Monday, June 10, 2013

Berita Baik: Harga Kereta Turun Sekitar 0.7% – 11%

KUALA LUMPUR 9 Jun - Langkah kerajaan untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat sebagai memenuhi aku janji dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 mula menampakkan hasilnya apabila 10 buah model kereta telah mencatatkan penurunan.

Bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini, beberapa model kereta daripada jenama Peugeot, Proton, Perodua, Volkswagen dan Honda masing-masing telah menyaksikan penurunan harga untuk fasa pertama.

Petanda awal positif ini jelas menunjukkan hasrat kerajaan menurunkan harga kereta sebanyak 20 hingga 30 peratus secara berperingkat sehingga 2017 bukan satu omongan kosong seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak.

Sepuluh model yang telah menurunkan tanda harganya di pasaran setakat ini ialah Peugeot 308 (11 peratus), Volkswagen Golf (7.1%), Viva (5.4%), Myvi (4%), Persona (3.8%), Alza (3.4%), Preve (3%), Honda Jazz Hibrid (2.5%), Saga (1.1%) dan Exora (0.7%).

Pelan penurunan harga itu dilaksanakan dengan memberikan pengurangan duti eksais secara berperingkat terhadap pengeluar kereta yang menggunakan lebih banyak komponen tempatan.

Artikel Penuh: UTUSAN

WALAUPUN AKU JANJI BN MENDAPAT SAINGAN HEBAT DARI PAKATAN RAKYAT TERUTAMANYA MENERUSI JANJI MENURUNKAN HARGA KERETA, NAMUN KERAJAAN BN YANG BARU SAHAJA DIBERIKAN MANDAT OLEH RAKYAT TETAP DENGAN MEKANISME TERSENDIRI YANG DIRASAKAN LEBIH BAIK BERBANDING DENGAN PARTI LAWAN YANG KONONNYA MAHU MENGURANGKAN CUKAI EKSAIS 20% SETIAP TAHUN.

ANTARA AKU JANJI DALAM MANIFESTO BN UNTUK PILIHANRAYA UMUM KE-13 YANG LALU ADALAH MENGURANGKAN HARGA KERETA ANTARA 20 HINGGA 30 PERATUS SECARA BERPERINGKAT-PERINGKAT BAGI TEMPOH LIMA TAHUN AKAN DATANG. PAKATAN PEMBANGKANG DALAM MANIFESTONYA TURUT MENJANJIKAN PERKARA YANG SAMA, TETAPI JANJI MEREKA LEBIH MANIS, IAITU MENURUNKAN HARGA KERETA SEHINGGA SERENDAH RM25,000 SELAIN MENGHAPUSKAN CUKAI EKSAIS KERETA SECARA BERPERINGKAT DALAM TEMPOH LIMA TAHUN.

KOMITMEN BN DILIHAT LEBIH MUNASABAH BERBANDING JANJI PAKATAN PEMBANGKANG YANG BELUM MENJELASKAN SECARA KHUSUS BAGAIMANA MAHU MELAKSANAKAN PROSEDUR PENURUNAN HARGA KERETA YANG DIJANJIKAN. DAN PADA HARI INI, TERBUKTI BAHAWA AKU JANJI BN ITU BUKAN SEKADAR OMONG KOSONG SEBAGAIMANA YANG DIMOMOKKAN SESETENGAH PIHAK.

KECIL ATAU BESAR PENURUNAN TERHADAP SEPULUH MODEL KERETA ITU, BULLET MERASAKAN BAHAWA IANYA SATU PERMULAAN YANG BAIK BAGI MENUNJUKKAN KEPADA RAKYAT BAHAWA KERAJAAN BENAR-BENAR KOMITED MENGURANGKAN HARGA KERETA DI MALAYSIA SEBAGAIMANA YANG DIJANJIKAN SEBELUM INI. DIHARAPKAN JUGA AGAR LEBIH BANYAK MODEL KERETA YANG AKAN DITURUNKAN HARGANYA SELEPAS INI..

SYABAS BN DAN SYABAS NAJIB!!

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.