Sunday, June 16, 2013

Impian Lajim Ukin Jadi Ketua Menteri Pembangkang Akhirnya Tercapai

KOTA KINABALU : Setelah melalui pelbagai rintangan akhirnya Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kilas, Datuk Seri Lajim Ukin sudah bersedia untuk menjadi 'Ketua Menteri' pembangkang di Dewan Undangan Negeri Sabah.

Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Dr Roland Chia berkata Lajim menang dalam proses pemilihan dalaman di kalangan ahli-ahli pembangkang. Menurutnya proses pemilihan itu telah diadakan sebaik sahaja selesai majlis angkat sumpah Anggota DUN Sabah di Bangunan DUN Sabah di Likas, dekat sini, pada 13 Jun lepas.

"Seperti dinyatakan oleh Speaker (Datuk Seri Salleh Tun Said), bahawa pelantikan Ketua Pembangkang di DUN Sabah tidak termaktub atau tidak ada dalam perlembagaan negeri atau peraturan mesyuarat DUN Negeri.

"Jadi kami telah mengambil inisiatif untuk menentukan pemimpin pembangkang kami di DUN negeri menerusi kaedah pemilihan konvensional.

"Hari ini, saya ingin mengumumkan bahawa Lajim disyorkan sebagai Ketua Pembangkang," katanya kepada pemberita di sini.

Turut hadir ialah Lajim dan ADUN Api-Api Christina Liew.

Chia juga turut mengumumkan Liew sebagai 'Whip' PKR di Sabah. Whip berperanan menguatkuasakan disiplin parti dan memastikan kehadiran wakil rakyat dari parti itu pada persidangan DUN.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lepas, Barisan Nasional (BN) mengekalkan kuasa di Sabah dengan majoriti dua pertiga selepas memenangi 48 daripada 60 kerusi DUN. Sesi pertama persidangan DUN ke-13 dijadual dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin, Isnin ini.

--BERNAMA

MAKA DENGAN INI JELASLAH KENAPA LAJIM UKIN BERTUKAR NADA KETIKA PILIHANRAYA SEMAKIN HAMPIR. BETUL LAH KATA-KATA DI KEDAI KOPI, PARA PEMERHATI POLITIK DAN SEBAGAINYA, BAHAWA LAJIM KELUAR MENINGGALKAN BN KERANA TELAH DITAWARKAN JAWATAN KETUA MENTERI SEKIRANYA PAKATAN BERJAYA MERAMPAS KERAJAAN. SEJAK BERGELAR RAJA KATAK, LAJIM TIDAK PERNAH MENAFIKAN DAKWAAN INI MALAH SETIAP KALI DIAJUKAN SOALAN, BELIAU DENGAN BANGGA MENGATAKAN BAHAWA BELIAU BERSEDIA MENGGALAS TUGAS SEBAGAI KETUA MENTERI.

WALAUPUN LAJIM MENANG DALAM PROSES PEMILIHAN DALAMAN DIKALANGAN AHLI-AHLI PEMBANGKANG, NAMUN PASTI RAMAI DIKALANGAN PENYOKONG SERTA AHLI PAKATAN RAKYAT SABAH YANG LAIN TERTANYA-TANYA KENAPA MESTI LAJIM UKIN YANG DIPILIH.. BERBANDING DENGAN LAJIM YANG BANYAK TERPALIT DENGAN SKANDAL RASUAH, JUDI DAN KELEMAHAN BERTUTUR DALAM BAHASA INGGERIS, BUKANKAH MASIH RAMAI PEMIMPIN-PEMIMPIN DIKALANGAN PAKATAN RAKYAT YANG LEBIH LAYAK MENYANDANG TUGAS ITU??

AGAK MENGHERANKAN BAGAIMANA PEMIMPIN SEPERTI LAJIM YANG TELAH GAGAL MEMBANGUNKAN BEAUFORT SEKALIPUN PERNAH MENYANDANG JAWATAN SEBAGAI TIMBALAN MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN DIPILIH UNTUK MENYANDANG TUGAS PENTING INI. MALAH HAMPIR TIDAK KELIHATAN MANA PERGINYA DANA RATUSAN JUTA RINGGIT YANG DISALURKAN KHAS UNTUK MEMBANGUNKAN DAERAH BEAUFORT KETIKA LAJIM MASIH BERADA DALAM UMNO. 

TANPA MELIHAT KEPADA FAKTOR KEGAGALAN LAJIM UKIN, YANG MANA FAKTOR ITU TURUT MENYUMBANG KEPADA KEKALAHAN BELIAU BAGI KERUSI PARLIMEN BEAUFORT, HARI INI BELIAU TERUS DIBERIKAN KEISTIMEWAAN DEMI KEISTIMEWAAN OLEH PEMBANGKANG SABAH WALAUPUN TERDAPAT RAMAI PEMIMPIN PEMBANGKANG DI NEGERI INI YANG JAUH LEBIH LAYAK DIKETENGAHKAN UNTUK MENGETUAI PEMBANGKANG DI DEWAN UNDANGAN NEGERI SABAH.

APA-APAPUN BULLET UCAPKAN SYABAS KEPADA PEMBANGKANG SABAH KERANA BERJAYA MEMBUKTIKAN KEPADA SELURUH RAKYAT DI NEGERI INI BAHAWA TELUNJUK ANWAR LEBIH PENTING BERBANDING DENGAN TELUNJUK MAJORITI RAKYAT SABAH DALAM MEMBENTUK HALA TUJU MEREKA DI NEGERI INI..

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.