KOTA KINABALU 1 Jun - Larangan memasuki Sabah yang dikenakan terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar bukan bermotif politik.
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, larangan tersebut dilakukan kerana kehadiran Nurul Izzah dianggap boleh mengganggu-gugat keharmonian dan perpaduan masyarakat di negeri itu.
Menurutnya, tindakan pemimpin pembangkang di Semenanjung itu yang sering menimbulkan kekecohan menerusi penganjuran perhimpunan haram menyebabkan kerajaan negeri bertindak menghalang kehadiran Nurul Izzah ke Sabah.
Tambah beliau, pintu masuk ke negeri itu sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin melihat keunikan budaya masyarakat dan keindahan semula jadi Sabah, namun tidak kepada golongan yang cuba merosakkan amalan baik penduduk Negeri Di Bawah Bayu.
Walau bagaimanapun, jika kerajaan negeri mempunyai sebab yang diyakini bahawa kehadiran seseorang itu ke negeri ini boleh mengancam atau merosakkan apa yang telah dinikmati selama ini, individu tersebut tidak diundang ke sini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Pada 30 Mei lalu, Nurul Izzah yang tiba di Kota Kinabalu dihalang memasuki negeri itu mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan dimaklumkan untuk kembali semula ke Semenanjung.
Mengulas lanjut, Musa berkata, larangan yang dikenakan kerajaan negeri itu disebabkan faktor keselamatan, bukan bermotif politik seperti yang digembar-gembur pihak tidak bertanggungjawab menerusi laman sosial.
--UTUSAN
KENAPA SETIAP KALI ADA PEMIMPIN PEMBANGKANG DIHALANG MEMASUKI SABAH, TIDAK ADA KENYATAAN DARI MEREKA MENGENAI KEWUJUDAN AUTONOMI SABAH?? PEMIMPIN PEMBANGKANG SEPATUTNYA BERBANGGA DENGAN TINDAKAN TERSEBUT MEMANDANGKAN MEREKA BERSUNGGUH-SUNGGUH MAHU MENYELAMATKAN AUTONOMI SABAH MELALUI LAUNGAN SLOGAN "AUTONOMI FOR SABAHAN"..
CUKUPLAH BUDAYA DEMOSNTRASI JALANAN PAKATAN RAKYAT HANYA BERGERAK DI NEGERI-NEGERI SEMENANJUNG, TIDAK PERLULAH BUDAYA ITU DIPERLUASKAN DI NEGERI SABAH DAN SARAWAK.. SIKAP PEMBOHONG, HIPOKRIT DAN OPPORTUNIST PAKATAN RAKYAT MEMANG WAJAR DISEKAT SUPAYA TIDAK MENGGANGGU KEAMANAN DAN PERPADUAN RAKYAT DI NEGERI INI, LEBIH-LEBIH LAGI KETIKA RAKYAT SABAH SEDANG MENYAMBUT PESTA KAAMATAN.
JIKA BENARLAH TINDAKAN MENGHALANG ANAK ANWAR INI DARI MEMASUKI SABAH ADALAH BERMOTIFKAN POLITIK, KENAPA HANYA SELEPAS PRU13 BARU TINDAKAN ITU DIAMBIL?? JIKA KERAJAAN BN SABAH MAHU MENYELAMATKAN POLITIK MEREKA, TINDAKAN SEPERTI INI SEPATUTNYA SUDAH DILANCARKAN SEJAK AWAL TAHUN INI, MALAH BUKAN NURUL SAHAJA YANG PATUT DIHALANG, BAPA BELIAU JUGA PATUT DIHARAMKAN MEMASUKI SABAH..
SYABAS KEPADA KERAJAAN NEGERI SABAH PIMPINAN DATUK SERI MUSA HAJI AMAN ATAS KESUNGGUHAN SERTA KEBERANIAN KERAJAAN NEGERI DALAM MENGAMBIL TINDAKAN DRASTIK TERSEBUT SEMATA-MATA MAHU MELIHAT NEGERI INI TERUS MENIKMATI KEHARMONIAN, KEAMANAN DAN KESEPADUAN TANPA MEMIKIRKAN KESANNYA TERHADAP IMEJ BN NEGERI INI.
MUSTAHIL KERAJAAN BN SABAH TIDAK MEMBAYANGKAN ATAU MEMPERTIMBANGKAN KEMUNGKINAN KECELUPARAN KRITIKAN PEMIMPIN-PEMIMPIN PEMBANGKANG TERHADAP BARISAN NASIONAL APABILA TINDAKAN ITU DIAMBIL. NAMUN DISEBABKAN KERAJAAN BN LEBIH MEMENTINGKAN HAL-HAL RAKYAT, MAKA TINDAKAN ITU TERPAKSA DIAMBIL WALAUPUN IMEJ BN SEDIKIT TERCALAR EKORAN SIKAP MEROYAN PEMBANGKANG YANG HARI INI SEMAKIN BERANI MEMBELAKANGKAN UNDANG-UNDANG.
0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.