidakpuasan hati ini, seramai 15 orang AJK PKR Beaufort diketuai oleh Naib Ketua Cabang PKR Beaufort En. Adnan Mohd Ali telah bertindak keluar dari parti dan menyertai UMNO. Yang tinggal ialah ketua PKR Beaufort yang juga merupakan adik kepada Lajim.
Belumpun berperang, tapi tentera-tenteranya sudah hilang melarikan diri.. Bukan sebab takut berhadapan dengan pihak lawan, sebaliknya kecewa dengan sikap ketua sendiri yang suka merancang sesuatu dibelakang tabir sehingga menyusahkan ahli-ahli sendiri. Jika beginilah bentuk kepimpinan parti-parti pembangkang tanahair, layak sangatkah mereka mendapat sokongan rakyat?? Sedangkan parti sendiri tidak terurus, inikan pula mengurus sebuah negara/negeri??

2 comments:

  1. makin ramai keluar SAPP

    ReplyDelete
  2. SAPP makin lemah dan takkn ada peluang nak menang

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.