Tuesday, February 19, 2013

Kes Amalilio: NGO Pro BN buat laporan polis

Pakatan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pro Barisan Nasional (BN) membuat laporan polis berhubung laporan akhbar Suara Keadilan yang berunsur fitnah terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan BN Sabah. 

Presidennya Zulkarnain Mahdar, berkata artikel bertarikh 12 Feb 2013, edisi 104, muka surat 5 itu antaranya bertajuk “Untuk halang dibicara di Filipina, Konspirasi penjarakan Amalilio” ,”Musa Aman guna pengaruh tutup kes anak buah – AMK” dan “Wang mungkin diguna untuk PRU”. 

Beliau berkata, artikel yang dikaitkan dengan Ketua Menteri itu ialah kes Manuel Karingal Amalilio atau nama sebenarnya Mohammad Kamal Saaid, suspek dalam kes penipuan Skim Cepat Kaya membabitkan lebih RM800 juta dan dikehendaki di Filipina. 

“Isu ini timbul apabila Amalilio datang ke Sabah dan ditahan pada 22 Januari lalu di Ranau. Apabila Amalilio mahu diterbangkan ke Filipina, pihak berkuasa di Sabah telah menghalang. 

“Perkara ini telah pun dijelaskan oleh Ketua Polis Sabah dan pihak Ibu Pejabat Polis di Kuala Lumpur, yang mengatakan bahawa tiada permintaan ekstradisi dilakukan pihak Kerajaan Filipina menghantar Amalilio ke Filipina,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Karamunsing, di sini, kelmarin. 

Zulkarnain berkata, dalam hal ini kerajaan Filipina sepatutnya membuat satu permohonan kepada Kerajaan Malaysia. “Namun ia tidak dilakukan, sebaliknya mereka (kerajaan Filipina) hanya meminta kebenaran daripada Pesurujaya Polis Sabah”. 

“Dari segi perundangan, apa-apa ekstradisi yang melibatkan warganegara Malaysia perlu mendapatkan kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri terlebih dahulu, namun ia tidak dapat diperolehi menyebabkan ada halangan di situ,” katanya. 

Katanya lagi, pihak pembangkang telah memanipulasikan keadaan ini dan menyatakan bahawa penghantaran Amalilio ke Filipina disebabkan ada campur tangan oleh Datuk Seri Musa Aman. 

“Sebelum ini dalam blog dan laman sosial Facebook pun mereka memanipulasikan keadaan ini dan mengatakan bahawa Amalilio tidak dihantar ke Filipina sebab dihalang oleh Datuk Seri Musa. Mereka mendakwa ada halangan tertentu yang dikeluarkan kepada pihak polis di sini untuk menghalang Amalilio diterbangkan ke Filipina. 

“Semua kenyataan itu tidak benar kerana dari segi perundangan, penghantaran itu tidak dapat dibuat kerana ada halangan dari segi perundangan iaitu perlu mendapatkan kelulusan daripada kerajaan terlebih dahulu untuk membolehkan suspek dihantar ke Filipina,” katanya. 

Zulkarnain berkata: “Kes ini melibatkan undang-undang dan tiada kaitan atau campur tangan Ketua Menteri. Beliau (ketua menteri) telah membuat kenyataan sebelum ini bahawa dalam hal ini, walaupun dia (Amalilio) ada kaitan kekeluargaan dengan beliau, namun dalam kes ini, ia tiada kena mengena”. 

“Apabila ia melibatkan kes polis, sesiapa pun tidak boleh campur tangan, ia hanya akan ditentukan oleh undang-undang,” katanya. 

Berkenaan dengan kenyataan Ahli Majlis Pemimpin Pusat Keadilan R.Sivarasa yang turut dimuatkan dalam akhbar berkenaan bertajuk “Wang Mungkin Diguna Untuk PRU”, Zulkarnain berkata: “Menjadi persoalan saya, dia (R.Sivarasa) seorang peguam yang cukup faham tentang undang-undang. 

“Dia membuat tuduhan melulu dan membuat fitnah, pembohongan besar bahawa wang ini mungkin digunakan untuk dana BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang..apa bukti? Apabila dia membuat sidang akhbar seperti ini dia perlu tunjukkan bukti sama ada transaksi kewangan dan sebagainya”. 

“Ini tuduhan melampau dan tuduhan berat. Oleh itu kami meminta supaya pihak polis mengambil tindakan terhadap mereka,” katanya. - New Sabah Times

8 comments:

  1. Betul itu.. Banyak berita yang mereka buat cuba untuk mengaitkan Datuk Musa.

    ReplyDelete
  2. Tidak pasti kenapa Datuk Musa pun terlibat dengan saudara yang bersalah ini.

    ReplyDelete
  3. Yagn bersalah adalah Saudara dia dan bukannya Datuk Musa. Datuk Musa tidak ada kaitan langsung dengan hal ini.

    ReplyDelete
  4. Ada lagi pihak yang mengatakan Datuk Musa menghalang pengusiran Amililio ini. Tidak pasti dari mana mereka dapat maklumat.

    ReplyDelete
  5. Datuk Musa sekeras-kerasnya menafikan dan menolak tuduhan tersebut.

    ReplyDelete
  6. Bagus jugalah sekurangnya Datuk Musa berani mengaku Amililio itu saudaranya. Daripada menafikan kebenaran.

    ReplyDelete
  7. Macam Anwar terima gelaran Huguon Sion, tapi menafikannya. Sedangkan orang lain nampak sendiri gambar tanpa edit mengenai dirinya dan huguon sion.

    ReplyDelete
  8. media pembangkang mmg byk fitnah.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.