KOTA KINABALU: Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman menjelaskan larangan ke atas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar hanya untuk satu acara, iaitu menjelang majlis penutup sambutan Pesta Kaamatan.
Ini dilakukan atas sebab keselamatan berdasarkan laporan-laporan yang telah diterima, katanya dalam kenyataan ringkas di sini Isnin. Sukarti berkata tidak ada larangan tetap ke atas Nurul Izzah atau mana-mana pemimpin pembangkang untuk datang ke Sabah selagi "mereka tidak menimbulkan ancaman keselamatan".
"Malah, pemimpin DAP Lim Kit Siang dibenarkan masuk ke negeri ini kurang dari dua minggu lepas," katanya.
--BERNAMA
BERMAKNA MEMANG BETUL LAH BAHAWA TINDAKAN YANG DIAMBIL KERAJAAN NEGERI SABAH TERHADAP NURUL IZZAH ADALAH ATAS FAKTOR KESELAMATAN, BUKANNYA BERMOTIFKAN POLITIK. BERMAKNA DOKUMEN YANG MENUNJUKKAN SENARAI PEMIMPIN PEMBANGKANG YANG DIHALANG MEMASUKI SABAH JUGA ADALAH PALSU KERANA LIM KIT SIANG SENDIRI PERNAH DATANG KE NEGERI INI KURANG DUA MINGGU LEPAS. CUKUP-CUKUPLAH PEMBANGKANG MEROYAN HANYA KERANA ANAK ANUGERAH TUHAN MEREKA GAGAL MENGGUNAKAN PESTA KAAMATAN SEBAGAI MEDIUM BAGI MENANAM SERTA MENYUBURKAN BENIH "BLACKOUT 505" DI NEGERI INI.
SELEPAS KENYATAAN INI DIKELUARKAN, DIHARAPKAN NURUL TIDAK MENARIK BALIK TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP KERAJAAN NEGERI DAN JUGA KETUA MENTERI SABAH. NURUL PERLU TERUSKAN SAJA NIAT ITU SUPAYA KEBODOHAN BELIAU TERUS BERSINAR DAN MENYERLAH DI MAHKAMAH UNTUK TATAPAN SERTA PENGAJARAN KEPADA PUAK-PUAK PEMBANGKANG YANG SELAMA INI MEMBELAKANGKAN UNDANG-UNDANG NAMUN MASIH TETAP BERGANTUNG DENGAN UNDANG-UNDANG APABILA NAFSU MEREKA GAGAL DIPUASKAN.
LEBIH MELUCUKAN APABILA PEMIMPIN-PEMIMPIN PR CUBA MENGUNGKIT KEMBALI INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU DENGAN MEMBAYANGKAN BAHAWA PENGGANAS SULU LEBIH MENDAPAT KEISTIMEWAAN BERBANDING DENGAN NURUL IZZAH. NAMUN SATU PERKARA YANG MEREKA LUPA ADALAH, JIKA BENAR KERAJAAN NEGERI MENGANGGAP NURUL LEBIH GANAS DARI PENGGANAS SULU, JANGAN HARAP NURUL AKAN DIHIDANGKAN KFC OLEH PEGAWAI IMIGRESEN.. MALAH 100 BATALION TENTERA JUGA KEMUNGKINAN AKAN BERADA DI LAPANGAN TERBANG KOTA KINABALU BAGI "MENYAMBUT" KEDATANGAN NURUL.
WALAU APAPUN BENTUK CERITA YANG DISAMPAIKAN OLEH PEMBANGKANG BAGI MENGGAMBARKAN KONONNYA KERAJAAN NEGERI SABAH BERTINDAK AMAT KEJAM TERHADAP PEMIMPIN-PEMIMPIN PEMBANGKANG, NAMUN SEMUA ITU TIDAKLAH SEKEJAM PEMBANGKANG YANG TERGAMAK MENJADIKAN RAKYAT SEBAGAI PERISAI SEMATA-MATA MAHU MEREALISASIKAN IMPIAN ANWAR IBRAHIM MENJADI PERDANA MENTERI KE-7.
AKHIR KATA, DENGAN TERSIARNYA KENYATAAN RASMI DARI SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SABAH, TAN SRI SUKARTI WAKIMAN, DIHARAPKAN PUAK-PUAK PEMBANGKANG BERHENTI DARI MEMPOLITIKKAN INSIDEN SEKATAN TERSEBUT DAN BERSEDIA MENGKAJI SEMULA PERANAN MEREKA DALAM SETIAP KEKECOHAN DI NEGARA INI SERTA BERSEDIA MENGHENTIKAN SEBARANG BENTUK PERHIMPUNAN BAGI MENGELAKKAN SEBARANG SYAK WASANGKA APABILA ADA PEMIMPIN MEREKA YANG DATANG MELAWAT NEGERI INI KELAK.
0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.